Friday, September 18, 2009

HILANG BUAT 1 MINGGU

Salam..

Dikesempatan ini...ku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Dan Batin seandainya ada kata-kata yang menyinggung perasaan, ku mohon jutaan kemaafan buat semua daripada anda semua followers dan rakan2 blogger yang sudi singgah untuk memberi komen selama ini...

Semoga Ramadhan tahun ini dan Lebaran yang akan menjelma membawa seribu rahmat kepada kita semua...

Buat yang balik kampung tu tak kiralah samada berjalan kaki ke, naik bas ke, naik lori ke, naik kereta ke berhati2lah yer semasa dijalanan dan memandu dengan cermat ingatlah orang2 yang tersayang...ataupun untuk mereka yang tak naik apa2 cuma naik angin jer sbb cuti beraya tak diapprovekan ataupun naik angin sbb belum dapat gaji tu..bersabarlah banyak2 yer...berayalah sekadar yang termampu..

Semoga kita bertemu lagi 1 minggu dari sekarang sbb aku pun nak balik kampung juga..nasib chek dan laki chek dua-dua orang Kedah..senang sikit tak payah baling dadu nak beraya kat mana dulu..kat mana2 pun sama jer..dua2 pun mak dan bapak kite jugak kan...???

Dan tak lupa buat mereka yang baru kehilangan ahli keluarga baru2 ini..Harap bersabar dan tabah menghadapi Hari Raya Kali ini....Kita semua akan tetap dijemput jua utk mengadapNYA satu hari nanti yang entah bila..mungkin sekejap lagi, malam ini, besok atau lusa. Sesungguhnya kita milik Allah dan tiada suatupun yang kekal di dunia ini...

Seandainya selepas ini kita tidak bertemu lagi diharap blog ini akan terus kekal diingati dan ambillah apa yang baik yang pernah ku paparkan dan yang tidak elok itu sebenarnya datang dari kelemahanku sendiri....

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir dan Batin buat semua...







Share/Bookmark

26 comments:

Dearie Pearls said...

Salam Aidilfitri Kak.
Maaf Zahir & Batin.

Tersalah comment or wht so eva, mohon dimaafkan.

Tidak ada niat menyakiti mahupun melukai..

Selamat Hari Raya.

Selamat Balik Kampung.

Tirana said...

Zai, selamat hari raya...Maaf jika ada salah dan silap..

abu muaz said...

Salam aidilfitri.

Relevan said...

Sama sama lah kita bermaaf maafan Zai..

MAAF ZAHIR BATIN

ZOOL@TOD said...

Salam Aidilfitri.

Saya pun turut memohon maaf di atas keterlanjuran menaip papan kekunci dan menekan tetikus.

Abd Razak said...

Salam kak zai...

salam aidil fitri...maaf atas salah silap saya

hai said...

salam zai,
Selamat menyambut aidil fitri...maaf kalo ada salah dan silap berbahasa..
salam sayang!!

Kakcik Seroja said...

Salam Zai..

Selamat Hari Raya.. maafkan kakcik andai ada terkasar bahasa ataupun ada tersinggung di mana-mana w/pun kita baru saja mula bermesra (eceh! mcm org bercinta pulak...)..

Walaupun jarak perjalanan sejam cuma.. berhati-hatilah dalam perjalanan, ingat orang-orang yang disayangi..

Salam Aidilfitri dari kakcik buat Zai sekeluarga...

Keri AlHaj said...

selamat hari raya kak...
mohon maaf atas mana kesalahan yg dah saya buat. terkomen, terbagi 'tag' yg panjang2 suruh jawab.. mana2 lah...

hati2 bawak kereta ya. errr, suami yg bawakkan? kalau penat ke hape ke, bawak2 lah berehat tepi2 jalan - jgn berehat tgh2 jalan pulak tau-

selamat hari raya sekali lagi..

Nak duit raya (sambil tadah songkok)

Werdah said...

Salam Zai,

Selamat beraya dengan kenalan handai di kampung.. tempat jatuh lg dikenang kan?

kak pun dua2 org perak jd takyah pakai dadu gak..alhamdulillah

selamat dalam perjalanan ya..

Unknown said...

salam aidifitri juga saya serta keluarga ucapkan khas buat akak sekeluarga.hati2 memandu..

Arianni said...
This comment has been removed by the author.
Arianni said...

Salam Kak Zai,
Salam Aidil Fitri dan salam kemaafan dari saya juga..
Semoga selamat sampai ke destinasi yg hendak dituju..

Pn Kartini said...

salam Zai
Selamat hari raya..
maaf kiranya ada salah dan silap..manalah tahu..ada komen yang tak berkenan d hati atau andai terkasar bahasa..
semoga Zai bahagia bersama family tercinta..dan selamat sampai ke destinasinya..:):)

fq said...

selamat hari raya....
berhati2 balik kmpung ye...

ASYIQ said...

Salam aidilfitri juga...maaf jika ada terkasar bahasa. Moga ceria dan sejahtera selalu.

Maiyah said...

Salam lebaran.. moga ceria dihari raya :D

Baba Roshidan said...

Selamat Hari Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin

Daripada:
Mohd Roshidan Hassan
Junaidah Kassim
Nurul Ain Fathihah
Mohd Afnan Fathurrahman
Nurul Amirah Fatin
Nurul Adeebah Farzana
Nurul Atiqah Farhani
Nurul 'Adilah Farihah
Mohamad Adnin Firdaus

Dida... said...

Salam Kak Zai...

Sama la kita ya... Minta Maaf Zahir & Batin andai ada terlanjur bicara..

Selamat bercuti dan selamat berhari Raya... semoga selamat dalam perjalanan...

mamawana said...

Salam Eid Mubarak Zai...

Saling kita mengenal satu sama lain dan saling juga bermaafan. Mama ni anak yatim piatu, biasa beraya seorang2, sedey memang sedeyyyyyyyyyyyy. Selalu gi bermanja beraya2 dgn kakak2 rakan mesjid KLCC. So, drive carefully, take care and have a very nice idilfitri.

IMANSHAH said...

Biar hati sejernih air,jangan pula dipenuhi lumpur
Kalau salah belum berakhir,harap diampun dengan rasa syukur
Jika budi dipenuhi ikhlas, jangan ia disulam tuba
Jika ada salah dan silap, harap diampun di hari raya...
Biar amarah disunting sunyum,ibarat pekerti disulam kasih
Harap dihalal makan dan minum, ibarat rezeki yang tidak disisih

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Bercuti dari IMCurtain.

p/s: We would like to invite all bloggers to join our blogging community which can helps you getting more visitors to your blogs. It's totally free! Social Blogger Community

endiem said...

Tak lewat lagi.. selamat hari raya..

Unknown said...

salam Zai , awat tak habaq awai2 hang orang Kedah gak, kalau tak , boleh lah kita pi ghaya sama2 noo,ni cheq dah balik kerumah dah aih..kampung zai dimana ya..he he he.. salam aidil fitri maaf zahir batin , semoga berjumpa di aidil adha pula ya..
kullu 'aamin wa antum bikhoir.

Muhd Suhaily said...

Salam Lebaran 1430H. Maaf Zahir & Batin. Semoga sentiasa diberkati selalu.

zai said...

Salam...

Buat Semua yang sudi singgah dan memberi ucapan dan doa sempena lebaran syawal ini..Zai ucapkan terima kasih banyak2 diatas tanda ingatan anda semua...

Semoga jalinan ukhwah sesama kita terus berkekalan hendaknya...

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA