Thursday, September 10, 2009

IGAUAN MIMPI LALU..

Demi Allah...

Aku pernah mengalami mimpi-mimpi yang menakutkan :-

  • Aku bermimpi nyawaku seakan dicabut oleh Malaikat Maut dan sewaktu aku terasa nafasku seakan tersekat dikerongkong aku mula terasa lemas dan ketakutan..saat itu aku mula terasa menyesal kerana masih belum sempat bertaubat dan mula terbayang difikiranku pada saat itu betapa dosa terlalu banyak utk dihitung dan disaat itu aku menangis dan merayu kepada malaikat agar jangan lagi dicabut nyawaku pada ketika itu dan aku telah berjanji utk taat kepada segala perintah Allah dan melakukan segala perintahNYA dan menjadi hambaNYA yang taat ..dan selepas itu aku terasa seakan nafasku kembali tenang dan tiba2 aku terjaga dari tidur terasa ada airmata yang mengalir dipipiku...Ya Allah..apakah benar disaat itu mmg kau ingin mencabut nyawaku dan ditangguhkan ajalku kerana janjiku itu....Sesungguhnya mimpi itu telah 10 tahun berlalu dan aku masih teringatkan mimpi itu sehingga disaat ini;
  • aku bermimpi melihat dari perut bumi keluar lahar-lahar gunung berapi membuak-buak disana-sini dan manusia bertempiaran lari menyelamatkan diri termasuk diriku..aku berlari-lari sambil mengendong anakku dan menangis kerana terlalu takut apabila melihat bumi merekah dan binatang-binatang seperti lembu dan kambing turut berlari disana-sini ada yang tenggelam didalam perut bumi..Aku terus berlari ke arah laut dan cuba berenang menyelamatkan diri dan disaat aku hampir kelemasan tiba-tiba aku terasa tanganku telah ditarik naik kekapal dan aku terselamat..
  • Aku bermimpi melihat sekujur tubuh yang telah menjadi mayat sedang dikelilingi oleh saudara-mara yang membaca yasin dan aku mendengar esak tangis keluargaku dan sanak-saudara dan aku sendiri tidak menyedari bahawa mayat itu adalah mayatku sehinggalah ibuku datang menyingkap kain batik yang menutup wajah mayat itu dan baru aku terperasan bahawa ia adalah wajahku dan rupa-rupanya aku telah menjadi mayat..dan tiba2 aku tersentak dari mimpi..
  • Aku bermimpi bertemu arwah bapa saudaraku yang sangat rapat denganku suatu persekolahanku dulu.. yang meninggal pada siangnya kerana kemalangan jalanraya dan ku ziarahi mayatnya dan setelah dikebumikan. Malamnya aku telah bermimpi arwah telah datang menemuiku dan memelukku dan mencium ubun-ubunku. Didalam mimpi tersebut beliau telah bertanya kepadaku kenapa aku tidak pernah melawatnya sewaktu hayat beliau dahulu..dan aku memeluknya sambil memohon maaf dengan berjuraian airmata kerana hanya terlalu kesal kerana tidak sempat bertemu arwah sewaktu hidup. Memang ia salahku kerana tidak pernah mencari peluang utk melawatnya..Dia hadir didalam mimpi tetap didalam keadaan asal sewaktu beliau hidup dengan wajahnya yang tenang dan berketayap putih dan memakai jubah putih.. aku menangis terisak-isak dan apabila terjaga aku masih lagi terisak-isak..apakah benar mimpiku ini bahawa yang datang menemuiku itu adalah arwah beliau ????
  • Aku pernah bermimpi bertemu arwah nenekku dan melihat arwah nenekku didalam pakaian koyak rabak dan merenung sedih kearahku,.....adakah benar mimpiku itu ???
  • Aku pernah bermimpi dikelilingi wanita dan lelaki yang berjubah hitam dan putih dan dicelah2nya mereka aku melihat saudara maraku yang terkenal dengan kewarakan mereka berada diantaraku dan tiba-tiba aku melihat dua susuk tubuh lelaki dan perempuan sedang berbual mesra dikelilingi oleh orang-orang yang berjubah putih disekeliling mereka dan wajah lelaki yang tersangat tampan itu mengeluarkan sinar cahaya berkilau ..dan tiba-tiba aku terdengar orang disekeliling mereka memanggil Ya Muhammad...Ya Aisyah. berkali2.dan aku cuba melihat kearah suara-suara yang memanggil mereka dan mereka semuanya memandang kearah lelaki dan wanita itu dan terus memanggil Ya Muhammad...Ya Aisyah...aku cuba melihat secara dekat tapi cahaya yang berkilau menghalang pandanganku..tiba-tiba pandangan itu hilang dan aku terjaga dari tidur dan dadaku berdebar-debar....Ya Allah ....apakah ertinya mimpiku itu ... ???

Aku masih teringat kesemua mimpi2 tersebut di atas sehingga kehari ini walaupun kesemua mimpi2 tersebut adalah merupakan sebuah mimpi yang telah bertahun lamanya tetapi tetap segar diingatanku...

Sesungguhnya walaupun aku bermimpi dengan peristiwa2 diatas..ia masih gagal mendidik aku menjadi insan yang baik...adakalanya aku masih terleka dan lalai dari menuruti perintahNYA...

Pun begitu aku masih berharap agar Allah memanjangkan usiaku dan memberi kesempatan untukku bertaubat dan kembali kepadaNYA didalam keadaan seorang hamba yang telah bertaubat dan digolongkan bersama mereka2 yang beriman..Semoga ada antara mimpi2 itu yang memberikan kesedaran kepadaku bahawa ia adalah sebuah peringatan yang harus kupegang dan kupatuhi sampai bila-bila...Ameen....







Share/Bookmark

42 comments:

dr.todak said...

kadang melalui mimpi dpt menginsafkan kita.

Hanisham Ab Halim said...

Kak Zai,
Saya belum pernah dapat mimpi2 camtu. Ada mimpi2 tu yang akan buat kita kecut perut sbb terkenang balik dosa2 lama....

Kakcik Seroja said...

Salam zai..

menarik juga untuk direnungkan kembali mimpi2 zai itu, w/pun org kata mimpi adalah mainan tidur...

Dearie Pearls said...

Mimpi selalu membuatkan ku bermenung...

ntah insaf, ntah takut..

kusedar..

lemahnya aku...

Werdah said...

Salam Zai,

Bab mimpi ni, bila dah tua2 ni kak jrg mimpi, kalau ada pun bila tersedar dp tidur dah tak ingat.. tp baru2 ni mimpi arwah abang yang baru meninggal pada 7 ramadhan baru2 ni.. dia tak bercakap juga..

Dulu masa kecil2 selalu mimpi ayah yang dah meninggal berulang2 pula tu bersalam lagi.. dan mimpi pakcik n makcik (pun dah meninggal)yang jaga akak selepas mak meninggal, dlm mimpi tu mereka tak berkata2 cuma tersenyum je.. tp dah lama dah tak mimpi.. Agaknya sebab akak selalu ingatkan mereka..

Dalam hal mimpi ni ada yang mimpi benar dp Allah swt, ada yang mainan tidur dan ada yang dp syaitan.. mimpi benar banyak diceritakan oleh Allah swt dlm al-Quran cth mimpi Nb Ibrahim, Allah menyuruhnya menyembelih anaknya Nabi Ismail.. dan banyak lg
..

Semoga mimpi Zai ini menjadi iktibar bagi kami pembaca blog Zai, dan mudah2an kita semua sentiasa memohon keampunan Allah swt lebih2 lagi pada bulan maghfirah ini..

Relevan said...

salam Zai..ada yg kata mimpi mainan tidor..tp ini sudah kira bertuah ni..mungkin mimpi zai ni membawa petunjuk..

Maiyah said...

salam.. mungkin bawa petunjuk tapi jgn persaya sgt..

Maiyah said...

salam.. mungkin bawa petunjuk tapi jgn persaya sgt.. :)

Unknown said...

salam puan zai
puan zai telah mendapat banyak pentujuk Allah melalui tabir mimpi.Moga mendapat kebaikan bersama insyallah

Guru said...

assalammualaikum

hebat mimpi2 ni. anggaplah ia petunjuk dan peringatan...
yang baik kita ambil

Keri AlHaj said...

salam kak Zai...
saya sendiri tak pernah sekali pun mendapat mimpi aneh yang melibatkan hal2 kematian ni...

sesetengah mimpi memang merupakan ilham yg diberi Allah kepada kita (lebih2 lagi kepada org terpilih)... dan yg lebih byk - mimpi hanyalah gangguan tidor...

tanyalah pd org yg bijak pandai terjemah mimpi kak... mungkin ada yg dpt terjemahkan mimpi2 akak tu... mungkin ada sesuatu yg nak disampaikan melaluinya yg perlu akak tahu...

pecinta_Islam said...

biasa klu mimpi yg bwt kita rasa takut dan ngeri sngt2 daripada iblis..tu yg ustaz sy ckp la..

tp klu mimpi yg menginsafkn mungkin jg hidayah Allah untuk kita kembali kpdNya..papepun soal mimpi ni kne tanye pakar mimpi la klu nk jwpn yg lebih spesific..x pun beli buku tafsir mimpi ikut islam..dlu sy prnh jgk terbca kt library kt kampus

Pn Kartini said...

Salam
Mimpi biasa di katakan mainan tidur..
Namun mimpi jua satu petunjuk agar kita lebih menginsafi diri dan pengiktibaran jua..

Tirana said...

Saya pun pernah mengalami mimpi yang menakutkan..Lepas terjaga seram rasanya. Mimpi yang begitu memang payah kita nak lupa tapi seboleh-bolehnya saya tak mahu ingat sebab menggerunkan.

abu muaz said...

mimpi ni mainan tidur je.Tak basuh kaki kut masa nak tidur.

Abd Razak said...

Salam kak zai...

Peringatan buat kak zai...

NURA said...

salam sobat
ada AWARD sederhana untuk mba,,mohon diterima ya,,di blog NURANURANIKU,sahabat lama di ALJUBAIL.S.A,trims.

Unknown said...

Salam kak zai,akak bertuah kerana mendapat teguran dari Allah dengan mimpi2 sebegitu.Takut juga membaca kisah mimpi kakzai ni.
Sila ambil kad raya http://ijoks2009.blogspot.com/2009/09/kad-raya.html

Unknown said...

Salam,salam ramadhan,salam aidil-fitri,dari saya sekeluarga buat akak sekeluarga.
Maak kak,lama tak update kat blog akak.maklumlah,dah 2 minggu pc saya belum repair.ni update pun melalui handphone..tapi takpe..
Kak,apa yg akak mimpi tu,semuanya saya pernah alami kak..memang tak dinafikan,mmg dashyat..hingga tbawa2 ke siang hari..kdg2 boleh buat bad mood 1 hari..namun ianya pengajaran dan peringatan.malah ada mimpi tu,menjadi impian yg tburuk buat sy pd 13.5.2003..
Apa pun mimpi,awas ye kak,kekadang ianya petanda.
KAK,JEMPUT DATANG KE RUMAH YE.
Wassalam,

anakmuaallaf said...

Salam Zai,
Alhamdulillah ada pengajaran yang dapat dikutip dari n3 kali ni..Tak di nafikan kekadang kak leha pun terlalai juga..

pecinta_Islam said...

kak...nk tambah sket lg..sy prnh mimpi pelik2..kdng2 mimpi yg sy rasa mmg x ptt kongsi nga semua sbb nanti orng akan fitnah sy blk..ckp sy mereka-reka cerita dll..dlu sy prnh tnye ustaz sy dan beberapa orng alim..dia ckp soal mimpi ni klu bleh jngn heboh kt orng.bkn apa bleh timbul fitnah dan juga stiap orng akan tafsir macam2 jd time tu leh timbul kesesatan..katanya bila kte bermimpi pape berdiam diri lah..klu ada yg kte rsakan orng yg paling patut ditanya maka tanya la..syaratnye orng tu mestila mempunyai ilmu.

zai said...

Dr todak ...

Terima kasih atas kunjungan..memang benar kadangkala mimpi mampu menginsafkan kita..

zai said...

Salam Echam..

Mmg ada sesetengah dari mimpi itu seakan2 benar..hanya Allah yang mengetahui..kak zai sendiri dah banyak kali mengalami mimpi2 pelik tetapi sentiasa bermuhasabah diri krn mungkin banyak dosa yang dilakukan tanpa kita sedari..

zai said...

salam kak cik...

rasa2nya ramai yang mempunyai mimpi2 spt itu tetapi tak ramai yang ingin bercerita..

zai said...

Hi LoL..

Harap2 LoL tidak dapat mimpi2 yang mengerikan dan hanya mimpi yang indah2 belaka..

zai said...

Salam Kak Werdah..

Mungkin benar mcm akak kata mungkin kita termimpikan perkara2 itu semua kerana kita sering teringatkannya..entahlah kak sesekali ia tetap hadir menganggu fikiran ni berjalan macam pita rakaman jer kat dalam otak ni..

zai said...

Salam Relevan...

Mungkin mimpi itu hanya sekadar mainan tidur tapi sesekali bermimpi yang menakutkan begitu memang menjadi igauan ngeri sepanjang hayat...

zai said...

Salam Maiyah...

Ntahla nak percaya atau tidak tapi sesetengahnya berlaku seakan2 dalam alam nyata...itu yang sukar dilupakan..

zai said...

Salam Zharif...

Harap2 mimpi itu dapat mendidik akak menjadi insan yg lebih baik krn sukar nak melupakan mimpi2 sebegitu..

zai said...

Salam Teacher...

Mungkin saya terlalu banyak berdosa atau terlalu banyak mengingati perkara2 spt itu..tetapi ttp meninggalkan kesan yang sangat mendalam..

zai said...

Salam Chimera..

tak naklah tafsir seme mimpi2 tu takut kita nanti jadi kufur plak..cuma kak zai harap ia akan kekal didalam ingatan ini utk terus jadi peringatan kpd kak zai utk terus beramal ibadat kepadaNYA..

zai said...

Salam Syahbandar,

sebenarnya akak dah dapat seme mimpi2 tu dah lama sangat contohnya mimpi dicabut nyawa tu dah 10 tahun berlaku tapi ia tetap datang sesekali dalam fikiran akak macam pita rakaman jer..

mimpi melihat mayat sendiri pun dah bertahun lamanya dan mimpi berjumpa dengan bapa saudara akak yang meninggal itu terjadi kira2 3 tahun yang lepas..sangat ajaib kerana dia meninggal disebelah siang..malamnya dia datang dan memeluk kak zai dan mencium ubun2 kak zai..sewaktu hayatnya dulu beliau dan isterinya mmg seorang yg sgt warak, terlalu baik budi pekertinya dan sangat rapat dengan kak suatu waktu dahulu dan dialah yang menyara persekolahan kak zai dulu tapi kak zai lupakan dia terus slps berumahtangga sehinggalah dihari kematiannya baru kak zai melawat...itulah yang menjadi tanda tanya..benarkah arwah beliau datang melawat kak zai..kak zai bercerita bukan niat utk riak tetapi sangat teringatkan mimpi itu..sewaktu terjaga pun kak zai masih teresak2..

Kak Zai bercerita tntg semua ini bukan untuk mencari populariti tetapi ingin mengetahui adakah ramai pembaca yang turut mengalami mimpi2 spt itu krn kak zai tak boleh melupakannya..seakan2 ia benar2 berlaku...

zai said...

Salam Tini..

Mgkin juga benar mimpi itu hadir utk menjadi iktibar buat zai sendiri..

zai said...

Salam Tirana..

Syukurlah kerana kita masih bernafas sehingga kesaat ini..terkadang zai menjadi takut..kalau2 tidur zai itu merupakan tidur yang terakhir utk dinikmati..

zai said...

Salam Abu Muaz...

Betulla tu..agaknya kerana tak basuh kaki..

zai said...

Salam Razak..

Harap2 ia mmg merupakan peringatan buat kak zai yg sering lalai ini..

zai said...

Salam Ijoks...

Ijoks takut mendengarnya tapi kalaulah mengalami sendiri lagilah ngeri rasanya dik..bila terjaga pun badan berpeluh2..dan kadang2 basah bantal oleh airmata..tapi sekejap jer insaf pastu dah lupa lagi..tapi sesekali ia ttp akan datang menganggu fikiran..mimpi atau realiti ?

zai said...

Salam Nura..

Trm kasih kerana berkunjung lagi...saya sudah mengambil award anda terima kasih ya nura...

zai said...

Salam Zawal...

Mmg kadang2 mimpi itu boleh menjadi igauan buruk kpd sesetengah dari kita agaknya mungkin kesan terlalu banyaknya dosa yang dilakukan dan dek kerana doa ibu bapa ke atas kita anak2nya...

InsyaAllah kalau ada kesempatan kak zai akan datang rumah zawal satu hari nnti.

zai said...

salam anakmuallaf..

Ntahla kak, harap2 ia tetap dpt menjadi iktibar kpd setiap dari kita..sesungguhnya yang baik itu selalunya datang dari Allah dan yang buruk itu kerana datangnya dari kelemahan kita sendiri...

zai said...

Salam Syahbandar..

Betul ke dik.mimpi tak leh cite kat orang..akak tak tau tentang perkara itu sebenarnya cuma akak rasa pelik kenapa ia datang berulang2 dalam fikiran akak seakan pita rakaman..

Terfikir ingin berkongsi dengan pembaca semua manatau ada yang mmg mempunyai mimpi2 yang serupa...

Apapun akak ucapkan terima kasih atas teguran adik tu...sebenarnya segala keburukan mimpi itu mungkin lahir dari keburukan dan dosa2 yang dilakukan oleh kak zai selama ini...hanya Allah yang mengetahui..tapi tak berniat utk menafsir mimpi itu semua takut kalau2 terlari akidah plak nnti..

Kita ambil jerlah apa yang terbaik spt pesanan Rasulullah SAW kpd kita dan menurut segala apa yang diperintahkan oleh Allah..sesungguhnya kita adalah hambaNYA yang hina dan lemah...

Semoga Allah mengampunkan segala dosa2 akak yang lalu...takutlah dik..

Anonymous said...

kak zai, mimpi yg kedua kak zai iaitu:
"bermimpi melihat dari perut bumi keluar lahar-lahar gunung berapi membuak-buak disana-sini..etc"
seakan sama dgn mimpi yg saya dpt beberapa bulan lepas & juga malam tadi..bila terjaga dari tidur mmg perasaan berdebar2, takut & insaf...kerana kdg kala lalai dari menjalankan tanggungjawab sebagai muslim..

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA