Friday, September 4, 2009

JANDA VS TERUNA

Salam buat semua pembaca setia blogku (Islam...My Way of Life)..

Sebenarnya aku ingin mengucapkan terima kasih diatas sokongan yang tidak putus2 dari semua pembaca ke atas blog ini yang asalnya dilahirkan utk kepuasan sendiri dan akhirnya terlanjur disukai pula oleh rakan-rakan blogger yang lain..Aku sebenarnya seorang yang gemar mengumpul sejarah islam, jadi sengaja kuabadikannya didalam blogku untuk panduanku sepanjang masa.

Agak2 pembaca semua menarik tak tajuk kat atas tu..gempaqkan. ????? sebenarnya aku mendapat jemputan dari anak saudara suamiku (seorang ibu tunggal) untuk berbuka puasa bersama calon suaminya seorang anak teruna besok hari Sabtu kat Medan ikan Bakar di Pulau Pinang (rezeki lagi nampaknya !!! Alhamdulillah) ...
Sebenarnya anak saudara suamiku ni dah lama bergelar ibu tunggal (8 tahun) lamanya..Biarlah aku panggil dia dgn gelaran "Eye". Eye baru berusia 29 tahun, ibu kepada 2 orang anak lelaki yg berusia 10thn dan 8thn.. tapi sedihnya dah tak ada ibu bapa kerana kedua-dua kakak dan abang iparku telah meninggal dunia. Allahyarham Kakak Ipar dan suamiku adalah 2 beradik seibu. Mereka kedua2nya telah dibesarkan oleh nenek selepas penceraian kedua ibu bapa mereka. Jadi hubungan suamiku dengan kakaknya sangatlah rapat. Suamiku tinggal dgn kakaknya sehinggalah ke hari perkahwinan kami pada tahun 1994 dan ketika itu anak saudaraku, Eye dan Ana yg cuma 2 beradik, masih lagi di bangku sekolah....
Masa terlalu cepat berlalu..tau-tau, Eye dan adiknya Ana yang berusia 25 tahun telahpun berumahtangga dengan pasangan masing-masing. Malangnya jodoh kedua-dua mereka tidak panjang...selepas itu masing-masing terpaksa melalui satu hakikat yang terlalu pahit iaitu bergelar Ibu Tunggal pada usia masing2 yang sangat muda...Punca penceraian kedua-duanya juga gara-gara kerana kehadiran "orang ketiga".

Tapi kini setelah 8 tahun berlalu tiba2, Eye menaliponku dan memberitahu khabar gembira bahawa beliau akan berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya seorang anak teruna yang turut berkerjaya dan mempunyai empayar perniagaannya sendiri dikuala lumpur...aku sendiri terkejut, tak menyangka..Eye akan berkahwin lagi akhirnya kerana selepas kegagalan rumahtangganya dulu, beliau tampak seakan serik untuk berumahtangga lagi, malah menurut Eye beliau telah sedaya upaya mengelak dan memujuk anak teruna tersebut untuk memilih insan lain..

Tapi aku pasti kali ini Eye pasti akan bahagia kerana beliau sememangnya seorang wanita yang cukup sempurna dimataku selain cantik dan mempunyai potongan badan yang masih menarik walaupun telah beranak dua dan pandai pula memasak tentunya masih digilai oleh ramai anak2 muda..Yang pasti beliau masih mempunyai hubungan yang baik dengan kedua bekas mertuanya malah mertuanya sangat menyayangi beliau.. Yang silapnya disini adalah kerana cinta songsang suaminya dengan perempuan indon yang telah merosakkan perkahwinan mereka. Lebih malang lagi wanita indon tersebut tidak mahu bermadu dan mahukan suaminya menceraikan Eye..maka diatas cinta buta dan kebodohan suaminya, suaminya yang mabuk cinta telah memilih utk menceraikan Eye dan mengahwini wanita Indon tersebut..Eye adalah mangsa sebenarnya dan beliau teraniaya dan Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang..tidak lama kemudian perkahwinan suaminya dengan wanita indon itu juga goyah..

Suaminya pernah memujuk untuk kembali tetapi hati Eye telahpun tertutup buat suaminya kerana Eye menjadi fobia diatas perbuatan bekas suaminya dahulu tapi aku kagum walaupun hubungan Eye dengan bekas suaminya telah putus, Dia masih boleh bersahabat baik dengan suaminya, malah terkadang akan hadir bersama-sama kesekolah ketika menghadiri mesyuarat PIBG sekolah sehingga tiada siapa yg menyedari bahawa Eye adalah srg ibu tunggal.
Terfikir juga..kenapa sekarang seakan sudah menjadi trend anak teruna memilih janda @ ibu tunggal sebagai teman hidup dari memilih anak dara..adakah kerana value anak dara yang semakin mahal, atau anak dara banyak yang telah ditebuk tupai atau kerana sikap anak-anak dara yang banyak "demand" kadang-kadang membosankan anak teruna...
Apapun aku nampak kesungguhan Lelaki itu ingin mengahwini Eye kerana beliau ingin membawa kedua ibubapanya bertemu ku dan suami untuk membincangkan tarikh perkahwinan mereka yang dijangka pada bulan Januari 2010 ini...
Aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat Eye dan bakal suaminya...Semoga Kekal Ke akhir Hayat.. untuk adiknya Ana..aku juga mendoakan kes Pengesahan lafaz cerainya yang telah berlarutan selama 3 tahun akan cepat-cepat berakhir dan beliau juga akan bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang beriman...

.....Amin.......









Share/Bookmark

54 comments:

Kakcik Seroja said...

Mudah2an jodoh Eye kali ini berkekalan ke akhir hayat. Insya Allah.

joegrimjow said...

jodoh ni pelik

harap die bahagia

Pn Kartini said...

Inilah org kata..segala apa yg berlaku..ada hikmahnya..
Rasanya hancur luluh hati dan pasti Eye bersedih dgn pergolakan yg blaku dulu..
Tapi sekarang..kebahagiaan menantinya di hari mendatang...InsyaAllah..Semoga jodoh Eye kekal abadi..:)

Unknown said...

mudah2an jodohnya kali ini berkekalan hingga keakhir hayat.

AzMaslenda said...

salam kak zai..
lama tak terjah laman komen kak zai.. sukanya baca entry ni. Seronok membaca tentang kehidupan 'eye' yang sedang menuju bahagia setelah pernah dilukai. Syukur, Allah kurniakan yang lebih baik untuknya. Semoga jodoh berpanjangan.

pst: apalah rasanya bila tergamak menjadi penghancur sebuah rumahtangga milik orang lain ye?

IMANSHAH said...

Salam..saya pun kalau dah jodoh dengan anak dara ke, janda ke, wanita yang lebih tua ke, saya terima juga

IMANSHAH said...

Salam..saya pun kalau dah jodoh dengan anak dara ke, janda ke, wanita yang lebih tua ke, saya terima juga

Werdah said...

salam Zai,

Mungkin inilah yg dikatakan hikmah di sebalik musibah (Allah sahaja Yg Mengetahui).. bila kita kena musibah berdoalah "inna lillahi wainna ilahi raaji'uun, ya Allah hendaknya Kau gantikan dengan yg lebih baik.. itulah doa Ummu Salamah semasa suaminya meninggal akhirnya dpt berkahwin dengan Nb Muhammad saw.. Mudah2an rumahtangga adik ipar Zai "Eye" yg akan terbina nnt diberikan sakinah dan mawaddatan warahmah.. insyAllah..

Relevan said...

Salam Zai..

Nanti ada tak cerita Janda vs Suami orang?..

Leenoh said...

Salam Zai.

Kerja yang baik elok dipercepatkan supaya ia akan menjadi lebih baik, kerja yang jahat elok dilambatkan supaya ianya tidak akan berlaku.

Semoga mereka berjaya mencapai matlamatnya.

Selamat berpuasa.

Cik Skaf said...

salam kak zai,
Moga jodoh kedua eye ni lebih memberi bahagia kepada dia. Sampai kan salam saya buat dia ya.

Unknown said...

salam puan zai
z juga doakan yang terbaik untuk mereka berdua..Insyallah kalau dah jodoh tak ke mana =)

Dida... said...

Salam Kak Zai...

Moga pilihan eye kali ini tepat dan jodoh beliau berpanjangan dan bahagia hingga ke anak cucu...

Dan moga hubungan beliau dgn mertua yg baru pun baik2 sahaja.. maklumlah... kalau si anak yg teruna berkahwin dgn seorang janda.. pasti ada juga bunyi2 di sebelah family lelaki kan... harap2 x begitulah ya... kita doakan sahaja yg terbaik utknya...

Maiyah said...

salam.. Insyaallah pengalaman lalu tu akan jadi kekuatan padanya dgn suami baru

wardah said...

baguslah tu kak zai...Eye dah bertemu jodoh. Kalau niat si teruna tu ikhlas apa nak tunggu lagi. Drpd berlaku perkara2 yg tak baik...lebih baik disegerakan pernikahan mereka. Semoga mrk bahagia.

Abd Razak said...

Salam kak zai,

Moga jodohnya kali ni berpanjangan ke akhir hayat...

Keri AlHaj said...

Salam kak zai yg manis...

Apa-apa pun hidup kita tetap juagk terikat dgn salah satu takdir Allah yang digelar 'Jodoh'... walau kita cuba elak, walau kita cuba tegah, dan walau macmana kita rancang.. Bila Allah tetapkan 'JADILAH' maka jaidlah ia...

Kita sama-sama doakan kebahagian untuknya. Dia dah pernah punya pengalaman pahit dlm berumahtangga. dari pengalaman itulah dia akan belajar dan menjadi lebih matang utk hadapi masalah2 lain yg bakal akan datang...

yang baik-baik sahaja untu dia... Untuk kaka Zai juga

pecinta_Islam said...

kak knp eh..bila sy dngr ksh orang cerai ni cam sakit hati je..rese persoalkan plak knp gaduh,kenapa curang,kenapa cerai,kenapa itu dan knp ini...bnyk yg knp.hehe..tp bila dngr ksh orng bahagia ni rse best je..huhu

hentian said...

Kalau tanya aku, eehh... susah juga nak terima pinangannya tu...

Guru said...

assalammualaikum zai...
wah..
janda ngan sesapa pun tak apa...asalkan buat secara baik
doa saya juga mengiringi langkah hidup eye dan semoga Allah permudahkan kerja2 baik ni

nak kluar topik sikit

nak mintak alamat pos zai..
ada nak beri hadiah sikit
hadiah sempena apa?
nak kata puasa penuh tak mungkin kut...
saja je beri hadiah
insyaAllah nak poskan hari selasa ni pos laju

lamat zai tu bagi kat email saya
normahmispar@yahoo.com

k...

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... kak.. xder lagi janda yg mcm tu ke kak.. sy ni pun masih teruna nih.. hehehhe

kak ja said...

Perancangan Allah swt mmg tak terjangkau dek akal kita, kan? Being beautiful, lemah lembut, sopan santun tak menjanjikan kesetiaan sang suami yg mudah lemah dgn godaan unsur luar..

Kita doakan yg terbaik utk Eye.. Semoga perkahwinanya kali ini kekal ke hujung nyawa..

Hanisham Ab Halim said...

Kak Zai,
Tadi kak zai ada tanyer kenapa skng ni banyak lelaki cari janda kan. Ini jawapan yang peberet skang ni. Kalau janda tu mmg dah tau jandanya tapi yang dara ni belum tau lagi dia dara. Cakap camtu sbb ada reason. Kalau tgk skang ni seks bebas melampau sesangat. Masa umur baru belasan tahun dh buat seks. MasyaAllah....

abu muaz said...

Tahniah! gagal kali pertama bukan bermakna gagal untuk selamanya.

Kawan saya teruna berkahwin dengan kakak angkatnya yg kematian suami. Dapat anak express 4 orang. kereta dan rumah semuanya dah ada.

Sampai sekarang ok je....
Yang takut orang kahwin iblis je... senang nak goda

pn-iena said...

kalau dah namanya jodoh..jodoh lah tu kan....insya'allah kita doakan yg terbaik untuknya..moga jodoh mereka berpanjangan hingga ke akhir hayat..amin

Pengasas said...

Salam Zai,
Saya fikir bakal suaminya itu orang yang baik lagi bijak. Justeru dia memilih bakal isteri yang baik. Status ibu tunggal tiada cacat cela di sisi Allah.
Semoga mereka berbahagia dunia-akhirat.

zai said...

Slm Kak Cik..

Itulah yang diharapkan oleh zai dan suami..semoga jodohnya kali ini berpanjangan..Ameen.

zai said...

Slm Joegrimjow,

Boleh tanya apa maknanya nama Joegrimjow tu ? hehehe mcm ada maksud yang tersurat jer tu..

Pelik ke ? Rasa2nya tak kut..mereka kan juga manusia..

zai said...

Salam Pn Tini..

Itulah hikmahnya agaknya..Allah telah menduga beliau dengan penceraian dan beliau tabah mengharunginya dan sekarang Allah telah menggantikan lelaki yang lebih baik utknya insyaAllah...

zai said...

Salam Ummi Humaira,

Ameen..itulah harapan zai jua..kesian dah lama hidup sorang2..

zai said...

Salam AzMas..

Ameen..Semoga Eye akan berbahagia dengan pasangan hidupnya yang baru..itulah harapan kak zai dan semuakan ?

Bagi perosak/perampas kebahagiaan oranglain tu..lambat laun pasti akan tetap merasa kesannya..Hanya Allah yang Mengetahui perasaan diaorang tu..

zai said...

Salam Imanshah....

Bagus betul Iman sbb openminded...apapun seme ni bergantung pada takdir dan jodoh kita ye tak..kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya.

zai said...

Salam Kak Werdah...

Mungkin doanya utk mendapat lelaki yang baik telah termakbul..kalau kak werdah nak tahu lelaki ini wlupun bujang telah mengambil 2 orang anak angkat yang dipeliharanya semenjak bayi dan kini dipelihara oleh ibu lelaki itu krn dia mmg srg yang sukakan kanak2 dan menganggap stp anak2 tu rezeki.

zai said...

Salam Relevan...

Eh dah ada cerita tu..kena tengok balik N3 zai yang lama2..wajib ada...tapi akhirnya tak menjadi sbb laki orang tu hampeh...!!!!

zai said...

Salam En Leenoh,

Trm kasih krn bertandang dah lama rasanya tak nampak..

InsyaAllah..kalau ada jodoh takkan kemana...harapan kita biarlah jodoh mereka berpanjangan hingga ke anak cucu.

zai said...

Salam Skaf..

Salam Skaf dah pun berbalas...dia ucapkan terima kasih atas sokongan.

zai said...

Salam Zharif..

Terima kasih atas doa Zharif tu...Berkat doa semua orang, moga cepat2lah mereka berkahwin nnti yer..

zai said...

Salam Dida...

Rasa2nya kita telah maklum akan mulut manusia ni..tak pernah diam dari memperkatakan hal oranglain ini..mmg benar tambah2 dgn kedudukan eye nanti pastinya banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi..harapan kak zai agar beliau tabah dan sabar menghadapi dugaan sblm menempuh alam perkahwinan ini.,

zai said...

Salam Razak..

Ameen..ya dik, moga jodohnya berpanjangan kali ini.

zai said...

Salam Chime...

Tepat sekali kata2 Chime tu...kita semua terikat dgn JODOH yang sememangnya telah ditentukan oleh Allah SWT kpd kita...

Hanya doa dipohonkan moga2 perkahwinan beliau kali ini kekal sehingga kehujung nyawa.

zai said...

Salam Syahbandar..

hehehe..dah pandai sakit hati yer dk..aar..kalau nak tau thrill dia camne..kahwin dulu k..pastu baru taw rencah ratus orang berkahwin ni camne...hakikat sebnrnya mmg tak mudah utk melalui cabaran hidup berumahtangga ni.,ramai yang failed..

zai said...

Salam Maiyah..

Harap2 Eye juga telah belajar dari kesilapannya yang lalu...dan berusaha menjadi yang terbaik kali ini...

zai said...

Slm Wardah..

Betul tu..kak zai pun nak lihat diaorang cepat2 kawin..sbnrnya diaorang ni kawan dari sekolah menengah lagi pastu terputus hubungan dan sekarang bertemu lagi..itulah jodoh namanya...

zai said...

Salam Insan Marhaen..

Hehehe...Agak2nya knp takut nak terima pinangan tu...? kelakarla..kalau dah jodoh tu..bak kata orang ikan dilaut asam didarat..didalam kuali bertemu jugakkan..

zai said...

Salam Insan Marhaen..

Hehehe...Agak2nya knp takut nak terima pinangan tu...? kelakarla..kalau dah jodoh tu..bak kata orang ikan dilaut asam didarat..didalam kuali bertemu jugakkan..

zai said...

Salam Teacher...

Aduhai..surprise apalah agaknya yer tu teacher..thanks alot atas doa dan "surprise" tu..dah tak sabar nak tau ni...

zai said...

Salam Bujang Susah..

Banyakla dik kat dunia ni..hehehe..kalau nak hubungi akak k..banyak stok dok menanti pinangan kat luar sana..

zai said...

Salam Kak Ja...

Mmg benar kata2 kak ja..
Hanya mereka yang melalui pengalaman tersebut yang mengetahui sebab2nya..

zai said...

Salam Echam..

Mmg betul jgk kata Echam tu...Banyak remaja sekarang dah rosak..siapa agaknya nak disalahkan yer..

Kalau janda tu mmg confirm janda kan..camne plak kalau anak dara dah bayar mahal2..taw2 rejectkan..

apapun kalau dah terkena tu...redha jerla ...mungkin mereka dah insaf, tak baik membuka aib orang betul tak ?

zai said...

Salam Abu Muaz..

Itulah rezeki namanya..kalau dah termaktub dari azali takdir dan jodoh macam tu..kena terima dengan redhalah kan..pasti besar pahalanya mengahwini janda2 yang mempunyai anak2 ni..sbb tak mudah utk menerima anak oranglain spt anak sendiri.

zai said...

Salam Pn iena,

InsyaAllah dgn berkat doa kita semua, semoga perkahwinannya kali ini akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat hendaknya.

zai said...

Salam Pengasas...

Zai pun dah berjumpa lelaki tu..mmg nampak baik orangnya dan bertanggungjawap dan tak lokek utk berbelanja dan penyayang pula pada kanak2..itu satu kelebihan..

Ridz said...

menarik cerita ni tapi mcm pernah lalui saja tapi yg pasti saya tgh usahakan untuk membina Masjid yang penuh dgn keredhaan dan kerahmatan dari yg maha kuasa............

Ridz said...

Semoga kekal hingga ke akhir hayat.Semoga mendapat isteri yg solehah dan zuriat yang soleh/solehah kan makcik heheheheh

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA