Monday, September 14, 2009

SURPRISE YANG TAK KUJANGKA..

CIKGU A KL CITIZEN

Salam..
Baru-baru ni pada 8 September 2009..aku menerima satu kiriman parcel 'SURPRISE" dari seorang rakan blogger..cikgu aklcitizen .Perasaan ni jangan citelah kan..begitu bangga dengan sikap prihatin, caring dan generous seorang guru sepertinya yang sudi mengirimkan sebuah buku yang sangat baik tajuk dan isinya iaitu "Online dengan Tuhan"..tapi yang lebih memeranjatkan lagi Teacher bukan saja mengirimkan buku itu sahaja tapi juga sepucuk surat yang ditulis kemas (dah ku "framekan") dan juga duit raya buat semua anak2ku...Begitu mulianya budi Teacher kan...nak kata kenal lama tak juga tapi bila Teacher memilihku diantara ramai2 rakan blogger yang lain utk diberikan hadiah....rasa2nya tak terucap...apa yang penting aku suka melayari blog beliau kerana isi blognya walaupun ringkas tapi sangat padat dengan ilmu..kadangkala ceritanya pendek tapi penuh pengajaran..jadi apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan blogku ini yang sememangnya terkenal dengan panjang meleret-leret..
Sekali lagi kuucapkan terima kasih yang tak terhingga buat Teacher aklcitizen diatas hadiahnya itu..Aku telah habis membaca buku tersebut dan aku tertarik dengan semua kupasan penulisnya Zulkifli Khair berkenaan prinsip percaya kepada kekuasaan Allah yang perlu ada dalam diri setiap dari kita dan salah satu tajuk yang aku suka ialah "Sekiranya Tuhan keluarkan Bil"...Bayangkanlah betapa Allah sangat bermurah hati memberikan kita peluang hidup didunia ini dengan menggunakan segala kemudahan dan kenikmatan yang diperolehi tanpa sedikitpun mengenakan sebarang bayaran..yang Allah hanya minta sangatlah sedikit..iaitu agar kita cuma sujud kepadanya 5 kali sehari...iaitu Sembahyang sebagai tanda kesyukuran kepada segala nikmat yang diberikanNYA tapi berapa ramai diantara kita hari ini yang mampu berpuasa tetapi tidak mampu melakukan ibadah Sembahyang yang sebenarnya amatlah ringan tetapi menjadi berat bagi sesetengah dari kita yang tidak pernah menghayati kejadian Alam Semesta bahkan kejadian manusia itu sendiri...Alangkah ruginya setiap saat yang terbuang begitu sahaja..
Bayangkanlah ya kalau seandainya Allah mengeluarkan bil atas setiap oksigen yang disedut..katakan RM1.00 untuk setiap kali sedutan..Kajian menunjukkan manusia dewasa bernafas sebanyak 18 hingga 30 ribu kali sehari. Katakan 20 ribu kali sehari, bermakna dalam tempoh hayat 21 tahun, individu sudah bernafas sebanyak 21 x 365 x 20,000 = 153,300,000 kali bermakna bilnya akan berjumlah RM153 juta..(mampukah kita untuk membayarnya ???) fikir-fikirkanlah wahai manusia yang sombong..
Ya... masih ramai diantara kita yang masih sombong dengan Allah, walaupun Al-Quran merupakan mukijizat yang diturunkan dan merupakan kalam Allah yang sebenar2nya dan tidak ada satu pembohongan pun didalamnya..Kita masih engkar dan cuai untuk menjalankan perintahNYA sehinggalah sampai satu waktu kita ditimpa dengan bala dan disaat itu kita menyalahkan pula takdir kenapa ianya berlaku tanpa mahu bermuhasabah diri dimana silapnya kita...saya ingin berkongsi kepada semua sebuah petikan yang telah membuatkan saya terfikir, Allah itu maha pemurah, sangat2 pemurah…ini petikan tersebut:

"bersabarlah, setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Hidup ini adalah lakonan dan kita adalah pelakon2nya. Daripada petikan Al-Quran, ‘Dan aku akan menjauhkan diri daripadamu, dan daripada apa yang kamu seru selain daripada Allah, dan aku akan berdoa kepada Tuhanku, aku tidak akan kecewa dengan berdoa kepada Tuhanku,’ Doa adalah senjata org Mukmin.

DAN INGATLAH "Bila Allah cepat memakbulkan doamu maka Dia menyayangimu, bila dia lambat memakbulkan doamu, dia ingin menguji kasih sayangmu terhadapNya, bila dia tidak memakbulkan doamu, percayalah dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu, berbaik sangkalah dengan Allah dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya..."
Dan aku sentiasa berdoa semoga tidak ada diantara kita rakan-rakan blogger yang sudi menjalinkan ukhwah denganku berpaling dari ajaranNYA walaupun seinci...Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri di atas segala ujian yang diturunkan kepada kita dan semoga kita semakin menginsafi bahawa kita semua adalah pinjaman belaka dan satu waktu yang entah bila akan kembali dijemput mengadapNYA...dan semoga kita dimatikan didalam keadaan telahpun sempat bertaubat diatas segala keterlanjuran dan dosa2 silam...
Ameeen...

Share/Bookmark

30 comments:

IMANSHAH said...

Alhamdulillah, indahnya persahabatan maya..

Hanisham Ab Halim said...

Bestnyer.. esok nak pi cari buku ni.

Relevan said...

Salam Zai..

Zai dah ketemu..rodong yang sebenar benar nya rodong..

Unknown said...

Zai beruntung dapat teman yg sentiasa mengingati kita kepada Yang Maha Pencipta , manusia ni sentiasa iman nya berubah2 .. Alhamdulillah ada teman yg mau mengingati kita selalu....

Maiyah said...

salam.. cikgu mmg baik, kan dia ada dtg lawat sy kat rmh, rasa terhary sgt.. moga cikgu dan zai sentiasa dlm kesejahteraan :)

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam terasa begitu kerdil sekali kita sebagai hambanya....allah huakbar....

Keri AlHaj said...

alamak... dapat hadiah... Tak jeles! tak jeles! tak jeles! (sambil tumbuk2 bantal)...

Dan ya... begitulah sifat pemurahnya Allah... beri, beri, beri dan terus beri... kita taat padaNYa atau tak sekali pun terus juga Dia beri... bukannya kita nak sedar pun. bukan nak ingat pun... selalunya (merujuk diri sendri) bila time susah je, barulah sunguh2 ingat kat Allah... time senang!! haha, tok sah harap nak ingat...

bagus buku ni ya??... nak kena cari jugaklah

Unknown said...

salam puan zai
semoga hadiah dapat mengeratkan hubungan bloggers2 semua =)

hai said...

salam zai,
seronoknya bila persahabatan yang terjalin dengan penuh keikhlasan pasti melahirkan perasaan kasih sayang sesama kita walau tidak pernah bersua muka!!
yang paling manis bila kita sentiasa ingat mengingati dan dapat berkongsi ilmu sesama kita!!

Baba Roshidan said...

Betapa indah berteman dengan sahabat yang sentiasa melorongkan kita kejalan ilahi........... moga persahabatan maya ini memberi seribu hikmah kepada kita.

Pn Kartini said...

Salam ZAi
Hadirnya sahabat bagaikan mutiara yang amat tinggi nilainya...Jagalah ia agar terus bersinar..:)

abu muaz said...

kalau manusia berfikir dengan otak yg dikurnia Allah ...... ikut semua kehendaknya barulah aman dunia ni....

Tahniah cikgu ..... contoh sahabat alam maya.

Werdah said...

Salam Zai,

MasyaAllah n alhamdulillah n tahniah krn dapat hadiah dan pengajaran yang banyak daripada hadiah tersebut.

Terima kasih kerana mendoakan kami semua tidak lalai dlm tanggungjawab terhadap perintah Allah yang sebenarnya Allah perintahkan kita buat bukan untuk DIA tetapi untuk diri kita sendiri.

Semoga kita istiqamah dalam menunaikan t/jwb.

abumujahid said...

Alhamdulillah saya dah baca buku tu.. memang menarik..

Abd Razak said...

Bestnya dpt buku

zai said...

Salam Imanshah..

Mmg indah sebenarnya persahabatan maya ini sebagaimana indahnya perasaan ini krn mmpunyai rakan2 blogger dan adik2 mcm imanshah juga..

zai said...

slm echam...

Dah beli ke buku tu dan membacanya ??? belilah tak rugi..kak zai beri 5 bintang..mmg best !!

zai said...

Salam Relevan...

Relevan pun rodong jugak kan..kalau tak takkan sampai kesini..

zai said...

Salam Ummi humaira...

Sebenarnya zai juga merasa sangat beruntung kerana dapat kenal ummi yang berilmu..zai jadi sangat gembira krn Allah memberikan kesemua rakan2 blogger yg baik2 belaka dan sama2 cintakan islam...

zai said...

Salam Maiyah..

Bukan nak memuji tapi boleh nampak keindahan akhlak cikgu kan krn memanjangkan ukhwah diantara kita semua...zai turut berbangga mengenali maiyah juga..

zai said...

Salam Alimaz..

Mmg kita sangat kerdil...tiada yg lebih baik dari kehebatan ciptaanNYA..dan berbahagialah bagi mereka yg benar2 memahami kenapa kita dihidupkan didunia ini...

zai said...

Salam Chime..

Tak jeles erk..tapi kenapa tumbuk bantal tu..jgn dok terbayang bantal tu muke kak zai dah lah yer..hehehe

Tapi mmg benar kita manusia mmg mudah lupa..masa senang sikit dan kaya raya masa tu jarang benar nak ingatkan tuhan dan berterima kasih padaNYA dgn lbh banyak bertakwa dan bersedekah..bila ditimpa musibah menyalahkan takdir pula..semoga kita bukan dijadikan diantara golongan mereka yang lalai..

zai said...

Salam Zharif..

Mmg berhadiah2 sesama kita akan mengeratkan hubungan ukhwah dan kasih sayang sebagaimana disarankan oleh Rasulullah SAW..

InsyaAllah jika kak zai punya lebih wang kak zai pun nak hadiah2kan juga kepada semua kawan2 blogger dengan sesuatu..

zai said...

Salam Hai..

Begitulah hendaknya..zai sendiri berbangga mengenali hai wlupun hanya dialam maya...betapa terasa kemesraan telahpun terjalin.

zai said...

Salam Tini..

InsyaAllah...akan zai jagai ukhwah ini dengan sebaiknya sebagaimana hubungan kita berdua ini..zai tetap menghargainya dan berbangga.

zai said...

Salam UstazBaba..

Ameen...itulah harapan kita semua kan? Ikatan ukhwah yang berpanjangan selamanya..seandainya nafas telah terhenti harapan zai moga2 blog ini akan terus memberi manfaat kpd mereka yg memerlukan...

zai said...

Salam Abu Muaz..

Mmg zai berbangga memiliki rakan2 blogger yg sebaik cikgu nie...

zai said...

Salam Kak Werdah..

Sebenarnya Kak Werdah sendiri merupakan antara rakan blogger islam yang terbaik pernah zai miliki kerana byk ilmu yg bermanfaat telah zai perolehi diblog kak werdah sendiri..terima kasih kak.. bangga zai sbb kak werdah sudi menjalinkan ikatan ukhwah ini..

zai said...

Salam Abumujahid..

Dah baca ke buku tu ? bestkan..mmg sangat berbaloi membeli dan membacanya..

zai said...

Salam Razak...

Teringin juga satu hari nnti kak zai nak hadiahkan sesuatu kepada semua ustaz2 dan ustazah yg banyak memberi tazkirah kpd kak zai tapi tak tahu apa yang terbaik utk dihadiahkan krn tahu kak zai tidak memiliki ilmu sehebat razak sendiri...

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA