Wednesday, September 30, 2009

JANGAN LUPA JADI ISTERI SELEPAS BERGELAR IBU

Salam..

Saya sangat menyukai ceramah dan seminar yang dikelolakan oleh Pakar Motivasi terkenal iaitu Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Jadi kali ini mari kita hayati apa pula pesanan beliau pada kali ini berkenaan peranan seorang isteri dan ibu....
Menurut beliau kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi, sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri, ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan. Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.

Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, “Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi….”.

Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, “You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah…”

Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut nanti ada isteri2 yang makan hati akhirnya bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi….

Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita… sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat… sehinggalah suami kita memaafkannya. . Kerana itu.. seboleh2nya. .jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua suami inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukkan anda atau sebaliknya.. .Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri.

Pesan beliau, “Isteri jangan lupa menjadi isteri”. Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain.

Jangan sesekali ambil remeh perkara begini.. biasanya bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk dia lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri.. sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu… tatkala itu.. dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya.. Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan.

Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannya berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2.. ini silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi… suami tetap merupakan “Anak Sulung”… walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa di dahulukan. … Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami.

Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada”pendinding” akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya ‘Pak cik’ adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan. Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram… dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan.

Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami...

Semoga pesanan beliau agar selepas bergelar ibu jangan lupa jadi isteri menjadi panduan terbaik untuk semua kaum2 wanita diluar sana..(saya sukakan ceramah motivasi spt ini kerana benar2 ingin melakukan yang terbaik sebagai seorang isteri dan ibu)..
Tetapi awas jua buat kaum Adam kerana isteri anda dijadikan dari tulang rusuk anda justeru itu tegurlah kesalahan isteri dengan penuh kasih sayang dan berhemah kerana dari sebuah hadis yang sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata, Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan)...
Semoga kita semua (para isteri dan suami) mendapat manfaat dari pesanan Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah dan memperbaiki kehidupan berumahtangga ke arah yang lebih baik..

Share/Bookmark

31 comments:

zedmagel said...

Salam Zai,

Larat ke menjaga banyak blog?

Banyak artikel dan tulisan anda yang bermanafaaf bagi semua blogger. Tahniah kepada semua isteri-isteri yang telah menjaga anak-anak dan rumah tanggannya dengan sempurna.

Tetapi banyak juga isteri-isteri yang tertekan dan meroyan apabila selepas berumahtangga dan beranak. Yang paling teruk "mama jahat" le.

Unknown said...

kak zai..

saya seronok membaca perkongsian macam ni..
ada ilmu baru..
saya nak copy....

Cik Skaf said...

Teringin rasanya nak memanjakan suami...uhuk!uhuk!.. :P

Werdah said...

Salam zai, nasihat yg bukan sahaja berguna kpd para isteri tetapi para suami juga.. kena sama2 jaga.. toleransi!!!! jgn para suami cari salah isteri saja nu krn nak cari lain!!

Kakcik Seroja said...

Salam Zai...

kadang2 'kebiasaan' membuatkan kita leka. Macam kakcik, dah 'dibiasakan' oleh suami - tugas kakcik memasak. Tak dihidangkan pun tak mengapa. Dia akan pandai mencari sendiri. Kerana bagi suami, kami sama-sama bekerja dan sama-sama letih. Dari mula berkahwin, baginya, mengemas rumah adalah tugasnya. Begitu juga dengan kain baju. Semasa baru kahwin, kami tak punya mesin basuh - jadi, tugas membasuh, dia yang buat.

Sesekali, bila suami tidak melakukan kebiasaannya itu, kakcik tidaklah pulak mengeluh, kakcik akan buat sendiri. Begitu juga dengan dia, kalau kakcik kata penat memasak, sesekali (kalau ada wang labih tentunya) kami usung anak-anak makan di luar.

Setakat ini, Alhamdulillah. Semuanya OK. Tapi, mana ada rumahtangga yang tak bergolak walaupun sedikit, kan?. Esok2 tak tahulah, kalau suami dah merasa jemu dengan kebiasaan atau rutin yang diamalkan selama ini... Mudah2an dijauhkan Allah dr segala keburukan...

anakmuaallaf said...

Salam Zai,
Alhamdulillah Zai ingatkan.Kekadang akak terlupa juga tugasan gini bila outstation.Serah pada helper.
Insyaallah balik nanti akak cover balik.
Anyway Zai ingat mengingati merapatkan lagi ukhuwwah kita semoga kebahgiaan rumahtangga kita kekal hingga ke syurga.Suami kita didunia kekal menjadi suami kita di syurga.Insyaallah.

Hanisham Ab Halim said...

Kak Zai,
Saya dah email kat mem saya posting kak zai ni.. hikhikhik...

Dearie Pearls said...

Salam Kak..
Mmmm...
Tak heran ar ek kalau ader suami yg akan mencari lain lagi dek layanan kurang memuaskan..

Ni ilmu baru nie.
Kena semat dalam hati sebagai landasan kelak.

Thanks Kak..

abu muaz said...

Yes dan amat benar apa yang ditulis.Ibu dan isteri sebenar.

zai said...

Salam Zedmagel..

Terima kasih atas kunjungan dan sokongan atas blog ini..harap selalu singgah dan memberi komen dan sokongan utk bersama-sama berkongsi maklumat...

Saya tak punya banyak blog..cuma blog ni jer.. :)

Setiap dari kita mengimpikan utk menjadi hamba Allah yang terbaik dan disayangi oleh ahli keluarga..jadi N3 sebegini lebih kpd peringatan utk diri sendiri sebenarnya agar sentiasa berusaha membuat yg terbaik..

zai said...

Salam Jinggo..

Silakan copy..tiada halangan kerana kak zai sendiri mengumpulkan semua data2 ini dari blog2 perkongsian rakan2 yang lain juga.

zai said...

Salam Jinggo..

Silakan copy..tiada halangan kerana kak zai sendiri mengumpulkan semua data2 ini dari blog2 perkongsian rakan2 yang lain juga.

zai said...

Salam Skaf...

Hukhukhuk..kak zai sangat bersimpati..krn kaum wanita mmg dilahirkan penuh dengan kasih sayang sbb itu doa2 kaum wanita lebih makbul dibandingkan dengan kaum adam..semoga Allah mempertemukan jodoh skaf dengan lelaki yg beriman..ameen..

zai said...

Salam Kak Werdah..

Betul tu kak..suami dan isteri harus saling bekerjasama utk membina sebuah rumahtangga yg bahagia dan jgnlah kerana syurga isteri ditelapak kaki suami maka suami menggunakan kuasa veto dan kekerasan keatas isteri semata2 mahukan isteri utk mengikut kehendaknya..

zai said...

Salam kak cik..

Zai katakan kak cik sebagai antara isteri yg bertuah kerana mempunyai suami yang ringan tulang (tapi bukan ringan tangan tau..hehehe) krn tak semua suami suka menolong isteri dengan kerja2 rumah..

Sedangkan lidah lagikan tergigit kak cik..kalau sesekali tak berselisih pendapat tu..bukan sebuah rumahtangga yg normal namanya...kadangkala pertengkaran boleh membawa kepada perubahan sikap yg lebih positif bergantung caramana kita menerima teguran pasangan masing2..betul tak ?

zai said...

Salam kak cik..

Zai katakan kak cik sebagai antara isteri yg bertuah kerana mempunyai suami yang ringan tulang (tapi bukan ringan tangan tau..hehehe) krn tak semua suami suka menolong isteri dengan kerja2 rumah..

Sedangkan lidah lagikan tergigit kak cik..kalau sesekali tak berselisih pendapat tu..bukan sebuah rumahtangga yg normal namanya...kadangkala pertengkaran boleh membawa kepada perubahan sikap yg lebih positif bergantung caramana kita menerima teguran pasangan masing2..betul tak ?

zai said...

Salam kak leha..

Apabila isteri berkerjaya spt kita pasti ada tugas dan tanggungjawap lain yg terpikul dibahu dan tidak saja hanya meletakkan tanggungjawap kita pada keluarga..oleh itu kita harus bijak membahagikan masa dan ruang agar ia tidak menjadi antara perkara yg menjadi punca renggangnya kasih sayang..

Untuk mencipta bahagia itu tidaklah semudah ucapan terkadang memerlukan pelbagai pengorbanan dan airmata..

zai said...

Salam Echam...

Dah Email kat permaisuri erk...??

Pandai echam ni..kalau bab isteri melayan suami cepat jer nak forward kat isteri erk..tapi ok gak kalau ada perubahan yg lebih positif jangan lupakan kak zai yer..kak zai nak echam belanja makan masak lemak ikan patin..hehehe..boleh ??

zai said...

Hi LOL...

Hehehehe...kadang2 ada suami yg dah dapat isteri yg baik pun tetap nak cari lain gak sbb diaorang kan pencinta wanita...? ibarat irama dan lagu..tak dapat dipisahkan..jadi sukar utk mengatakan bhw isteri selalunya bersalah kerana ada juga suami2 yg tak bertanggungjawap menyerahkan segala2 tanggungjawap sehinggakan nafkah keluarga pun dipikul oleh isteri.. Lelaki sebegini selalunya akan menyesali tingkahlakunya disaat segala2nya telahpun hilang...

zai said...

Hi LOL...

Hehehehe...kadang2 ada suami yg dah dapat isteri yg baik pun tetap nak cari lain gak sbb diaorang kan pencinta wanita...? ibarat irama dan lagu..tak dapat dipisahkan..jadi sukar utk mengatakan bhw isteri selalunya bersalah kerana ada juga suami2 yg tak bertanggungjawap menyerahkan segala2 tanggungjawap sehinggakan nafkah keluarga pun dipikul oleh isteri.. Lelaki sebegini selalunya akan menyesali tingkahlakunya disaat segala2nya telahpun hilang...

Keri AlHaj said...

errr... nak komen apa ya??? tunggu saya kawen dulu lah nanti saya komen balik semula... hehe

anaklaut said...

salam...kak zai,

entri yg paling menarik..

"Ku berjalan tanpa henti
Mencari sesuatu untuk dimiliki
Sayangnya aku masih lagi mencari
Bila bertemu belum pasti."

tq singgah aanklaut

wakparpu said...

alangkah baiknya kalau para isteri dapat mengamalkan spt yg di sarankan itu...bagi wak dah tinggal 30% je..layanan isteri...

tapi wak masih mengharapkan 'ia' akan kembali...tapi bila ?

Pn Kartini said...

Salam
Alangkah tersenyum lebar dan setujunya si suami bila ada motivasi peranan isteri..memang membahagiakan...
Harap ada jugak topik peranan si suami ..yalah kan masing2 dgn t/jawab masing2 kan..:):)

hai said...

salam zai,
orang lelaki ni bila umur mereka semakin meningkat,mereka mahukan lebih perhatian dan lebih manja..silap2 manjanya tu lebih pada anak2....layan je la...hihihi....

zai said...

Salam Chime...

Nak tau best ke tak bila dapat layanan dari seorang isteri tu..haaa eloklah cepat2 berkahwin yer dik sbb berkahwin tu sunnah Rasulullah SAW dan memang ada keberkahan didlm perkahwinan kerana didalamnya akan nanti terdapat rasa ketenangan dan rahmat berkasihsayang yg seandainya menurut lunas2 dan peraturan yg ditetapkan oleh Allah ia akan menjadi syurga buat orang2 yg beriman...

zai said...

Salam Anaklaut..

Percayalah setiap dari kita telah ditentukan jodoh masing2...lambat atau cepat ia tetap akan bertemu jodoh jua sekiranya tidak didunia akan terlaksana diakhirat nanti...bertuahlah bagi lelaki yg beriman kerana telah tersedia bidadari syurga yg tidak sabar2 menanti kedatangan suami mereka..

InsyaAllah pencarian anaklaut akan ternoktah jua kelak, janganlah berputus atas ke atas rahmat Allah..

zai said...

Salam Wakparpu..

Bersabarlah atas ujian Allah..didiklah isteri dgn penuh kelembutan dan kasih sayang disamping ajaklah beliau mengikuti segala perintah Allah dengan secara perlahan2 seandainya takut berlaku pergeseran krn hidayah Allah tidak pernah terhenti kepada hamba2nya yg sentiasa berharap kearah kehidupan yg lebih baik dan mencari keredhaanNYA..Dan ingatlah pesanan Rasulullah SAW bahawa wanita itu dijadikan dari tulang rusuk lelaki jadi harus berhati2 utk melenturkannya kalau terlalu kasar akan patah dan kalau dibiarkan akan terus bengkok selamanya jadi peranan srg suami utk mendidik jiwa isteri amatlah besar krn kita masing2 adalah pemimpin dan akan ditanya oleh Allah tentang peranan dan tugas2 yg telah dilaksanakan oleh kita diakhirat kelak..

zai said...

Salam Tini...

Mmg ada entri utk para suami juga tunggu masa jer nak dikeluarkan..biarlah sejuk dulu entri tentang peranan srg isteri dulu kan..hehehe..

zai said...

Salam Hai...

hahahaha...mmg betul sgt2 kata hai tu..org lelaki ni makin berusia manjanya makin menjadi2 kadang2 berebut2 dengan anak nak minta dimanja dan dibelai..layan jer la yer..hehehe..

Relevan said...

Salam Zai..
Siti Rodziah kena tahu ni.. :)

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA