TAHUKAH anda bahawa dua pertiga umat Islam di dunia hidup dalam keadaan miskin. Sukar bagi mereka untuk menikmati sesuap nasi atau gandum setiap hari.
Tetapi bagi kebanyakan kita di sini, makan minum perkara biasa. Ini kerana negara kita makmur dan kebanyakan kita bekerja. Sebaliknya, apabila kesenangan mengitari manusia, ia lupa akan hal-hal yang paling asas. Ini termasuklah soal makan dan makanan.
Tahukah anda, kajian kesihatan kebangsaan menunjukkan ramai orang Islam yang menderita sakit kencing manis, darah tinggi dan jantung. Dipercayai tiga dalam setiap 10 orang Islam mengidapi penyakit-penyakit ini.
Malah, wanita Islam antara yang paling bertubuh gemuk di negara kita, iaitu seorang daripada setiap tiga wanita Islam dewasa mengalami masalah kegemukan.
Ada kaitan antara penyakit dengan apa yang kita makan. Diriwayatkan dalam satu hadis, Raja Negus telah menghantarkan seorang tabib (iaitu doktor) untuk berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w. Ketika menerima kedatangan tabib tadi, Rasulullah menyatakan kepadanya bahawa Baginda dan para sahabat sangat menjaga perut. Ini kerana perut adalah wadah pelbagai penyakit.
Jadi, apakah salahnya pada cara kita makan dan pemakanan kita. Ayuhnya kita hayati maksud firman Allah swt dalam surah an-Nahl, ayat 114:
“Maka makanlah yang halal lagi baik daripada rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah jika kamu hanya menyembah kepada-Nya saja.’’
Menurut Islam, makanan bukan saja baik bahannya, tetapi perlulah disajikan dengan bersih dan rapi.Nabi saw meninggalkan banyak pesanan atau prinsip mengenai makanan, antaranya: “Kami adalah kaum yang tidak makan sehinggalah kami lapar, dan apabila kami makan tidaklah sampai mengenyangkan.”
Jadi sukatan perlu agar kita tidak melampau atau menurut nafsu ketika makan. Apabila makanan berlebihan, perut menjadi gendut sehingga menyukarkan pergerakan. Rasulullah saw pernah menegur para sahabat yang gendut kerana mereka payah beribadah, apatah lagi hendak berperang.
Kegemukan atau obesity sudah diisytiharkan sebagai penyakit abad 21. Ia mengundang pelbagai penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.Makanan juga penting untuk kesuburan rohani. Apabila nafsu makan jasmani, tidak terkendali, maka ia menjejas rohani kita daripada mengingati Allah swt.
Kita menjadi malas untuk beribadah siang, apatah lagi dinihari. Mentelah apabila kita sakit akibat salah makan misalnya, maka jumlah ibadat kita untuk Allah semakin terbatas.
Rohani yang bersih, antara lain, dibentuk oleh makanan yang berkhasiat, agar daya ingat kita menjadi tajam. Kita dapat mengingat ayat suci Quran dan hadis. Kita akan lebih bijak dari segi matematik atau sains kerana perlu menghafal formula atau rumusan.
Kaitan kesihatan rohani dan jasmani serta makanan amatlah erat. Ulama zaman dahulu sangat menitikberatkan hal ini. Tidak hairanlah mereka telah dapat menghasilkan kitab-kitab yang masih relevan atau berguna sehingga hari ini.
Ibnu Sina atau dikenali di Eropah sebagai Avicenna hidup seribu tahun lalu. Bukunya, Qanun al Tibb, digunakan 700 tahun di Eropah sebagai bahan bacaan perubatan yang wajib. Menurut Ibn Sina, apabila makanan kita halal dan baik, maka jasmani akan sihat. Apabila jasmani sihat, kita dapat terus beribadah kepada Allah dan rohani akan sihat.
Nabi saw berpesan agar kita mengucapkan syukur kepada Allah ketika makan. Tenangkanlah hati, kunyahlah makanan kita hingga lumat. Berhentilah makan sebelum kenyang.
Usahlah kita membazir makanan. Pastikan tiada makanan tersisa di pinggan kita. Ucapkanlah syukur setelah selesai makan. Apabila kita makan dengan tangan, disunnahkan menjilat hujung jari makan. Kajian sains menunjukkan hujung jari makan kita itu mengeluarkan satu bahan kimia yang dapat menghadamkan makanan.
2. Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
3. Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
4. Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
5. Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
6. Barli (sya’ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
7. Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
8. Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
9. Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
10. Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing! . Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.
11. Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
12. Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
13. Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jadilah seperti biji habbal sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati”. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa “ia” itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat ‘leukoderma’ dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
14. Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
15. Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
16. Limau
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, “Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu”. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
17. Timun (qitta’)
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
18. Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
1! 9. Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan”. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
20. Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
*******************************************************
9 comments:
Memang kena jaga makanan.. sbb itulah yang menjadi darah daging...
Salam kakzai,Kita sering tengok dalam TV iklan supaya makan makanan yang bersih dan berkhasiat tapi tak ada satupun iklan yang mengingatkan kita agar berhati-hati memilih makanan agar tidak termakan makanan yang haram.
Akhirkata"Makan utk hidup,hidup utk mati,sedangkan Mati utk hidup selma-lamanya..
Salam kakzai,Kita sering tengok dalam TV iklan supaya makan makanan yang bersih dan berkhasiat tapi tak ada satupun iklan yang mengingatkan kita agar berhati-hati memilih makanan agar tidak termakan makanan yang haram.
Akhirkata"Makan utk hidup,hidup utk mati,sedangkan Mati utk hidup selma-lamanya..
Salam Kak,
Makan untuk hidup dan hidup untuk makan..n3 ni menarik sesangat.lebih2 lagi dalam musim raya ni..tapi yg hairannya ramai antara kita termasuklah diri ini yang alpa.Hakikatnya nanti,diri sendir yg menanggung derita.oleh itu waspadalah..berhenti sebelum kenyang.
Salam Zai,
Jika kita niat makan untuk hidup dapat pahala ibadah, kalau hidup utk makan itulah yg jadi susah.
Artikel begini menjadikan kita kembali sedar akan perangai yang tak elok.
Tapi selalunya kecundang juga bila tengok mknn sedap2 di hadapan mata lebih2 lagi musim raya ni.
Bolehkah kita berdoa seperti yg Rasulullah saw selalu berdoa supaya Allah kenyangkan baginda sehari dan laparkan sehari supaya baginda dpt menikmati nikmat syukur ketika kenyang dan nikmat sabar ketika lapar
Salam Ummu..
Betul tu..kita adalah apa yg kita makan dan harus melihat apa yg dimakan krn kelak makanan itu akan menjadi penyaksian dihadapan Allah..
Salam Ijoks..
Pandai Ijoks karang sajak,
"Makan Untuk Hidup..Hidup utk Mati..sedangkan Mati adalah utk hidup selamanya..."
Benar kata ijok tu...Kak Zai sendiri belum pernah nampak iklan yg memberi peringatan agar berhati2 didalam memilih makanan agar tubuh kita sentiasa menerima yg halal sahaja. Terima kasih atas pandangan yg sangat bernas..
Salam Zawal..
Kalau time musim raya mmg macam tu..semua orang makan macam balas dendam kan..tapi lebih baik berhenti sebelum kenyang kan ? agar kita sentiasa insaf bahawa ada insan lain yg tidak sebertuah kita diluar sana..kemiskinan, kebuluran dan peperangan sesuatu yg sentiasa perlu diingati oleh kita agar sentiasa bermuhasabah diri..
Salam Kak Werdah..
Bagus saranan kak werdah tntg doa Rasulullah SAW agar baginda dapat makan sehari dan berlapar sehari utk sentiasa bermuhasabah diri akan kesusahan oranglain..
Sangatlah hebat jiwa Rasulullah SAW..walaupun telah dijanjikan syurga tetap beribadat dgn sesungguh hati tanpa syarat..tak spt kita yg sentiasa lalai dan leka dgn mengejar dunia dari kehidupan akhirat yg kekal abadi..
Post a Comment