Friday, October 2, 2009

MUSIBAH - APABILA ALLAH TERLALU MURKA..


Salam..

Diakhir-akhir ini, dunia seakan tidak lagi tenteram, pelbagai bala dan musibah seperti peperangan, penyakit berjangkit, bencana alam seperti puting beliung, banjir dan gempa bumi berlaku disana-sini dan hampir kedengaran saban waktu dimedia-media elektronik dan media massa. Dan Musibah tidak lain tidak bukan diturunkan oleh Allah sebagai peringatan kepada kita hamba2nya bahawa Allah SWT tidak pernah lena dan sentiasa memerhatikan perlakuan hamba2nya setiap saat dan waktu dan sesungguhnya Allah tidak pernah zalim kerana setiap musibah yang diturunkan pastinya bersebab dan kesan dari tindakan mungkar sesetengah kaum itu sendiri dan ini merupakan satu peringatan terbaik agar kita tidak terlalu leka kerana Negara kita juga tidak terkecuali dari azab dan kemurkaan Allah diatas segala tindak tanduk manusia itu sendiri.

Musibah yang diberikan sebenarnya menguji kekuatan iman seseorang. Orang yang kuat imannya pasti berjaya menghadapi ujian yang tersedia ganjaran besar. Mereka bersabar dan reda dengan ketentuan Allah, menghadapinya dugaan dengan perasaan dan fikiran positif.

Umat Islam perlu sentiasa bersangka baik terhadap Allah. Apa yang terjadi pasti tersimpan hikmah besar. Anggaplah ia kebaikan dan mengucap syukur apa yang berlaku. Cubalah muhasabah diri dan berfikir sebab berlakunya musibah.

Rasulullah SAW sentiasa memberi pengharapan yang tinggi supaya umatnya tidak berduka cita apabila berdepan dengan musibah. Setiap musibah yang menimpa menuntut kesabaran tinggi untuk menghadapinya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa saja di kalangan umat Islam yang ditimpa kesakitan daripada penyakit, maka tidak ada selainnya melainkan Allah akan menggugurkan kejahatannya (dosa kecil) dengan sebabnya seperti mana pokok menggugurkan daunnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Musibah penyakit banyak hikmahnya. Apabila diuji dengan penyakit dan penderitaan, manusia sedar kekuatan dirinya tidak mampu bertahan selamanya. Manusia mudah lupa jika sentiasa sihat. Bahkan, Firaun mengaku dirinya tuhan antaranya disebabkan dia tidak pernah ditimpa penyakit.

Ujian menderita akibat penyakit memberi kesan psikologi yang mendalam kepada manusia, berbanding dengan ujian lain. Apabila menderita penyakit berbahaya atau rasa kesakitan teramat sangat, maka terlintas mengenai kematian.

Apabila Allah menurunkan ujian, secara langsung mengingatkan kita kepada kekuasaan-Nya. Dia berkuasa menentukan segala yang diinginkan terhadap hamba-Nya. Segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada setiap orang boleh ditarik pada bila-bila masa dengan pelbagai cara.

Musibah adalah peringatan bagi manusia muhasabah diri kerana ujian mendorong perasaan insaf dan memperbanyakkan istighfar supaya tidak terus dalam kelalaian duniawi.

Memohon keampunan Allah boleh menghalang perasaan angkuh dan sombong. Selama ini kita hanya melihat nasib orang lain, dan kini tiba masanya terjadi kepada diri sendiri.

Bertaubat adalah tindakan spontan biasanya dilakukan oleh mereka yang ditimpa musibah. Ia bertepatan dengan sebab Allah menurunkan musibah ke atas diri seseorang sebagai tanda peringatan.

Orang beriman berasa bersyukur dikenakan musibah sebagai ujian atau sebagai menghapuskan dosa yang dilakukan. Antara dosa dilakukan manusia, ada yang Allah hapuskan melalui pembalasan dalam bentuk musibah.

Oleh itu, orang beriman yang memahami konsep balasan dan ujian diturunkan melalui musibah berasakan dirinya sebagai bertuah. Kesakitan di dunia ini menjadi penyelamat daripada kepanasan api neraka pada hari akhirat kelak.

Ketika Rasulullah SAW mengunjungi sahabat sedang sakit, Baginda bersabda yang bermaksud: “Bergembiralah, kerana Allah berfirman: “Inilah neraka-Ku, Aku menganjurkan menimpa hamba-Ku yang mukmin di dunia, supaya dia jauh daripada neraka pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Hakim).

Pengampunan dosa melalui musibah hanya jika kita menginsafi musibah itu, yakni menerima musibah dengan reda, sabar dan memohon keampunan kepada Allah. Allah suka mendengar pengharapan dan doa hamba-Nya.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami pernah menimpakan azab ke atas mereka, namun mereka tidak tunduk kepada Tuhan dan mereka juga tidak berdoa kepada Allah dengan merendah diri.” (Surah al-Mukminun, ayat 76)

Berdoa adalah ibadat dan jika apa yang didoakan tidak dimakbulkan di dunia, balasan kebaikan tetap diperoleh di akhirat atas apa yang dilakukan. Mungkin juga doa itu dimakbulkan dengan digantikan kebaikan lain.

Mereka yang berasa keluh resah dan mempertikaikan musibah yang menimpa dirinya, maka tidak ada apa kebaikan diraih. Mereka itulah hamba yang benar-benar rugi di dunia dan akhirat. Ujian yang sepatutnya menaikkan darjat di sisi Allah tidak diduduki dengan baik.

Kisah Nabi Ayub yang tabah menghadapi ujian ditimpa sejenis penyakit kulit luar biasa patut menjadi renungan. Akibat penyakit itu, keadaan badannya amat menakutkan mata memandang dan orang lain tidak sanggup melihatnya. Seluruh ahli keluarga tidak mahu mendampinginya, kecuali isterinya.

Iblis tidak senang melihat sifat isteri Nabi Ayub yang setia, lantas menggoda supaya dia meninggalkan Nabi Ayub. Nabi Ayub berdoa agar cita-cita iblis tidak berjaya dan Allah memperkenankan doa Nabi Ayub serta membalas kesabarannya dengan kejayaan.

Firman Allah yang bermaksud: “Mereka yang ditimpa musibah mengucapkan: “Kita semua kepunyaan Allah dan kepada Allah kita akan kembali. Mereka itulah akan mendapat keberkatan sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka dan juga orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 156 dan 157).

Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri diatas setiap musibah/ujian yg diberikan oleh Allah keatas setiap dari kita..sedangkan Rasulullah SAW dan Nabi2 dan Rasul2 yang lainnya dan kaum kerabat mereka yg telah dijamin syurga tetap diberikan ujian dan musibah apatah lagi kita hambaNYA yg sentiasa melakukan kemungkaran...

Mari kita fikir-fikirkan...betapa keindahan Syurga yang dijamin oleh Allah kepada orang2 yang beriman tidak terdapat sesuatu pun disana nanti yg menyerupai bentuknya dimuka bumi ini..jadi mampu terbayangkah kita nikmat yang dijanjikan itu...Maha Suci Allah...



Share/Bookmark

20 comments:

Werdah said...

Salam Zai,

Baca N3 ni terasa kekurangan diri.. bagaimana nak bandingkan diri dgn Nabi Ayub yg tahan diuji sakit..

Bimbangnya Zai, bila ada ilmu sedikir sebanyak tetapi tak dapat nak kotakan.Kdg2 tak seadar mengaduh sana sini..

Mudah2an kita sama2 dapat bermuhasabah dan meningkatkan usaha mengamalkan sgl apa yang kita dah pelajari.. Amiin.

syahbandar87 said...

ya Allah..lemahnye rse diri ini..bnyknye rse dh bwt salah..muga2 kita semua sedar dan insaf sentiasa hndknye

abu muaz said...

Amaran demi amran telah dikeluarkan oleh Allah pada manusia. Cuma sedarkah kita pada itu semua? Yang leka terus leka. Nak disebat enam rotan pun bukan main dilawan dan dicanggah....

LotsOfLove-Pearls said...

Dear Kak,
Hari demi hari semakin banyak bala yang menimpa..

Semoga pintu hati terbuka untuk lebih memahami kenapa malapetaka seringkali mengunjungi kita..

kakna said...

dengan segala yang terjadi, masih ramai yang belum mahu berubah, masih ramai yang masih didodoi mimpi, masih ramai yang leka dan terlena.. moga saja kita sentiasa istiqamah dalam ibadah harian.. moga bumi malaysia terus dihujani rahmat tuhan, dijauhi musibahNya

AirBatu said...

terima kasih kak atas ingatan ini.. bila kita ditimpa musibah seringkali kita mengeluh.. berputus asa.. sdg kan semua itu ujian dr Allah..kita saja yg sering terlupa.. Allah Maha Penyayang

ASYIQ said...

Ujian diberikan untuk mendidik kita menjadi insan yg sedar,insaf,kuat semangat dan tabah!

Moga kita dimatikan dlm husnul khatimah, kalau boleh dlm waktu sujud pada yang esa!!

OMARA said...

Ya, Zai. Teruskan menulis... orang nak baca atau tidak, nak ikut atau tidak.... itu tak menjadi masalah. Kalau kita tulis 10, yang baca dan mengikut 1 pun sudah baik. Katakan yang benar walaupun pahit...

zai said...

Salam Kak Werdah..

Begitulah kita manusia ni kak..sering lupa tntg kisah2 penderitaan orglain dan nabi2 yg turut menerima ujian dan musibah dari Allah dan sering berkeluh kesah tapi mudah2an dengan kekerapan saling nasihat menasihati diantara kita tidak menjadikan kita antara orang2 yg lalai..

zai said...

Salam Syahbandar..

Sememangnya kita mmg insan yg lemah dan sentiasa melakukan kesalahan dan dosa hampir setiap waktu tapi Allah Maha Adil tidak pula terus menghukum sebaliknya terlebih dulu memberikan peringatan dengan memberikan musibah kepada kita agar kita kembali sedar akan kekuasaanNYA..insyaAllah selagi kita mempunyai kesedaran utk berubah selagi itulah hidayah tidak akan terputus..

zai said...

Salam Abu Muaz..

Setuju benar dengan pendapat abu muaz berkenaan isu sebat tu seakan mencabar Allah dengan menidakkan apa yg diperintahkannya..Moga2 orang2 spt ini sempat bertaubat sebelum meninggal.

zai said...

Hi LOL..

Setiap Malapetaka yg diturunkan tidak lain semuanya kesan dari perbuatan manusia itu sendiri dan sesekali alam akan bersuara utk mengingatkan kita..

zai said...

Salam Kak Na..

Ameen..mudah2an doa kakna dimakbulkan Allah..Kak Zai juga sependapat...

zai said...

Salam AirBatu..

Selagi dinamakan manusia selagi itulah takkan terlepas dari segala dosa..justeru itu apabila tersedar kita wajib kembali beristigfar dan sujud memohon ampun kepadaNYA..

Semoga kita sentiasa mendapat hidayah dariNYA..

zai said...

Salam Asyiq..

Mudah2an begitulah hendaknya..jikalau berpeluang menjejak bumi Mekah dan Madinah mau juga berdoa agar dimatikan disana ketika bersujud kepadaNYA..

zai said...

Salam Mamu Omara..

Terima kasih atas sokongan diatas entri2 diblog zai...

Semoga kita semua sentiasa istiqamah didalam menegakkan syiar islam..

Anonymous said...

[B]NZBsRus.com[/B]
No More Idle Downloads Using NZB Files You Can Instantly Search HD Movies, PC Games, Music, Software & Download Them at Maxed Out Speeds

[URL=http://www.nzbsrus.com][B]NZB[/B][/URL]

Anonymous said...

I read this forum since 2 weeks and now i have decided to register to share with you my ideas. [url=http://inglourious-seo.com]:)[/url]

Anonymous said...

top [url=http://www.c-online-casino.co.uk/]online casino[/url] coincide the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]free casino games[/url] unshackled no store bonus at the foremost [url=http://www.baywatchcasino.com/]bay anticipate casino
[/url].

Anonymous said...

[url=http://www.realcazinoz.com]casino[/url], also known as accepted casinos or Internet casinos, are online versions of circadian ("chunk and mortar") casinos. Online casinos approve gamblers to bolt and wager on casino games with the aid the Internet.
Online casinos normally consign on the peddle odds and payback percentages that are comparable to land-based casinos. Some online casinos behest on higher payback percentages in the servicing of m‚tier layout games, and some promulgate payout participation audits on their websites. Assuming that the online casino is using an fittingly programmed unsystematic select generator, eatables games like blackjack preoccupy an established to the casual observer edge. The payout measure take off after of these games are established erstwhile the rules of the game.
Varying online casinos hire out out spunk or fashionable their software from companies like Microgaming, Realtime Gaming, Playtech, Supranational Underhandedness Technology and CryptoLogic Inc.

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA