Saturday, October 3, 2009

HUKUM BEKERJA DIBANK KONVENSIONAL ?

Salam...

Ramai diantara kita tidak sedar bahawa banyak pekerjaan yang pada dasarnya kita menyangka adalah halal tetapi sebenarnya tetap mempunyai unsur2 syubahah didalamnya..salah satunya apabila pekerjaan-pekerjaan yang dilakukan tersebut terdapat unsur-unsur riba didalamnya.. Mari kita fahami apa maksudnya RIBA dan pekerjaan2 yang bersangkutan dengannya..kesemua persoalan dan jawapan ini saya ambil artikelnya dari koleksi soal jawap agamanya. Mudah2an kita semua mendapat manfaat yang berguna dari entri ini...

SOALAN

Apa hukum bekerja di bank-bank yg terdapat riba dan bekerjasama dengannya? Jawapan : Bekerja di bank-bank yang melibatkan unsur riba (mengenakan faedah) hukumnya adalah haram kerana termasuk membantu amalan riba.

Dan ini termasuk golongan yg mendapatkan laknat sebagaimana yg telah dikhabarkan oleh Rasulullah saw yg ertinya : Terlaknat orang-orang yg memakan riba yang mewakilinya yg menyaksikannya dan pencatatnya. Mereka semua sama. Apabila tidak termasuk golongan yg membantu tetapi dia redha dan menyetujui perbuatan riba tersebut maka hukumnya tetap haram dan tidak boleh. Adapun menyimpan wang di bank kerana bimbangkan keselamatan maka hukumnya harus apabila tidak ada tempat yg aman kecuali bank tersebut tetapi dgn syarat tidak mengambil bunga (faedah)nya. Apabila mengambil bunga atau faedahnya maka hukumnya adalah haram.

Ayat Al-Quran : “Dan janganlah kamu bantu-membantu dalam urusan dosa dan permusuhan” Hadith : “Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Keterangan : Walaupun hadith ini menyebut bab arak, tetapiia merangkumi item haram yang lain berdasarkan kepada kaedah Qiyas dalam Islam.

Hadith : “Dilaknati Rasulullah SAW pemakan riba, dan pemberi makan, saksinya dan penulisnya” ( Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani : Hasan Sohih )

Keterangan : Ingin saya jelaskan di sini bahawa erti dari hadith ini merangkumi :-

  • Pemakan Riba : Iaitu semua yang mengenakan Riba terhadap dalam pinjamannya. Dan yang menjual item Ribawi secara Riba lalu memakan untungnya, Termasuklah di dalamnya pelaburan secara ‘Fixed Depsoit’ yang memberikan jaminan untung yang sebenarnya adalah Riba secara sepakat ulama.

  • Pemberi Riba : Termasuklah orang ramai yang menggunakan khidmat yang berunsur Riba. Walaupun dengan niat tidak redha, sedangkan ia boleh memilih perbankan Islam. Dalam konteks semasa adalah pengguna kad kredit, pengguna perkhidmatan perbankan konvensional dan lain-lain.

  • Saksi : Termasuk dalam golongan ini orang yang memberi lesen, kontrak dan perniagaan kepada industri Riba. Ia adalah saksi yang meluluskan transaksi Riba, sebagaimana tugas saksi. Termasuk juga penjamin-penjamin kepada pinjaman dengan Riba, samada pinjaman pelajan, perniagaan dan lain-lain.

  • Penulis : Termasuk golongan ini adalah peguam yang merangka dokumen perjanjian pinjaman bank, insuran dan pelaburan konvensional.

Hadith Nabi SAW : “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak, maka barangsiapa yang telah mengetahui ayat ini dan dia masih mempunyai arak walaupun sedikit, jangan minum dan jangan menjualnya.” (Riwayat Muslim).

(Yang anehnya dinegara kita ada pula pemimpin2 yang beragama islam dengan megahnya mencabar kekuasaan Allah dengan menerima tawaran utk menjadi pengerusi dan pengarah disyarikat2 arak..Naudzubillah..dan berani pula berkata ia hanyalah merupakan satu urusan bisnes)

Keterangan : Dalam hal ini, walaupun hadith ini menceritakan bab arak, tetapi ia merangkumi semua keterlibatan dalam hal yang diharamkan, terutama Riba yang lebih besar dosanya dari arak.

e- Hadith : “Apabila riba dan zina sudah merata di suatu daerah, maka mereka telah menghalalkan dirinya untuk mendapat siksaan Allah.” (Riwayat Hakim; dan yang seperti itu diriwayatkan juga oleh Abu Ya’la dengan sanad yang baik)

Keterangan : Maka, hubung kait peguam yang menyediakan dokumen pinjaman riba adalah secara langsung menyebar luaskan lagi riba di suatu daerah. Justeru, hukumnya amat jelas.

Serta banyak lagi dalil-dalil lain yang semuanya mengulang maksud-maksud dalil di atas tadi.

Justeru, dari kumpulan dalil-dalil ini, maka dengan jelas bahawa, amat tepat bahawa semua peguam-peguam yang tolong menyediakan dokumen riba, maka secara nas hadith, mereka termasuk dalam kategori tersebut (memakan riba) samada dengan suka atau tidak. Samada ada bisnes atau tutup kedai. Tiada hujah masalahat boleh diguna dalam hal ini. Ia berbeza dengan kerja di institusi konvensional secara tidak ‘direct’.

Jika ditanya, bagaimana ribuan peguam hari ni? jawabannya adalah Allah SWT menyebut ” Dan jika kamu menuruti orang yang ramai di atas muka bumi ini maka mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah” (Al-An’am : 116).

Ini bermakna, jumlah yang ramai dan diamalkan di seluruh dunia tidak boleh menjadikan sesuatu yang haram itu halal kecuali apabila dalam keadaan tiada pilihan lain dan ia pula terdiri dari jenis hukum yang tidak ada nas specific atau dalam kata lainnya ‘Zhonniyah’ iaitu tidak Qat’ie. Bagaimanapun Riba tidak termasuk dalam kategori ini, kerana pengharamannya adalah PUTUS (QAT’IE- Tidak berubah menurut zaman).

Bagaimanapun, para peguam masih boleh mendapat wang yuran melelaui aktiviti lain, seperti mendapatkan bisnes merangka draf atau dokumen jual beli rumah yang biasa, sewa dan yang lain-lain yang tidak melibatkan Riba. Ia adalah ‘neutral’ @ Harus dari sudut hukum.

Jika ada pula yang ingin berhujjah menggunakan hadith :-

ليأتينّ على الناس زمان لا يبقى أحدٌ إلا أكل الربا فإن لم يأكله أصابه من بخاره

Ertinya : Akan datang satu zaman dimana tidak terkecuali seorang pun kecuali ia makan Riba dan jika ia tidak makan sekalipun, ia akan ditimpa debu-debunya” (Riwayat Abu Daud)

Bagaimanapun, hujjah ini tidak boleh diterima untuk bersikap senang-senangan dengan Riba terutamanya tahap hadith ini yang lemah menurut Imam Al-Munziri kerana perawinya bernama Al-Hasan tidak pernah bertemu dengan Abu Hurairah r.a (ini kerana menurut hadith ini dikatakan al-Hasan mendapat kata-kata Nabi SAW ini dari Abu Hurairah) – Rujuk Sunan Abu Daud dengan tahqiq Albani, hlm 374, no 3332. cet Bayt Al-Afkar.

Kesimpulan jawapan soalan kedua ini adalah, ye benar, jika yuran guaman itu diterima hasil merangka dan membuat dokumen pinjaman Riba. Ia adalah wang haram secara sepakat berdasarkan dalil-dalil di atas...



Share/Bookmark

5 comments:

a kl citizen said...

assalammualaikum

kebenaran itu suatu yang pahit....

Werdah said...

Salam Zai,

Berat sungguh persoalan ini.. entah bila nak selesai..

al said...

salam...kak zai,


terima kasih sudi singgah di anaklaut tinggalkan ulasan yg paling best..:))

سيف النظام بن حاج عثمان said...

Salam Kak Zai...

Saya memang respect habis kat Ustaz Ravi ni. Beliau benar-benar mendalamani Islam itu sebagai Ad-din.

Sekiranya manusia mencari Tuhan yang sebenar-benar Tuhan... maka dia aka mendapatkan cinta Tuhan yang hakiki. Namun andai manusia menjadikan syaitan dan nafsu sebagai tuhannya... maka sesatlah dia sesesat-sesatnya.

Firman Allah dalam surah Al-A'raf ayat 30 yang bermaksud :

"Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah (dengan diberikan taufiq untuk beriman dan beramal salih); dan sebahagian lagi (yang engkar) berhak mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam pertunjuk hidayah".

Wallahu 'alam...

zaidi ali said...

Salam Zai.

Tahniah Zai kerana diberi kekuatan untuk menzahirkan kebenaran. Firman Tuhan (bermaksud),

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati,"(QS. al-Baqarah 2:159)

Saya sentiasa tertunggu-tunggu bila Majlis Fatwa akan berfatwa.

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA