Saturday, October 17, 2009

SABARLAH : NAK KAYA TAK ?


Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya,

"Anak nak ke mana?".

Si mamat menjawab ringkas, "KL"

Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab oleh si mamat tadi "Ehm... bolehlah." Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya.

Dalam hati si mamat berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau???" Beliau meneruskan perjalanannya.

Sebaik menghampiri Pagoh,orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?" Si mamat tersentak dan berkata dalam hati, "Nak buat lawak lah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor agaknya. Atau nak menguji aku?"

Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak"

Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si... mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.

Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?"

Si mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana".Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Tu, pakcik ada tinggalkan satu botol kaya cap kipas udang untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik.

Terima kasih, ya nak." lalu orang tua tu turun dari kereta.

Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab.... .

"Terima kasihlah pakcik" lalu meneruskan perjalanan.. ...

MORAL OF THE STORY : Jangan cepat buat andaian... dengar dulu cerita yang nak disampaikan sampai habis

Share/Bookmark

11 comments:

a kl citizen said...

assalammualaikum...zai
pakcik tu saja nak pekena budak mamat ni..

Werdah said...

Salam Zai,

Tu lah lain kali tanyalah dulu kan! hehe

Daud Mili said...

hahaha...kalo sesape kena pun memang x jangka pakcik tuh nak bg kaya sbnrnyer....hehe

Atikah said...

Salam kak zai....

Lawak ler... tak terfikir lak pak cik tu nak bagi kaya..... apa ler yang pak cik tu fikirkan bila mamat tu cakap cam gitu...

endiem said...

tak moh kaya tapi dapat kaya gak..

azlanlin said...

Tapikan...berapa ramai yg mampu bertanya.. APA MAKSUD PAKCIK?

Ramai antara kita yg suka bebenor bermain dengan persepsi!

abu muaz said...

Boleh tersenyum juga..... taklah stress sangat.

Idalara said...

salam zai
senyum ida baca kisah ni..kira2nya tersilap pengertian la ni...apa2pun kena tggu dulu seseorg habis berkata2 untuk kita buat andaian.

p/s jutaan terimakasih buat zai, sudi singgah dab beri kommen yg begitu memberi makna pada ida,..maafkan ida kerana masih tak link zai..insyaallah selepas ini ida linkan blog zai..

Pn Kartini said...

salam zai..
Adusss...mesti terpinga2 org tua tu.. ditanya lain dijawabnya lain...ish4:):)..

Abd Razak said...

Salam kak zai...

Begitu besarnya pengaruh perkataan "KAYA" tu...:)

Takpe kalau kaya tapi bersifat zuhud...

nahmy said...

salam..
betul le tu...belum apa2 dah pandai nak berandaian, dah nak menghakim.

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA