Saturday, October 3, 2009

DIA INSAN TERPILIH...USTAZ FARID RAVI ABDULLAH


























Salam..

Posting kali ini saya ingin berkongsi kisah seorang bukan islam yang mendapat hidayah untuk menerima Islam sebagai cara hidup dan kemudian istiqamah meneruskan perjuangan Rasullullah SAW untuk berdakwah dan juga membuktikan jika Allah mengkehendaki dan memberikan hidayahNYA kepada hamba2NYA yang dipilih yang mustahil pada pandangan kasar kita tetapi tiada yang mustahil bagi Allah..

Saya sangat mengagumi Ustaz Farid Ravi Abdullah kerana sebaik sahaja memeluk islam beliau begitu bersungguh2 mendalami agama Islam dan akhirnya berjaya menjadi antara penceramah yang sangat disegani kerana mampu menghafaz Al-Quran, memahami bacaan Al-Quran dan mempraktikkan ajaran Al-Quran dan sunnah Nabi SAW dengan penuh istiqamah dan kini menyampaikan pula ilmu itu kepada orang-orang islam yg lain (agak malu kerana saya sendiri sebagai seorang muslim yg dilahirkan sebagai islam belum mampu menjadi sepertinya..sangat-sangat kagum akan keperibadian beliau..)

Mari kita sama-sama berkenalan dengan insan yang hebat ini..

USTAZ MOHD FARID RAVI ABDULLAH

Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdul­lah adalah saudara baru per­tama dilantik sebagai hakim Majlis Tilawah al-Quran Ke­bangsaan ke-51 yang lalu. Be­liau yang sering muncul dalam pelbagai program mengenai ehwal Islam yang di­siarkan oleh stesen televisyen tempatan. Beliau memeluk Islam pada tahun 1990 dan melanjutkan pengajian sehingga peringkat Sarjana dalam pengkhususan Ilmu Tafsir di Universiti Kebangsaan Ma­laysia.

Farid yang dulunya dikenali sebagai Jasiah Ravi A/L Jacob telah memeluk Is­lam pada 20hb November 1989.

Menceritakan kisah pengislaman­nya, menurut Farid beliau amat terhuta­ng budi dengan keluarga angkatnya iai­tu keluarga Tuan Haji Hashim (ketika itu seorang anggota polis yang berpangkat sarjan) dan Hajjah Saerah dari Kg. Tan­jung Sg Choh.

"Mereka telah mendorong saya untuk menuju ke arah yang benar. Do­rongan dan galakan yang diberikan oleh keluarga angkat saya ini tidak akan dilu­pakan sehingga ke akhir hayat. Mereka telah memberi layanan yang baik kepa­da saya Seolah-olah saya anak mereka sendiri.

"Sungguh mengharukan lagi selain dilayan baik saya juga pernah tidur ber­sama keluarga ini semasa saya kecil," ujarnya mengenang kembali detik beliau mula mengenali Islam.

Beliau sebenarnya telah tertarik dengan agama Islam semenjak beru­sia sepuluh tahun lagi. Ketika di bangku sekolah apabila tiba waktu pendidikan Islam, beliau lebih berminat mengikuti­nya berbanding mengikut kawan-kawan seagamanya.

"Saya akan masuk kelas agama ker­ana tertarik dengan cara penyampaian ustazah," kata Farid.

"Semenjak kecil lagi saya suka men­dengar lagu irama padang pasir teruta­manya nasyid sehinggakan ibu mema­rahi saya kerana suka mendengar lagu tersebut," ujarnya gembira.

Cabaran dan Perjuangan

Farid mengakui, kawan-kawan juga mempunyai jasa yang besar mendorong­nya tertarik kepada agama Islam, teru­tama sahabatnya Hisyam bin Basri yang banyak membimbing beliau ke arah Is­lam. Berkat bimbingan tersebut, ketika berusia 11 tahun beliau berjaya memba­ca surah Al-Fatihah clan menjawab Azan. Ketika beliau berusia 18 tahun, hatinya se­makin memberontak dan akhirnya di ha­dapan Ustaz Kadir Chong beliau melafaz­kan dua kalimah syahadah di ibu pejabat PERKIM Kuala Lumpur .

Dalam usaha mencapai kejayaan seperti yang dinikmati hari ini, pastinya banyak rintangan yang terpaksa ditem­puh.

Tentangan keluarga adalah halangan yang paling besar dalam hidupnya. Beliau telah kematian ayah semasa berusia empat bulan di dalam kandungan ibunya. Ke­hidupan tidak berayah menjadikan beliau matang menghadapi kesusahan hidup.

Sebagai keluarga yang meme­luk agama Kristian, mengunjungi gereja adalah satu kernestian. Masih bermain di ingatannya ketika kecil beliau telah dipak­sa minum. air 'Holy Water' dan kemudian dipaksa menyebut satu perkataan. Tetapi beliau enggan dan membantah.

Beliau juga telah diancam oleh saudaranya untuk memutuskan hubun­gan kekeluargaan jika dia memeluk agama Islam. Dihalau dan diancam untuk dipu­kul adalah perkara. biasa. Keluarganya juga mengatakan tindakannya memeluk Islam akan mencemarkan nama baik keluarga.

Namun segala halangan ini tidak me­matahkan semangat Farid. Perjuangan tetap diteruskan.

"Terlalu banyak sebenarnya halangan untuk kita mencapai kejayaan dalam hidup. Namun Allah SWT Maha Pengasih dan Penyayang pada hambanya sekiranya bersyukur dengan nikmat dan kurnia yang Allah SWT limpahkan.




Share/Bookmark

40 comments:

Koyuki said...

alhamdulillah..beliau memang insan terpilih..

kagum dgn beliau..

Daud Mili said...

hidayah milik Allah....

Abd Razak said...

assalamualaikum kak...

Allah Maha Berkuasa untuk mengurniakan petunjuk dan hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Hanya dengan petunjuk dan hidayah Allah sahajalah yang dapat mengubah manusia dan kehidupannya dari kekufuran kepada keimanan, dari kemaksiatan kepada ketakwaan, dari kezaliman kepada keadilan, dari kegelapan kepada cahaya kebenaran dan dari kegelisahan kepada ketenangan jiwa.

Werdah said...

Salam Zai,

Sesungguhnya bagi setiap manusia bahkan haiwan, Allah dah bagi hidayah sejak dicipta, cuba bayangkan jika tidak ada hidayah dp Allah kucing yg lahirnya mata masih pejam tp boleh mencari tetek ibunya.. itulah umpamanya hidayah peringkat pertama yang Allah kurniakan kpd Makhluk yg Allah cipta dgn penuh rasa cinta, bahkan iblis dan syaitan pun Allah ciptakan begitu. Hidayah ni sbenarnya kena dikembangkan sehingga peringkat tertinggi sebagaimana hidayah yg ada pd Nabi Ibrahim Khalilullah.. Org yg dah ada hidayah kemudian berusaha bersungguh2 dan bila dia minta dalam al-fatihah "Ya Allah tunjukilah kami jalan lurus" dgn penuh yakin Allah akan tambah hidayah kepadanya.. Begitulah yg dimiliki oleh org2 yang Allah beri hidayah seperti saudara Ravi ini.. mungkin tidak seperti ramai muslim yg asal ibu bapa muslim, usaha mereka (org2 spt saudara Ravi) lebih gigih mencari dan mencari..

Semoga kita semua berusaha bersungguh2 mendapatkan hidayah yglebih tinggi.. Amiin.

kakpah said...

Orang yang mendapat Islam hasil 'pencarian', lebih menghargainya daripada kita yang memang sudah sedia mendapatnya. Tengoklah gelagat segelintir umat Islam yang ada di sekiling.

Sayang kan..

Muhd Suhaily said...

Salam,

Terimakasih kerana berkunjung, alhamdulillah, saya pernah berjumpa dgn beliau suatu ketika dahulu dgn Ustaz Kadir Chong sewaktu melafazkan dua kalimah. Mereka bertanggungjawab menunjukkan jalan kebenaran dan tidak lupa Ustaz Ariffin.

Cabaran dan dugaan akan ditelan, harapan dan doa satu harapan,benteng pertahanan dalam diri keperibadian yang tinggi prisai dalaman.

nahmy said...

alhamdulillah...mmg baik sbg renungan. mereka yg 'diluar' sering mencari dan akhirnya 'berjumpa', mereka 'yg didalam' angkuh & berfikir mereka 'dah jumpa'...

ASYIQ said...

Apabila nur hidayah melimpahi hati insan...segalanya berubah.

Saya juga malu pada diri sendiri.

Nak jadi muslim sejati juga...mendambakan syurga juga..insyaAllah.

imanshah said...

Salam kak, saya pernah secara peribadi mendengar ceramah beliau, bertemu dan berbual sewaktu beliau hadir ke sekolah untuk satu majlis.Alhamdulillah, tinggi ilmu agamanya, lebih tinggi dari kita yang dah lama islam. Begitu juga dengan saudara Lim Jee Soon.(kalau salah maafkan)

~ana SoLehah~ said...

salam...

ana paling suke dgr ustaz ravi baca Quran...subhanallah..

hai said...

bukan mudah mendapat hidayah dari allah,sememangnya dia insan terpilih!!

abu muaz said...

Islam akan sentiasa dipertahan dan dikembangkan . kalau bangsa melayu mula lupa pada agamanya sendiri maka allah akan utus bangsa lain pula.iman tidak boleh diwarisi.

chimera said...

salam...
betul! saya kagun dgn ustaz farid ni... sorang lagi ustaz ridzuan tee... asal kelahiran buak islam, tapi bila dah masuk islam je, semangat nak pelajari islam tu memang bersungguh hinggalah dia dpt capai apa yg dia ada sekarang...

kita ni...
yang lahir dalam islam. mak ayah islam, atuk nenek islam... masih dok takat tu jugak. mengaji dpt khatam quran pun dah kira ckup baik dah... malu jugak...

anaklaut said...

salam..

allah swt membuka pintu hatinya..
untuk merasai nikmat islam..

alhamdulilah..kagum dengan nay.

p/s: kak zai..tq singgah anaklaut

- mendayu2 lagu di blog kak zai..syahdunya..:))

a kl citizen said...

assalammualaikum

memang kagum dengan beliau

Nurimo said...

Saya juga kagum dengan dengan ustad Farid,

Bimbangnya kalau dia jadi wakil rakyat,tak kira mana2 parti.Nanti dia akan dicemuh dan dicaci sebagai yb penceramah agama/pakar motivasi Dr Hasan Ali dan Dr Masitah.

Haraf penceramah agama jangan terlalu ghairah masuk politik.Politik tu banyak kekotoran.

Pn Kartini said...

Salam
Betapa dia dari yang terpilih..
diberikan hidayah dariNya...
Terasa benar kekurangan diri ini..

zai said...

Salam Koyuki..

Itulah kebesaran Allah..Hidayah hanyalah diberikan kepada insan yg terpilih.

zai said...

Salam Daud Mili..

Benar hidayah milik Allah..bertuahlah bagi mereka2 yg dipilih utk menerima hidayah dariNYA...Bonus termahal dari Allah buat hamba2nya yg dicintai..

zai said...

Salam Razak..

Terima kasih atas tazkirah yg sangat berkesan..

zai said...

Salam Kak Werdah..

Benar kata2 kak werdah, kerana hidayahlah manusia dan binatang mendapat petunjuk..dan bagi org2 yg dilahirkan sbg islam ttp tidak berusaha mengamalkan ajaran islam sangatlah rugi kerana tiada alasan utk tidak beriman dan tidak tahu kerana kita ada mukjizat yg terlalu hebat iaitu Al-Quran sbg bahan rujukan.

zai said...

Salam Kak Pah,...

Benar tu kak pah selalunya orang yang mengkaji itu sebenarnya lebih baik dari orang yg diberikan maklumat hasil kajian kerana orang yg mengkaji mereka benar2 menumpukan usaha utk mendapatkan maklumat dan hasil kbenaran dari kajian tntg kebenaran Islam dan AlQuran akan menimbulkan perasaan kagum yg maha hebat berbeza dengan orang yg diberikan maklumat.

zai said...

Salam Suhaily..

Terima kasih diatas komen anda..sebenarnya anda juga bertuah kerana anda juga insan yg terpilih utk menerima hidayah dariNYA..hanya mereka yg mengalaminya boleh merasakan kehebatan hidayah dari pencipta alam ini..

zai said...

Salam Nahmy..

"Mereka yg 'diluar' sering mencari dan akhirnya 'berjumpa', mereka 'yg didalam' angkuh & berfikir mereka 'dah jumpa'..."

Saya sukakan kata2 itu..sangat bernas...

kk said...

Ya, saya pernah mendengar ceramahnya secara berdepan. di Masjid Ayer Keroh, Melaka, seingat sy pd thn 2003. Alhamdulillah.Beliau seorang Muslim.

zai said...

Salam Asyiq..

Saya sendiri terasa sangat kerdil dan terlalu malu apabila ada non muslim bila masuk islam dengan cepatnya belajar dan mengatasi kemampuan orang islam yg sememangnya dilahirkan sebagai islam..

zai said...

Salam Imanshah...

Mmg benar..ilmu agamanya sangat tinggi dan terkesan dihati orang2 islam yg sememangnya islam dari lahir..kagum benar dengan hidayah yg diberikan padanya.

zai said...

salam ana solehah..

benar tu..akak pun terpukau apabila mendengar beliau membaca ayat2 suci alquran..sangat merdu..langsung tak pelat...mengkagumkan..

zai said...

Salam hai..

benar tu..tak semua orang terpilih utk menerima hidayah..hanya insan yg terpilih sahaja layak menerimanya...

zai said...

Salam abu muaz..

mmg benar iman tidak boleh diwarisi..hanya mereka yg benar2 yakin dgn kekuasaan Allah yang akan taat kepada perintah Tuhan dan pesanan Rasulullah SAW..

zai said...

Salam Chime..

Akak pun kagum gak ngan ustaz ridhuan tee tu..mmg banyaklah nama2 pendakwah bukan islam yg apabila memeluk islam menjadi insan hebat cuma kita yg telah sedia islam ini yg kurang menghayati semua itu..

hehehe..betul kata chime ramai yg dah dpt khatam quran pun dah dikira bagus..

zai said...

Salam AnakLaut..

Terima kasih atas komen..hanya orang2 yg menerima hidayah yg dapat merasa nikmatnya..

Kak Zai mmg suka lagu2 nasyid dan lagu2 sentimental..hehehe..

zai said...

Salam a kl citizen,

mmg org2 sebegini mampu membuatkan oranglain kagum kerana apa yg dia dapat tak semua orang mampu memilikinya.

zai said...

Salam Nurimo...

Mmg benar..untuk menjadi ulamak.seseorang itu harus bersikap neutral dan mengamalkan konsep amal makruf nahi mungkar...menegakkan kebenaran agama Allah tanpa syarat dan tanpa berpihak mana-mana parti politik dan tiada sebarang kepentingan peribadi sebaliknya melakukannya kerana semata2 jihad kejalan Allah dan mengajak insan lain kearah kebaikan kerana jika terlalu taksub dgn politik ditakutkan turut terpalit dengan kekotoran yg terdapat didalamnya...sekalipun niat asalnya utk menegakkan agama Allah.

zai said...

Salam Tini..

Kita mmg insan yang lemah..

Ieda the Rainbow Princess said...

He is my idol!Salu dgr Ustaz ajar mengaji dkt tilawah interaktif..

Abu Hasan Chan said...

Saya telah perhatikan gerak-geri Muhd Ravi Abdullah dan boleh saya buat komen bahawa dia bukan seorang yang boleh dikategorikan dalam kalangan ulama kerana orang Melayu telah salah anggap. Dia adalah seorang manusia yang merbahaya dan sedang merusakkan akidah maysrakat Melayu dan seorang pengacau. Oleh itu berhati-hatilah terhadap orang yang bernama Muhd Ravi Abdullah.

mamawana said...

Salam Zai....

Saya mendengar setiap bacaan kalamullah terbit dari lidah Ustaz Ravi ni sungguh lancar, sedap suaranya dan fasih terjemahan apabila dia memberi huraian. Alhamdulillah. Mama sempat berkenalan dgn keluarganya. Semoga keluarga Ustaz Ravi, ibu mertua isteri, anak2 dan saudara seislam diberi lindungan dan rahmat Allah swt. Dia lebih Islam dari orang Melayu yg Islam secara lahir.

Anonymous said...

Insan terpilih tang jahanam kerana mencabul Remaja Lelaki di Jordan !!!!

abu azzad said...

MOHD FARID RAVI ABDULLAH YANG KONONNYA ALIM ULAMA BERCERAMAH KE SANA KE MARI DI PANDANG TINGGI OLEH ORANG DI JORDAN AKAN TETAPI ADALAH SEORANG YANG HANYA BERTOPENGKAN SYAITAN KERANA TELAH MENCABUL KEHORMATAN REMAJA LELAKI DI JORDAN, SUDAH BANYAK KES TETAPI TIDAK DAPAT DIHIDU DEK OLEH KERANA KEMANISAN MULUT BELIAU YANG PANDAI UNTUK MEMPENGARUHI MANGSA, TETAPI BARU2 INI BELIAU TERTANGKAP KERANA TELAH MEMEGANG KEMALUAN SEORANG REMAJA LELAKI YANG KELUARGANYA TELAH MEMBERI KEPERCAYAAN UNTUK MENJADI TEMPAT RUJUKAN JIKA REMAJA LELAKI TERSEBUT MEMPUNYAI MASALAH DI JORDAN. IBARAT PEPATAH MELAYU "HARAPKAN PAGAR TP PAGAR YANG MAKAN PADI" .. MANUSIA JAHANAM!!! SEKUTU ANWAR ... GAY!!! BISEKSUAL!!!

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA