Monday, October 19, 2009

BILA RUNTUHNYA MAHLIGAI DAN TERLERAI IKATAN

Sejak akhir-akhir ini, mana-mana pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga diwajibkan terlebih dahulu mengikuti kursus pra perkahwinan. Banyaklah kursus perkahwinan yang telah dianjurkan oleh jabatan-jabatan agama dan tidak kurang juga oleh pihak-pihak swasta yang diiktiraf oleh jabatan agama ini. Tujuan mewajibkan kursus perkahwinan ini adalah untuk memberi sedikit ilmu dan panduan kepada bakal suami isteri bagi menempuh kehidupan baru dalam alam rumahtangga mereka dengan lebih baik dan harmoni. Dengan mewajibkan kursus pra perkahwinan ini diharapkan dapatlah mengurangkan kadar perceraian yang disebabkan oleh kurang faham pasangan suami isteri terhadap tanggungjawab mereka dalam kehidupan berumahtangga.

Tetapi kata orang, jodoh dan pertemuan itu di tentukan oleh Tuhan. Bila jodoh sudah tiada maka bercerai tidak dapat dielakkan lagi. Orang kita selalunya boleh terima dengan lapang hati bahawa mereka berkahwin disebabkan adanya jodoh. Tetapi bila berlaku perceraian selalunya diakhiri dengan hati yang berbuku dan mereka sukar hendak menerima perceraian itu adalah kerana sudah tidak ada jodoh, mereka tidak dapat menerima kehendak Tuhan itu dengan hati yang rela.
Kadang-kadang pertengkaran dan salah faham antara suami dan isteri itu hanyalah sebagai penyebab kepada perceraian itu. Tetapi banyak juga kita lihat pasangan suami isteri yang boleh dikatakan bertengkar hari-hari tetapi tidak bercerai-cerai juga. Kadang-kadang ada pasangan bercerai kerana suami bermain kayu tiga tetapi ada juga suami yang bermain sampai kayu empat pun tidak bercerai juga. Itulah jodoh, Tuhanlah yang menentukannya kita hanyalah merancang. Tetapi oleh kerana kita tidak faham akan konsep jodoh ini, ramai di antara pasangan bercerai ini bermusuhan seumur hidup di antara satu sama lain dan penyebab berlakunya perceraian itu sentiasa saja menghantui kehidupan mereka.
Sebenarnya kehidupan selepas bercerai ini juga patut diberi perhatian sama seperti kita memberi perhatian kepada pasangan yang hendak berkahwin. Kegagalan dan ketidakfahaman menempuh kehidupan selepas bercerai akan juga memberi kesan kepada pasangan yang bercerai ini dan tambah teruk lagi kepada anak-anak mangsa perceraian. Dengan itu wajarlah kursus selepas bercerai juga patut diadakan oleh jabatan-jabatan agama untuk memberi panduan kepada pasangan-pasangan yang becerai bagi meneruskan kehidupan mereka dengan cara yang betul.

Sering ibu atau bapa yang mendapat hak menjaga anak mangsa perceraian ini akan menghasut anak-anak ini supaya membenci bapa atau ibu mereka. Sebagai contoh jika pihak ibu yang memelihara anak-anak ini maka mereka akan dihasut supaya membenci bapa mereka. Dendam dan benci kepada pasangannya akan dikongsi dan diturunkan kepada anak-anak mereka. Perbuatan yang difikirkan akan menguntungkannya itu sebenarnya hanya akan memberikan kesan buruk kepada jiwa anak-anak tanpa mereka menyedarinya. Jiwa kanak-kanak mangsa perceraian ini dikatakan sering mengalami tekanan dan kekeliruan. Mana tidaknya, di sekolah mereka diajar oleh guru atau ustaz supaya mengasihi dan menghormati bapa atau ibu mereka tetapi semasa di rumah mereka disuruh membenci bapa atau ibu mereka. Kanak-kanak yang masih kecil tentu tidak dapat menerima kenapa ibu dan bapa mereka tinggal berasingan di mana pada kebiasaannya ibu dan bapa patut tinggal bersama.
Konflik jiwa yang dialami oleh kanak-kanak mangsa penceraian dan dari keluarga yang bermasalah jika tidak ditangani dengan cara yang baik akan mudah mendorong mereka terlibat dengan gejala-gejala sosial yang tidak sihat. Tidak hairanlah kalau sebahagian besar dari remaja-remaja yang bermasalah hari ini adalah datang dari keluarga yang bermasalah juga seperti perceraian.

Kadang-kadang anak yang kematian ibu atau bapa dapat menjalani kehidupan yang lebih berjaya jika dibandingkan dengan anak-anak mangsa perceraian. Sepatutnya anak-anak yang ibu bapa mereka bercerailah lebih berjaya dari anak-anak yatim kerana anak yatim bukan sahaja kehilangan ibu atau bapa tetapi juga kadang-kadang turut kehilangan sumber pendapatan untuk menyara kehidupan mereka. Nasib anak-anak yang ibubapa mereka bercerai
mungkinlah tidak sebaik anak-anak biasa tetapi sepatutnya tidaklah lebih teruk dari nasib anak-anak yatim kerana mereka masih ada ibu atau bapa walaupun tidak tinggal bersama.

Ibu bapa yang mengalami perceraian hendaklah sedaya upaya berusaha membantu mengurangkan tekanan-tekanan perasaan yang mungkin dihadapi oleh anak-anak mereka dalam menempuh kehidupan selepas perceraian itu. Mungkin mana-mana ibu bapa yang bercerai tidak dapat menghapuskan sama sekali tekanan dan konflik yang mungkin dihadapi oleh-oleh anak-anak mereka, tetapi sebenarnya mereka boleh mengurangkan kesan itu dengan cara tidak mengambil tindakan-tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan.
Sekalipun sebab-sebab berlakunya perceraian itu sungguh memeritkan dan menyakitkan hati pasangan yang mengalaminya tetapi ia tidaklah sepatutnya dijadikan dendam dan membenci pasangannya untuk selama-lamanya. Sudah menjadi lumrah perceraian sering diikuti dengan penyelesaian tuntutan hak di makamah. Memanglah makamah patut ada dalam sesebuah negara tetapi makamah bukanlah merupakan penyelesaian terbaik untuk semua masalah.
Tentu anda dapat bayangkan keadaan tahap keharmonian dalam sebuah rumahtangga itu jika isterinya hadir ke makamah kerana suaminya tidak mahu membelikannya sebuah mesin basuh untuk membasuh pakainan mereka. Walaupun isteri ini tidak salah membawa kes ini ke makamah untuk menuntut haknya tetapi adakah itu cara penyelesaian yang terbaik dalam kehidupan berumahtangga.

Hak sepatutnya bukanlah untuk dituntut tetapi adalah untuk ditunaikan. Di dalam Islam sendiri telah diajarkan setiap hak dan tanggungjawab wajib ditunaikan. Siapa yang tidak menunaikan hak dan tanggungjawabnya pasti berdosa dan akan mendapat balasan di akhirat nanti. Pejabat agama dan makamah syariah sepatutnya tidak kita jadikan tempat kita menuntut hak yang perlu kita dapat dari pasangan kita bila bercerai. Tetapi sepatutnya pejabat agama itu hendaklah kita jadikan ia sebagai tempat rujukan dan nasihat tentang hak-hak dan tanggungjawab yang harus kita berikan kepada pasangan dan anak-anak kita selepas bercerai.
Tidak usahlah kita bimbang kalau selepas bercerai pasangan kita tidak menunaikan hak dan tanggungjawabnya dengan sempurna kerana di sisi Tuhan mereka itu akan tetap mendapat balasan malah kadang-kadang di dunia pun Tuhan sudah tunjukkan balasannya. Oleh itu jangan kita terlalu ghairah untuk membawa kes menuntut hak selepas perceraian di makamah hanya disebabkan rasa benci dan dendam. Selepas bercerai sepatutnya tumpuan lebih penting diberikan kepada nasib dan masa depan anak-anak supaya mereka dapat meneruskan hidup dengan lebih baik dan berjaya. Tidak wajar kita menghasut atau mendidik anak-anak untuk membenci ibu atau bapa
mereka bila kita sudah bercerai.

Perlu diingat, menunaikan hak dan tanggungjawab itu adalah satu sifat yang terpuji yang membawa berkat kepada kehidupan kita, manakala perbuatan menuntut hak adalah perbuatan yang tidak digalakkan sekalipun ia dibolehkan. Lihatlah budaya kerja di barat, kesatuan sekerja mereka sentiasa saja menuntut hak yang patut dipenuhi oleh majikan mereka manakala pihak majikan pula sentiasa cuba mengelak dari bertanggungjawab kepada pekerja-pekerja mereka demi untuk mengaut keuntungan yang besar.

Tuntutan hak yang tidak berkesudahan ini menyebabkan hubungan pekerja dengan majikan sentiasa berada pada tahap yang buruk dan akhirnya syarikat menjadi tidak produktif dan tidak mampu untuk bersaing. Bila berlaku keadaan demikian yang rugi ialah kedua-dua pihak iaitu pekerja dan majikan juga. Berbanding budaya kerja di Jepun, pihak majikan sentiasa menunaikan hak dan tanggungjawab mereka kepada pekerja, manakala pekerja pula sentiasa bersungguh-sungguh menunaikan amanah dan tanggungjawab mereka kepada syarikat. Sikap seperti inilah yang telah membawa syarikat-syarikat gergasi Jepun boleh maju dan bersaing diperingkat antarabangsa.

Di dalam Quran, ada ayat yang memberi kebenaran kepada kita menuntut hak untuk membalas dendam kepada musuh kita dengan balasan yang setimpal dan tidak melampaui batas. Tetapi disamping itu Tuhan juga ada menyatakan jika kita memberi kemaafan kepada musuh kita maka itu adalah lebih baik di sisi Allah. Sudah tentu setiap dari kita ingin menjadi orang yang baik di sisi Allah. Oleh itu untuk menjadi orang yang lebih baik di sisi Allah pilihan kita sudah tentu dengan memberi kemaafan.

Saya percaya jika ibu bapa yang mengalami perceraian ini dapat diberi bimbingan cara yang betul untuk menjalani kehidupan selepas bercerai, insyallah perceraian tidaklah lagi dianggap sebagai satu mala petaka yang digeruni menimpa diri sesorang seperti tanggapan masyarakat kita hari ini. Dan yang lebih penting lagi anak-anak mangsa dari perceraian ibubapa ini dapat menjalani kehidupan yang baik seperti kanak-kanak lain.
Wallahualam.

Share/Bookmark

18 comments:

Daud Mili said...

urmm...kalau dah nak jadik, xleh nak wat ape...selalu jadi mangsa anak2 la...sian anak2 diorang...

Kerja keras adalah energi kita said...

mudah sukses dan tetap semangt semoga berkunjung jg ke blogger saya

KUNTONG said...

memang betul, bila percerian berlaku. anak anak yg jadi mangsa.semasa proses percerian, si suami dn si isteri langsung tidak terfikir tntng nasib anak-anak yg berderet macam anak macis.biasanya masing-masing ego dan tidak akan mengaku salah, sebaliknya menuding jari ke pihak lawan.begitu lah lumrah alam rumahtangga. kita sebagai suami isteri, bapa dan ibu kpd anak-anak kita yg kita sama-sama proses semasa musim manis tu patutlah difikirkan. jangan ikut hawa nafsu yg biasanya dihasut oleh syaitan durjana.Berkorbanlah .....kerana hidup kita bukan lah kekal.

abu muaz said...

Suami bermain kayu empat kan dibolehkan....

LotsOfLove-Pearls said...

Salam Kak,

"Kadang-kadang anak yang kematian ibu atau bapa dapat menjalani kehidupan yang lebih berjaya jika dibandingkan dengan anak-anak mangsa perceraian."

Mungkin ada benarnya juga. Even tak senang pada mulanya tetapi boleh mengenal erti berdikari dan keperitan hidup yang mendewasakan.

Pn Kartini said...

Salam
Sentiasa simpati dgn nasib anak dan ibu mangsa penceraian...terkdg2 terasa terlalu mudah talak dijatuhkan..mungkin asas perkahwinan dibina atas dasar yg tdk utuh dlm semua aspek...

Werdah said...

Salam,

Perceraian boleh terjadi dgn banyak sebab.. Allah Maha Tahu sifat2 yg ada pada manusia, sebab itulah Allah turunkan satu surah ttg talak.. jadi sesiapa yg mahu bercerai disebabkan tak sehaluan sepatutnya mengamalkan apa yg dah tertulis sebagai panduan.. bab anak2 pula jika diberi perhatian dan didikan insyaAllah mereka boleh terima.. kak ni kdg2 emosi pula.. ya lah selalu baca kisah2 perceraian anak2 terabai..

Itulah Zai, semuanya salah kita manusia yg tak mahu menurut sgl peraturan yg Allah tetapkan.. Wallahu'alam..

- jinggo - said...

kak zai
satu isu yg berani - dikala orang beranggapan betapa sensitf nya cerita ni..
ini pandangan saya.
penceraian dilihat dari beberapa kesan yg berbeza.
diri sendiri
penerimaan persekitaran
anak2
kehidupan selepas tu..

sebab ini merupakan satu perkara yg sudah ditakdirkan : sampai kat situ aja jodoh kamu dan kamu...
kesan seterusnya.

diri sendiri - memang sapa2 yg pernah mengalami sendiri - tahu : jatuhnya talak macam kena ' hukum gantung ' - satu sistem kehidupan musnah.semua sekali....

penerimaan persekitaran - memang masyarakt meletakkan orang2 yg bercerai - sebagai orang yg gagal..sebab itu : proses ni seakan mahu disembunyikan...masyarakat melayu belum boleh terima.....

anak dan kesan : saya tidak nampak dimana tidak moleknya - anak seharusnya tidak berada dalam konflik dan provokasi mak-ayah.
kesan paling besar - bila mak @ ayah mencari penyakong - menang + kalah...

kehidupan seterusnya - anak2 adalah hasil pada perkahwinan harus diletakkan diatas segala pertimbangan.

kesimpulan : kerana bukan ini yg mungkin diminta.skill untuk berhadapan dengan hari2 ini - seharusnya dimasukkan dalam pengatahuan latihan pra-perkahwinan.
sebab menhadapi nya bukan sekadar ilmu tapi lebih kepada persoalan karektor....

uminas said...

Setuju dengan Zai..
keruntuhan rumahtangga penyumbang kepada masalah sosial yang begitu parah melanda remaja kita.
kerana kejahilan,ikatan suci dalam perkahwinan seolah olah menjadi satu permainan. Kerana itu boleh berlaku perceraian melalui telefon dan sms.
Kerana jauh dari agamalah maka suami boleh bermain cinta dengan isteri orang lain. Isteri boleh dipinjamkan pada orang lain.

~0~ said...

kita hnya merancang tuhan menentukan

hai said...

memang betul perceraian berlaku kerana tiada jodoh,tapi bagaimana pula bila suami menceraikan isteri kerana terpaksa mengikut kata ibu atau isteri pertama..ini la yang telah dilalui oleh teman2 saya...sangat menyedihkan!!

Muhd Suhaily said...

Salam,

Satu penceritaan yg baik mengikut kronologi sebagai panduan dan nasihat. Dalam dunia mengapa ada penceraian? Dalam dunia mengapa ada siang n malam? Dalam penulisan mengapa ada nokta? dan mungkin lebih baik jika hanya ada koma...

Abd Razak said...

Salam kak...

Sungguh penceraian itu amat pahit dan berat, namun ianya ujian dari Allah. Sabarlah ubatnya...ada hikmahnya dan Allah akan menggantikan lebih baik daripada apa yang hilang dan mendukacitakan itu

maiyah said...

sian kat anak2 jadi mangsa, zaman skrg dah terabur semuanya :(

nahmy said...

inilah yg selalu terjadi bila manusia terlepas pandang akan penggunaan 'kuasa pilihan' yg Allah berikan kpd mereka. kuasa pilihan itu bukanlah hanya utk menyedapkan diri sendiri semata...pikir anak2 & kemudian barulah diri sendiri. tapi klu itulah ketentuanNya selepas berusaha sedaya upaya maka redhalah. yg jadi masalah mrk tak nak langsung 'berusaha'....dan kemudian menggunakan 'kuasa pilihan' dgn tidak memohon petunjuk dariNya...maka gitule jdnya...wallahualam.

Atikah said...

Salam kak zai...

Penulisanmu ini akan ku jadikan panduan buat diriku pada masa akan datang... akak... nak copy ya... :)

relevan said...

Salam Zai..

Kawen cerai kawen cerai jadi mainan sekarang..

Baba Roshidan said...

Salam Zai,
Kehidupan suami isteri mestilah mempunyai persefahaman diantara suami dan isteri, bertolak ansur dalam menghadapi alam rumah tangga, yang penting jangan berburuk sangka, jangan saling cabar mencabar antara suami dan isteri, contohnya jika suami terlewat balik dari kerja, siisteri akan berleter mcam2 kepada suami, "pi keluar dengan perempuan mana pulak balik lewat2 ni" tentu lah suami akan rasa dicabar keegoannya.

Selalu berdoa untuk kebahagian dunia dan akhirat......... amin.

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA