Monday, October 26, 2009

JANGAN TIDUR DULU...


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik p elindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur.

Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, di bawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.

Bagi pasangan yang berkahwin, sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin.

Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Demikianlah peringatan bagi diri yang lalai dan alpa ...

Share/Bookmark

9 comments:

Kembara Kelana said...

terima kasih pada panduan yang berguna ni ...kiranya lepas baca nak apply ..harap mendapat restu

abu muaz said...

Maaf. Orang kita sudah tak tahu ilmu ni semua. Main hentam sahaja. Ya betul kain pelikat mesti diikat dihujung.Kalau tidak nanti keluar dalam majalah playgirl riuh satu kampung.

Brilliant Marjan@اداويه said...

Salam..
Nak tambah sikit..
Bila kita baca 3 qul tu, seumpama kita dah m'hatamkan satu al-quran & bila kita berwuduk sblm tido di ibaratkan kita berjaga malam tuk melakukan solat sunat..

wallahualam..

Abd Razak said...

Salam kak...

Peringatan yg sangat baik, moga berkesan kepada semua

relevan said...

Salam Zai..
Tidor yang bersopan kan menjamin kesejahteraan..

anak muallaf said...

Salam zai,
Betul zai kekadang tu ada orang yang tak terpikir langsung adab tidoq ni..kesian..depan tv..depan lap top..
main bedai je sesedap tidoq..
Nabi ajaq kita bab-bab tidoq..amalkanlah..Insyaallah mudah-mudahan kita selamat didunia dan selamat di akhirat..Amiin..

kakcikseroja said...

'Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.'

Na'uzubillahhiminzalik....

Werdah said...

Salam Zai,

Peringatan yg sgt berguna bagi yg lupa.. kak cuba nak tidur mengereng ke arah kiblat tp sekarang tak dapat lagi sbb sekarang dah tidur di bilik bawah, nak ubah katil ikut kedudukan macm tu tak dapat.. jika di bilik atas mmg kak dapat tidu mengereng ke arah kiblat.. tapi nak naik ke atas maklumlah.. mudah2an yg lain2 tu boleh ikut insyaAllah..

Arianni said...

Salam,
Tasbih Fatimah, baca 4 Qul dan berwuduk sebelum tido untuk pendinding diri kita.. elok diamalkan.. t/kasih utk perkongsian yg baik lagi bermanfaat..

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA