Thursday, October 22, 2009

KENANGAN ITU...

Assalamualaikum...

Saya memohon maaf kepada rakan-rakan bloggers kerana tidak mengupdate blog ini buat beberapa hari kerana baru sahaja kehilangan bapa mertua (ABDUL GHANI BIN AHMAD) berusia 72 tahun yang telah kembali kerahmatullah pada hari Isnin 19.10.2009 yang lalu. Beliau meninggal selepas 10 hari dimasukkan ke ICU hospital Sungai Petani akibat komplikasi jantung dan penyakit kencing manis yang telah melarat sehingga menyebabkan kaki allahyarham terpaksa dipotong kerana jangkitan kuman.

Sebenarnya saya masih bersedih diatas kehilangan beliau kerana allahyarham bapa mertua adalah seorang lelaki yang sangat baik. Walaupun beliau hanya merupakan ayah tiri suami tetapi beliau tidak pernah membezakan suami saya dan anak-anaknya yang lain. Semenjak saya berkahwin dengan suami 15 tahun yang lalu sehingga disaat akhir bersamanya saya tetap mendapat layanan yang terbaik dari ibu dan ayah mertua. Masih terbayang saat-saat indah ketika bersama allahyarham. Sekiranya beliau mengetahui saya dan suami pulang kekampung, beliau akan sentiasa sibuk menyuruh ibu mertua saya memasak itu dan ini untuk menjamu kami. Beliau juga akan sentiasa bertanya saya apa yang saya ingin makan dan sekiranya beliau tahu makanan kesukaan saya beliau akan berusaha untuk pergi mencarinya..
Begitulah sifat kasih sayang allahyarham bapa mertua yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Sehinggalah disaat-saat akhir sewaktu beliau terlantar sakit, walaupun tidak mampu bergerak, beliau tetap prihatin. Dan setiap kali pulang menjengok saya juga tidak akan melepaskan peluang untuk sering duduk berbual dengannya sambil mengurut tangan dan kakinya yang telah sebahagiannya lumpuh dan sakit..
Dan hari ini hanya tinggal kenangan indah bersama allahyarham yang kekal diingatan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama roh2 orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah..
Share/Bookmark

8 comments:

Kakcik Seroja said...

Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan para Solehin. Al- Fatihah.

Unknown said...

Salam takziah,Al fatihah.
Dari Dia kita datang kepada Dia kita akan kembali.

Unknown said...

kak zai..
sedihnya.
apa2 pun semoga rohnya dipermudahkannya dan ditempatkan bersama umat2Nya yang dijanjikan kemulian...

Werdah said...

Salam Zai,

Takziah atas pemergian orang yang amat disayangi.. semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan org2 beriman, diampunkan segala dosa dan membalas sgl kebaikan dgn nikmat syurga yg dijanjikan.. Amiin.

Bapak said...

Takziah buat Kak Zai sekeluarga. semoga roh ayah mertua Kak Zai ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

al-Fatihah...

Atikah said...

Salam kak Zai...

Al-fatihah...

Takziah diucapkan buat akak sekeluarga... Moga Allah menempatkan bapa mentua akak bersama para solihin...

Anonymous said...

Takziah saya kepada Zai sekeluarga. semoga roh mertua dibangunkan kelak dikalangan hamba-hamba Nya yang solih.

al-Fatihah...

ummu said...

Al Fatihah Buat Allahyarham. salam takziah buat Zai sekeluarga. Maaf baru berkesempatan berkunjung ke sini.

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA