Monday, October 12, 2009

Seluar Londeh & Pakaian Seksi : Hak Peribadi Wanita ?

Di dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik bebas kita semua. Sebagai hamba Allah, kita perlu memahami hidup ini sentiasa diikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain.

Hak terutama dan yang tertinggi ; adalah hak Allah SWT, samada suka atau tidak sesuatu hukum yang 'putus' seperti larangan Zina, Riba, tinggal solat, menutup aurat dan lain-lain adalah tidak boleh ditoleran oleh keadaan dan berubah mengikut peredaran zaman. Ia dinamakan hukum hakam yang bersifat 'muhkamat' atau 'Qatiyyat', tatkala itu, sebarang idea dan logik aqal manusia tidak boleh masuk campur dalam hal urusan hukum sebegini untuk mengubahnya menjadi harus dan halal.

Mudahnya, ia disebutkan di dalam hadis ini :-

فقال يا مُعَاذُ هل تَدْرِي حَقَّ اللَّهِ على عِبَادِهِ وما حَقُّ الْعِبَادِ على اللَّهِ قلت الله وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قال فإن حَقَّ اللَّهِ على الْعِبَادِ أَنْ يَعْبُدُوهُ ولا يُشْرِكُوا بِهِ شيئا
Ertinya : Wahai Muadz, adakah kamu sedar dan tahu apakah hak Allah yang patut dijaga oleh hambanya, dan apa pula hak hamba yang patut dijaga oleh Allah?

Muadz menjawab : Allah dan rasulNya lebih mengetahui.

Baginda menjawab : "Sesungguhnya hak Allah yang wajib dijaga oleh hambanya adalah agar mereka sentiasa tunduk abdikan diri kepadaNya ( dengan turuti perintah dan jauhi larangannya) dan jangan ia mempersekutukanNya dengan satu apa pun.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 2701, 3/1079)

Hak kedua ; adalah hak Nabi Muhammad SAW secara peribadi seperti berselawat ke atas baginda SAW apabila mendegar nama baginda disebut.

Terdapat juga hak baginda yang bukan peribadi tetapi atas kapasiti 'Nabi' dan 'Rasul' yang mesti diikuti manakala sebahagian lagi hanya disunatkan sahaja.

Hak ketiga ; adalah hak pemerintah yang adil dengan cara mentaati mereka selagi mana tidak dibawa kepada kebinasaan. Sebarang penyalahgunaan hak oleh kumpulan ini, wajib dicanggahi. Sabda nabi SAW :

لا طاعة لمخلوقٍ في معصية الله إنما الطاعة في المعروف

Ertinya : "Tiada ketaatan kepada makhluk dalam hal yang membabitkan maksiat kepada Allah, sesungguhnya taat hanyalah dalam hal yang membawa kebaikan" ( Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, 4/209 : Tirmidzi : Hasan Sohih)

Hak keempat dan yang ke seterusnya ; adalah hak orang ramai, antaranya hak jiran tetangga, hak rakan dan saudara dan juga hak untuk tidak dicederakan, hak bersuara, hak tidak dimalukan dan tidak diganggu, hak tubuh badan dan pelbagai lagi.

Saya tidak berniat untuk mengulasnya dengan terperinci, cuma saya ingin mengaitkannya dengan hak kebebasan berpakaian.

Adakah Islam memberikan umatnya hak kebebasan berpakaian walaupun seksi sesuka hati?

"eleh, ini kan tubuh saya, suka hati saya la nak buat apa!" jeritan seorang wanita muda yang marah bila muncul isu ni.

Jawapnya, tubuh ini adalah pinjaman sahaja dan bukan hak milik kita. Jika hak milik kita, kita boleh mematikannya dan menghidupkannya semula sesuka hati kita, sama seperti kereta 'remote control' milik anak kita. Kita boleh dengan sesuka hati sahaja menggayakannya dan menggunakannya, bila habis bateri pula boleh diisi semula dan berjalan lagi dan lagi.

Sebab itu juga kita tidak dibenarkan oleh Islam dan juga undang-undang untuk menjual sepotong tangan, sebiji jantung, sebiji kepala kita kepada orang lain sesuka hati.

Tubuh yang kita miliki ini bukan demikian, ia mesti digayakan menurut kehendak pemiliknya iaitu Allah SWT. Islam memang memberikan kebebasan dalam pakaian tetapi tidak terbuka begitu sahaja, ia terikat dengan hak dan ketetapan yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.

Justeru bagi sesiapa yang punyai iman, hak kebebasannya untuk memilih apa jua jenis pakaiannya adalah tertakluk kepada displin pakaian yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.

Berdasarkan hak tersebut, wanita dan lelaki yang masih ada keimanan terhadap Allah dan rasulNya serta hari kematian dan balasannya, mereka tidak boleh melanggar hak Allah ini.

Tiada pakaian seksi dibenarkan kerana ia :-

1) cabuli hak Allah ; hak Allah lebih utama dari hak kita secara peribadi sebagai manusia.

Mana logiknya? Allah yang memberikan segalanya buat kita, tiba-tiba kita ingin diberikan kebebasan ikut suka hati kita?.

Sabda nabi SAW :

إن الله حد حدودا فلا تعتدوها وفرض لكم فرائض فلا تضيعوها وحرم أشياء فلا تنتهكوها
Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah meletakkan had tertentu (dalam kehidupan kta), maka jangan kamu cerobohinya, dan telah menwajibkan bagi beberapa kewajiban dan jangan kamu sesekali mengabaikannya dan telah mengharamkan beberapa perkara dan jangan kamu langgarinya." ( Riwayat Al-Hakim, 4/129 : Az-Zahabi tidak memberikan komen tentang tahap hadis ini)

2) cabuli hak manusia lain ; berpakaian seksi ini juga tidak dibenarkan kerana ia melanggar hak orang lain yang sedang cuba menjaga iman dan mata mereka dari dosa-dosa.

"Jika nak seksi nampak pusat, seluar dalam, coli, dan bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya ditayangkan, sila berpindah dari planet bumi" Jawap saya kepada sekumpulan wanita yang bertanyakan hukum kebebasan dalam pakaian.

"pastikan, planet baru itu tiada makhluk yang boleh terganggu dengan seksinya anda"

"Jika tidak, seksilah sepuasnya di depan mata suami anda, inshaAllah bermanfaat"

Saya memuji negeri Kelantan yang berusaha menjunjung hak Allah dan RasulNya sehingga mendesak mereka mengaturkan undang-undang khas pemakaian atau 'dress code', dikenakan denda bagi sesiapa yang melanggarnya. Ia amat baik kerana selain mencarik hak Allah SWT, pakaian seksi yang ditayang secara terbuka boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga orang lain.

Suami orang terlihat lalu terganggu kasihnya kepada isterinya di rumah, pemuda dan pemudi terangsang dan dirangsang lalu porak peranda hidup mereka dengan zina dan dibuang keluarga akibat 'bunting' sebelum kahwin.

Hancur ikatan suami isteri, musnah ikatan keluarga hanya dengan pakaian 'seksi' . Manusia tidak sedar dan sering mengganggap kecil. Semua perkara yang termasuk dalam hak Allah dan RasulNya sudah pasti tidak akan hanya melibatkan perkara kecil, ia pasti memberi impak yang besar kepada ketidakstabilan hidup secara umum.

"come on ustaz, takkanlah ustaz nak salahkan pakaian semata-mata dalam hal ini, think big, ahead and more mature la ustaz" Mungkin ini akan dihenyakkan kepada saya oleh wanita peminat pakaian seksi agaknya.

Sudah tentu bukan kerana pakaian seksi itu semata-mata tetapi ia adalah pelengkap dan sebagai 'medium' menggabungkan nafsu lelaki yang tidak terkawal dengan nafsu wanita yang 'gila' seksi dan juga liar. Ia juga sebagai jambatan dan 'iklan' untuk berlakunya zina, rogol dan seumpamanya. Itulah adalah pakaian seksi dan berbogel secara 'sipi-sipi'.

"Sebenarnya ustaz, bogel terus lebih kurang bahaya dari seksi" kata seorang mahasiswa kepada saya melalui sms.

Bila ditanya mengapa, ia kata "Kerana bogel terus tak 'best', tak 'suspend', terus nampak je, berbanding seksi. Nampak sikit sana, sikit sini. Sebab tu ia lebih mendebarkan jantung dan nafsu muda kami untuk melihat lebih lagi dan lagi hingga boleh jatuh buat zina dan rogol" sambung mahasiswa berdarah anak muda ini.

Satu penjelasan yang jujur pada hemat saya.

Awas, jangan sesekali kita merasa lebih pandai dari Allah dan RasulNya yang mengatur system alam ini. Kelak kita akan ke kubur jua.

Kini, sebuah negeri di Amerika mungkin semakin sedar buruknya pakaian seksi ini, cuma akibat tiada keimanan dan ilmu mencukupi, mereka hanya mula larang 'seluar londeh' sahaja buat masa ini, sedangkan baju londeh, kain londeh dan londeh-londeh yang lain masih belum dapat ditanggapi keburukannya oleh aqal manusawi mereka yang lemah.

Kerana itu, ajaran agama diperlukan. Itulah Islam satu-satunya yang diredhai Allah.

Artikel dikeluarkan oleh : Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/



Share/Bookmark

23 comments:

kakcikseroja said...

Kita selalu berbangga dengan diri kita, sehingga tak boleh disentuh tentang apa yang kita lakukan. Orang menegur kerana masih adanya rasa ambil peduli kalau pun bukan rasa sayang. Bila kita tak suka ditegur, maknanya kita tak suka diperdulikan atau disayangi...

Bila teguran tidak lagi bermakna, dan orang semakin malas menegur, jadilah masalah-masalh sosial yang semakin 'sial' dan sukar dibendung!
Wallahuaklam....

Werdah said...

Salam Zai,

Itulah pendapat org yg tak sayang diri sendiri, mereka ingat Allah saja2 nak buat peraturan dan utus nabi2 dan rasul2 utk memberi peringatan dan turunkan kitab2.. kita manusia ni mmglah kdg2 buat sesuatu saja2 sehingga bila kita buat saja2 kita tak dpt pahala w/pun perkara tu baik.

Krn Allah begitu kasih dan cinta pd makhluk Dia lah dia buat peraturan tu.. sebab dia nak semuanya nanti dpt kesenangan, kebahagiaan yg kekal abadi..

ZOOL@TOD said...

N3 yang best. Teerima kasih kerana berkongsi. Kak Zai Penang kat mana?

Abd Razak said...

salam...

terima kasih atas peringatan kak zai...:)

zaidi ali said...

Salam Zai.

Pompuan berpakaian seksi memang berupaya mencuri perhatian lelaki sb kaum Adam secara fitrahnya mudah tergoda oleh 'Hawa' (kaum Hawa) dan Nafsu (nafsu syaitan dalam diri). Sebab tu orang pompuan disebut 'Hawa'. Sebab 'Hawa' & Nafsu juga Adam makan buah Khuldi, terbuka aurat mereka & kedua-duanya dijatuhi ke bumi.

Akibat dari kaum Hawa berpakaian seksi jugalah yang mencetus segolongan besar kaum Adam membuat dosa-dosa berkaitan Hawa dan Nafsu.
Perintah dan kaedah menutup aurat telah begitu jelas dalam QS. an-Nuur 24:31.

Tiada seorang lelaki normal pun yang 'mampu bertahan' melihat aurat pompuan...maka tutuplah seperti apa yang diperintah Tuhan supaya bumi ini sejuk dan tidak membahang dengan gejala maksiat.

Mendedah aurat bukan saja mencabul hak ALLAH SWT ke atas kaum Hawa ciptaan Nya malah mencabuli 'hak penglihatan' lelaki dengan mencetus maksiat Hawa & Nafsu. Mengenai hal pompuan 'gedik' walaupun auratnya telah ditutup, itu hal kedua & ianya bukanlah masalah besar bagi kaum lelaki berbanding berpakaian seksi!

Webmaster@Echam said...

Kak Zai,
Bila kita tegur je nnt mesti ada yang keluarkan ayat ni "Lu sapa nak tegur gua, Kubur lu lain kubur gua lain"...

Cheh.. cam gampang ayat....

LotsOfLove-Pearls said...

Dear Kak Zai,
Mmm..
Persekitaran..
Lebih ramai yang memakai 'seksi' berbanding yang menutup aurat.

Gud day Kak!

Daud Mili said...

masalah yang amat lama diperbincangkan....camne ntah bleh settel...

ijoks2009 said...

Salam Kak Zai,
Jika itu dikatakan hak peribadi wanita.Maka memakai seluar pendek di khalayak ramai juga hak peribadi lelaki lah agaknya.
Jangan kita lupa,tubuh badan kita pula hak siapa kalau bukan hak Allah.

Pn Kartini said...

Salam..
keseksian di atas muka bumi yang pastinya menemui keseksaannya di kemudian hari...

Pe2..tkasih utk n3 ini:):):)

relevan said...

Salam Zai..
Berpakaian seksi dlm bilik sahaja..

a kl citizen said...

assalammualaikum

manusia sentiasa merasakan beliau lebih bijak

- jinggo - said...

kak zai..

saya akan print N3 ni
nak kongsikan dengan pelatih
menarik sangat............

abu muaz said...

Seksi-seksi kita ni takkanlah menyamai zulaikha pengoda nabi yusuf. Zulaikha isteri firaun. Firaun ni raja segala raja sudah tentulah isterinya tersangat cantik dari orang lain.Kalau kita tak secantik itu ..... tak payahlah seksi-seksi sangat.Nanti bila ternoda mulalah mahu menyalahkan orang lain.

maiyah said...

peraturan Allah ada sbb nya, kalo masih dgn kelalaian jgn menangis pula bila Allah menurunkan petunjuk

chimera said...

tentulah Allah ciptakan peraturan dgn hikmahnya tersendiri. apa yg disuruh Allah itulah yg terbaik.

cara Allah sruh kita tu memang nak elakkan diri dar jd perhatian... tapi sekarang ni berpakaian sebab memang nak suruh jadi perhatian...

Mak Su said...

[sigh], gelak jer lah saya ni..... :(

nahmy said...

hrmm...adakah mereka sesat antara tuntutan-Nya dan tuntutan zaman? sesat, hilang punca atau tidak menghiraukanNya?

zawal said...

Salam kak,
Hukuman dari Allah pasti akan tiba,cuma kita tak tahu bila..apa juga yang kita lakukan,pasti ada balasan...
Kak,
Terima kasih di atas doa akak..Saya amat menghargainya.Walaupun saya kenali akak melalui laman blog,namun saya percaya akak seorang insan yang amat istimewa sekali.Mudah-mudahan Allah beri ganjaran kepada akak.Insya Allah,saya akan sampaikan salam akak..Saya secara peribadi pohon kemaafan zahir dan batin,andaikata selama saya berkenalan dgn akak,saya ada terguris hati akak,serta halalkan apa jua N3 yang saya copy..Semoga kita bersua kembali,akhir kata,seandainya akak mempunyai masa,jemputlah hadir ke teratak saya pada hari ahad ini,hajat dihati nak bertemu dengan akak..
Wassalam..

pelangi anak said...

Bagi saya yang sangat menjunjung hak asasi manusia, semua terserah pada pilihan pribadi masing-masing, kita tidak bisa menghakimi atau bahkan memaksa orang untuk seperti kita, hanya Alloh lah yang nanti berhak menghakimi kita semua, dan lebih lanjut lagi semua pilihan ada konsekuensinya, bagi mereka yang memilih tampil gaya dan seksi atau santun tertutup rapat pasti sudah memperhitungkan untung ruginya.... jadi biarkanlah....toh kebenaran hanya bisa terbuktikan setelah hari akhir nanti...God who knows exactly!

maza said...

peerkhh tersontak2 lak den mendongarkan hujah2 ini. .huhuhu

syabas ustaz UZAR... huhuh
you my friend.. hehehe

Anonymous said...

Hello. And Bye.

Mr. Din said...

Kematangan fikiran juga memainkan peranan di dalam pertimbangan justifikasi penerimaan teguran serta buah fikiran orang lain.

Pernah satu hari, saya ke Pasar Awam Larkin, JB. Saya sedang memilih sayur-sayuran bersama bonda. Tiba-tiba telihat seorang 'adik' berseluar ketat (ala-ala aerobik) dan berbaju singkat sedang menyangkung memilih sayur di dalam bakul. Dari belakangnya, saya terlihat alur punggungnya yang tidak berseluar dalam dari pinggang seluarnya yang jelas terlondeh. Saya diamkan.

Namun seakan tahu, dia menoleh dan melihat saya lalu terus membetulkan seluarnya sambil berdiri.

Perlahan saya berkata di sebelahnya,

"Ingatkan tak malu tadi"

Nak tahu apa balasnya.

"Hei.. suka hati aku lah.. Kubur lain-lain.."

Saya mengucap di dalam hati dan berlalu pergi meninggalkan dia dengan doa, semoga dia diberikan petunjuk dan hidayah.

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA