Sunday, October 25, 2009

BUKAN KEMAHUAN FIKIRAN

Semalam akibat terlalu letih seharian mengemas dan melayan keletah anak2, aku minta izin suami untuk masuk tidur awal..selalunya pada kebiasaan aku akan menemani suami menonton TV sambil aku mengadap Laptop kesayangan aku ni ler..biasala tu kan..hobi yg tak dapat dinafikan lagi.. anak2ku yang lain turut berebut nak menggunakan laptop selepas aku tidak lagi memakainya termasukla adam..dari dalam bilik boleh terdengar suara anak2 terjerit berebutkan komputer nak main game..hehehe biasala tu kan...masing-masing ketagihla tu..

Dalam lebih kurang sejam tertido, aku tersentak apabila suamiku buat stunt terjun atas katil dengan anakku si adam ..hampir terpelanting biji tasbih yang kupegang sebelum tidur dek kerana terkejut..bergurau pulak mereka kat atas katil..Hilang rasa mengantuk aku...Selepas anakku si adam tidur, suamiku tiba2 bertanya..

"Zai kalau abang mati nanti..zai nak kawin lain tak ??

Aku cuma tersenyum sengih..tersipu-sipu dengan pertanyaannya itu.. "Nape..tanya soalan pelik sangat nie....dah nak mati ke ?"

"tak la saja tanya..." jawapnya sambil tersenyum sambil merangkul tubuhku.

"InsyaAllah bang....zai mesti kawin lain punya..hehehehe.." gurau ku sambil tergelak-gelak..

"Kalau macam tu..lepas kebumi..tiap-tiap malam abang nak balik tengokla.. nak jadi pocong nak buat hidup zai tak aman.."...ujarnya sambil mencebik sinis..jeles la tu kan..

Aku terus menjawap.."Bang, ramai lelaki atau pompuan selalu cakap takkan kawin lagi la...itu la ini la ..janji macam2 sebelum isteri/suami mati.....tup-tup tak lama lepas tu dah terdengar diaorang kawin lain.. tak ke melanggar janji tu namanya.." ujarku... "Lagipun soal rezeki, ajal maut dan jodoh pertemuan tu bukan ke rahsia Allah..?" kita tak tau bila kita akan kaya, kahwin tak kawin lagi ke, bercerai ke atau bila nak mati..., jadi lebih baik zai cakap macam tu, sekurang2nya zai tidakla bercakap besar dengan Allah, seolah-olah kita sendiri yang menentukan takdir hidup kita dan bukannya atas kehendakNYA. Zai tak nak jadi manusia hipokrit ..tapi kalau ditakdirkan zai mmg tak kawin lain lepas abang mati tu..itu kira bonus buat kita kat akhirat nanti la..boleh jadi suami isteri semula kan ???, selalunya yang beria-ria cakap nak kawin lain tu..mesti tak kawin punyalah." ujarku cuba menyejukkan hatinya.

"dahla tu bang, zai tak mau cakap pasal ni sbb zai sendiri rasanya tak sanggup untuk memikirkan hidup ni tanpa abang..masyaAllah sukarnya tau tak..setelah sekian lama kita bersama-sama mengharungi susah dan senang bersama-sama..rasa2nya tak boleh nak teruskan kehidupan ini bersendirian, zai mmg tak ada kekuatan tu.., marilah kita berdoa bersama-sama semoga kita dimatikan bersama-sama.."

Suamiku terdiam sambil membelai-belai rambutku yang ikal sambil berkata.. "Abang rasa, abang akan mati dulu...dah tak lama lagi rasanya..tak percaya tengoklah nanti.." ujar suamiku. Alamak..kecut perutku mendengar kata-kata suamiku itu.. dalam hati dok fikir..awainya dia bagi signal..siapa la nak jadi next husband aku nie..., mana nak cari ??. (hehehe..gurau jer tu..!!!). "Merepekla abang nie.., dahla tok sah bincang pasal ni, buat sesak nafas jer, tak pa kita mati sama-sama k.." Aku peluk suamiku erat-erat..takut benar nak memikirkan semua tu.

Rasa-rasanya memang tak mudah untuk mengharungi kehidupan ini bersendirian, sebab itu aku tabik kepada para duda atau balu yang selepas penceraian dan kematian..terus bersendirian dan tidak kahwin-kahwin lagi kerana tidak mudah untuk melalui keperitan suka duka bersendirian dalam membesarkan anak-anak...Arwah bapa suamiku adalah contoh terbaik, selepas penceraian dengan ibu mertuaku, arwah bapa suamiku mengambil kesemua 4 orang anak2 perempuannya dan membesarkan mereka bersendirian tanpa seorang isteri disisi selama berbelas tahun lamanya..selepas anak2 berumahtangga barulah dia mencari isteri untuk dirinya...nasib sewaktu penceraian mereka dulu suamiku baru berusia 6 bulan dan hak penjagaannya jatuh kepada ibu mertuaku kalau tidak pasti dia juga dibesarkan oleh ayahnya..

Aku dapat merasakan suamiku merasa kesan dari penceraian itu dan dia menjadi seorang yang sangat sensitif apabila melihat anak-anak yang menjadi mangsa penceraian..sebab itu agaknya dia membesar dan belajar dari kehidupan yang dilaluinya dan lebih berwaspada.

Penceraian dan Kematian adalah satu hakikat kehidupan yang amat perit untuk dilalui. Kalau sebelum ini kita ada teman untuk menghiburkan hati dan melakukan segala2nya bersama-sama ..tiba-tiba satu hari kita kehilangannya dan belajar untuk hidup sendirian..dan tidak ada lagi tempat untuk mengadu..tak terbayang difikiran ini.. Sebab itu aku sangat2 bersimpati dan sayangkan teman2ku yang menjadi ibu dan bapa tunggal..dan sedih melihat pandangan masyarakat yang tidak pernah aman dari mengumpat mengata mereka yang malang ini tanpa memberi ruang yang selesa untuk mereka kembali bangkit meneruskan kehidupan seterusnya..

Kita mungkin hanya pandai berkata itu dan ini tanpa mengetahui betapa sukarnya mereka untuk melalui semua itu sendirian....mmg sedih mendengar nasib rakan-rakanku ibu tunggal yang mengadu..yang niat iklas mereka sering diserongkan, bila berbaik sikit dengan mana-mana wanita, ada pula yg cuba menuduh mereka cuba merampas suami wanita tersebut dan apabila ditakdirkan berkahwin dengan suami orang.dituduh pula sebagai perampas...sedangkan jodoh pertemuan itu bukan kuasa kita tapi kuasa Allah..Allah yang menumbuhkan perasaan cinta itu dihati... ia berlaku dengan kehendaknya..lagipula kalau bertepuk sebelah tangan takkan menjadi..

Aku juga berharap agar kebahagiaan rumahtangga yang dibina selama 15 tahun ini kekal bahagia selamanya...Walaupun hidup secara bersederhana ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang..aku tetap bersyukur dengan kehidupan rumahtanggaku kerana diakhir kebahagiaan yang dicari yang perlu kita sedari ..."wang sememangnya penting tetapi ia bukanlah pengukur kebahagiaan sesebuah rumahtangga.."

Tak nak lagi fikir tentang perkara lain buat masa ini kerana terasa daun-daun pohon kematian yang berguguran setiap hari kerap mengenai daun usiaku jua ..sebab itulah kerap benar telinga ini berdesing sejak akhir-akhir ini... Mudah2an pengakhiran hidup kita adalah sesuatu yang sangat bermakna..

Share/Bookmark

35 comments:

anak muallaf said...

Salam zai,
Kematian tidak boleh ditidakkan.Semua itu urusan Allah.Tetapi apa yang mampu kita lakukan dalam menanti kematian itu.
Sebagai wanita kita biasanya setia pada yang satu..Rasa-rasanya tidak mahu menduakan cinta..Semua itu pengaturan Allah..terimalah seadanya..

Pn Kartini said...

Salam..
Terkdg rasa tak sanggup utk menghadapi kehilangan....terasa biarlah ajal bersama..ataupun ..diri ini yg mendahuluinya............
Sesungguhnya ajal..maut di tanganNya..satu ketetapan yg perlu akur.....

zaijb said...

salam k.zai,

mula2 baca rasa nak tergelak... bukan nyee ape, selalu soalan nie isteri akan tujukan soalan ini buat suami nye, tapi dlm citer nie berlainan sikit...
saya dapat rasakan kebahagian rumahtangga k.zai... rasanye sungguh2... bahagia...
bila di sebut 'mati' kita sendiri pun tak tahu bila kita akan pergi menemu ilahi... semoga kita kan sentiasa menginsafi diri ini.

ASYIQ said...

Kelakar pun ada bila baca entry ni...

Suami sy pun pernah tanya saya soalan yg sama....biasanya sy jawab "Sape lagi yg nak kat saya yg dah tua kerepot ni.....menjandalah sy sampai mati"

Tapi kalau saya pula mati awal....siap pesan lagi kat suami..."abang nak kawin, abang kawinlah tapi janji bela anak saya bagus2.....saya masa tu dah tak hairan dah sebab sibuk dgn nikmat kubur.....insyaAllah. Saya dah lupa siapa yg ada di dunia....amiiiin"

...hihi. Moga2 Allah perkenankan impian saya....amiiiin.

chimera said...

salam kak Zai... sori ek... lama benar dah tak datang sinih... sekarang ni time super bizi hah...

cerita pasal kematian ni... bagus lah kalau mcm suami akak tu. tandanya dia ingatkan kematian. sebab nabi kan pernah pesan 'selalu selalulah mengingati sesuatu yg bolehmenghilangkan cinta kita kepada dunia - iaitu kematian...'
jadi suami akak tu, bila dah ingat mati tu yg keluar soalan mcm tu...

memang sedih hidup sendiri **ok! biar saya terus terang jelah dgn akak - dulu saya pernah betunang.. sekali (sekali je tau). Tapi dia tu dah pergi dulu sebab breast cancer... masa hadapi hari2 kematian dia, saya rasa saya pun mcm nak mati sama... (errr over pulak ya)... tu baru mati tunang. Macamana lah agaknya mereka yg mati isteri, ibu kepada anak-anak mereka, atau mati suami... memang perlukan kekuatan yg kental... jadi saya fikir satu masa nanti kalau saya dah kawin dan saya mati dulu, memang saya galakkan isteri saya tu kawen lain. jgn dia rasa sunyi dan sakit lama-lama sgt...

hahah.. merepek pulak kan. Apa-apa pun kematian tu tetap rahsia Allah samaada nak dipercepatkan atau ditangguhkan... moga2 kesudah hidup kita akan berakhir dgn sempurna...

zai said...

Salam Kak Leha..

Betul tu..samada kita bersedia atau tidak..Kematian adalah sesuatu yang pasti.., hakikat yg tak boleh diubah..hanya lambat atau cepat saja..

Mudah2an kita dikembalikan kepadaNYA dalam keadaan yg telah bersedia..Beruntungnya wanita yang berkahwin adalah kerana kita sangat mudah utk masuk syurga dan mudah juga masuk neraka..

Disebabkan itu zai seboleh2nya cuba berusaha utk menjadi isteri yang solehah..soal jodoh seandainya pasangan kita meninggal dulu tu pun zai tak pernah fikirkan langsung sbb itu bukan kerja kita tapi adalah ketentuan Allah SWT..kita ni ibarat pelakon dipentas sementara je kan ?

Jadi jadilah pelakon yg terbaik dan menghayati watak sebagaimana diperintahkan dan ditunjuk contoh oleh Rasulullah SAW.

zai said...

Salam Tini..

Itulah ketentuan takdir yg tak mampu utk kita lawan..andai sampai masanya kita terpaksa juga melalui erti sebuah kehilangan..mmg takut utk memikirkan bagaimana utk menempuh kehidupan tanpa orang2 yg tersayang tapi Allah lebih mengetahui apa yg terbaik itu kita..

Jadi prinsip redha harus sentiasa ada dalam diri kita..sebagaimana redhanya Allah menerima kita kembali dalam keadaan kita kembali bertaubat kepadaNYA..

Allahuakbar..

zai said...

Salam Asyiq..

Betul tu..satu pesanan yg sangat baik ditinggalkan utk suami..

Zai sendiri tak kisah suami nak kawin lain samada sewaktu masih hidup ataupun selepas mati kerana yg zai ingin kejar bukan dunia sementara ini tapi apa yg dijanjikan oleh Allah utk kita disana nanti..

Mudah2an kita berjaya menjadi isteri dan ibu yang solehah dan berjaya pula mendidik anak2 ke arah jalan yang lurus dan diredhai Allah..

Teratak Murniku said...

Assalamualaikum,
Bila baca entry zai kali ini saya terpanggil untuk meninggalkan sepatah dua kata disini, memang susah zai bila jadi ibu tunggal,apa saja yang kita buat rasa serba tak kena, kesedihan dan keperitan usah ceritalah, membesarkan dan mendidik anak-anak bukan kerja yang mudah apabila bersendirian apa lagi kalau tahap ekonomi tidak begitu baik.
Dari segi pergaulan juga kita sentiasa merasa serba tidak kena kerana memang ada segelintir masyarakat yang tidak begitu senang dengan ibu-ibu tunggal ini. itu belum lagi cerita pasal mereka yang ingin mengambil kesempatan.
Walau macam mana pun keadaannya takdir Allah itu mengatasi segala-galanya. Hanya redalah yang akan dapat mengatasi segala kesulitan dan cabaran yang mendatang.
Wassalam

zai said...

Salam Zaijb,

Terima kasih atas pujian dan dikembalikan kepada Allah SWT kerana menambah nikmat kasihsayang dalam rumahtangga kak zai setiap hari.

Suami kak zai adalah suami yg sangat manja dan penyayang pada isteri dan anak2nya..dia dibesarkan oleh datuk dan nenek..dah pernah rasa erti kehilangan kasih sayang ibu dan bapa..

Mungkin kesan dari pendidikan datuk dan nenek yang berjaya dan juga pengalaman yang lalu mendidik jiwanya utk menjadi lebih pemaaf dan bersabar..

Dibandingkan sifat kak zai dan suami rasa2nya dulu agak jauh berbeza tapi kami sentiasa berusaha mencari persamaan..dan kini kami masing2 menerima kelebihan dan kekurangan masing2 seadanya..bila ada duit lebih..berbelanja lebih sedikit utk menyenangkan hati keluarga..bila ditimpa kesusahan..belajar pula menyesuaikan diri dgn hidup seadanya..itulah kunci kebahagiaan rumahtangga.

Mudah2an kami mampu mengekalkan kebahagiaan ini sehingga kehujung nyawa..ameen..

zai said...

Salam Chime...

Sungguh syahdunya membaca cerita chime, semakin lama kak zai kenal chime semakin banyak rahsia hidup chime yang kak zai tahu dan semakin kagum kak zai dengan kekuatan jiwa chime melalui hari2 bersama kenangan bersama bekas tunang dulu..

Mmg menyakitkan utk menghadapi sebuah kehilangan kan ? kak zai sendiri tak pernah ingin mahu memikirkannya kerana sudah terlalu terbiasa hidup berdua bersama suami..takut benar utk memikirkan saat tanpanya disisi nanti..

Kalau boleh biarlah kak zai dulu yang pergi menemui tuhan. sekurang2nya kak zai yakin dia pasti akan menemui insan lain utk merawat duka dan membesarkan anak2 bersama-sama..kak zai hanya mengimpikan utk mendapat kebahagiaan abadi diakhirat nanti..

Biarlah hidup didunia hanya bersulamkan airmata dan ujian yg bertimpa2 asalkan kak zai dapat mengecap kenikmatan hidup disyurga..

Mudah2an kita semua dimasukkan kedalam syurga ketika disana nnti. ameen...

Werdah said...

Salam Zai,

Sedih pula baca kisah ni Zai.. teringat suami kak pernah menangis depan anak2.. katanya tak lama lagi matilah abah.. terisak2.. tu yg sedih bila dgr suami Zai tanya macam tu.. tapi kak jwb dgn suami, kalau dah ditakdirkan nak mati kita kena hadapi.. bab nak kawin lain tu susah juga nak difikirkan, sebab itu bergantung kpd yg empunya badan..

Arwah mak kak dulu kematian suami ketika tu umurnya baru 29 tahun tak berkahwin sehingga mak meninggal umur dlm umur emoat puluhan.. bukan tak ada yg nak kat mak.. ramai.. tp mak kata dia tak nak sebab dia taknak anak2 dia ada bapa tiri.

Tapi bagi seorg dp kakak kak, dia pun kematian suami kmd berkahwin.. kmd suami keduanya meninggal lagi.. baru2 ni dia kata ada ustaz nak kat dia tp kak malas nak tanya banyak.. terpulang kpd dia lah.

Memang semasa menjanda mak kak sangat susah krn ramainya yg kejar.. kdg2 malam2 dtg duduk di bawah rumah.. sehingga arwah mak terpaksa ajak anak2 murid mengaji temankan kami tidur. tapi sampai bila nak ajak tidu di rumah kami.. sesekali bolehlah lepas tu mereka pun berkahwin. Kemudian mak ajak pasangan berkahwin pula tinggal dgn kami. Tapi sampai bila, dia org pun nak rasa duduk di rumah sendiri.

Itulah Zai fitnah kpd janda.. kakak kak pun macam tu.. duduk sorang2 kat rumah malam2 ada lah yg ganggu.. ada yg ajak kahwin tp bila semuka dgn isteri kata kakak kak ni yg buat fitnah..

Entahlah Zai, mudah2an kita semua diberikan Allah yg baik2, dgn menggunakan akal fikiran kita yg Allah kurniakan. Agar kita terhindar dp fitnah.

Kita tak tau siapa nak dijemput dahulu.. tp yg pasti yg tinggal perlu meneruskan hidup.

abu muaz said...

saya kalau isteri saya .... saya akan kahwin lain.Sukar sebenarnya hidup tanpa wanita disisi. Berkahwin lain selepas kematian isteri bukan bermakna kita melupakan semua janji sewaktu bercinta dulu.Kalau orang tak setuju tak apa.Kalau isteri saya marah bila membacanya pun saya tak takut.Sikit pun tak heran. Bila saya peluknya nanti semua kemarahan tu akan hilang. Bye bye.

hai said...

salam zai,baru2 ni suami saya pun tanya mende yang sama...saya kata sapa la nak kat saya ni dah la anak 7...umur plak semakin tua...saya rasa x sedap hati sebab dia tak penah cakap soal mati sebelum ni....dan dia byk berubah..
saya cuba tanya kawan..dia kata kadang memang berlaku perubahan perasaan...cam org pompuan nak menapous...betul ke???

maiyah said...

kalo pikir mati mmg rasa takut tapi kalo hati penuh redha dan tawaduk, rasa tu akan pegi :)

syahbandar87 said...

aduhai kak..best cte ni..romantik campur dngnn insaf jgk.hehe..knp suami akak ckp camtu.seram tul kata2nya..tp yg sy skenye bila akak positif thinking..camtu la..yg pntng keyakinan kte pd Allah..sesungguhnya segala2nya telah tertulis..cme walaupun takdir kte tlh tertulis tp kte ttp mengharapkan spt yg kte cita2kn dan slalu berdoa kpd Allah sbgai tnda kte patuh kpdNya
:)

zai said...

Salam Teratak Murni..

Memang benar tu..Zai dah faham dan dah selalu sangat dengar keluhan rakan2 yang bernasib ibu dan bapa tunggal..mmg kesian dan simpati sangat2...

Mereka2 yg berfikiran negatif dan tidak memberikan sokongan moral kepada rakan2 yg melalui pengalaman penceraian dan kematian suami/isteri adalah mereka2 yg kurang kesedaran sivik dan tiada sifat kemanusiaan..kita seharusnya membantu kembali mereka bangkit semula dari kemurungan dan meneruskan kehidupan dan bukannya memandang dari sudut negatif..

Setiap dari kita yang berkahwin juga akan tetap berpisah dari pasangan masing2 samada melalui penceraian atau kematian..itu adalah sesuatu yang pasti dan tidak dapat lari dari kehidupan, hari ini kita mengata itu ini pada mereka2 ini tak mustahil suatu hari kita pula akan melalui saat getir spt itu dan apa perasaan kita disaat itu apabila keiklasan kita pun dipandang serong oleh oranglain ?

dan saya sendiri hairan melihat wanita2 yang kadang2 lebih rela bercerai dari bermadu sedangkan mereka mempunyai suami yang baik dan akhirnya setelah bergelar janda kemudian sudi pula menjadi isteri kedua, ketiga dan keempat oranglain...kenapa begitu agaknya ? nak melawan hukum Allah tetapi akhirnya sendiri juga memilih utk mengambil hak oranglain yg sebelum ini kita nafikan hak mereka itu.

Entahlah...hanya mereka yg mengalaminya yang sedia maklum..

Harap bersabar..

zai said...

Salam Kak Werdah,

Mmg sukar rasanya utk hidup sendirian apatah lagi setelah bergelar ibu dan bapa tunggal..banyak fitnah yang menanti..

kadang niat baik pun disalah ertikan. Zai sendiri pernah mendengar cerita emak zai mengenai rakannya srg guru yg bergelar ibu tunggal kerana kematian suami yang berkerja di TNB kerana terkena kejutan elektrik..

Kabarnya isterinya menjadi kaya raya kerana mendapat insuran nyawa suaminya tetapi selepas bergelar janda, pergerakan beliau sangat terbatas kerana kemana2 beliau pergi sering diganggu oleh lelaki2 yg ingin mendampinginya..lelaki2 yg dah berkahwin dan sekampung dengannnya pun masing2 berebut2 utk memiliki dan meminangnya tapi semuanya tidak dilayan oleh beliau..

Kata emak zai, apa yg dia nampak rakannya itu sangatlah baik, malah langsung tidak melayan orang lelaki yg menganggunya dan tidak satu pinangan pun diterimanya walaupun beliau masih muda dan kini masih lagi membujang kerana sayangkan anak2nya dan mungkin juga kerana kasihnya pada arwah suaminya masih menebal...

Terkadang kalau beliau hadir ke majlis perkahwinnan mana2pun terdengar juga suara2 sumbang wanita yg tidak berpuas hati kepadanya kerana suami mereka tergila2kan wanita itu sedangkan dia sendiri tidak pernah melayan..

Itulah harga yang perlu dibayar apabila bergelar ibu tunggal..

Berlainan dengan bapa tunggal...mungkin nasibnya lebih baik..mungkin ramai anak2 gadis yg tergila2 utk menjadi suri hidup...salah pilih boleh porak peranda juga dunia kerana takut hanya boleh menerima lelaki itu dan bukan anak2nya..

Apa2 pun Allah Maha Mengetahui..mudah2an kita semua terselamat dari fitnah dunia yg semakin menjadi2 sekarang ni.

zai said...

Salam Abu Muaz..

Nak kawin lain ? terserah..tepuk dada tanya selera..mmg saya tau kaum lelaki yg pernah berkahwin dan sebelum ini menjadi raja rumahtangga sukar hidup tanpa permaisuri kan ?

Apapun kuasa Allah mengatasi segalanya..ada yg beria2 nak kawin tapi sampai kesudah tak dapat kawin2..pokok pangkalnya soal jodoh bukan kerja kita..

zai said...

Salam Hai..

Itulah zai pun takut memikirkannya sejak suami cakap macam tu..

tapi kita harus redha apabila sampai waktunya kerana itulah putaran kehidupan manusia kan ?

Kehidupan selepas mati itu yang patut lebih dirisaukan berbanding apa yg kita alami kat dunia ni..

Apapun marilah kita berdoa mudah2an kebahagiaan rumahtangga kita berkekalan sehingga kehujung nyawa.

zai said...

Salam Dik Syahbandar,

hehehe..romantik dan seram ke dik ? biasala tu kan..cakap2 kosong orang kawin sebelum tido..(kadang2 masa lain tak sempat nak sembang, apatah lagi depan anak2..malu nak cakap isu macam tu..jadi endingnya cerita ni selalu tercakap masa atas katil jerla)

Harap2 syahbandar dapat ambil iktibar apa2 yg baik tu k dan jadilah suami yang soleh apabila berkahwin nnti dan bimbinglah isteri utk menjadi isteri yg solehah juga dan mudah2an perkahwinan yg dibina dapat bertahan hingga kehujung nyawa dan berterusan ke syurga..

Kita mesti positif utk melalui kehidupan ini kerana harus ada kepercayaan pada rukun iman dan rukun islam..insyaAllah selamat dunia dan akhirat

Abd Razak said...

Salam kak...

Pendapat saya...kahwin ke tidak selepas kematian suami atau isteri terserah kepada masing-masing, segala kehidupan kita ini ditakdir dan dirancang oleh Allah, andai kata ada kebaikan di sisiNya terima seadanya kehendak dan takdirNya, kita merancang Allah menentukan.

LanaBulu said...

Bersabar..
Makhluk yg paling baik adalah yg selalu mengingati mati dan memperbaiki diri dgn amalam kebajikan...
Soal jodoh tu adalah ketentuanNy dan kita redhailah segalanya..
Yg paling utama bukan suami atau isteri disamping kita tapi HidayahNya yg kita harapkan..

Aidil Fadzil said...

Salam Zai,...

Ya Allah..
Kematian adalah pasti,
menghimpuni segala amalan
yang terlihat atau tersurat
merentasi sebuah alam misteri
yang sukar ditafsiri

Ya..Allah
jikaku mengiringi dulu
tidak terlewat sedetik pun
usah kau iringi daku
dengan linangan air mata
ucaplah sekadar kasih untukku
fatihah dan yasin
menyuburi jiwa jasadku

Ya...Allah
ku pasrah..segala yang ditinggalkan
ku reda..dengan kehendakMU
ku insaf..atas kekurangan diri
dan kusedari..
DUNIA ini cuma sementara

ZooL Hilmi said...

Assalammualaikum... terima kasih sebab follow blog adik zool...mmm... cerita akak ni memang buat adik terharu...sebagai isteri mesti banyak perkara yang bermain di fikiran dan kadang perkara tu memakan masa yang lama untuk diselesaikan... perinsip kepercayaan, keikhlasan dan belaskasihan yang ada dalam diri... mmm..ini boleh jadi contoh baik pada semua orang... terima kasih sebab sudi kongsi pengalaman...mmmm

relevan said...

Pernah juge kwn tanya soalan yang mcm Zai ni pada Siti Rodziah.. Siti Rodziah pun jawap..''andai abg mati dulu sebelum ku..aku rela menjanda seumur hidupku kata nye..'' tapi kalu anak2 suh kawen lagi..dia akan ikot kata anak2..alahai...

LotsOfLove-Pearls said...

Salam Kak,
Sedihnya baca entri nie..

Semoga semuanya baik2 saja ya Kak..

*Bahagianya...

abu muaz said...

Satu je orang perempuan jangan bimbang bab kahwin dua. Kalau lelaki jenis bising-bising nak kahwin dua biasanya tak kahwin pun ,,,tetapi yg selalu kahwin dua jenis yg pendiam pijak semut pun tak mati. Ha ha haaa.

zai said...

Salam Razak..

Kak Zai setuju dengan pendapat Razak..semua yang berlaku adalah dengan kehendak Allah jua..yang penting adalah bahagian kita disana dan bukannya hanya mencari keseronokan didunia..

zai said...

Salam Lanabulu..

Mati adalah sesuatu yang wajib utk ditempuhi bagi setiap makhluk yg bernyawa..dan hakikatnya adalah kita sentiasa perlu bersedia..

Boleh tanya sikit tak ? apa makna lanabulu..??

zai said...

Salam Aidil...

Indahnya puisi nan puitis..

Andainya aku yang pergi dulu darimu,
iringilah pemergianku ini dengan Al-Fatihah dan kenanglah segala yg terindah mengenaiku yang pernah hadir dalam hidupmu sbg rakan blogger..

zai said...

Salam Zool Hilmi..

Terima kasih kerana sudi juga bertandang ke blog akak dan beri komen..

Mmg tak mudah utk melayari alam rumahtangga yg penuh berliku, yang penting adalah persefahaman dan kesabaran 100% didlm menempuhi stp ujian yg mendatang..harungi dengan tenang dan jgn menggelabah disamping sentiasa sujud kepadaNYA memohon petunjuk, insyaAllah..akan ada jalan penyelesaian kepada setiap masalah yg dihadapi..

zai said...

Salam relevan..

Siti Rodziah telah memberikan jawapan yg sangat bernas...mudah2an rumahtangga relevan dan siti kekal sehingga kehujung nyawa..

zai said...

Dear LoL..


Hmmmm..when we think of DEATH mmg menyedihkan..tapi itulah kenyataan yg harus dihadapi oleh setiap insan..kehilangan insan yg disayangi satu persatu..ttp perlu dihadapi dengan tabah..

zai said...

Salam Abu Muaz..

Betul3..saya setuju selalunya orang lelaki ni kalau pendiam lagi bahaya..orang2 tua cakap diam2 ubi tapi berisi..tapi suami zai pun dulu pendiam juga tapi sejak dah kawin ni jadi ramahla plak tambah2 kalau bersembang dengan anak dara hehehe..

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA