Monday, October 5, 2009

PESANAN BUAT ULAMAK

Salam..
kali ini saya ingin membawa satu isu untuk diperbincangkan iaitu "Ulamak perlu berlembut atau berkeras" Saya bawakan satu artikel dipetik dari arkib Mingguan Malaysia 22/06/2008 dengan judul kemusykilan agama 'Ulama Lembut atau Keras?'

SOALAN:

Pada masa mutakhir ini, ramai cerdik pandai agama kita keluaran dalam negara mahu pun luar negara. Ada antara mereka dari Mesir, Madinah mahu pun Jordan. Begitu juga keluaran Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kadangkala pendapat mereka berbeza. Sukar saya memilih mana satu pendapat yang betul. Apa nasihat tuan?

– Umat Keliru, Mentakab.

JAWAPAN:

Nasihat saya mudah sahaja, cari yang betul-betul mantap ilmu mereka. Lihat juga akhlak mereka. Justeru ramai lepasan agama (tidak semuanya ulama) yang ilmu mereka masih mendatar (cetek), ada juga yang akhlaknya boleh dipersoalkan, belum memiliki akhlak ulama sebenar. Ada antara mereka yang terlalu penakut dan ada juga yang terlalu berani. Saya berpendapat yang seimbang dan sederhana daripada segi ilmu dan akhlak itu yang lebih baik.

Berilmu tetapi jumud, berani tetapi kurang ilmu, emosi tak bertempat dan pelbagai lagi sifat negatif golongan agama ini...kesemuanya harus diambil pertimbangan.

Kepada penanya, ingin saya perbetulkan, bukan semua lulusan ugama (sekadar ada B.A. atau M.A. hatta P.hD) boleh digolongkan sebagai ulama. Paling merisaukan, mereka yang hanya ada ilmu separuh. Kadangkala kokok mereka lebih.

Syaikh Muhammad al-Ghazali pernah menegur mereka yang belajar ilmu hari Sabtu, pada hari Ahad sudah mengajar, hari Isnin sudah ditabal mahaguru atau syeikh atau ulama besar, (apabila sudah berserban dan berjubah atau memakai title ustaz), hari Selasa dengan berani menegur orang itu dan sianu, kononnya mereka tokoh, aku pun tokoh. Berani tanpa segan menegur semua perkara yang dia pun jahil mengenainya.

Ulama separuh jalan seperti inilah kadangkala –kata Muhammad al-Ghazali- menjadi tumpuan ramai, kerana gambaran zahir, berjubah singkat dan berjanggut lebat contohnya, berani mempertikaikan segala perkara. Pertikaian remeh temeh ini subur, pada masa Islam disingkirkan dalam perkara dasar. Lalu ulama berbicara tentang hukum membatal wuduk, atau bolehkah Allah dilihat dengan mata di akhirat kelak. Mereka banyak berhujah tentang darah haid dan hukum menyimpan misai.

Mereka yang tidak ingin Islam menjadi dasar kehidupan akan menjadi lebih seronok dalam keadaan begini berlaku, jika orang ramai tenggelam dalam perbincangan yang mandul begini. Kumpulan anti Islam, mereka tidak selesa apabila ada ulama yang mula bercakap tentang perkhidmatan negara untuk umum atau untuk individu? Kenapa kekayaan negara hanya berligar di sekitar beberapa kerat kumpulan? Apakah manusia perlu hidup bebas atau takut-takut?Adalah ulama palsu namanya, jika asyik berbincang tentang hukum menyentuh perempuan batal wuduk atau tidak, daripada membincangkan wajib atau harus mengambil bahagian dalam pilihan raya. Apa sumbangan orang Islam atau agenda ‘menghadhari’ tamadun dunia, tak kira apa nama, Islam hadhari atau hadharah Islamiah.

Masyarakat kita banyak disogok oleh ulama separuh masak ini dengan isu-isu kecil, pendapat lemah dan mazhab menyusahkan, malah tidak dapat memahami isu-isu semasa. Mereka memberi fatwa dalam realiti yang sudah berbeza. Dalam bahasa yang mudah, mereka jahil dengan “fiqh al-waqi”, kefahaman tentang realiti terkini.Satu lagi ‘kejahilan’ mereka yang menolak pandangan imam-imam mazhab, kononnya mahu mencedok sendiri daripada al-Quran dan hadis. Memang Islam tidak menyuruh kita fanatik kepada mana-mana mazhab, tetapi lebih teruk lagi mereka yang berijtihad tanpa kelayakan. Bagaimana boleh berijtihad, jika nak memahami dalil pun belum tahu.

Kita bosan dengan tohmahan kononnya Imam Malik tidak tahu hadis istiftah, atau Abu Hanifah tidak menyuruh pengikutnya baca basmalah ketika menjadi makmum, atau bersembahyang selepas menyentuh kulit perempuan. Berani mereka mengatakan Imam Malik dan Abu Hanifah Jahil hadis, atau Imam Shafi‘i jahil. Siapa mereka ini?Ulama al-Azhar yang dulu-dulu (termasuk di Malaysia), mampu menyelesaikan fitnah seperti ini, setelah mereka belajar Islam; memahami pendapat salaf dan khalaf, belajar berbagai-bagai kitab tafsir dan kitab hadis. Tetapi mereka yang baru pandai ini terutama mutakhir ini, hanya masih bertateh bahasa Arabnya, hanya baru belajar satu dua buah kitab hadis atau tafsir, sudah berani menyerang ulama itu dan ini, satu perbuatan yang kurang berakhlak dan tidak beradab.

Beberapa orang yang sekadar tahu membaca beberapa buah hadis sudah berani mengakui tahu akan Islam semua sekali, satu keangkuhan namanya.Justeru itu, kita harus bersangka baik kepada semua ulama kita yang benar; ada di kalangan mereka yang bersifat lembut, ada juga yang agak bersikap keras. Tetapi tujuan mereka semua memberi panduan kepada orang ramai. Mereka ulama pembimbing (mursyid).Jangan kita asyik bersangka buruk kepada orang lain. Kadangkala mereka itu jauh lebih baik daripada diri kita yang kita sangka serba tahu ini. Ada mereka yang suka memberi nasihat secara lembut kerana ia mungkin lebih berkesan dan ada juga mereka yang suka bercakap secara kasar dan keras kerana boleh memberi kesan.

Tetapi saya berpendapat, fitrah manusia tidak suka mereka diserang dengan keras. Saya masih ingat cerita buku sekolah rendah tahun 60-an (maaf contoh kurang elok) cerita dua jenis angin, angin ribut dan angin sepoi-sepoi bahasa yang menunjukkan kekuatan masing-masing. Angin ribut dengan kuat meniupkan si beruk yang sedang berpaut di sebatang pohon kayu. Makin kencang tiupan angin itu, makin kuat si beruk berpegang kerana takut jatuh.Apabila tiba giliran angin sepoi bahasa dengan lembutnya menghembus bayu sejuk kepada si beruk itu, sehingga dia rasa mengantuk, lalu jatuh. Moral cerita ini, tidak semua yang keras itu berhasil dan tidak semua yang lembut itu tidak menjadi.

Kelibat tokoh hebat pun ada berbagai-bagai ragam, dari Ibn Taymiyyah yang keras sampai kepada al-Ghazali yang lebih lembut, para fuqaha yang garang, ahli sufi yang lembut, hingga Imam Ahmad dan membawa kepada al-Syafi‘i. Mereka berbeza cara dan gaya. Usahlah kita membelah bagikan ulama kita kepada banyak kumpulan, kerajaan atau pembangkang. Mereka yang berpegang kepada kebenaran, itulah ulama sebenar. Jangan dilihat mereka salaf atau khalaf, ahli fikah atau ahli tafsir, yang ikhlas jua diterima amalan mereka.

Saya harap anda sudah ada kayu ukur menilai ulama terhadap keilmuan dan kesalehan mereka, bukan apa parti mereka, apa mazhab mereka, apa bangsa mereka atau kumpulan mana mereka ini. Jika inilah kayu ukurnya, orang itu masih tergolong puak fanatik yang dilarang agama.
..Wallahualam..

Share/Bookmark

28 comments:

kakcikseroja said...

Salam Zai...

Bagus artikel ini. Memang banyak yang kita tak faham.. kalau terjadi pertikaian di kalangan 'ahli agama', kita yang tak tahu apa2 akan menjadi lebih keliru...

Werdah said...

Salam Zai..

Betul kata kakcik seroja tu, bila terjadi pertelingkahan di kalangan mereka kita pun yg kurang ni jd keliru.. tetapi insyaAllah kita kena juga mencari yang benar dgn bertanya atau membaca dan merujuk kpd sumber yang tepat dan membuat perbandingan. Kita tak boleh bertaklif buta sahaja.

Mudah2an mereka yg berilmu dpt memberikan kita ilmu dgn 'hikmah'.Jgnlah bertelingkah, mereka fhm ayat2 Allah jgnlah mengelirukan lagi.

Kebanyakan Imam2 besar seperti Hambali, Maliki, syafie dll selalu menasihatkan jgn ambil dp mereka sblm mendapatkan dp sumber yg sahih.. Ini nak menunjukkan mereka benar2 takutkan Allah.

Bagaimana pula kita ni kan?

LotsOfLove-Pearls said...

Dear Kak,
Dik no comment..

Hehe..

Good day k..

abu muaz said...

Ilmu satu perkara. Akhlak satu hal. Ilmu kalau tak amal jadi sembang je lebih. Tak kira sapalah. Ulama ke atau sesiapa saja. Kalau ulama berilmu tapi tak amal jadilah ia ulama yg sembang lebih sahaja.....

ijoks2009 said...

Memg banyak kekeliruan yang timbul ini biasanya di buat oleh golongan ulama' muda yg selalu membuat hukum secara tergesa2sampai ada yg saggup mempertikaikan ulama'2 silam.
cuba baca blog ni http://pasvspas.blogspot.com/2009/09/syed-quthb-jemaah-islamiyah-dan-pas.html

Mak Su said...

terima kasih Zai, sbb sudi folo ceritakosong

anaklaut said...

salam...kak zai,

bagus n3 ni...moga allah memberi rahmat pada kak zai.

kak zai,

ulasan kak zai sangat menyentuh rasa,menyentuh jiwa sehingga ke tualng hitam..

terima kasih atas doa kak zai tu..:) mudah-mudahan masin mulut kak zai.

Abd Razak said...

assalamualaikum...

n3 yang baik...belajarlah dari guru yg faqih dlm ilmu fiqh, aqidah dan lain-lain dan jgnlah bertingkah dlm perkara furuq (cabang) yg boleh membawa kepada perbalahan...

kakna said...

tegurlah sesuatu kesalahan itu dengan beralaskan ilmu dan alasan yg wajar

Pn Kartini said...

Salam zai yg manis..:):)
Sewajarnya apa2 teguran yg dikemukakan seharusnya berlandaskan pada hukum2 Allah..bukan semata2 bertelingkah seolah2 membukti pd dunia dialah yg paling mendalami ilmu!!!!

OMARA said...

Salam Zai dan semua pembaca,
Saya sering mendengar ceramah Agama dari para Ulamak di mana-mana sahaja majlis ilmu dan paling kerap di radio. Alhamdullilah, banyak manfaat yang kita dapat daripadanya. Walaupun kita mengaku tahu, tapi kita perlu diulang berkali-kali supaya dapat mengusik jiwa dan hati kita.
Cuma saya dapati, cara yang disampaikan oleh ulamak, pendakwah dan penceramah ini agak berbeza. Ada yang menyampaikan secara garang, marah-marah. Ada yang seperti menghentam, mengutuk dan merendah-rendahkan orang lain. Ada yang tenang dan bercakap seperti memberi keterangan dan penjelasan. Entah kenapa, pilihan saya ialah kepada mereka yang bercakap tenang dan tidak mengutuk atau mengata. Saya rasa suka mendengarnya berkali-kali. Jiwa saya rasa tenang.Ulamak-ulamak yang saya maksudkan ini tidak ramai, tapi Alhamdullilah dapat memikat hati saya..... Maaf semua, ini hanyalah pandangan saya yang hina lagi serba kekurangan ini.

zai said...

Salam Kak Cik,
Betul tu kak cik kadang2 melihat apa yang berlaku disekeliling kita dan ulamak yg slg berbalah dan bertikam lidah..tidak tahu dimana hendak diletakkan pendirian kita didalam keadaan sebegitu...

zai said...

Salam Kak Werdah..

Terima kasih atas komen kak werdah yg begitu panjang lebar dan cukup bernas..

Benar tu kak..untuk menimba ilmu kita harus berguru dgn ramai ulamak2 dan harus mencintai ulamak dan mendekati mereka dengan penuh kerendahan hati kerana tanpa mereka kita ibarat kapal yg hilang nakhoda..tiada arah tujuan..

zai said...

Hi LoL..

Tak mengapa dik..N3 ini hanya diadakan sbg peringatan agar semua kembali bergerak didalam satu barisan kerana kita tetap menuju satu haluan yg pasti..

Penyatuan Umat Islam sangatlah penting kerana bersatu kita teguh bercerai kita roboh..

hai said...

salam zai,
tak berani nak komen....tapi inilah suasana di akhir zaman....

zai said...

Salam Abu Muaz..

Itulah yang terjadi masa kini, kadang2 mereka nampak berilmu tapi tidak berakhlak..sesungguhnya telah ditinggalkan AlQuran dan sunnah Rasulullah SAW utk menjadi ikutan ttp kita masih gagal utk mengikutinya kerana masing2 merasakan mereka lebih berilmu dari orglain.

zai said...

Salam Ijoks..

Kerana itulah kak zai berikan N3 sebegini utk memberi kesedaran kpd kita umat islam agar tidak berpecah belah kerana kadang2 kita lebih emosional dari rasional apabila membincangkan perkara2 yg melibatkan hukum hakam..sepatutnya pendapat kesemua ulamak adalah jelas dan seharusnya sekata kerana masing2 merujuk kitab yg sama iaitu AlQuran..perbalahan hanya mengundang kemusnahan umat islam krn kita tidak lagi bersatu dan kesannya musuh2 islam akan bertepuk tangan melihat perpecahan yg berlaku.

zai said...

Salam Maksu..

Terima kasih kerana sudi membalas kunjungan..

zai said...

Salam Anaklaut..

Terima kasih Anaklaut atas ulasan..

Kak Zai hanya sekadar berkongsi pengalaman dan ingin menyemarakkan rasa cinta Allah dan RasulNYA dan juga mencipta syurga dunia yg dihalalkan dengan sebuah ikatan suci yg indah termeterai penuh ikrar dan janji.

maiyah said...

salam.. mcm sy byk perlu bimbingan ustaz2, alhamdulillah mrk byk beri pengajaran yg positif dan logik:)

zai said...

Salam Abd Razak..

Kak Zai sudah jenuh dan letih melihat perpecahan antara umat islam dan berharap dengan perkongsian ilmu ini akan memberi lebih kesedaran bagi mereka2 yg bertelagah.

zai said...

Salam Kak Na.

Itulah yang sebaik2nya perlu dilakukan..teguran berhemah yg mampu mencairkan hati yang keras..

zai said...

Salam Tini yang cantik...(membalas pujian)..

Sangat Benar kata2 Tini, bertelagah yg melampaui batas boleh menjejaskan imej seseorang yg berilmu spt ulamak krn ulamak seharusya bersifat neutral iaitu tidak menyebelahi mana2 pihak atas pandangan peribadi sebaliknya harus menegakkan kebenaran atas prinsip amal makruf nahi mungkar..yang salah tetap salah dan yang benar tetap harus dipertahankan.

Trm kasih atas komen yg bernas.

zai said...

Salam Mamu..

Saya juga sependapat dengan mamu..jiwa zai lebih kepada ulamak2 yang menyampaikan ilmu dengan berlemah lembut dan berhemah sptmana Rasulullah SAW menghadapi musuh2 baginda dgn penuh lemah lembut..

zai said...

Salam Hai..

Terkadang kita walaupun kaum yg lemah ttp harus bersuara utk menyokong sunnah Rasulullah SAW. Mudah2an kita semua tidak berpecah belah hanya kerana perbezaan pendapat selagi ia tidak menyalahi hukum dan sunnah Rasulullah SAW.

chimera said...

salam kak...

nagus entri akak ni... mengingatkan saya pd satu ustazah tu dulu selalu jugak masuk tv bagi kuliah2 agama yg sekarang ni dah masuk politik.. dulu saya suka sgt kuliah2 dia. dia bagus... tapi baru ni lepas saya dgr sendiri kuliah dia pasal hukum hudud, pasal pencuri tak perlulah dipotong tgn, sebaliknya kena bagi kerja kat diorang ni.. bla! bla! bla!...
sya fikir, nilah tanda2 akhir zaman. org2 bijak pandai dan berilmu ni pun boleh dipergunakan semata-mata kerana harta dan gelaran... whateverlah...
errrr... tidak, bukan saya tidak sukakan dia sebab partinya. tapi saya yang jahil ni masih jugak tahu - ikut islam, hukum hudud wajib dilaksanakan. kalau pun tak suka diamkan ajelah. Kenapa mesti dijadikan bahan untuk kuliah dan disampaikan kepada orang ramai.
moga diberi kesedaran sebelum terlambat...

jgn sampai musuh2 kita bertepuk sorak kerana pertengkaran kita sesama kita.

ijoks2009 said...

betul tu chimera,jangan gadaikan agama kerana politik,tak kiralah partimanapun.kalau sudah meninggalkan prinsip agama apatah lg menghina hukum agama ulama' tu sudah menghinakan diri dia sendiri.

zai said...

Salam Chime dan Ijoks,

Alhamdulillah kerana bijak mengenal mana satu intan dan mana satu kaca..benar kita harus berpegang kepada hanya satu pegangan iaitu ajaran AlQuran dan sunnah Rasulullah.

Bagi mereka2 yg mengaku bijak pandai tetapi menolak hukum Allah (samalah seperti mencabar kekuasaaan Allah dan menidakkan perintahNYA) beerti kata2 mereka harus ditolak dan kita harus bijak menilai dan berhati2 ketika memilih pemimpin takut2 mereka turut mengheret kita keneraka jahannam..

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA