Wednesday, October 28, 2009

MR ASIA - MALEK NOOR DAH BERUBAH

Alhamdulillah….

Kita selalu berdoa semoga kita dihidup dan dimatikan dalam islam. Dikekalkan hidayah Allah pada kita, diberi petunjuk ke jalan yang lurus dan di akhir hidup diberi ‘Husnul Khatimah’ yakni pengakhiran yang baik. Sejahat manapun kita di dunia dan seburuk manapun akhlak kita di dunia tetapi jika dikehendakiNYA maka kita akan tergolong dalam golongan yang dikasihiNYA. Itulah apa yang terjadi kepada sahabat kita atau lebih dikenali dengan MR.ASIA suatu ketika dulu. Malik Noor bukan nama asing pada rakyat Malaysia. Kejayaannya mengharumkan nama negara satu ketika dulu sangat membanggakan kita. Ikutilah kisah beliau. Semoga beliau dirahmati dan memberi pengajaran pada saudara2 kita yang lain.Amin.

Oleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@utusan.com.my

malik noor

SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.

Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.

Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.

Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec’s Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.

Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.

“Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.

“Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh,” kata Malek dengan suara sebak.

Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan ‘lembik’ tiba-tiba.

Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota , Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.

Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.

“Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi…kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.

“Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati,” luahnya.

Zaman kanak-kanak

Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.

Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.

“Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.

“Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.

“Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.

“Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.

“Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran,” cerita Malek.

Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. “Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.

“Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana . Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana .

“Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.

“Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong . Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.

“Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.

“Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.

malik noor

“Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi…semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.

“Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah,” kata Malek.

Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.

“Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.

“Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini,” Malek menyambung cerita.

Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.

Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana .

“Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.

“penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini,” kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.


Share/Bookmark

18 comments:

tinta kasturi said...

salam kak, sihat hendaknya.
lama tak datang sini, tengah renovate ke?

kisah malik nor sangat bagus untuk pelajaran..

"Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat." (11:114)

maiyah said...

alhamdulillah.. Allah membuka htinya

chimera said...

Alhamdulillah... Kalau terbuka juga hatinya untuk bertaubat.. Kita Ni?? huhu..

Kisah lepas tu lepas lah... Sebab walau sehebat mana pun kita yang paling di nilai Allah adalah dihujung kehidupan kita...

KUNTONG said...

Syukur Alhamdulillah, semoga ramai lagi yg mengikut jejak langkahnya.

Abd Razak said...

Salam kak zai,

Alhamdulillah hidayah Allah itu datang kepadanya...moga allah terima taubatnya

Werdah said...

Salam Zai,

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

إِنَّكَ لَا تَہۡدِى مَنۡ أَحۡبَبۡتَ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ يَہۡدِى مَن يَشَآءُ‌ۚ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayat petunjuk (kepada memeluk Islam).

Begitulah ayat al-Quran surah al-Qasas ayat 56. Allah berkuasa memberi petunjuk dan Allah akan menambah petunjuk kpd org2 yg bersedia/berusaha utk mendapatkan petunjuk/hidayah

Berbahagialah org2 yg mahu berusaha utk mendapatkan petunjuk dp Allah swt.

Turut bergembira dgn pencapaian saudara kita ni.. mudah2an kita juga termasuk org2 yg berusaha keras mendaptkan petunjuk dpNYA.. Amiin.

relevan said...

Salam Zai..
Badan kawan macam Malek Noor juge ni..ketul2 gitu..

Malek Noor telah mendapat Hidayah..

relevan said...

Salam Zai..
Badan kawan macam Malek Noor juge ni..ketul2 gitu..

Malek Noor telah mendapat Hidayah..

Kunang-Kunang said...

Salam ziarah. Semoga Allah menetapkan hari Malek Noor sebagaimana sekarang, Tidak berubah kepada yang negatif lagi,

Kak hanim

atie said...

Salam Kak zai,

Alhamdullilah.... kisah Malek nie pun ada dlm trek selebriti....

LanaBulu said...

Moga hidayahNya sentiasa bersama kita semua forever..

LotsOfLove-Pearls said...

Salam Kak,
Ya..
pernah baca artikel ni.

pintu hati dah terbuka..

abu muaz said...

Allahuakbar!!!

Arianni said...

Salam Kak Zai,
Sesungguhnya pintu taubat itu sentiasa terbuka..syukur Alhamdulillah..

Tirana said...

Alhamdulillah...semoga dia dan kita akan sentiasa mendapat petunjuk dari Allah.

zai said...

Salam buat semua para sahabat blogger yang telah memberi komen diruangan ini..

Sesungguhnya janganlah kita memandang hina dan mencerca oranglain terutamanya mereka2 yang berakhlak jahat kerana HIDAYAH itu milik Allah SWT..sentiasa bersangka baiklah terhadap sesama insan meskipun mereka itu musuh kita kerana apa yang penting adalah "husnul khatimah" iaitu kehidupan insan itu sendiri dihujung hayatnya. sekiranya beliau diberi Hidayah disaat-saat penghujung hayatnya dan benar2 bertaubat, insya Allah ia akan menikmati sisi terakhir dari kehidupannya di syurga."

TKPM Gajah X Mati said...

Hidup itu satu perjalanan.....masa berlalu bagitu cepat, kita terleka dalam perjuangan kehidupan dan kejayaan yang kita difinasi,impi sendiri...tetapi ia nya tidak kekal dan tidak pasti. Lihat lah kekayaan dan harta benda dan nyawa lesap dalam sekelip mata di telan tsunami. Ia berlaku di zaman nabi Noh,Ia berlaku di Pompei, Ia berlaku di Lampung -filem Lampung karam ia berlaku di Acheh.
Jika Allah hendak mengambil ia datang tanpa di duga. Kisah trajidi Dato Sosilawati belum lagi terungkai.
Jika kita di takdirkan berjaya ingat lah fakir di sekeliling kita,ingat anak muda yang tersasar kerana kesusahan dimalam buta di Kuala Lumpur.
Bantu lah mereka selamatkan lah mereka.
Air mata Kuala Lumpur..lihat lah orang yang tidur di kaki lima dan wanita wanita yang terhilang punca yang perlu bimbingan,sokongan dan bantuan

TKPM Gajah X Mati said...

Hidup itu satu perjalanan.....masa berlalu bagitu cepat, kita terleka dalam perjuangan kehidupan dan kejayaan yang kita difinasi,impi sendiri...tetapi ia nya tidak kekal dan tidak pasti. Lihat lah kekayaan dan harta benda dan nyawa lesap dalam sekelip mata di telan tsunami. Ia berlaku di zaman nabi Noh,Ia berlaku di Pompei, Ia berlaku di Lampung -filem Lampung karam ia berlaku di Acheh.
Jika Allah hendak mengambil ia datang tanpa di duga. Kisah trajidi Dato Sosilawati belum lagi terungkai.
Jika kita di takdirkan berjaya ingat lah fakir di sekeliling kita,ingat anak muda yang tersasar kerana kesusahan dimalam buta di Kuala Lumpur.
Bantu lah mereka selamatkan lah mereka.
Air mata Kuala Lumpur..lihat lah orang yang tidur di kaki lima dan wanita wanita yang terhilang punca yang perlu bimbingan,sokongan dan bantuan

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA