Tuesday, October 13, 2009

AKU DAN JUMAAT..


Menurut tarikh yang tercatat di sijil kelahiran, aku dilahirkan pada 1.6.1973 tepat pada jam 12.00 tengah malam iaitu malam Jumaat...dan baru aku terperasan aku sering jatuh sakit (selalunya demam selsema la yang ringan2 jerla ..) mesti hari jumaat (selalunya dah lewat petang) bersambung sabtu dan ahad..tapi sayangnya hari isnin..mesti dah ok dan dah boleh pergi keje dah...

Sebab tu agaknya aku dah pecahkan rekod diri sendiri..... tiada MC selama 4 tahun...bukan tak teringin nak ambil MC..dah cuba buat muka seposen dan dah cuba minta kat Doktor....tapi lepas check semua doktor mesti cakap benda yang sama "ok zakiah, no problem you are fit to work...!!!" Itulah kata-kata yang menghancur-luluhkan semangatku untuk mengambil cuti sakit selama ini ...(harap-harap aku bukan asal keturunan Firaun..sebab Firaun dulu khabarnya tak pernah ambil MC jugak sebab tak pernah jatuh sakit..isk3...patutla mengaku dirinya tu Tuhan..perasan hebatla tu agaknya)

Mudah2an sekiranya Allah ingin mengambil nyawaku jua....ambillah jua pada hari yang penuh barakah ini ...Hari Jumaat.

.. Ameen....

Share/Bookmark

11 comments:

ijoks2009 said...

Asalamualaikum,samalah kita,saya pun lahir hari jumaat juga.tapi petang jam 5.30

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Kakak diuji oleh Allah dgn kesihatan yg baik selama 4 tahun...alhamdulillah tanda kasih syg Allah bermacam rupa cuma cara bagaimana pula kita menunjukkan kasih syg balik kepadaNya.

Pn Kartini said...

Salam..
Syukur diberikan kesihatan yg baik..:):)

a kl citizen said...

assalammualaikum

ameen untuk hajat zai...

Insan Marhaen said...

nasin baik mak bubuh nama Zakiah bukan nama Jumaatun, he he he....

Werdah said...

Salam Zai,

Alhamdulillah, Allah beri kita kesihatan dan sakit sebagai tanda kasih sayang dia.. macam mak kita cubit kita bila kita menyampuk depa bercakap sesama org tua (org dulu2lah) sekarang tak banyak lagi macam tu sebab anak2 sekarang jarang nak duduk bersama kita berbual dengan tetamu, tu yg jd depa jarang sgt nak kenal kwn2 kita.. Atau semasa kita buat benda2 nakal masa kecil2 dulu.Dia cubit tu tanda dia sayang kat kita.

Zai, kak cek umur Zai di date converter di pc kak ni, umur Zai 13284 hari. Lahir Jumaat 29 Rabiul akhir 1393H.. kak pula Isnin 24 Jamadil akhir 1370H.. Zai kira beza umur kita ya Zai.. kak ni dah tua tp perasan mcm muda sgt2..

Walau apapun keadaan kita, kita hendaklah selalu mengingati Dia "Daripada Dia kita datang, kpd Dia kita kembali".

kakcikseroja said...

ish ish ish Zai ni.. tak de kena mengena la dengan Firaun tu... Syukurlah tak 'mengotorkan' rekod perkhidmatan dengan MC. Tak macam kakcik ni.. dah berlebih-lebih MC.. :(

Webmaster@Echam said...

Kak Zai,
Tiap-tiap bulan saya ambik MC sbb kalau tak ambik MC pun kompeni tak bayar apa2. Baik saya ambik dan habeskan... hehheheh

atie said...

Salam Kak Zai,

Sapala yang comel sanggat dlm gambar tu?

INTAN RH said...

Sama dgn tarikh lahir abg akak, 1/6.

Alimaz-Kembara Terasing said...

kadang2 kesihatan yang baik juga adalah ujian daripada allah.....semoga kita sebagai hambanya tidak riak....wallahua'lam.

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA