Thursday, October 15, 2009

MANDI WAJIB - JANGAN AMBIL MUDAH

Mandi wajib nampak mudah. Namun perkara ini sangat penting, kerana ia menjadi asas kepada keberkesanan dalam amalan kita.

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan ramai umat Islam di dalam masyarakat kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati ramai di kalangan umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.”

Atau “Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Mengenai rukun mandi wajib yang kedua, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ketiga, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya air tidak dapat sampai ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya bulu di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh menghalang air sampai ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yang diwarnakan pula selain inai, inilah yang rumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang untuk sampai ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab-sebabnya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan di mana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai, laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok-eloknya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Tips Tambahan :-

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari
dengan air wuduk. Jangan dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah
sajadah, solat, berzikir, dan berdoa;
2.Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan
solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT
dengan zikir dan doa.
3.Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di
hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kama Hassanta Khalqii Fahassin
Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula
akhlaqku) – (HR Ahmad) – Doa tengok cermin.
4.Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati
orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
5.Agar tubuh langsing, mulus, dietlah dengan teratur, puasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis.
Jika mampu, lakukan puasa Nabi Daud a.s. – selang satu hari. Makanlah makanan halal,
perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air suam.
6.Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak
dikenal dan disayangi.
Rahsia solat (anggaplah tazkirah bagi yang sudah tahu)

1.Niat sembahyang memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.

2.Berdiri tegak fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3.Takbiratul Ihram fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4.Fatihah sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5.Rukuk sebagai tikar kita di dalam kubur.
6.Iktidal akan memberi minuman air dari telaga al-kauthar ketika di dalam kubur.
7.Sujud memagar kita ketika menyeberangi Siratul Mustaqim.
8.Duduk di antara 2 sujud akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9.Duduk tahiyat awal menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahiyat akhir sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Mungkar & Nakir
di dalam kubur.
11.Selawat nabi sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib fadilatnya pertemuan kita dengan Allah s.w.t.
Senarai di atas dikatakan salah satu sebab mengapa orang Yahudi tidak sukakan angka 13 dan juga hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu “Friday the 13th” jika ada di kalangan anda yang perasan!”..

Share/Bookmark

18 comments:

kakcikseroja said...

Kadangkala kita mengambil mudah sesuatu perkara kerana kononnya 'dah biasa'. Padahal yang dah biasa tu lah, yang lebih mudah untuk tersilap...

(Betul ke ayat kakcik ni, Zai?)

Abd Razak said...

Salam kak zai...

Ini yang payahnya ada sebahagian daripada pewarna rambut itu disahkan halal oleh Jakim jadi ramai orang Islam memakainya dan terkeliru tentang perkara ini, mereka memakainya pasti tak sah mandinya bila berhadas besar.

Apa komen kakak tentang perkara ni??

Werdah said...

Salam Zai,

Risau pula fasal pewarna rambut ni.. mudah2an anak cucu keturunan kita tak mewarnakan rambut mereka.. ni kena diberitahu betul2 kpd mereka..

Kalau mandi hadas tak sah macam mana jika ... kmd dapat anak.. hi seram jugalah ya Zai.

Satu lagi rahsia solat, jika tak solat.. bila dibangkitkan Allah suruh sujud tetapi tak dapat sujud krn tulang belakang keras macam besi.. sebab tak buat di dunia.. surah al-Qalam ayat 42 n 43

Dlm hadis ttg Israk Mikraj siapa tak solat.. di sana nanti pecahkan kepala ke batu elok semula kepala tu kmd pecahkan lagi.. seterusnya.. seterusnya..

Zai, alhamdulillah tazkirah yg amat berguna.

Daud Mili said...

panjang nyer....but good information...~

encik luth said...

banyak org kata, mak tak ajaq tapi kat sekolah kan ada subjek agama.. banyak org ambil sambil lewa ja benda2 gini depa tak tau..

Alimaz-Kembara Terasing said...

teringat masa sekolah menengah dulu...cikgu tuduh saya warnakan rambut...padahal rambut saya mmg perang.....huhuhuh...siap bg ceramah lagi kat saya....

✿FITRAH ALAM KELUARGA BAHAGIA✿ said...

salam, artikel yg menarik...dan klu tak silap sy kiter kne ambil wuduk dulu kmudian mndi hadas besar ..betul ke atau itu adlh perkara sunat

Webmaster@Echam said...

Benda mudah tapi kalau silap boleh jadi tak sah amalan solat kita. Fuhhhh.. jangan main2...

The Hobbit Frodo said...

sala kak zai ~ ilmu yang sangat berguna. Nampak mudah tapi kalau silap skit x diterima amlan pulak!


>>_____<< entry pembangun jiwa!

relevan said...

Masa sekolah dulu..ada murid yang degil tak mboh dengar kata..last2 uztaz tu kata..kamu ni anak dari hasil mak bapak kamu yang tak mandi wajib..sebab tu kamu degil ya amat..

a kl citizen said...

assalammualaikum

ilmu asas yang kita dah belajar tetapi sering alpa. tq

chimera said...

kita selau pandang mudah perkara-prkara ni padahal ianya melibatkan ibadah kita secara keseluruahnnya.. takut je kita usaha beribadah, satu apa pun tak diterima sebab kita sendiri tak suci...

saya ada sorang kawan tu... yg bila ditanya pasal mandi wajib, dia tak tahu pun. tak pernah buat pun dia kata... tapi lepas diterang2kan seadanya, mujur jugak dia faham.. harap2 memang dia dah faham...


p/s: rambut saya pun dah ada warna nih... warna putih yg tersembunyi merata-rata.. heheheh

Ina NaiLofar said...

salam ziarah perdana..

entri yg bguna :)
TQ bg peringtn...

maiyah said...

cite pasal mndi wajib ni, sy terpaksa sruh pembantu pancutkan air ke bahagian belakang badan supaya kena suma bahagian, nak wat camna tak bleh wat sndri

Pn Kartini said...

Salam Zai
Memang bab2 mandi wajib ..WAJIB diberi kecaknaannya..
Tq dear..good info:):)

zai said...

Salam Kak Cik,

Mmg benar tu..kadang2 perkara yg tampak mudah seperti ini dipermudahkan lagi oleh sesetengah dari kita sehingga menjadi tidak sah..bahaya tu.. sia2 jer amalan kan ?

zai said...

Salam Razak,

Trm kasih atas soalan,

Bagi pendapat peribadi akak.., penerangan tentang pewarna rambut yg jelas hanya menyaluti rambut dan tidak meresap kedalam rambut walaupun memakai pewarna rambut yg disahkan halal oleh JAKIM (diakui sah oleh JAKIM hanya pada barang2 yg diguna adalah halal bukannya perbuatan kita)

Bagi Kak Zai Mandi Wajib tetap tidak sah jika memakai pewarna rambut kerana jelas semua pewarna rambut KECUALI INAI...tidak meresap kedalam rambut dan hanya menyaluti rambut dan ini akan menghalang air utk sampai ke rambut...

Wallahualam..

zai said...

Salam Kak Werdah..

Mmg menakutkan bila difikirkan semula tentang bagaimana betapa ramai dikalangan masyarakat islam kita yg memakai perwarna rambut sedangkan ia telah dijelaskan bahawa perwarna rambut tersebut walaupun HALAL dan diperakui oleh JAKIM hanya setakat bahan2 yg diguna pakai adalah sah disisi hukum syarak.,halal dipakai kerana tiada barang2 yg haram didalamnya ttp ianya perlu difahami dgn sedalam2nya oleh semua pihak bahawa semua perwarna rambut walaupun halal tetapi ia tetap merupakan perwarna rambut yg hanya menyaluti rambut yg akan menyekat pengaliran air kerambut jadi amatlah takut sekiranya segala amalan ibadat solat, puasa dll dibuat secara sia-sia dan ditolak oleh Allah gara2 sikap kita yg mengambil mudah atas perkara ini..

Semoga kita sentiasa berusaha ingat mengingati kesemua ahli keluarga dan sahabat handai tentang perkara ini yg jarang diambil berat kerana terlalu naif dan hanya percayakan sijil HALAL yg dikeluarkan tanpa mengetahui huraian sebenarnya..

Wallahualam..

Trm kasih kak werdah kerana sering memberi komen yg positif dan membina..

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA