Saturday, October 24, 2009

HAYATI KISAH INI...


Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat,
yang membuatkan hati saya amat kagum. Cerita ini saya dapati dari
sebuah blog seorang hamba Allah yang menceritakan pengalaman
seorang Ustazah yang menceritakan pengalaman hebat yang beliau alami
bersama sebuah keluarga.
Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini...

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang
sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa.
Si suami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini
sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di
sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang
ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang
paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk,
abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat
berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur
lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang
sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut
ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai
imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang
tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini
sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang
mendengar mengucap memuji ALLAH

Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan
perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana
orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.
Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu.

Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana
dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa.
Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang
sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling
tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil
wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu
anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula
solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang
jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah
sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel
semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak
melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata,
"Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa...
". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh
yang disampaikan.

Subhanallah. .. bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian
diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan
suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8
orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika
ditakdirkan mereka pergi dulu. Lagipun anak-anak mereka semuanya
lelaki...

Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai
tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...

-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat
jemaah dalam keluarga ???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk
???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat
memimpin adik-adik mereka ???
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian
rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan
mereka yang lebih dewasa ???

subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi
pedoman dan iktibar buat kita semua...

Share/Bookmark

28 comments:

Frodo Baggins said...

Subhanallah ~ mmg cerita yg menarix kak zai. KAGUM. Story ni bila jadinya. dalam masa terdekat ni jugak ker?? Mmmmm ~ mmg menarix. Semoga akan kekal begitu dan kita jugak ambil iktibar.

~ana SoLehah~ said...

^_^ indahnye bila Islam diterapkan dalam keluarga..

Tirana said...

Cerita yang dapat menjadi contoh teladan buat kita sebagai ibubapa. Terimakasih kerana berkongsi cerita.

endiem said...

kalaulah boleh macam tu , alangkah bahagianya keluarga kita..

kakcikseroja said...

Subhanallah.. bergenang airmata kakcik... sungguh terharu.

imanshah said...

kenapa semuanya tak terjadi dalam keluarga saya masa saya kecik2 dulu

Insan Marhaen said...

walaupun bukan mudah untuk berbuat sebegitu tapi itulah kenyataan bahawa keluarga yang selalu ada majlis ilmu di dalamnya, malaikat akan mengembangkan sayap melindungi mereka selama mereka di situ.

aku pernah cuba tapi tak konsisten. berat...

a kl citizen said...

assalammualaikum

cantik sungguh sebuah kehidupan ini ya...
semoga tempiasnya terpercik dalam keluarga kita juga

teja said...

macih zai sudi singgah blog aku... chantekk blog ko main lari2 pulak masa aku masuk cni... syabas!

ASYIQ said...

Ya Allah, bergenang airmata saya, betapa berjayanya ibubapa itu menjadi ibubapa yg sebenar2nya.....

Terasa sgt kekurangan diri.

Allah melimpahkan rahmatNya kepada keluarga tersebut.

Moga kita sama2 ambil pengajaran. TQ krn sudi berkongsi cerita. Apa link blog ustazah tu ye....

Dia mengajar di ex sekolah sy dulu...

nahmy said...

salam...
seronoknya baca citer2 camni...dan alangkah lebih seronok klu ia berlaku dlm keluarga sendiri. ini satu cabaran buat saya & keluarga...syukran jazilan.

Daud Mili said...

best3...

MaizaC'Joe said...

Salam kak zai

n3 yg betul2 memberi tauladan. terima kasih sudi brkongsi..

-maiza-

zai said...

Salam Frodo..

Harap2 Frodo juga boleh menjadi seorang suami dan bapa yang soleh yer dik..

kunci kebahagiaan rumahtangga adalah agama..jika kita beragama dan mengamalkan ajaran islam dengan sepenuhnya insyaAllah kita mampu mengemudi rumahtangga itu dengan selamat wlu macammanapun dipukul gelombang ujian..

zai said...

Salam ana solehah..

kak zai suka nick name adik tu..dah nampak ciri2 nak menjadi isteri dan ibu yang solehah kan ? mudah2an bertemu suami yang mithali juga..

zai said...

Salam Tirana..

Semoga kita mampu menjadi isteri dan ibu yang terbaik buat keluarga..Zai sendiri tak sempurna dan banyak kekurangan sbb itu masih berusaha melakukan yg terbaik wlupun jalan penuh berliku..

Ucapan tak semudah perbuatan..insyaAllah ..yakin boleh pasti boleh kan ?

zai said...

Salam Endiem..

Rasa2nya wlupun sukar tapi kalau suami isteri istiqamah dan yakin utk berusaha kearah itu. insyaAllah Allah akan permudahkan usaha yang murni itu dan juga akan berjaya melahirkan anak2 yg bakal menjadi generasi yang cemerlang..

zai said...

Salam kak cik,

sebenarnya zai sendiri kagum dengan kak cik kerana telah ada anak kak cik yang menjadi imam muda..itu tanda kejayaan usaha ibubapa jua..

Tahniah kak cik..insyaAllah zai akan usahakan agar anak2 zai juga menjadi seperti itu.

zai said...

Salam Imanshah,

Jangan dikesalkan perkara yang lepas..yang penting kita ada contoh dan ikutan..jadi apakata didiklah diri kita menjadi cemerlang seperti kisah dientri ini..insyaAllah akan melahirkan sebuah keluarga yang bahagia dan anak2 yg soleh nnti..

Imanshah bertuah kerana belum berumahtangga jadi boleh berusaha kearah itu slps ini..yang penting harus istiqamah.

zai said...

Salam Insan Marhaen..

Jangan putus asa dari rahmat Allah..yang penting kita berusaha buat yang terbaik dan sentiasa mendoakan isteri/suami dan anak2 agar menjadi isteri dan anak2 yang soleh kerana merekalah harta yg sangat berharga utk menolong kita suatu hari nnti kelak samada dimasa tua ataupun dialam barzakh.

zai said...

Salam teacher akl citizen...

Ameen..mudah2an begitulah hendaknya,..siapa yang tak ingin melihat dan menjadi keluarga yg cemerlang..ye tak ?

zai said...

Salam Teja..

Terima kasih atas pujian, saya kembalikan pujian itu kepada Allah SWT..sering2la menjengah dan beri komen ya..

zai said...

Salam Asyiq..

Sebenarnya saya turut kagum dengan asyiq yg berjaya menjadi ibu yang terbaik..boleh dapat dirasa melalui pembacaan blog asyiq..sebenarnya zai sendiri baru bertatih dan berusaha kearah itu wlupun banyak cabarannya.

Mudah2an kita berjaya menjadi isteri dan ibu yang terbaik buat keluarga.

Tentang ustazah tu, zai dah tak ingat dimana zai ambil cerita ni sbb terlupa nak linkkan blog tu..dan tuanpunya blog pun tak cerita ustazah yang mana satu..

Maaf yer asyiq.

zai said...

Salam Nahmy..

Belum terlambat..berusahalah mana tahu anda berjaya menjadi suami dan bapa yg mithali dan melahirkan generasi yang cemerlang suatu ketikga nnti kerana rahmat Allah sangatlah luas tambah2 bagi hamba2nya yang benar2 ingin beriman dan bertakwa...insyaAllah akan dipermudahkan nnti olehNYA.

zai said...

Salam Daud Mili...

Mudah2an Daud juga boleh menjadi seorang suami dan bapa yg terbaik dan beriman suatu masa nnti yer..ingat cerita ni tau sampai bila2 bolehla nnti dijadikan panduan.

zai said...

Salam MaizaC'Joe..

Terima kasih kerana sudi singgah dan memberi komen. sangat kak zai hargai..

Semoga kita akan terus bersahabat. Rajin2la menjengah dan komen blog kak zai yer..thanks alot.

pelangi anak said...

Nice posting. Bisa dijadikan pedoman bagi para orangtua dalam mendidik anaknya secara islami. Ya, anak-anak adalah investasi masa depan bangsa dan keluarga. Salam kenal.

Werdah said...

Salam Zai,

Peranan bapa sebenarnya menjadikan anak2 berakhlak seperti itu.

Dan alangkah indahnya jika kita semua dpt menjadikan kisah ini sebagai rutin kehidupan kita.

Ada kawan kak masa belajar dulu dia latih anak2 dia kejut dp tidur sebelum subuh sebaik sahaja selepas pantang . Bila solat diletakkan baby bersama2 mereka anak beranak berjemaah.. seronok bila dia bercerita begitu dan alhamdulillah anaknya menjadi.. dan baru2 ini kak dpt tahu suaminya dah pergi meninggalkannya.

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA