Friday, October 2, 2009

TOLONG JANGAN PUJI LAGI..

Salam..

Baru-baru ini saya menghadiri satu jamuan rumah terbuka seorang kawan di Bayan Baru, Pulau Pinang..sudah lama tidak bertemu sahabat saya tersebut yg juga masih didalam pantang kerana melahirkan anak kedua...Sesungguhnya beliau sangat bertuah kerana selepas menanti cahayamata selama lebih 10 tahun akhirnya berjaya juga memperolehi cahaya mata sendiri selepas mengambil 2 anak angkat yg lain sebelum itu dan yang paling membahagiakan adalah kerana selepas kelahiran anak pertama mendapat bonus segera anak kedua tidak lama selepas itu..syukur kehadrat Ilahi kerana memakbulkan doanya yg sebelum ini tidak putus-putus berusaha utk mendapatkan cahaya mata sendiri..

Sebaik melangkah masuk kerumah beliau dan bertemunya dia terus menerpa dan memeluk saya dan mengusap wajah saya dan berkata..."MasyaAllah Zai.., 2 tahun tak bertemu semakin jelita.. tampak semakin muda..." Saya tergamam dengan pujiannya .."MasyaAllah wan...wan ni rabun agaknya, mustahil dah tua-tua ni jadi semakin cantik.., janganla perli"... Dia terus mencelah "taklah zai....iklas wan cakap mmg zai semakin cantik malah bertambah cantik dari dulu...nak tau juga apa rahsianya...". Suami yang berada disisi tersengih kambing sambil memandang kearah saya. Malangnya saya tak terfikir akan soalannya sebegitu...Saya lantas berkata menerangkan tiada rahsia dan tak pernah langsung melakukan apa-apa pada rupa wajah hanya menggunakan pencuci muka dan bedak safi yg murah.." Beliau hanya tersenyum mendengar jawapan sambil mempelawa kami masuk ke dalam rumahnya.. walaupun terasa malu kerana dipuji ditengah orang ramai dan turut terasa kembang dengan pujiannya. Didalam hati terfikir juga rabunkah pandangan matanya sedangkan saya yg mengadap cermin setiap hari dah merasa mulai segan utk menatap wajah sendiri dicermin....tapi itulah hebatnya jiwa srg sahabat walaupun kita tidaklah sehebat yg dikatakannya dia ttp memuji utk mengambil hati..(alhamdulillah..semoga Allah menambah rahmat ke atas beliau kerana menambahkan cinta atas sebuah jalinan ukhwah persahabatan)..

Tetapi apa yang saya ingin ceritakan disini juga adalah bersangkut paut dengan entri di atas iaitu penyakit hati/jiwa adalah merupakan satu penyakit yang tidak boleh dirawat oleh oranglain melainkan diri kita sendiri..iaitu perasaan riak/bangga diri yang wujud dalam diri srg insan..perasaan yg boleh menjadikan kita riak dan lupa atas nikmat yg Allah berikan walhal ia bukanlah hak mutlak kita dan sebenarnya puji2an seperti itu sepatutnya ditujukan kepada Allah SWT semata2.. apabila wujud perasaan sebegitu saya akan cepat2 beristigfar apabila tersedar kembali....takut kalau2 saya menjadi kemurkaan Allah hanya kerana terdetiknya perasaan sebegitu dihati...

Ujub merupakan salah satu penyakit hati. Sifat ini akan selalu melekat pada diri manusia, meskipun ia tinggal seorang diri di muka bumi. Yang dimaksud dengan Ujub “Rasa Bangga” merupakan rasa besar hati karena mempunyai kelebihan atau keunggulan daripada orang lain dalam hal keturunan, Ilmu pengetahuan, kekuatan, kecantikan maupun harta. Orang seperti ini sentiasa menyangka bahawa dirinya mempunyai kelebihan dek kerana usahanya sendiri. Ia lupa bahwa Allah Subhanahu wa Ta’ala yang telah menciptakan dan memberikan nikmat itu kepadanya, sehingga ia menjadi seperti itu dan berkebolehan melakukan hal yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain.

Bahkan, seseorang boleh juga mempunyai ‘rasa bangga’ kerana ketekunannya beribadah kepada Allah SWT. Ketika orang lain menganggapnya sebagai orang yang khusyuk dalam beribadah dan taat kepada Allah SWT, iapun menganggap dirinya sebagai satu-satunya manusia yang doanya didengar oleh Allah.

Saat ia mendapatkan kedudukan yang cukup tinggi dan banyak orang lain yang kedudukannya lebih rendah, ia pun merasa sombong. Jika ia dikurniakan otak yang cemerlang sehingga pendapatnya banyak orang yang terkesan, kemudian ia menjadi orang yang bongkak.

Tidaklah termasuk ujub, orang yang merasa bahagia atas nikmat yang telah diberikan Allah SWT, kemudian ia menjaganya agar nikmat tersebut tidak dicabut oleh Allah, dan digunakan dijalan-Nya. Allah SWT berfirman, yang artinya: “(Ingatlah) peperangan Hunain, yaitu diwaktu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun…” (QS: AtTaubah: 25)

Dalam ayat lain Allah SWT berfirman, yang ertinya: “Maka Janganlah kamu mengatakan dirimu suci…” (QS: AnNazm: 32). Jadi, janganlah kita memperbanyakkan ibadah dengan tujuan untuk menunjukkan kehebatan kepada Manusia yang lain padahal Allah mengetahui niat kita sebenarnya..

Rasulullah SAW bersabda, yang artinya: “Tiga sifat yang dapat menghancurkan seseorang; Kikir yang selalu diikuti, Hawa nafsu yang selalu dituruti, dan merasa bangga terhadap dirinya sendiri.” (HR: Thabrani) Ibnu Mas’ud berkata: “Engkau akan mengalami kehancuran apabila memiliki dua sifat ini, yakni rasa berputus asa dan rasa bangga.”..
Justeru itu..jauhilah perasaan riak, takbur dan berbangga diri dengan apa yang kita miliki kerana kita sendiri hanyalah merupakan pinjaman dari Allah dan seandainya merasa kita cantik, ketahuilah kecantikan juga akan pudar satu hari nanti jadi peliharalah kecantikan iman kerana ialah yg bakal menjadi saksi dihadapan Allah SWT diakhirat nanti utk membela kita..

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan ku sendiri..

Share/Bookmark

22 comments:

Werdah said...

Salam Zai,

Memang kita manusia suka memuji dan dipuji kdg2 langsung tak ingat nak menyandarkannya kpd Allah swt.. ujub pula selalu dtng selepas kita selesai menjalankan sesuatu kerja seolah2 kita dah buat seelok2nya, pd hal semua tu krn Allah tolong kita.. sungguh kita kena banyak berusaha dan kita mulakan dahulu supaya org lain ikut..

Zai,

Alhamdulillah ramai juga dah sedar akan hal ini.. mudah2an Zai istiqamah membuat entri2 yg banyak manfaat seperti ini.

Untuk elakkan ujub dan sifat2 mazmumah ini eloklah kita selalu ingat yg kita ni datang ke dunia tak ada bawa apa2 dan meninggalkan dunia nnt pun tak bawa apa2 kecuali amalan baik dan ikhlas. Wallahua'alam.

ASYIQ said...

Betul sgt tu...ujub dan riak selalunya memakan pahala amalan kita.

Moga Allah lindungi kita dr sifat itu.

shaniza said...

Salam..
Di dalam diri kita ada segumpal daging(hati), jika busuk dan buruk daging itu maka buruklah perlakuan pemiliknya tapi jika ia dijaga dengan baik maka pemiliknya aka mempunyai sifat yang baik juga.
Riak dan ujub memakan segala amalan kita ibarat api membakar kayu yang kering...maka sia-sialah hidup kita..nauzubillah.

tinta kasturi said...

tazkirah yang mengesankan.

Bermanfaat.

Tq

abu muaz said...

Salam. Pujian dan ucapan tersebut memang ikhlas dari hati seorang sahabat yg sangat rindu pada temannya.Ucapan tersebut memberi pahala kepadanya kerana pujian tersebut sudah tentu mengembirakan empunya diri. Bukankah mengembirakan jiran,teman itu suatu tuntutan yg sangat digalakkan nabi.

sI tEDI said...

semoga kita sentiasa berpijak di bumi yg nyata.... tidak terlalu angkuh dan tinggi diri dengan pujian.. dan akan jatuh kerana kejian..

Leenoh said...

Salam Zai.

Segala pujian itu bagi Allah, memuji makhluk hakikatnya adalah memuji Allah, memuji Allah adalah memuji Allah jua.
Kerana kecantikan dan kelebihan manusia atau makhluk semuanya adalah hasil ciptaan Allah.

Entri yang baik dan banyak manfaatnya.

a kl citizen said...

assalammualaikum

hati yang bersih sentiasa melahirkan wajah yang cantik...

ZHARIF BADRUL said...

salam puan zai
satu entri yang mengingatkan kita supaya tidak cepat bangga dan berasa kitalah segalanya.Kadang2 sebagai manusia kita terlepas pandang dan tak sengaja timbul perasaan sebegitu.Mudah-mudahan sifat ujub ini tidak melekat dalam hati kita semua insyallah

iqbalsyarie said...

assalamualaikum kak zai.
Ni first time sy tinggal komen.
isu yg sangat menarik.tentang penyakit hati ini.Sebenarnya,semakin alim seseorg itu,semakin tinggi pangkat syaitan yg ditugaskan utk menyesatkannya.Dan salah satu caranya ialah dgn menimbulkan rasa bangga diri dlm diri seseorg itu.Bijaknya syaitan ini,dia tak halang kita buat amal soleh,tapi dia pesong tumpuan amal kita iaitu kpd perhatian manusia bukannya Allah,lalu syiriklah kita(syirik kecil).

hai said...

salam zai,
saya pun kalau kena puji memang rasa malu sgt,muka rasa semacam...kadang terselit gak rasa bangga tapi cepat2 fikir ala...ramai lagi orang yang lebih pada aku...jgn perasan!hehehe...gitu la selalu nak pujuk hati bila ditimpa perasaan....harap allah jauhkan dari penyakit hati ni...tq kerana berkongsi artikel yang menarik!!

zai said...

Salam Kak Werdah..

Sebenarnya banyak kelebihan berblogging nie salah satunya apabila kita mendapat rakan2 yg sentiasa saling ingat mengingati tntg betapa hinanya kita dan betapa hebatnya kuasa Allah dan suka benar dengan komen kak werdah spt berikut...

"eloklah kita selalu ingat yg kita ni datang ke dunia tak ada bawa apa2 dan meninggalkan dunia nnt pun tak bawa apa2 kecuali amalan baik dan ikhlas..."

Sangat menginsafkan hati ini...trm kasih kak...

zai said...

Salam Asyiq..

Takutnya apabila mengenangkan apabila dihadapan Allah nanti kita hanya kaya didunia tetapi dihadapan Allah kita menjadi antara hamba yg paling miskin amalannya...

Terima kasih asyiq..satu peringatan yg sgt baik..

zai said...

Salam Shaniza..

"Di dalam diri kita ada segumpal daging(hati), jika busuk dan buruk daging itu maka buruklah perlakuan pemiliknya tapi jika ia dijaga dengan baik maka pemiliknya aka mempunyai sifat yang baik juga.
Riak dan ujub memakan segala amalan kita ibarat api membakar kayu yang kering...maka sia-sialah hidup kita..nauzubillah."

Satu tazkirah yang sangat mengesankan buat saya..terima kasih cikgu..bertuah rasanya krn mempunyai ramai rakan2 blogger bergelar guru yg pastinya berilmu dan lebih baik pengetahuannya dari saya sendiri..

Komen yg sangat bernas..

zai said...

Salam tinta kasturi..

Setiap tazkirah yg disampaikan sekiranya terkesan dihati bermakna kita masih mendapat hidayah dari Allah...Alhamdulillah..

Trm kasih atas komen dan sokongan kat blog kak zai..

zai said...

Salam Abu Muaz...

Trm kasih atas komen..mmg sgt benar kita tidak harus merasa riak atas pujian..memuji kita beerti memuji keindahan keajaipan keagungan ciptaan Allah dan seharusnya menjadikan kita lebih beriman kpd Allah dan Rasul..

zai said...

Salam SiTedi..

Indah sungguh susunan kata2 pesanan adik tu...insyaAllah jika kita sentiasa berpesan2 dengan kesabaran dan berpesan2 dgn kebenaran kita akan sentiasa selamat dari jatuh tersungkur dek kejian selepas bongkak atas kelebihan...

zai said...

Salam En Leenoh..

Sangat terkesan dihati atas tazkirah dari en Leenoh berkenaan kebesaran Allah dan sesungguhnya hanya Allah yang layak dipuji dan apabila manusia dipuji seharusnya kita bersyukur dan berterima kasih kpd Allah kerana menjadikan kita antara makhluk yg sempurna..

zai said...

Salam a kl citizen..

Mudah2an begitulah hendaknya teacher..trm kasih krn singgah..minta maaf krn msh belum ada kesempatan membalas budi cikgu sbb belum berkesempatan utk pergi mencari bahan2 yg sesuai utk diberikan sbg tanda mata buat srg guru yg zai kagumi..

zai said...

Salam Zharif..

Selagi kita masih ada insan2 yg menegur segala kesilapan insyaAllah kita akan sentiasa selamat...inilah untungnya berblogging kan krn kak zai sentiasa teringat kata2 pujangga bahawa hendak menjadi baik mestilah berkawan dengan orang yg baik2..

Zharif antara salah satu buktinya..

zai said...

Salam Iqbalsyarie..

Trm kasih atas tazkirah yang disampaikan walaupun iqbal masih tersangat muda tapi pandangan yg diberikan sangat mengagumkan kak zai..trm kasih atas kunjungan pertama kali dan meninggalkan jejak..

Harap sudi singgah lagi slps ini..

zai said...

Salam Hai..

Itula yang zai rasakan sesekali bila orang terlalu kerap memuji..mmg ini semua tidak lain hanyalah permainan syaitan agar kita semakin leka dan hanyut dibuai perasaan sehingga tidak mensyukuri nikmat tuhan sedangkan kita tidak layak diatas pujian yg sepatutnya diberikan kepada Allah krn menjadikan kita tampak sempurna dimata orang lain..

Ameen...itulah doa yg terbaik dijauhkan dari penyakit hati...

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA