Wednesday, October 7, 2009

APA YANG HARAM ?

Sekadar sebuah kisah untuk renungan bersama-sama dan diambil iktibar bagi mereka yang memahami..

“Astaghfirullah. Hei you, it’s HARAM!”, seorang lelaki Arab tiba-tiba menengking saya. Terkejut saya dan isteri dibuatnya. Kami sedang mahu menyeberang jalan ke Botanic Garden.

“Sorry, what HARAM?“, saya bertanya. “That! That is Haram“, kata lelaki itu sambil menunding ke arah tangan saya. “You mean, it’s haram to hold my wife’s hand?“, saya bertanya kepadanya kembali.

“Astaghfirullah. You stupid!”, kata lelaki itu dan terus meninggalkan saya dan isteri yang terpinga-pinga. Petang itu, mood kami rosak.

Asalnya saya berhasrat untuk membawa isteri saya ke kedai. Cadangnya mahu singgah mengambil angin di Botanic Garden terlebih dahulu. Maklum sahaja, sekarang ini musim bunga di Belfast. Kawasan Botanic Garden memang sangat indah.

Saya benar-benar tersentak dengan teguran lelaki itu tadi. Orang baru agaknya, tidak pernah saya melihatnya sebelum ini.

Isteri saya sedang mengandung 6 bulan, anak pertama kami. Beliau berjalan perlahan, dan saya biasa berjalan sambil memegang tangannya.

‘Irish’kah perbuatan memegang tangan isteri ini? Saya masih kebingungan. Bingung bercampur marah. Isteri saya juga kelihatan cemas di wajahnya diherdik lelaki tersebut.

Sememangnya di Ireland, saya dan isteri selalu berbual bab pegang tangan ini. Kami berasa sangat kagum dengan pakcik makcik Irish yang sangat mesra hubungan mereka sebagai suami isteri. Sambil bertongkat, suami masih berjalan sambil memegang tangan isteri. Menyeberang jalan bersama-sama. So sweet!

Lain pulalah dengan budaya kita orang Melayu. Jangan tunggu sampai ulangtahun ke-30 perkahwinan, baru 3 tahun kahwin pun suami sudah suka meninggalkan isteri di belakang. Malu nak melayan isteri sebagai isteri... barangkali!

Memang tidak dinafikan, lain orang lain budayanya. Mungkin kerana saya dan isteri lama tinggal di Ireland, kami pun tidak pernah pula terasa janggal berjalan dalam keadaan suami memegang tangan isteri. Apatah lagi dalam keadaan isteri yang mengandung. Tetapi perbuatan lelaki itu menengking saya dan isteri, sangat mengejutkan. Apatah lagi dengan label ‘stupid‘ yang diberikannya percuma kepada saya.

Selepas balik dari kedai, saya menghantar isteri ke rumah dan terus ke masjid untuk mengimamkan solat Maghrib. Subhanallah! Lelaki yang menengking saya tadi ada di masjid. Apabila dia melihat saya, mukanya berubah menjadi merah. Masih marah dengan saya, entah di mana hujung pangkalnya.

Selesai iqamah dibacakan, saya melangkah ke hadapan untuk mengimamkan Solat. Alangkah terkejutnya lelaki itu hingga dia beralih ke hujung saf. Mungkin dia tidak menyangka yang saya si ‘bodoh’ ini yang diherdiknya di tepi jalan tadi, adalah imam di masjid. Selesai solat, lelaki itu bingkas bangun meninggalkan jemaah dan saya hanya memandang beliau pergi menghilangkan diri.

Saya berpesan kepada isteri saya, “apabila pulang ke Malaysia nanti, apakah benda-benda baik yang kita dapat di Ireland ini mampu dikekalkan?”

Berjalan seiringan, dan selepas kelahiran Saiful Islam, kami sering menolak pram ke taman bunga untuk menjaga kualiti kehidupan. Walaupun kerja di masjid banyak tekanan, tetapi jalan mencari keredaan itu banyak. Boleh ambil angin di Botanic Garden, boleh Rose Garden, atau sekurang-kurangnya berjalan ke rumah sahabat-sahabat, menyusur lorong-lorong Belfast yang redup dengan pepohon hijau yang menenangkan.

Tetapi apabila balik ke Malaysia, saya jadi khuatir. Lupakanlah soal jalan berpegangan tangan, atau membawa anak-anak ke taman bunga. Saya diancam rasa takut melihat “Krisis Umur Pertengahan”, yang melanda pakcik makcik yang pernah saya temui di dalam kursus.

Amat banyak kes penceraian berlaku, walaupun rumah tangga sudah mencecah 15 ke 20 tahun. Dan hasil kajian, puncanya pelbagai tetapi ada di antaranya yang sungguh menyedihkan. Apabila mencecah usia pencen, wanita kita sering meninggalkan suami. Mereka suka berkawan dengan anak-anak yang sudah dewasa. Wanita kita akan bersama anak-anak pergi ke masjid untuk belajar mengaji dan mendengar kuliah. Isteri sibuk berkawan dengan anak, suami pula ditinggalkan.

Suami pula sedang menempuh proses ‘pemudaan’ pusingan kedua. Malang sekali, banyak benar kes penceraian berlaku di kalangan mereka. Ia ada feedback yang diterima melalui peserta kursus kami.

Sebab itulah saya sering mengingatkan diri, betulkan pandangan terhadap isteri. Jangan pandang isteri dengan pandangan mata yang kering, atau pandangan akal yang gersang, jauh sekali pandangan nafsu yang melulu. Pandanglah isteri dengan pandangan hati, kerana hati itulah yang memberi makna kepada pasangan hidup kita. Walaupun sudah dimamah usia, dialah separuh hidup kita. Separuh yang manis, kata pepatah Arab. Adanya isteri dan suami, sempurnalah sifat seorang insan. Bayangkan sahaja Adam di Syurga, segala-galanya sudah sempurna. Tetapi tetap terasa kurang kerana dirinya tiada pasangan…

Hargailah kasih sayang suami dan isteri, pandanglah dengan pandangan hati, kerana ia pandangan hakiki.

“Do I still sound stupid?” , ingin benar bertemu dengan lelaki Iraq yang mengherdik itu.

Luahan hati oleh ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
Share/Bookmark

33 comments:

hai said...

kawan saya mengadu,setelah ayah dan maknya pencen,mereka sering bertengkar sehinggakan kalau sehari tak bertaki tak sah!!anak2 dah tak ambik pusing bagi mereka itu sebagai riadah dan aktiviti dimasa lapang mereka....katanya semua banyak berpunca dari ayahnya yang mungkin mengalami Andropause..menapouse bagi laki2...maknya walaupun dah pencen masih ada melakukan aktiviti kemasyarakatan menyebabkan dia lebih ceria..tetapi ayahnya lebih gemar menghabiskan masa di rumah!!

chimera said...

saya dah baca artikel ni, dlam buku "Aku terima nikahnya" tulisan ustaz hasrizal...

itulah jadinya bila kejahilan diberi kuasa dlm diri. sudahlah jahil, nak heret org lain jadi jahil sama, buaknya nak belajar atau bertanya. tulah yg og kata 'bodoh sombong'...

rasanya lelaki arab tu, sampai ke mati dia tak berbini kott... psal haramm... huh!

ijoks2009 said...

ooo ingatkan cerita kak Zai tadi..
Apa masaalah lelaki arab tu..
mungkin dia belajar fiqah separuh jalan je kot.
Berpegangan tangan lelaki-perempuan y bukan muhrim adalah haram,
lepastu ustaz dia mati.tak sempat nak habiskan ayat tu.ha ha ha..

maiyah said...

salam.. pemahaman yang berlainan, gitu ler jadinya

Daud Mili said...

urm..sepatutnya xda apa pun kan...?/...kembali pada Al-Quran dan Sunnah...Islam itu mudah..~

a kl citizen said...

assalammualaikum

macam2 warna hidup ini ya

The Hobbit Frodo said...

mujur frodo pernah ditunjukkan contoh sebegini, abah dan arwah ummi jalan berpimpinan tgn biarpun usia sudah lewat 5o-an.


Frodo?? insyaallah akan dipraktikkan .. hehe


Nice entry kak zai

ZOOL@TOD said...

Bukan tak nak pegang tangan isteri, tapi kerana terlalu biasa memegang tangan anak sekali sekala bila memegang tangan isteri dia jadi malu.

Bila anak 3 orang kecik2 lagi, mana sempat nak pegang tangan isteri masa berjalan-jalan Kak Zai......

ZHARIF BADRUL said...

salam
satu cerita yang sangat menarik.Memberi pengajaran bahawa hati adalah sentiasa tepat dalam menilai pasangan kita.Hati tidak pernah berbohong.

Werdah said...

Salam Zai,

Dua hari internet down kat rumah, rindu dgn Zai..

Bila dah ada ni terus dtg sini.. kak pun dah baca dalam buku aku terima nikahnya.. tapi tak faham kenapa lelaki arab tu nak marah.

Alangkah eloknya jika diperaktikkan oleh semua pasangan kan?

Tirana said...

Lain tempat lain budaya, sebab itu sebelum melabel orang, kita kena kaji dulu adab dan budaya setempat...Jangan pakai main hentam aje..dan nak menegur orang pun kena ada tata tertibnya..tak boleh pakai main sergah macam tu aje..sebab dalam islam pun, kita diajar cara berinteraksi sesama manusia dan cara berinteraksi dengan alam sekitar.

abu muaz said...

salam. malu tak bertempat.... kalau belum kahwin bukan main lagak.Betulke lelaki melayu romantiknya kurang? betulke? betulke?

pelangi anak said...

Sebuah kisah yang sangat menarik!
Terima kasih telah berbagi pelajaran hidup kepada kita semua.

nurimo said...

Kak zai,

Macam mana nak penggang tangan masa jalan isteri,isteri suka berleteh,penggang kuat sikit marah dah.

Tidak sama masa mengorat dulu,belum nikap penggang tangan ,jalan berkepik jelas haram bukan muhrim lagi.

Tapi bila dah jadi pasangan sah tak mahu penggan tangan pula masa bersiar2...masa hala

kakcikseroja said...

mmg banyak pengajaran dari blog saifulislam.. membacanya, seolah2 kita berada di dalam situasi yang dibawa...

LotsOfLove-Pearls said...

Dear Kak,
tidak ramai pasangan yang akan saling berpegangan lebih2 lagi jika anak2 dah semakin ramai..

ntah malu, ntah bosan atau mcm2 alasan.

zai said...

Salam Hai..

Sedih dengar cite hai tu..inilah dinamakan krisis diusia senja..mmg sangat tepat kata2 hai..ramai kaum wanita masih aktif kesana-kemari dan suka pula bertandang kerumah anak2 bila diusia begini, berlainan pula dgn kaum lelaki yg lebih suka tinggal dirumah..dan akhirnya perhubungan semakin renggang..sebaiknya masing2 (pasangan tua tersebut) berbincang dgn elok bukannya berkelahi kerana kita hidup bukannya lama..isteri ttp harus ingat tanggungjwpnya pada suami tidak boleh dibuat mudah kerana redha Allah terletak pada redha suami..itu sangat penting..

zai said...

Salam Chime,

Kak Zai pun tak faham kat mana tok sheikh tu belajar sampai nak pegang tangan isteri pun haram..kalau dia dah berkahwin boleh bayangkan bagaimana keadaan isterinya...kesiannnya !!!!

zai said...

Salam Ijoks,

Kak Zai pun setuju dengan ijoks mungkin tok arab tu baru belajar separuh jalan, dia mungkin baru belajar tntg hukum haram pegang tangan bukan muhrim tapi belum sampai bab apa hukum pegang tangan isteri dan muhrim kita...mmg lawak..lawak bodoh pun ada juga.

zai said...

Salam Maiyah..

Entahla..mungkin juga tok arab tu seorang yang sangat konservatif..tak boleh tengok langsung lelaki dan perempuan walau suami isteri berpegangan tangan.

zai said...

Salam Daud Mili,

Silap tafsiran boleh membuatkan orang bukan islam boleh keliru dgn pemikiran orang2 mcm ni yg merosakkan ajaran dan sunnah nabi SAW itu sendiri..

zai said...

Salam Teacher aklcitizen,

tanpa warna2 dan rencah kehidupan sebegini kita takkan belajar apa pun kan..

zai said...

Salam HobbitFrodo...

Bagus keazaman adik tu...telahpun disetkan diminda begitu..insyaAllah mudah2an Hobbit menjadi suami yang terbaik nnti..

zai said...

Salam Zool..,

Isteri kena buang perasaan malu tu kerana ramai yg silap sblm berkahwin tak malu berpegangan tangan tapi lepas kawin dan ada anak menjadi malu utk mempamerkan kpd oranglain sedangkan itulah contoh terbaik kpd anak2 kita tentang nilai kasih sayang sebenarnya...Prof Dr Fadzillah Kamsah pernah berkata utk mengekalkan kasihsayang antara satu sama lain, suami isteri dan anak2 harus menyentuh satu samalain sebanyak 7 kali setiap hari..dikatakan suami isteri dan anak2 yg sering disentuh, didakap dan dibelai oleh pasangan/ibubapa akan melahirkan perasaan kasihsayang yg berkekalan dan menjadi manusia yg lebih positif sifatnya berbanding oranglain yg kurang sentuhan dari keluarga masing2.

zai said...

Salam Zharif..

Betul tu...Jangan pandang pasangan kita dengan mata kasar tapi pandanglah dengan mata hati kerana dari situ kita akan nampak kebaikannya dari keburukan yg dilakukan.

zai said...

Salam Kak Werdah,

Betul tu kak..sebenarnya nabi Muhammad SAW telahpun meninggalkan contoh akhlak yg sangat baik utk diikuti oleh semua manusia dan terutamanya kaum lelaki tntg cara2 bagaimana melayani isteri tapi berapa kerat sangatlah dari kita yg peduli semua itu...

Jadi tak hairanlah kenapa banyak perkahwinan boleh porak peranda kerana masing2 berharap pasangan itu menjadi itu dan ini tetapi kita sendiri jarang bermuhasabah diri utk menjadi lebih baik setiap hari.

zai said...

Salam Tirana..

Benar kenyataannya itu..tapi jika kita seorang perantau kita boleh bandingkan antara sifat orang malaysia dgn sifat orang dinegara lain..sememangnya hujan emas ditempat orang dan hujan batu ditempat sendiri ttp tanah tumpahair kita ttp merupakan tempat yg terbaik.

zai said...

Salam Abu Muaz,

Kalau pada pandangan zai, mmg lelaki melayu kurang romantik selepas berkahwin berbanding sebelum kahwin..itu yang perlu diperbetulkan sebelum terlambat..

zai said...

Salam Pelangi anak,

Itulah antara hakikat kehidupan yg kita patut kutip dan jadikan pengajaran, yang baik kita jadikan panduan dan yang buruk kita jadikan sempadan agar dapat menjadi insan yang lebih baik.

zai said...

Salam Nurimo,

Adik nuri dah kawin ke ? macam iye2 jer bercerita ? kalau betul isteri buat macam tu kenala nasihatkan baik2..bukanke suami dah berusaha nak membahagiakan isteri tu..kalau ada isteri yg tak suka suaminya pegang2 tu rasa2nya ada sesuatu yg tak kena dan harus cepat2 cari jawapannya..takut semakin lama semakin hilang kasihsayang.

zai said...

Salam KakCik...

Betul tu KakCik, Zai pun suka membaca blognya, dia bercerita dgn penuh penghayatan dan benar2 dapat membuatkan pembaca hanyut dan terasa betapa indahnya menjadi seorang islam..zai turut kagum.

zai said...

Hi LoL..

Sbb itulah kak zai cuba mengubah persepsi minda sesetengah dari masyarakat kita hari ini kerana kak zai sendiri seorang yang cintakan keamanan dan suka melihat oranglain berkasih sayang ttp yg berlaku harini sebaliknya, sebelum berkahwin begitu mesra berpelukan ditengah orangramai tapi lain pula setelah menjadi hakmilik yg sah..

nurimo said...

kak zai,

Ada isteri marah suami penggang tangan dia masa berjalan-jalan.

Sebabnya pada mulanya suami penggang tangan dua anak dia yang baru belajar jalan.Jadi lepas tangan anak penggang tangan isteri.

Dalam kes ni macam mana eekkk....

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA