Wednesday, November 18, 2009

10 MAYAT YANG TIDAK REPUT DAN BUSUK

Di sebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : “Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?”

Maka jawabnya Rasulullah saw “Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU’.” Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN” mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian” Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1 Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah RA sabda Rasulullah SAW: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

” Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua “anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa” dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :

“Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.”

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ” Dan (ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.”

Surah Al-Baqarah : 237

Share/Bookmark

18 comments:

Idalara said...

Salam Zai..
terasa betapa kerdilnya di sisi Allah..terasa betapa bnyk kekurangan diri ini untuk menemuiNYa satu hari nanti..mudah2an kita tergolong di antara yg dinyatakan..mudah2an Allah sentiasa memberi kita taufiq dan hidayahnya.

a kl citizen said...

assalammualaikum

berdoa nak mati hari jumaat, macam zai

maiyah said...

sy slalu berdoa sekurang-kurangnya jauhkanlah sy dr azab api neraka dan lindungilah dr siksaan kubur Mu :)

Sidratul Muntaha said...

Artikel ni buatkan sy berfikir.thanks kak zai...

tinta kasturi said...

Ya Allah, hidupkanlah kami andai itu yg baik buat kami, dan wafatkanlah kami andai tu yang plg baik buat kami.

abu muaz said...

termenung sejenak bila membacanya.

ijoks2009 said...

Subahanallah..
Terima kasih kakZai kerana mengingatkan kita semua tentang hadis ini.

Abd Razak said...

Salam...

Allahu akhbar...moga kita dimatikan dalam keadaan Allah redha kepada kita

ASYIQ said...

Salam zai..

Moga sy dimatikan oleh Allah dalam keadaan Allah redha.....dan mati dalam husnul khatimah.

Kalau boleh nak juga mati pada hari Jumaat...

Arwah mak mertua meninggal kerana lahirkan anak bongsunya.....bapa saya meninggal pada malam Jumaat....moga kedua2nya tergolong dlm kalangan orang yang mendapat keredhaan Allah...amiiin.

Werdah said...

Salam Zai.

Ya Allah hidupkan kami dalam iman dan matikan kami juga dalam iman.

Permudahkanlah sgl urusan kami untuk dunia dan juga akhirat.

Zai, arwah abang kak yg meninggalkan kami pd 7 ramadhan baru2 ni pergi pd hari Jumaat. Mudah2an diampunkan sgl dosa.

Didoakan kpd semua org2 beriman mendpt apa yg dijanjikan. Sesungguhnya Allah tidak mungkir janji. Amiin.

Webmaster@Echam said...

Insafnyer....

relevan said...

Salam Zai..
Takbirrrr..

linda zasly said...

Salam Zai,

Itulah kebesaran ALLAH dan semoga kita diberi pengajaran dan taufiq hidayah oleh NYA...banyak sangat kekurangan dalam diriku ni...

anak muallaf said...

Salam Zai,

Mudah-mudahan kita juga akan menemui salah satu cirinya..Insyaallah

LotsOfLove-Pearls said...

Salam kak..
Semoga sihat hendaknya..
Selamat hari khamis :)

wanshah said...

Smoga kite tergolong dalam orang² yang beriman dan dijauhkan dari azab api neraka. Amiinn.. kak zai bekerja ke @ suri rumah sepenuh masa?.. :-)

Pn Kartini said...

Salam Dear zai..
Antara kita sentiasa memohon yg terbaik dariNya...

Atikah said...

Salam kak zai...

thanks dengan peringatan ini....

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA