Friday, November 27, 2009

BERKORBAN APA SAJA..

Assalamualaikum..

Terlebih dahulu aku memohon ribuan kemaafan kerana selepas ini aku mungkin akan menyepikan diri dari dunia blogging dalam jangkamasa yang agak lama kerana terlalu banyak agenda peribadi dan kerjaya yang terpaksa diutamakan terlebih dahulu..."Kerjaya dan Bisnes"..itu saja yang mampu kukatakan..

Sempena Hari Raya Eidul Adha yang mulia ini, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA dan SELAMAT MENJALANKAN IBADAH KORBAN buat para sahabat yang turut bersama-sama mengambil bahagian didalam ibadah korban ini...Semoga kita sama-sama dapat menghayati erti KORBAN dan PENGORBANAN itu sendiri dengan sedalam2nya...Renung2kanlah betapa ramaikah diantara kita sanggup berkorban jiwa dan raga dan harta benda demi bangsa dan agama Islam yang tercinta..??? Dan berapa ramaikah yang sanggup membantu sahabat2 dan saudara mara yang masih ramai menderita kemiskinan diluar sana ??

Ingatlah para sahabatku....walau sekaya manapun kita dan sehebat manapun kita dimata manusia..belum tentu kita akan tampak hebat disisi Allah jika kita melupakan insan2 yg memerlukan bantuan disekeliling kita dan enggan turun padang membantu sesama insan yang lain. Ingatlah semua umat islam itu adalah bersaudara..tidak kira dipihak mana kita berada, selagi kita masih berpaksi Tuhan yang sama dan masih patuh menunaikan rukun islam dan rukun iman..kita adalah bersaudara dan didalam haluan yang sama iaitu menuju sebuah perhentian yang pasti. Janganlah kita saling bermusuhan dan berpecah belah..terlalu banyak peringatan yang diberikan oleh Allah sejak akhir-akhir ini kepada kita hambaNYA yang ingkar..Mudah2an kita dapat mengambil iktibar dan menjadikannya sebagai satu titik tolak utk melakukan perubahan kepada hidup yang lebih islamik dan dinamik...Pilihlah Islam sebagai cara hidup kerana tiada yang lebih baik darinya..

Wassalam...

Share/Bookmark

26 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam aidiladha Zai...

huhuhu.. nampaknya rindulah kakcik pada zai nanti. :( walauapapun, kakcik tetap mendoakan agar zai berjaya dan bahagia dengan apa jua yang zai usahakan..

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Moga beroleh kejayaan dalam segala urusan yang diceburi

:)

hai said...

salam aidil adha zai...bercuti lama??wah,bisnes besar bunyinya tu...apa2 pun harap zai berjaya dan jgn lupakan kami....

ZOOL@TOD said...

Saya doakan Kak Zai berjaya dengan "bisnes dan kejaya" tersebut. Sekali-sekala pos le cerita, jangan le terus menyepi.

Werdah said...

Salam Zai.

Kak ucapkan selamat "bercuti panjang".. berkorban demi biness n kerjaya.. mudah2an Allah beri kemudahan utk membangunkan ummah melalui hambaNYA sepeti Zai. Kak mendoakan kejayaanmu dik!

Selamat berhari raya n maaf zahir n batin

abu muaz said...

Salam.Perpecahan tetap akan berlaku kerana kita tidak menggunakan titik penyatuan yang diajar oleh Allah dan Rasulnya.

Maiyah said...

salam aidil adha.. mmg kalo kita teguh pd ajaran Allah kita akan ada penyatuan

pecinta_Islam said...

salam kak zai..hmm..nasihat akak tu amat bermakna untuk kita sama2 renungkan..muga kita bersatu hndaknya..demi islam yg tercinta..

hmm..raya ni akak balik kampung x.kmpng akak kt ne ye

Unknown said...

Selamat berjaya diucapkan dlm apa sahaja bidang yg akak ceburi,lepas ni rindulah nak baca artikel menarik dari akak.
Sekali-sekala tu kalau ada masa update la blog ni..

Anonymous said...

Salam Zai.
Hanya 1/3 hak individu, 2/3 lagi hak Allah SWT...sanggupkah dikorbankan 2/3 harta & kekayaan?

Relevan said...

Salam Zai..Berkorban apa saja..harta atau pun nyawa..itu lah kasih mesera..

Hati hati dijalan raya..

Leenoh said...

Salam Zai.

SELAMAT AIDIL ADHA,

Semoga hidup kalian diberkati Allah sepanjang masa,amin.

Aidil Fadzil said...

Salam ZAI, Salam Aidil Adha. Berkorban untuk segalanya. Moga moga pengorbanan itu diingati selalu.

linda zasly said...

Salam Zai, Selamat Hari Raya Korban juge dari saya...nak cuti panjang ye...walauapapun Selamat Maju Jaya...tq

Ariff Budiman said...

Salam
Semoga berjaya dalam apa bidang sekali pun. Semoga Allah bersamamu

Guru said...

assalammualaikum zai

pastinya rindu hendak ke sini...
semoga Allah kurniakan kebahagiaan hidup di dunia hingga akhirat nanti untuk Zai sekeluarga

ASYIQ said...

Saya pun 'diminta' utk bercuti di rumah sendiri.....masih pilih memilih krn anak2 semuanya tak setuju nak ikut.

Ni pun perlukan pengorbanan juga eh...?

Rizzuan Shah said...

salam. selamat hari raya aidiladha kak zai. ermm.. cuti lama2 jaga anak berkhatan ek kak zai?.. :-) jgn sampai bentan plak diorang. ape pun, selamat maju jaya untuk kakzai.

Dearie Pearls said...

Salam Kak..
Sepi..?
Pasti ramai yg rindu karya kak..
Apapun, kami doakan yg terbaik utk Kak.
Semoga perancangan Kak berjalan dengan lancar.

maza said...

selamat hari raya aidil adha..

moga2 dipermudahkan segala urusan..

Mak Su said...

terima kasih peringatan ini

zaijb said...

salam,

k.zai cepat balik...
saya tunggu nie....

mykrk said...

Semoga sukses dalam apa jua bidang yang diceburi.

Pok Li said...

Semoga berjaya. Amin

IMANSHAH said...

Selamat berkorban!!

MaizaC'Joe said...

salam my lovely sis zai..

good luck... semoga di permudahkan...

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA