Saturday, November 7, 2009

APABILA PADERI BERDEBAT


Diceritakan oleh Ustaz Tajuddin Othman Abdullah (Reverend Thomas Laiden). Beliau adalah bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah.

Antara sedutan ceritanya:

"SEMASA KRISTIAN saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah dan berketurunan Solok (maksudnya Suluk @ Tausug). Agama asal saya ialah Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vatican Itali, iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan di dunia dengan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamat pengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di Vatican. Seterusnya saya memohon untuk kembali ke negeri asal saya, iaitu Sabah.

Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi. Saya bertugas di Gereja St. Mary dan Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu".

Perdebatan Bermula:
"Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vatican untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John Paul. Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi.

Saya berkata kepadanya, "Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita anuti ini". Dia terkejut dan bertanya, "Apa yang kamu ragukan?" Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku buat dosa. Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernah melakukannya."

Beliau berkata, "Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa," Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa.

Beliau seterusnya menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa."

Di situlah saya mula tidak percaya pada agama Kristian yang mengatakan ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa. Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata, "Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian? Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong".

Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab, "Dia Tuhan." "Saya bertanya kembali, "Pernahkah orang nampak Tuhan? Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah)." Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan.

Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?" Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan agama." Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia".

Di situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata, "Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian." Saya katakan padanya,"Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?" Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik-beradik, apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa.

Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya. Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa".

Mendiang Pope John Paul II meneropong dari luar Gereja Vatican kalau-kalau ada lagi Tausug yang menjadi Paderi. Beliau sudah tidak yakin dengan Tausug walau paderi sekali pun. Bahaya!!

RAHSIA Paderi Vatican Bersumpah Guna Al-Quran
"Sebenarnya semua ulamak Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam. Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan kebenaran dan Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ.

Paderi tersebut mengatakan kepada saya, Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari." Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya membuka almari tersebut sedangkan kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya. Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan kitab yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Saya mengambil kitab itu dan menyembunyikannya.

Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar.

Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan lihat isi kandungannya. Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya apakah saya ada mengambilnya.

Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitab tersebut. Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang.

Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas itu. Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja St Mary, Sabah".


Ulasan Asree:
Saya percaya kitab yang diambil dari dalam laci oleh Thomas itu ialah salinan Injil Barnaba kerana Injil Barnaba persis sama kandungannya selari dengan Al-Quran dan Sunnah. Atau pun ianya kitab Injil yang asal dari penganut Yahudi terawal menjadi pengikut Nabi Isa a.s. Saya pernah terbaca satu kitab Injil Barnaba dalam Bahasa Melayu. Dalam muka surat awalnya tertulis bahawa kitab Injil Barnaba tersebut telah ditahqiq (disemak) oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebelum dicetak.

Pengajaran di atas ialah TAUSUG memang benar-benar "PENGKHIANAT" sekiranya mereka benar-benar telah "dikhianati" dengan tertipu atau terpedaya. Maka benarlah tekaan para ahli sejarah terhadap TAUSUG:

Primo Esleyer penulis Lessons from Kidnapping dalam www.iloiloviews.com, Visayan Daily Star pada June 20, 2008:

“Tausug adalah pelayar terbaik, kapal perang Spanyol tidak boleh mengalahkan kapal mereka. Mereka adalah pahlawan-pahlawan tetapi adalah yang paling khianat berbanding kaum Muslimin yang lain… ramai para Jeneral (tentera Filipina) yang terperangkap dan terbunuh.

Share/Bookmark

16 comments:

a kl citizen said...

assalammualaikum

sudah terang lagi bersuluh...

maiyah said...

Islam tiada bandingan.. :)

abu muaz said...

Kristian semakin tidak dipercayai lagi di eropah.

Tirana said...

Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya.

tinta kasturi said...

islam din terakhir merupakan kesempurnaan dari ajaran wahyu sebelum ini, membenarkan kitab-kitab terdahulu.

Moga tetap berada atas landasan yang lurus

ASYIQ said...

Sy pernah mengeluarkan artikel ini dlm entry sy dan ada seorang pembaca yg dtg beri link satu laman web paderi yg menafikan kewujudan Thomas Laiden....katanya pembohong.

Ada pula seorang blogger lain mengiyakan adanya Ustaz Tajuddin Othman yg berkahwin dgn salah seorang kaum keluarganya.

Wallahu a`lam.

Apa2pun kita mohon Allah berikan mereka ni petunjuk dan hidayah....amiiin.

Werdah said...

Salam Zai,

Memang dah jelas Islam adalah agama yg lurus.

Memang dah ramai org2 bukan Islam yang diberi hidayah tambahan krn mereka mahu berfikir.

Dalam al-Quran banyak ayat2 yg menyuruh manusia berfikir ttg semua ciptaan Allah.. bermula dgn diri sendiri.. bagaimana terjadi.. dp setetes air mani, hingga jd manusia, fikir ttg langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya.. fikir ttg air hujan mengapa Allah tak turunkan sedebuk macam tu tp diturunkan masyaAllah dan macam2 lagi Allah suruh fikir.

Jadi jika ada paderi2 sebegini yg sudah tentu merekapun asal dulunya diturunkan kitab2 samawi tentu mereka juga layak berfikir..
jadi jika mereka kembali kpd yg lurus alhamdulillah.

Bagi kita yg muslim berdoalah agar kita juga dikasihi Allah dgn sbb mengasihi org lain. Wallahu'alam.

zai said...

Salam Teacher,

Benar..Islam itu agama yang sangat benar...banyak bukti ditunjukkan secara live oleh Allah sejak akhir2 ni lebih hebat dari dulu..mudah2an ada yang terkesan dan istiqamah didalam menjalankan tanggungjawap sbg seorang muslim.

zai said...

Salam Maiyah...

Mmg benar, Islam tiada tandingan tapi betapa ramai yang bersyukur dilahirkan sebagai islam ? Malah ada yg sanggup menjadi murtad sungguh malang nasib orang2 spt itu yang menolak syurga sebaliknya memilih neraka jahannam sbg tempat persinggahan abadi..

zai said...

Salam Abu Muaz,

Mudah2an dengan semakin banyak pembohongan yang dilakukan oleh mereka, maka semakin islam diagungkan dan dipilih sebagai cara hidup.

zai said...

Salam tirana..

Tak mudah utk menghuraikan tentang kebenaran islam kecuali mereka yang berilmu ..dan kadang2 hujah dikeluarkan mmg berdasarkan pengalaman....

zai said...

Salam Tinta..

Ameen...Mudah2an begitulah selamanya..Islam tetap diagungkan oleh umat islam sejagat.

zai said...

Salam Asyiq...

Hanya Allah yang lebih Mengetahui tapi samada benar kisah paderi itu benar2 wujud atau tidak..tapi Allah itu Wujud dan Islam tetap agama yang terbaik..

Bagi mereka yang menidakkan kebenaran itu adalah kerana mereka (kaum kafir) yang tidak dapat menerima kenyataan sebegitu..meskipun tetap terdetik dihati mereka pelbagai pertanyaan didlm agama mereka yg tidak terjawap sedangkan didalam islam kita ada segala jawapan itu dan AL-QURAN lah buktinya..

zai said...

Salam Kak Werdah..


Ameen..Mudah2an kita sentiasa diberikan hidayah dari Allah dan moga2 Iman kita ttp teguh walaupun dilanda pelbagai ujian..

Banyak diantara kita umat islam yang telah terpedaya dengan permainan kaum kafir dengan sanggup menggadai agama utk wang dan kekayaan..sedangkan mereka lupa semua itu hanyalah hadiah dari kaum kafir yg tetap asalnya datang dari Allah dan hanyalah kekal didunia dan tidak membawa manfaat hingga dialam barzakh sebaliknya hanyalah pembalasan siksa dan azab yang pedih..

zan-xray said...

Alhamdulillah abis juga sy membaca entry ni..
dapat juga maklumat

iqbalsyarie said...

salam kak.Walaupun banyak sgt khabar angin dan fitnah dilemparkan kpd ust. Tajuddin tu,saya tetap percayakan dia sebab dia tu sepupu saya.Maknanya dia berkahwin dgn sepupu saya di Kelantan.Mmg saya pernah jumpa dan kenal la dgn Ust.Tajuddin ni dan saya yakin dgn kesahihan dan kebenaran cerita ini.Seperti biasa,semua cerita merapu dan fitnah tu dibuat oleh org kristian sendiri sbb taknak kantoi dan taknak bocor rahsia pembohongan mereka

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA