Thursday, November 12, 2009

LELAKI MENANGIS - RUNTUHKAH EGO ?



‘LELAKI sejati tidak boleh menangis!’ Kata-kata itulah yang bergema dalam diri kebanyakan lelaki sehingga mereka tidak selesa untuk mengeluarkan air mata di hadapan orang. Biar sepedih mana penderitaan, mereka lebih rela menangis di dalam hati.

Sejak kecil, lelaki dilarang untuk menangis. ‘Kamu lelaki, mana boleh menangis’. Kata-kata itu sering diucapkan orang tua ketika anak lelaki jatuh dari buaian di padang permainan atau diserang demam yang teruk. Yang pasti, kata-kata itu memberi kesan psikologi mendalam sehingga terbawa-bawa di minda lelaki yang dewasa.

Natijahnya, lelaki adalah golongan yang bijak merahsiakan perasaan.

Menangis adalah pantang. Mereka bimbang jika mereka menangis, mereka akan dianggap tidak macho, lembik atau pondan. Lagi pula, kalau menangis di hadapan perempuan, sungguh memalukan!

Berasaskan kebimbangan itu, timbul persoalan iaitu benarkah lelaki sejati langsung tidak boleh menangis? Barangkali, inilah persoalan yang bermain di fikiran mereka tatkala mereka berusaha menahan air mata daripada tumpah atau lebih tepat mempertahankan ego mereka.

Jawapannya, tiada salahnya seorang lelaki sejati menangis. Mengapa? Ini kerana mengekspresikan emosi itu sendiri punya kebaikannya. Apabila anda meluahkan emosi dengan menangis, ia dapat melegakan ketegangan dalaman atau meredakan sebahagian sistem saraf dan mengembalikannya kepada keadaan normal.

Mungkin ini juga jawapan mengapa jangka hayat perempuan lebih panjang seperti yang difikirkan seorang pakar kimia, David Maillie yang mempunyai pengalaman selama 12 tahun dalam kajian biokimia dan klinikal.

Tambahan pula, menangis membuatkan emosi anda lebih jelas. Luahan emosi yang tidak jelas boleh menjejaskan hubungan kerana bukan sahaja anda tidak pasti apakah perasaan anda bahkan orang lain juga menjadi keliru. Akibatnya, orang lain (terutamanya wanita) akan menganggap kurangnya emosi yang dipertontonkan sebagai tidak berperasaan.

Jangan anda fikir kebanyakan wanita akan menganggap anda kurang macho jika anda menangis. Hasil pelayaran penulis di forum-forum berkaitan di internet, turut memperlihatkan banyak juga reaksi positif oleh perempuan terhadap lelaki yang menangis.

Seorang rakan sekerja perempuan penulis secara spontan dengan menyifatkan lelaki yang menangis menampilkan kejujuran dan keberanian kerana sanggup melepaskan ego demi apa yang mereka rasai. Ia jauh daripada imej stereotaip lelaki yang digambarkan ‘keras’.

Kenapa tangisan lelaki dikatakan jujur? Ini kerana, lelaki sejati hanya menangis dalam situasi yang benar-benar menyentuh hati mereka.

Kajian oleh Psychologie Magazine pada tahun lalu menunjukkan wanita biasanya menangis kerana tidak dapat mengawal perasaan marah, takut dan kecewa berbanding lelaki. Di sebalik ‘kegagahan’ lelaki, kaum Adam ini dikatakan lebih mudah menangis apabila berasa terlalu bahagia atau terlalu pilu.

Penulis tertarik dengan sepotong ayat yang ditulis seorang isteri dalam sebuah forum berbahasa Inggeris.

“Suami saya telah menjadi tentera laut selama lapan tahun dan saya tidak pernah mempersoalkan kegagahannya untuk mempertahankan negara. Tetapi, dia boleh menjadi begitu sensitif dan mudah menangis pada perkara yang amat memilukan dan membahagiakan.

“Dia menangis pada hari perkahwinan kami, ketika anak perempuan saya dilahirkan dan apabila anak-anak saya mengucapkan perkataan buat kali pertama. Saya menyifatkannya satu anugerah mengagumkan apabila dia mempunyai emosi yang mudah tersentuh, namun masih gagah dan macho.”

Kesimpulannya, tiada salahnya untuk lelaki menangis. Tetapi biarlah tangisan itu kena pada tempat dan masanya serta yang penting, tidak keterlaluan.

Bagaimanapun, satu kajian terbaru daripada Penn State University, Amerika Syarikat menunjukkan bahawa air mata lelaki kini lebih diterima berbanding perempuan. Kajian ke atas 284 orang itu mendapati, tangisan lelaki lebih dilihat positif kerana mencerminkan kejujuran sedangkan tangisan perempuan pula dilihat sebagai hilang kawalan.

Menurut kajian, televisyen juga memainkan peranan dalam hal ini. Program hiburan seperti realiti TV dan drama juga semakin banyak memperlihatkan lelaki menangis.

************************************************************************************

p/s : Dalam kehidupan realiti saya sendiri....Suami saya sendiri seorang yang sangat mudah menitiskan airmata, kerap benar saya melihat airmatanya tumpah ketika bersolat dan berdoa. Adat hidup berumahtangga pasti ada pasang surutnya dan sesekali ketika perselisihan faham juga suami saya pasti akan menitiskan airmata..pada ketika itu saya melihat diri saya sebagai seorang isteri yg sangat berdosa kerana telah melukai hatinya..sebenarnya itulah senjata lelaki yg melemahkan hati kaum wanita..



Share/Bookmark

20 comments:

hai said...

nabi muhammad(saw) pon penah menangis semasa kematiaan anaknya!!pendapat yang mengatakan lelaki sejati tidak boleh menangis tu sengaja nak memperkukuhkan ego lelaki...mengarut je!!
teringat lagu budak2 indon yang selalu main kat radio tu.."ayah ku selalu berkata padaku ,laki2 tak boleh nangis"!!

kakcikseroja said...

Suami kakcik menangis saat doktor memberitahu yang kakcik perlu dibedah segera untuk menyelamatkan anak di dalam kandungan... apa yang difikirkannya masa tu ek? :)

Webmaster@Echam said...

Menangis??? Emmm.. saya suka menangis kalau ada banyak poblem atau stress. Pastu akan lega dan boleh fikir balik apa nak buat... hikhikhik

anak muallaf said...

Salam Zai,
Lelaki menangis ni kak leha teringat satu kisah alam pembelajaran dulu..
Kata lelaki ni dalam class "orang lelaki yang menumpahkan airmatanya kerana wanita adalah dayus" wah hebat...
Tiba-tiba h/p nya berdering, dia menjawabnya...mukanya merah padam kemudian airmatanya menitis..Kami seclass terkedu..Akhirnya kami tahu dengan nada yang penuh emosi "isteri saya dan familynya...isk..huk..huk..dah berada di Mahkamah Syariah...kami akan bercerai..saya sayang isteri saya..."
Egonya lelaki runtuh disini..
Kepada Mr Kh..Carilah pengganti jangan menduda hingga ke tua..

Pn Kartini said...

Salam,:)
Lelaki jua punya emosi..cuma terkadang ada yg keegoan yg tinggi...
Namun..tidak salah tergugurnya air mata tanda kasihsayang..keinsafan..kesyukuran..
Sekurang2nnya ada nilai kelembutannya di situ..:):)

zan-xray said...

menangis untuk saat suka dan sedih.
terpulanglah tanggapan orang.
tak pasti siapa kah lelaki yang tidak pernah menangis.

endiem said...

Lelaki boleh menangis , jika seorang diri. tetapi jika lelaki menangis depan perempuan mestilah nak kan sesuatu. Yang ini jangan percaya sangat..( atau lebih dikenali sebagai air mata buaya)

hamba said...

eerr... menangis... bagi saya x salah kalo orang laki nak menangis... dah memang orang laki pun ada air mata jugak..

TAPI..orang laki tak boleh menangis depan orang.. bagi saya memang tak boleh... kalo dia nangis depan orang, macam mana dia nak kuatkan orang2 kat sekeliling dia...

Orang perempuan jgn ingat, kalo tengok orang laki macam x de perasaan je tu = buta kayu..

antara pekara yg saya tak boleh tengok adalah: orang dewasa tgh menangis... mmg serba salah dibuatnya..

kalo budak kecik nangis xpe... siap buleh gelak lagik..

hamba said...

tapi tak dinafikan jugak, terkadang ada peristiwa yang terlalu kecewa @ sedih...
mmg tak tertahan

ZOOL@TOD said...

Runtuh ego tak berapa pasti tapi kalau lelaki menangis memang buruk habihhh..... (Perempuan menangis cute)

MaizaC'Joe said...

Salam Sis Zai

tak salah lelaki menangis.. mungkin itu caranya dapat kurangkan stress yang di tanggung.. menangis sangat baik untuk diri kita. jng di tahan apabila nak menangis. klu dah tak tertahan lebih baik menangis untuk seketika dng cara itu boleh lepas bebaskan semua.. InsyaAllah...
saya pernah buat n3 pasal menangis.. bagusnya menangis...

-maiza-

✿FITRAH ALAM KELUARGA BAHAGIA✿ said...

salam..sy sokong yg ini~Seorang rakan sekerja perempuan penulis secara spontan dengan menyifatkan lelaki yang menangis menampilkan kejujuran dan keberanian kerana sanggup melepaskan ego demi apa yang mereka rasai. Ia jauh daripada imej stereotaip lelaki yang digambarkan ‘keras’.~

Abd Razak said...

Salam kak zai...

Bagi saya tak salah bagi lelaki utk menangis sebab itu sudah menjadi sifat semula jadi kejadian dan anugerah Allah kepada setiap insan.

Rasulullah SAW bersabda: "7 golongan akan diteduhi oleh bayangan rahmat Allah pada hari Qiyamat" dan salah satunya ialah Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya.

Riwayat hadith menyatakan juga bahawa: "Sesiapa menangis kerana takut kepada Allah walupun sedikit daripada air matanya menitis ke tanah, maka dia tidak akan diazab pada hari Qiyamat".

ASYIQ said...

Suami saya mudah menangis ketika menonton drama TV...terutama yg melambangkan ibu dan ayah. Seawal usia 15 thn dia telah kehilangan ibu yg tersyg.


Saya mudah menangis...sungguh mudah. Terutama ketika mengadu masalah pd Allah....

iqbalsyarie said...

Salam kak.Saya setuju dgn pendapat saudara Abd Razak tu...Nabi S.a.w sendiri selalu menagis mengenangkan kita umatnya dan baginda turut menggalakkan kita utk menangis iaitu menangis mengingati Allah.

Beruntunglah lelaki yg menangis kerana mengingati Allah.

Dan,jika lelaki itu menangis tentang sesuatu,itu tandanya perkara itu benar-benar menyentuh hatinya...(lelaki takleh 'buat-buat' menangis.mmg takkan jadi)...

sonata anak kancil said...

Dalam masa saya menjalankan tugas disekolah, sudah ramai bapa menangis depan saya dan saya kuatkan tahap gaban untuk menahan kesedihan yang dialami oleh mereka. Dan saya setia mendengar keluhan mereka....Nak buat macamana, saya sekadar memberi bantuan nasihat dan cuba menunjukkan jalan yang pada saya itu yang terbaik....

abu muaz said...

Salam semua. Sapa kata lelaki sejati mesti jangan menangis? Lelaki yg sejatilah yg akan menangis bila sesuatu perkara yg baik atau buruk berlaku. Tapi tangisannya tuuu.... tak semestinya ditonjolkan.

Werdah said...

Salam Zai,

Kak setuju dgn Abd Razak n Abu MUaz.

Maksud ayat al-Isra' ayat 106 hingga 109.."Samada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk); (107) Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. (108) Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk. (109)

Ini kisah Nb Yaakob berdoa utk dptkan anak..

Dan ayat2 ini juga mengajar kita supaya khusyuk kpd Allah ketika solat.. nak huraikan panjang sgt.. jadi lelaki menangis tak runtuh ego dgn syarat menangis krn takutkan Allah dan mengharapkan Rahim Allah..krn Allah dah janji siapa yg merendahkan diri hanya kpd Allah mendpt ganjaran tak terfikir dik aqal kita, lihatlah Nabi Yaakob yg dah tua n isterinya pun dah tua.. bila memohon dgn khusyuk menangis mcm dlm ayat td.. dpt zuriat..

relevan said...

Orang lelaki menangis bila ditinggal awek..

tarantula said...

Lelaki mmg x pandai menangis... sbb bila menangis buruk sgt. Menangis biar kena pada tempatnya k...

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA