Monday, November 16, 2009

ANJING YANG BERPERI KEMANUSIAAN

Lihatlah peristiwa dimana seekor anjing telah dilanggar kereta ini, pasangannya tidak mahu berganjak malah cuba melindunginya, JADI siapa cakap BINATANG tidak punya perasaan, mungkin binatang tidak punya jiwa tetapi mereka tetap punya perasaan sayang …. dgn keadaan bahaya sekalipun, didalam kesesakan lalu lintas dan ya dianggap tidak penting nyawanya, anjing ini telah “memalukan” “manusia” bahawa mereka lebih mengerti apa itu kasih sayang, mereka tidak perlu berteriak utk memberitahunya cukup utk memberikan “bukti” dari kejadian ini bahawa akhirnya manusia teralpa terhadap orang lain, mementingkan diri sendiri apalagi terhadap binatang seperti keadaan dlm gambar ini … mungkin IKLAN yang sering kita tengok dlm TV yg membuat kata2 KANAK KANAK JUGA MEMAHAMINYA kita panjangkan kepada BINATANG JUGA MEMAHAMINYA ………………..

ajing1.jpg

Lihat saja anjing yg idup ini pastinya cuba mengatakan “tolong jangan mati, jangan tinggalkan aku, jangan”

anjing2.jpg

Dia semakin kuat meraung setelah tahu pasangannya tidak bernyawa lagi

anjing3.jpg

Kalau saja dia tahu panggil ambulan, pasti ketika ini dia cuba meminta pertolongan ..

anjing4.jpg

Akhirnya dia hanya mampu membelai pasangannya dan hilang harapan utk dia kembali bangun dan berjalan bersamanya mempertaruhkan nyawa bersama menyeberangi jalan raya … dan manusia pula hanya sibuk merakam detik-detik penuh beremosi ini tanpa memberi pertolongan...


Share/Bookmark

18 comments:

Ben Sedqi said...

memang sah, anjing itu berperi 'kemanusiaan'....tapi yg sedihnya ramai pula manusia berperi 'kebinatangan'.....cerita ini boleh diambil iktibar

atie said...

Salam Kak Zai,

Sekarang nie Kak Zai binatang lebih berperi kemanusian dari manusia... manusia nie lebih pentingkan diri sebenarnya... ada tu mak sendiri pun tak dihiraukan...tak tau dosa aganya...

Daud Mili said...

how sweet...~..hahah...malu tul aku sbgai manusia......!!!

Webmaster@Echam said...

Adoiiilah.... Malu giler rase dgn anjing tu...

sI tEDI said...

Ya Allah..s ebab tu lah bila ada kes buang bayi.. akan terpacul ayat.. binatang lebih penuh kasih sayang dari manusia..

sy pernah kutip kucing yg mati tgh jalan. sorang pakcik berhenti.. lepas tu dia cakap..

'buat apa.. biatkan je.. dia dah mati'.

aduhai.. x sanggup nak tgk kucing tu hancur di gelek.. dan sy x terdaya nak bawa balik tanam. Cuma masuk plastik buang dalam tong sampah besar.

kasih sayang binatang tidak terzahir dengan perkataan kak!! :)

tinta kasturi said...

(tersentuh hati melihat gambar ni)

pernah terbaca kisah yg sama dlm blog seorang rakan,tentang reaksi anak monyet yg melihat maknya mati ditembak (sayunya..isk isk)

maiyah said...

binatang pun ada syg, maknanya ada sikit mungkin sikit ruang dlm otaknya utk merasa syg :)

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam...binatang pun tau hargai pasangan dia...manusia kadang2 lebih suka menyakiti pasangannya ....

Werdah said...

Salam Zai.

Sayunya tengok gambar2 tu.. memang Allah meletakkan perasaan sayang kpd setiap makhluk ciptaanNya. Namun kdg2 bila hilang pertimbangan disebabkan nafsu jahat mengatasi yg baik terjadilah manusia binatang; krn tak menghargai apa yg Allah berikan.

Pok Li said...

manusia sering hilang kemanusiaannya

izakhairi said...

Salam Zai,
Gambar-gambar tersebut memberikan kita seribu pengertian...supaya manusia jangan mudah alpa dan hilang pertimbangan.

zaijb said...

salam k.zai,

sedih lak tgk gambar nie...

a kl citizen said...

assalammualaikum zai

sedihnya melihat gambar tu

syahbandar87 said...

salam kak..hmm..sedih tngk gmbr ni..sy jg prnh tngk satu gmbr yg menunjukkan betapa ibu beruk mengasihi anaknya..apabila seekor anjing dtng untuk menerkam anaknya,dngn berani nya ibu beruk itu melawan anjing tu dan akhirnya anjing tu melarikan diri setelah digigit oleh si ibu berut tu di lehernya..

bg sy sbnrnye mungkin jg Allah nk tunjuk kekuasaannya manusia kpd manusia spya manusia berfikir,yg mana binatang pun berperikemanusiaan..mempunyai sifat2 kasih sayang..mungkin kita prnh dngr ustaz2 mengajar yg mana terdapat jg manusia yg mempunyai sifat seperti binatang.dan ini lah yg mungkin dimaksudkan tu iaitu bila manusia lupa pd Allah,engkar pd Allah,dan menzalimi diri sndrila dan jg orng lain maka golongan sebegini tiada bezanya dngn binatang..malah lebih teruk dr binatang lagi..mintak jauh sifat2 sebegini

iqbalsyarie said...

salam kak.saya suka dgn pendapat syah itu..

juga ada satu puisi tentang cinta;

...cinta itu bisa membuatkan iblis menjadi malaikat...

manusia dan binatang,sudah punyai hubungan sejak dari dahulu lagi.
Tujuan Allah menjadikan binatang mcm2 spesisi,dan manusia satu spesis(wlpun ada lain kaum),ialah kerana utk manusia itu berfikir...

Jika manusia dpt kawal nafsunya,maka dia lebih mulia drpd malaikat.tetapi malang bg manusia yg kalah dgn nafsunya,dia lebih hina drpd binatang...jikalah kita mengerti...

anjang said...

menginsafkan dan ...... tak terucap dengan kata-kata

wanshah said...

MasyAllah.. binatang pun tau erti sayang. manusia plak yang terbalik bersifat kebinatangan. na'uzubillah.. bagus posting2 kak zai ni. teruskan usaha2 murni kak zai berblogging sambil berdakwah. :-)

sarawakian malaysian said...

walau pun dah lama..tetap jugak nk bagitau..nak mintak izin share crita ni dlm blog saya..boleh tak?

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA