Tuesday, November 3, 2009

JAWAPAN KEPADA KENAPA?


Dalam dunia ini,

tiada ibu yang tidak menyayangi anaknya, tidak kira haiwan atau manusia. Seorang ibu pasti sayangkan anaknya (Kecuali ibu berhati syaitan), tidak kira dia sihat ataupun sakit. Belaian ibu adalah belaian sutera bagi anaknya. kerana anaknya adalah permata hati bagi si ibu.

Maka,

Jika seseorang itu bertanya kepada rasulullah,

hamba Allah: Ya Rasulullah, kenapa kamu masih berzikir, bersolat dan berjihad sedangkan kamu memang sudah dijamin masuk syurga? lainlah kami ini yang belum lagi dijamin...
Pernah kita terfikir sebegitu? kenapa Rasulullah yang telah dijamin masuk syurga masih melakukan solat sehingga bengkak² kakinya?

Kembali kepada kisah ibu dan anak itu,

Apabila ibu melahirkan anaknya, ibu pasti amat gembira sehingga kesakitan yang dialui semasa bersalin hilang. sejak dari itu, ibunya sayang akan anaknya seperting menatang minyak yang penuh kerana bagi seorang ibu, anaknya adalah permata baginya.

Masa berlalu, tiba masanya kita membalas jasa kita kepada ibu kita yang sanggup bekorban nyawa, harta dan tenaga untuk membesarkan anaknya. Itu sebab dalam islam, wajib menyayangi ibunya dan berdosa besar jika derhaka kepadanya.

samalah situasi ini dengan situasi Rasulullah itu, perumpamaan ini boleh dikaitkan dimana Allah ialah ibu dan hamba (Rasulullah) ialah anak (tapi awas jangan salah tafsir kerana Allah itu "Ahad
") Hakikat Allah sebenarnya, tidak ia beranak dan diperanakkan..

Allah telah memberikan begitu banyak nikmat yang tidak terkira (biarpun ditulis menggunakan dakwat air laut belum mampu dapat senaraikan semua nikmat Allah) kepada hambanya tidak kira kafir atau islam. yang paling besar nikmat Allah berikan tapi hampir semua hamba tidak perasan adalah udara di muka bumi ini. Udara ini adalah nikmat yang tidak ternilai dalam kehidupan kita. tanpa ia tiada kita.

Bermacam² Allah berikan kepada kita, dan sama situasi anak itu, sudah tiba masa kita harus bersyukur kepadanya dan wajib menyayanginya. bagaimana kita ingin menyayangi Allah? Allah tidak memberitahu cara kita harus menyayangi-Nya.

Maka itulah sebab Allah lahirkan rasulullah di muka bumi ini untuk mengajar cara kita harus bersyukur dan menyayangi-Nya. Rasulullah sanggup bersolat, bertahajud, berzikir, berjihad dan bermacam² lagi untuk menunjukkan rasa cinta dia kepada Allah, pada masa yang sama, dia juga mengajar umatnya cara² itu (sunnah).

itu sebab hinggalah ke hari ini, kita wajib mengikut sunnah Rasulullah kerana sunnah rasullah itu adalah cara kita bersyukur dan menyayangi Allah. ia bukan sekadar adat atau suruhan.

Maka marilah kita ubah cara solat kita, zikir kita yang selama ini kita hanya praktikkan ia atau lakukan sekadar adat kepada cara kita bersyukur dan menyayangi Allah.

Share/Bookmark

9 comments:

Unknown said...

Berkata rabiatul Adawiah dlm doanya.
Ya Tyhanku,sekiranya aku menyembahmu kerana semata-mata takutkan nerakaMu,maka masukkanlah aku kedalam neraka.Jika aku menyembahmu semata-mata hanya kerana mengharapkan syurgaMu haramkanlah aku dari memasuki syurgaMU.Tetapi jika sekiranya aku menyembahMU kerana cintaku kepadaMU maka janganlah engkau menghalangi diriku dari mendapat cintaMU.

Berani tak kita berdoa macamtu?
Hakikat yg sebenarnya kita memg beramal krn takutkan neraka dan harapkan syurgaNya.jarang sekali kita beramal semata2 krn cinta kepadaNya

anjang said...

yang aku faham apa yang kita cari ialah keredaan Allah. Itulah yang paling utama.

Tirana said...

Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit...Berbagai nikmat yang Allah bagi pada kita, sewajarnya kita bersyukur dan berterimakasih dengan menurut perintah Allah

Abd Razak said...

Salam kak zai...

...beramal dan beribadah betul-betul kerana Allah (kerana ingin rasa berkhidmat dan taat sebagai hamba) bukan lagi kerana syurga atau neraka

Werdah said...

Salam Zai..

Memang benar apa yg dicoretkan ini.. Allah mencipta hambaNya dgn penuh rasa cinta hatta iblis dan syaitan sekalipun DIA cipta dgn penuh rasa kasih sayang.. apa yg Allah berikan kpd nama2Nya, Ar Rahman, Ar Rahim, Al Wadud Al Hafidz dan lain2nya itu adalah menunjukkan rasa cinta DIA kpd kita.. namun spt apa yg Zai tulis ini manakah perbuatan dan perkataan kita yg menunjukkan kita cinta kpdNYA..

Petik kata seorg anak muda yg sedar t/jwb kpd Allah dan RasulNya:

di kala pena terlepas daripada genggaman,ucapan 'oppss'mendahului YA ALLAH,

apabila perut kenyang,
'haa...kenyangnya' mengatasi ALHAMDULILLAH,

bila terpegun dengan keindahan alam,
SUBHANALLAH ditutup oleh 'cantiknya'

bila kita kagum dgn kekuasaan Tuhan,ucapan 'Fuuyoo' didahulukan drpd "Masya Allah" dan "Laa Quwata Illaa Billaah"

Betapa manusia ini lalai dan leka drpd mengingati Penciptanya...

Bila masa muda tak beringat akan tua, bila sihat tak ingat akan sakit, bila lapang tak ingat waktu sibuk..

Dan bagaimana pula nak ikut sunah Nabi jika tak mengikutinya sirahnya..

Zai mudah2an kita umat Islam semuanya akan menyedari ini semua dan kembali mengamalkan apa yang Allah dan RasulNya suruh utk kebaikan diri kita jua

Wallahu'alam.

Anonymous said...

Satu peringatan yang baik.

Semoga kita menjadi muslim yang berkualiti.

abu muaz said...

tapi dimana ya matapelajaran sunnah rasulullah ini diajar disekolah-sekolah.Setakat matapelajaran agama islam takkkan jumpa saya rasa.Maaflah takut orang lain adaterjumpa.kalaulah anak remaja kita diterapkan dengan amalan rasulullah dalam tiap matapelajaran mereka sudah pasti kita akan jadi satu bangsa yang kuat.

Hanisham Ab Halim said...

Kak Zai...
Lawa header tu... Hikhikhik... menariklah pulak...

Maiyah said...

brsolat dan zikir mesti nak penuh tawaduk dan seikhlasnya mnghrp pd Allah, bruntunglah sapa yg dpt merasa kemanisannya :)

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA