Friday, November 13, 2009

ARWAH IBU MELAWAT MAYAT ANAK, MUNGKINKAH ????

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun? -sekian-

Share/Bookmark

19 comments:

~UmmU SoLehah~ said...

kisah yg penuh pengajaran..

smoga mnjadi peringatan kita bersama..

jauhnya manusia dr nuur Allah jika lgsg tidak bersujud pada-Nya..

ALLah Maha Pengampun.. Semoga kita tergolong dlm golongan org2 yg terpelihara dr kemurkaan-Nya

^_^ ameen

Guru said...

assalammualaikum zai

entri yang menginsafkan

Tirana said...

Kisah yang memberi kesedaran dan keinsafan, insyaAllah.. Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan orang yang melalaikan solat.

Brahim Nyior said...

Seram gak baca entry begini tgh2 mlm..

Tapi yg penting, mesej yg disampaikan lebih bermakna.

Moga kita sentiasa beroleh rahmat di cc Allah.

Maiyah said...

mmg bagus info ni, sy nak bik sbg contoh pd yg perlu krn mmg ada yg memerlukan

Werdah said...

Salam Zai,

Perkara yg pertama dihisab ialah solat. Biar sebaik mana amalan lain jika tak solat tak ada gunanya.

Kisah yg patut dibuat teladan oleh semua.

zaijb said...

salam k.zai,

wahhh... tajuk nyee pun dah seram.. fikir dua kali nak buka tak entry nie hehe... mana lah tahu k.zai letak gambar2 menyeramkan... dah lah sorang2 dlm bilik hehe...

entry yg menyedarkan kita betapa pentingnya 'solat'...

Unknown said...

Subhanallah...
kak,meremang bulu roma baca post ni.
Berat betul solat ni kak...
Teringat satu hadis dari Huzaifah,katanya Nabi saw bersbda yg mafhum hadisnya perkara pertama yg diangkat ialah khusyuk dan perkara terakhir ialah solat-riwayat bukhari.

Saya tak pelik jika kisah mayat diazab.Tetapi saya takut bagi kita org2 yg solat ni,adakah solat kita diterima khusyuknya..harap2 Allah terima amalan saya khusunya yg sedikit ini.

good reminder kak..terima kasih

MaizaC'Joe said...

Salam Sis Zai

subhanallah... membaca n3 nie begitu menginsafkan.. walau sebaik mana akhlak kita, tanggungjawab.. tp klu tinggalkan sembahyang tiada gunanya.. terima kasih sis atas perkongsian ilmu ini..

-maiza-

anaklaut said...

salam...kak zai,


sangat menginsafkan...moga allah swt memberi ganjaran pahala kepada kak kerana berkongsi entri ni.

ASYIQ said...

Salam Zai,

Hakikat manusia apabila diciptakan oleh Allah terbahagi kpd tiga unsur....jasad, rohani dan qarin.

Qarin juga dilahirkan bersama2 dgn kita....ia hidup menyerupai kita tetapi apabila kita meninggal dunia qarin tidak meninggal dunia. Ia terus hidup.

Bila kita meninggal dunia, jasad dikuburkan, ruh ke alam barzakh dan qarin ttp ada d dunia.

Yang ada di dunia menyerupai seseorang yg telah meninggal dunia itu ialah Qarin namanya....yang menyerupai jasad asal kita dan tidak akan mati sehingga berlakunya kiamat.

Ruh kita apabila telah meninggal dunia akan berada di alam barzakh...dan tidak mungkin ruh akan kembali ke dunia wpun mereka meminta2nya kpd Allah dgn bertujuan utk membanyakkan amalan ibadat semula.

Wallahu a`lam.

Unknown said...

Pengajaran ..ya pengajaran utk sesiapa yg ingin mengambilnya..
kalau taknak..dok dalam kawasan pondok pun payah ..
Namun kjadian begitu adalah tidak mustahil dan boleh berlaku..Kuasa tuhan mengatasi segala-galanya.
Semoga Allah mengampuni dosa2 kita dan lelaki tersebut serta yg sewaktu dgnnya..

Relevan said...

Salam Zai..
Boleh jadi..

Unknown said...

Menarik komen Asyiq tu..mungkin sesiapa yg boleh cerita dgn lebih jelas dan mendalam tentang Qarin...atau ada post berkaitan Qarin,boleh la kongsi dgn saya.thanks =)

abu muaz said...

Salam. Terimakasih banyak-banyak n3 ini. Mungkin kita semua masih ada lagi ibu bersama. Lakukan yg terbaik untuknya ...

anakmuaallaf said...

salam zai,
akak memang sebat anak yg 10 thn jika tak solat..ada juga kawan akak yang marah..katanya"u ni garang sangat"..

Kak Leha nak copy n emel n3 Zai pada dia..

IMANSHAH said...

Nauzubillah,, saya pernah bermimpi di datangi arwah ayah..tapi saya tak tahu apa maknanya..

ZOOL@TOD said...

Dengan kuasa Allah, tiada yang mustahil. Kisah ini pernah menjadi pertikaian beberapa orang "ulama" dan "ustaz". Pada pendapat saya yang lebih penting ialah pengajaran dari kisah ini.

Secara peribadi saya tidak setuju dengan pendapat "ulama' dan "ustaz" ini berdasarkan ayat di bawah.

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi. (Yaasin ayat 82)

Anem Arnamee said...

Salam akak:)

takutnyer nk bce, sgt2 menginsafkan:)
thnks sudi share:)

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA