Saturday, November 21, 2009

LIHAT DIA..LIHAT DIRI KITA..



Kenali Peribadi Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Umur - 53 tahun
Pendidikan - SPM (siapa kata untuk berjaya perlu kelulusan yang tinggi ???)
Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Nilai dirinya -RM1,425 juta
Ke 8 terkaya di Malaysia (stkt Mei 2008)
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
Kereta - Proton Perdana

Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdam! ping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana.

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha merekamarah

14.Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah.

15.Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting.

16.Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak ata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. ! Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan denganbadan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. .....kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi bakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yanglain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya! Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab.Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar. Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang wal! au setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Senarai Orang-Orang Terkaya di Malaysia. Setakat 21.5.2008

1. Robert Kuok
2. Ananda Krishnan
3. Lee Shin Cheng
4. Teh Hong Piow
5. Lee Kim Hua & family
6. Quek Leng Chan
7. Yeoh Tiong Lay & family
8. Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary
9. Vincent Tan
10. Tiong Hiew King
11. Tan Sri Azman Hashim
12. William H. J. Cheng
13. Lee Swee Eng
14. Ong Beng Seng
15. Lim Kok Thay
16. Vinod Sekhar
17. Lee Oi Hian
18. Yaw Teck Seng
19. Anthony Fernandes
20. Mokhzani Mahathir

Kekayaan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary sedikit menurun, di mana sebelum ini kekayaannya adalah dianggarkan bernilai lebih USD 2 Billion. Hanya 3 orang Melayu dan Islam yang tersenarai dalam TOP 20 iaitu Syed Mokhtar. Azman Hashim, dan anak Tun Mahathir iaitu Mokhzani Mahathir.



Share/Bookmark

16 comments:

Unknown said...

Salam kak,
Syed Mokhtar adalah salah seorang idola saya selain Tokguru Nik Azis,
memang banyak yg kita boleh pelajari dari beliau.

Antara sifat positif beliau yg saya kagumi ialah suka menderma.bilalah agaknya saya boleh menderma sebanyak Syed Mokhtar.setakat dua tiga ringgit tu boleh lah.he he he..

Ini Cerpen ketiga saya dlm blog.jangan lupa baca dan bagi komen.
http://ijoks2009.blogspot.com/2009/11/jongos-ketua-serigala.html

Daud Mili said...

orang2 kaya melayu....agak2 ada pelapis x??...

Pn Kartini said...

Salam Dear Zai..:):)
Andailah semua yg kaya raya sebegini kriterianya...

Werdah said...

Salam Zai,

Ramai yang jadi kaya raya sebenarnya mereka sanggup tanggung risiko.. bukan mudah nak dapat kejayaan dgn serta merta. Mereka perlu redah ranjau onak duri sblm dapat menikmati hasil. Selalu bila kita bc ttg kejayaan ahli perniagaan yg berjaya mereka mula dp yg kecil2 dulu, akhirnya dgn kecekalan hati selepas meniti pelbagai rintangan adakalanya rugi mereka bangun..

Ada juga yg nak berjaya dgn cepat, mendapatkan pinjaman dsbnya.. tp akhirnya gagal di tengah jalan hutang masih belum berbayar.

Entahlah Zai bila pandang dia, pandang pula diri kak.. uh jauhnya beza.. umur leboih kurang je..

Mudah2an dgn kejayaan beliau ada org muda yg ambil inspirasi. Cari harta dan berniaga pada jalan Allah.

IMANSHAH said...

Salam kak zai, saya peminat setia Tan Sri, nak jadik macam Tan Sri..walau saya kurang berharta, namun saya kira saya, akak dan rakan2 lain juga punyai sumbangan yang besar pada agama dan negara!!

Relevan said...

Terima kasih Tan Sri..kerana telah memberi kome sebulan bonus..tiada terhingga..''nengku kan gunakan duit nengku sebaik mungkin''..

Unknown said...

salam Zai..
mampu kah kita lalui mcm tan sri lalui , sanggup ker kita redah ranjau mcm dia .. boleh ker kita buat mcm dia buat ..
alhamdulillah ada gak insan muslim pada senarai teratas tu kan

Anonymous said...

Salam Zai.

Entah mengapa saya lihat 11/20 nama-nama di atas saya nampak T.Daim, orang yg paling low profile. Tak semestinya apa yang kita lihat, itu yg kita nampak...hehe.

Maiyah said...

mmg contoh yg baik, bukan suma org fhm konsep dan cara set mind utk jadi cam dia

kekadang kita tak sampai pada tahap pemikiran spt dorang, kita dah cuba tapi tak dpt tahap cam dorang

sama je yakin, berani.. tak putus asa dan semangat tapi ttp tak capai mungkin krn mrk ada satu tahap pemikiran yg begitu tinggi yg kita tak dpt terokai

atau Allah dah tetapkan takat itulah rezeki kita.. wallahualam :)

Tirana said...

Saya pun kagum dgn Tan Sri ni...Tak ramai orang melayu yang bersikap seperti beliau..

Bila kita berjaya, jangan lupa untuk bantu orang lain untuk berjaya juga.

hentian said...

Nasi Bukary tu dia punya juga ke...

Abd Razak said...

Salam...

Mungkin ada lagi yg lebih kaya tapi tidak mahu dirinya ditonjolkan kerana bimbang segala kerja amal kebajikannya membuatnya menjadi riak dan hilanglah segala keikhlasan...

ummi ziy said...

salam zai...

Yang kita lihat dan baca adalah sdkit kejayaan Tan sri.tetapi kesusahan dan usahanya utk berada dtahap sekarang kita tidak tahu.Tan Sri bukan sahaja kaya hartabenda tetapi kaya sifat merendah diri.Apa yg di beri dan dsedekah itulah hartanya,yang berbillion2 itu adalah hak Allah...betul tak?

Cik Skaf said...

Salam kak zai, Dia adalah antara idola saya. Sejak dari dulu saya suka mengkaji prinsip hidupnya dan cara dia bekerja dan membesarkan empayar perniagaannya. Saya kagum. Sesungguhnya sy percaya selain kerja keras dan tawakal, berusaha dgn gigih & ikhlas dgn tidak memikirkan kepentingan diri sendiri, mka akan ada ganjaran yg akan Allah berikan di dunia dan juga di akhirat nanti. InsyaAllah.

Unknown said...

(Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit)

beliau antara org melayu yg diberi peluang utk menjadi kaya-raya oleh Tun M.... dan yang pentingnya, beliau pandai 'memberi' kembali...

مىزان said...

biar sekaya mana kita,sebanyak mana pun harata kita,tapi perlu di ingat,setiapa kebajikan yang kita lakukan adalah kerana allah,bukan kerana sanjungan manusia,pangkat atau gelaran,biarlah allah je yang mengetahui,tidak perlu rasanya di ketahui manusia lain,

kita sanjung selalu sagat memperkatakan tentang kekayaan orang lain,dermawan orang lain,belas kasihan orang lain sedangkan kita tak memperolehi apa apa jika kita menyanjungnya,

sesungguhnya allah itu maha kaya
maha pemurah
maha pengasih lagi maha penyayang
ada lebih baik kita sentiasa memuji menyanjung kebesaran ilahi kerna tidak ternilai ganjaran yang bakal kita perolehi

سبحن الله
الحمد لله
الله اكبر

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA