

KECURANGAN..BOLEHKAH DIMAAFKAN ?
"Apakah yang menyebabkan Rasulullah tersenyum gembira?"
"Yang menyebabkan aku tersenyum kerana ada dua orang dikalangan umatku di akhirat,keduanya merangkak di hadapan Allah SWT kerana minta diselesaikan kes yang melibatkan antara keduanya.
Seorang darinya merayu kepada Allah SWT: Wahai Tuhan, tolong balaslah terhadap orang ini,sesungguhnya dia sangat zalim dan telah menzalimi aku semasa didunia dahulu,dengan berbagai perbuatan zalim.
Lalu Allah SWT memerintahkan orang yang zalim itu membayar gantirugi,sebagai jalan penyelesaian untuk kes mereka berdua.Tetapi orang yang zalim itu tidak dapat berbuat demikian,kerana tiada suatu pun yang boleh untuk membayar kepada orang yang menuntut itu.
Orang yang berbuat zalim itu berkata: Dengan apakah aku hendak membayarnya,sedangkan tiada suatu pun kebaikan yang tinggal padaku,kesemuanya telah habis dituntut oleh orang lain.
Ketika itu orang yang kena zalim itu minta agar orang yang zalim itu mengambil kejahatan dan dosa yang ada pada dirinya.
Pada ketika itu Rasulullah menitiskan air mata,Nabi menangis mengingati peristiwa mahkamah Allah yang sedang mendengar kes pengaduan kedua-dua umatnya yang sangat menyayat hati.
Lelaki yang melakukan kezaliman itu ingin membayar tuntutan tersebut, tetapi tidak terdaya kerana sudah tidak ada apa-apa yang tinggal untuk dirinya.Jelas Nabi kepada Anas.
Lalu Rasulullah pun bersabda : "Sesungguhnya itulah suatu hari yang sangat dahsyat,sehingga sampai ke suatu peringkat manusia mencari orang lain untuk memikul dosanya."
Didunia manusia dengan sombong sanggup memikul dosa orang lain,meskipun sebenarnya manusia tidak akan mampu memikul walaupun hanya dosa mereka sendiri.
Ketika seorang dari dua orang yang berbalah di Mahsyar menuntut agar dosa mereka dipikul oleh orang yang menzaliminya,maka ketika itu Allah SWT memperlihatkan sebuah mahligai tersergam indah didalam jannah.
"Tidakkah kamu melihat mahligai itu?" Ujar Tuhan kepada manusia yang sedang menuntut keadilan dari Tuhan terhadap taulannya.
" Ya,saya nampak sebuah mahligai yang diperbuat dari emas dalam sebuah taman dari perak,untuk siapakah itu wahai Tuhan? Mungkinkah untuk nabi-nabi atau syuhada atau mungkin juga untuk golongan siddiqin?" ujar orang itu.
"Mahligai itu untuk siapa saja asalkan mereka sanggup membayar harganya."
Jelas Tuhan.
"Jika demikian adalah mustahil saya dapat memilikinya kerana saya tidak punya apa-apa di sini untuk membayar harga mahligai emas itu."ujar manusia itu.
" Justeru kamu masih berpeluang memilikinya,kerana kamu masih memiliki barang bernilai yang dapat membayar harga mahligai itu."
"Bagaimana caranya?" tanya orang itu kepada Tuhan penuh kehairanan.
"Iaitu sekiranya kamu sedia memafkan rakan kamu dan tidak menuntutnya agar dia memikul dosamu."Tuhan menjelaskannya.
Dengan melompat kegembiraan orang itu berkata:
"Wahai Tuhanku, kalau begitu aku segera memaafkan dia,terhadap apa-apa jua kezaliman yang telah dilakukan terhadap saya."ujar manusia itu dengan perasaan penuh gembira yang tidak terhingga.
Lalu Allah SWT memerintahkan malaikat agar membawa orang itu kedalam mahligai yang terbina disebuah jannah yang terbina dari perak, kemudian Tuhan mengizinkan orang itu membawa bersama taulannya memasuki syurga itu.
-------------------------------------------------------------------------------------
Demikianlah sebuah kisah yang diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada Anas bin Malik suatu peristiwa diakhirat melibatkan dua orang umatnya yang berusaha untuk menyelamatkan diri dihari tiada pertolongan kecuali pertolongan Allah SWT.Suatu kemaafan dapat menyelamatkan dirinya juga rakannya dari sengsara Mahsyar.
Oleh itu,kita haruslah bersifat pemaaf terhadap sesama manusia kerana sifat pemaaf itu akan mendatangkan kebajikan kepada diri sendiri dan orang yang dimaafkan. Memaafkan orang lain dari kesalahan yang dilakukan terhadapnya dirinya bererti menolong saudaranya dari beban dosa, sifat itu menjadi saluran rahmat Allah terhadap dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak menyayangi kecuali kepada hamba-Nya yang penyayang, tidak mengampun kecuali terhadap hamba-Nya yang pengampun dan tidak menerima taubat kecuali terhadap hamba-Nya yang sanggup memaafkan kesalahan saudaranya."
HARGA SEBUAH KEMAAFAN..
KUATKAH KITA MENGHADAPI UJIANNYA ?
NILAIKANLAH SENDIRI.....
SUAMIKU..KUPOHON REDHAMU..
Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit angin ahmar
Selepas kematian isterinya, Pak Mat yang berusia dalam lingkungan empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya begitu rajin menziarahi kubur arwah isterinya itu sebanyak tiga kali sehari. Semua penduduk kampung merasa cukup tersentuh dengan kasih sayang Pak Mat terhadap arwah isterinya itu. Malahan ramai dikalangan para isteri dikampung tersebut turut memuji-muji kesetiaan Pak Mat pada arwah isterinya dan sentiasa berharap suami mereka juga akan berbuat demikian sekiranya mereka tiada lagi didunia.
Sudah hampir 2 minggu semenjak kematian isterinya, tetapi Pak Mat masih tidak jemu-jemu berkunjung ke kubur isterinya itu. Ramai orang kampung yang sudah hafal waktu-waktu Pak Mat berkunjung kekubur arwah isterinya itu, beliau dilihat begitu rajin menziarahi tidak kira waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya secara berterusan.
Kerana terlalu kagum dengan sikapnya itu seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Mat, aku kagum benar dengan kau ni, terlalu sangat cintakan arwah isteri sehingga sanggup berbuat demikian, mana ada orang lain dikampung ini yang sanggup buat begitu."
Pak Mat merenung lemah ke arah saudaranya dan menggeleng-gelengkan kepalanya. Beliau kemudian menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada aku, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu..
"Oleh yang demikian aku terpaksa siram kuburnya setiap hari supaya rumput cepat tumbuh......"
Hmm...Kurang Asam punya Pak Mat...
Moralnya :-
1) Jangan Mudah Percaya Kepada Sesuatu Perkara yang Kita Dengar Dan Lihat.. Mungkin Ada Muslihat Disebaliknya;
2) Kalau nak buat kebajikan biarlah ianya iklas dari hati...jangan mengharapkan balasan.
BILA RUMPUT NAK TUMBUH NIE....
KISAH IBU YANG ZALIM
BENARKAH APA YANG KULIHAT INI ?
KISAH MENYAYAT HATI - TERNYATA AYAHKU
KITA NEGARA ISLAM ATAU SEKADAR PADA NAMA