“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.
“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.
Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?
Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?
Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.
Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?
Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!
Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.
Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.
Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.
Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya....
ALAM PERKAHWINAN bukanlah satu yang mudah...setiap pasangan akan diuji dengan pelbagai gelombang dan gelora rumahtangga yang tak akan berkesudahan, kunci kebahagiaan adalah toleransi, pengorbanan masa, wang dan tenaga, persefahaman, kepercayaan dan kasih sayang yang harus dibajai setiap waktu...DAN PENCERAIAN meskipun HALAL adalah merupakan perkara yang paling dibenci oleh ALLAH....justeru itu CINTAILAH pasangan kita seadanya...
13 comments:
Setuju...belum tentu soleh yang kita jumpa akan soleh selama-lamanya..tapi jika ada kesedaran untuk menjadi yang soleh..insyaAllah dia akan sentiasa berusaha untuk mengekalkan kesolehannya.
Kerana itulah, antara doa yang disarankan oleh ulama' ialah doa supaya hati kita tidak menyimpang/ dibalikkan oleh Allah (memohon semoga kita kekal dengan pendirian Islam/ Iman kita)
salam
setuju dengan puan. Menjadi lebih baik dari mencari =)
Betul tu Tirana,
utk mencari yang soleh kita perlu dulu menjadi solehah barulah akan mendapat pasangan yg sepadan...
Buat Zool,
mmg kita harus sentiasa berdoa agar ditetapkan iman dan sentiasa bersedia utk memberi dan menerima pandangan antara satu sama lain..
Buat zharif,
Betul tu..kita harus menjadi dulu baru mencari..
Salam..
Bagus saranan ni... tak semestinya si soleh & solehah akan kekal soleh... kalau iman x kuat.. pasti kan kecundang.. biarlah kita sikit2 meningkatkan amalan kita drpd kita begitu yakin dgn amalan yg sudah ada... tak semua yg nmpak soleh luaran itu sempurna.. yg penting iman di dada.. & niat kerana apa... yg pasti kerana Allah lah Iman yg paling jujur...
Kak Zai,
Terima kasih atas saranan akak. Post yang menarik...
best post ni zai.. luahan hati yang mendalam...
Buat Dida,
Betul kata2 Dida, kita semua tak sempurna, tidak boleh menyalahkan sesiapa jua atas kelemahan yg ada spt kata pepatah dua jari menuding kepada orang lain 3 lagi jari menuding kpd diri sendiri, terima kasih krn rajin berkunjung kerumah akak..
Buat Webmaster,
sama-samalah kita berusaha menjadi yg terbaik memperbaiki kelemahan yg ada dan menyayangi pasangan kita seadanya dia..
Buat akl citizen,
sekadar ingat mengingati sesama kita krn semakin ramai yg kecundang..
salam,
Semua manusia tidak sempurna. Lelaki dan wanita adalah saling lengkap-melengkapi.Barulah akan menjadi pasangan yang bahagia. Insyaallah.
Post a Comment