Thursday, July 2, 2009

CEMBURU BIAR BERTEMPAT

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan.

Selepas si anak membuat panggilan, si anak terus memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".


Share/Bookmark

19 comments:

Abd Razak said...

Salam...walaupun entrinya agak lucu tapi ianya memberi gambaran kepada kita bahawa setiap gerak laku & tindakan kita kenalah bijak agar tindakan kita tidak mengundang kepada kemusnahan

Maiyah said...

Ha! Ha! kena seketul

Anonymous said...

Lawak ni memang "class"! Terubat juga hati yang remuk ni.

BUJANG SUSAH said...

sepatutnya suruh si isteri tu maki perempuan yg jawab panggilan tu... huhuhu

DEPU-DEPU said...

Salam Zai...

Bagi lelaki plk jdi oprtr lps tu suruh bt benda yg sama...tgk cm na laki mrh tak dgr hpon bininya lelki yg smbut....hwa..hwa..

Ummu Mishkah said...

kena selidik betul2 baru blh nak ngamuk ke apa ker.. ngamuk pun bukan elok sebenonye.. hihihihi

Unknown said...

puan

moral untuk kita.
isteri tak mungkin macam tu...
kalau suami tak pernah TAK buat....
lainnya.

Dida... said...

dah pernah dgr lawak ni... mmg kelakar tp harus dijadikan pengajaran.... jgn mmbuat sesuatu dgn membuta tuli sebelum bertindak.. nnti nyesal kemudian dah x bguna... x pasal2 menderhaka dgn suami...

Guru said...

moral of the story?

jangan bagi anak main telefon....

biar org tua2 je yg guna..

zai said...

Buat Razak,
Betul tu..sbb tu ada pepatah mengatakan terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya..

zai said...

Buat Maiyah,
hahaha..kesian kat suami dia kan dapat isteri cemburu buta tak tentu pasal ni

zai said...

Buat Zaidi Ali,
Sesekali kena juga bergurau, itulah resepi kebahagiaan rumahtangga sebenarnya..hati remuk ? wah dengar mcm berat jer tu..sabar banyak2 yea, Allah bersama orang yg benar..

zai said...

Buat Bujang Susah,
Itula susahnya kalau dunia semakin canggih..

zai said...

Buat Depu-Depu...
hehehe..ada ke lelaki nak jawap tepon camtu..?

zai said...

Buat Ummumishkah,
Betul tu, buat per nak bergaduh sbb perkara remeh temeh nie kan..mmg ada juga sesetengah perempuan perangai camtu..

zai said...

Buat Jinggo,
Betul kata awak..rasa2nya satu persen jer kot isteri2 berperangai camtu..

zai said...

Buat Dida,
hehehe..Mmg moralnya jangan cepat berprasangka buruk kat suami, kena siasat dulu..

zai said...

Buat a kl citizen ?
hmm..betul juga tu, budak2 ape diaorang tau kan ?
Silap info pun boleh kena marah juga..

zai said...

Buat Kak Pah,
Ala keciannya dia terpaksa komen kat shoutmix..apepun mmg betul cemburu biar bertempat..

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA