Wednesday, July 15, 2009

LAGI KISAH BENAR TENTANG ANAK DERHAKA

Saya tidak pasti samada anda pernah mendengar kisah anak derhaka yg pernah berlaku di utara semenanjung Malaysia satu ketika dulu pada sekitar tahun 1994. Nenek saya yang kini berusia 105 tahun pernah ketempat kejadian utk menyaksikan kejadian tersebut dan menurut nenek saya memang kisah ini cukup menyentuh hati. Dan amaran Allah terhadap akibat tindakan dan azab yang menimpa anak derhaka kepada kedua ibubapa sangatlah benar dan jelas terbukti..semoga kisah ini akan menjadi iktibar..dikutip dari salah satu laman yang diceritakan sendiri oleh saksi yang melihat kejadian tersebut...

Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng -gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati . Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka.

"Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa. " Haaa... Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?" kata Jaimi, kawan saya. "Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu. " Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ". " Kenapa jadi macam tu ? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual.. Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang. " Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak. " Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya, perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis. " Mak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu. " Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya. " RM 20 aja !" si gadis berkata. " Tak ada ," jawab ibunya. " Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras. " Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh... sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! " " Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; " kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !" Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai . " Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit. Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar. Jaimi menyambung ceritanya ; " Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu. " Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur." Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan. Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah. Si gadis mula cemas. " Kenapa ni ayah ?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi. " Apa pasal," Si ayah bertanya. " Kaki Saida ni.. tak boleh angkat !" balas si gadis yang kian cemas. Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku. " Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

" Ayah... kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.." si gadis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur. Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

" Tolong saya ayah, tolong saya... kenapa jadi macam ni ayah?" kata si gadis sambil meratap.

"Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal . Sekarang ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

" Emak... ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi.

" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh ditarik keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus. " Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana ? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

" Habis anak saya ?" tanya si bapa.

" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil. " Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.

"Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur. Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

"Pssstt... Raie... Raie.. Psstt," saya memanggil , Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.

" Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya. " Mana boleh .Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.

" Sekejap aja. Bolehlah..."saya memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama ,risau, takut di halau keluar. Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ; "Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.."

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak... lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

" Sudahlah tu Saida... makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini beralaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas 'tunai'.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya saya, Ya Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf..."

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan . Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga.

Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.

Allah Maha Agung... sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

Share/Bookmark

22 comments:

Razak said...

Salam kak zai,

Kejadian memberi petanda bahawa kaki mulia ibulah yang disebut-sebut tempat kita meraih syurga. Bukankah Rasulullah yang tidak beribu memerintahkan untuk berbakti kepada ibu, bahkan tiga kali beliau menyebut nama ibu sebelum kemudian nama ayah

- jinggo - said...

puan zai
rasa nak teriak baca N3 ni....
insyallah saya akan kongsikan anak murid saya........

syurga diabwah tapak kaki ibu

Arianni said...

Salam..
Ya Allah..azabnya dia..memang benarlah menderhakai ibu akan dibayar tunai..naik bulu roma bila baca entri nie..semoga kita sentiasa mengasihi ibubapa kita..

ARIFF BUDIMAN said...

Zai.. saya pernah terdengar cerita ini sekitar tahun ini. Ada yang mengatakan tak boleh dihampiri gadis ini akibat panas. Wallahualam. Allah yang berkuasa terhadap makhluknya. Jangan sekali derhaka kepada kedua ibu bapa dan Guru yang mendidik kita sehingga menjadi manusia yang berguna.

zaidi ali said...

Salam Zai.
Peristiwa spt ini patut disiarkan di TV3 supaya umat Islam bertaubat bukan saja taubat tidak menderhaka malah taubat untuk kembali ke jalan Nya. Orang kafir pun boleh tersungkur menyembah Tuhan sekiranya mereka menyaksikan bukti kebesaran Allah SWT. Perkara yang memberi pengajaran dan ketaqwaan disorok pula. Saya pun tak faham lah! Sesungguhnya talkin dan balasan si anak derhaka adalah untuk yang hidup menyaksikan. Seperti juga hukum rejam yang dilaksana secara terbuka sebagai pengajaran.

Balasan derhaka pada ibu bapa sememangnya tunai. Kebiasaannya gagal dalam kehidupan, kerjaya dll.
Berkata "ughh" kepada ibu pun satu derhaka, belum lagi berkata dengan kaki!

ZOOL@TOD said...

Teringat saya kisah Al-Qamah, pemuda yang zuhud tetapi kerana terlalu mem"berat"kan isterinya hingga ibunya terasa hati. Akibatnya Al-Qamah tidak dapat melafazkan kalimah syahadah sehingga ibunya mengampuni dosanya.

Kepada mereka yang ibubapanya masih hidup, hargai, sayangi dan hormatilah mereka semampu boleh jangan menyesal di kemudian hari.

ummumishkah said...

takut kan kak! minta jauhlah... :(

Dida... said...

Salam...

Tetiba saya rasa nak terbang balik ke Malaysia sekarang juga sebab rindukan mak saya.....

Setitik air mata ibu jatuh disebabkan dia berkecil hati dengan kita... itu tandanya kita sudah derhaka dgn dia....

Setiap hari minta ampunlah dengan ibu... jgnlah tunggu hari raya je baru nak minta ampun.... tanpa kita sedari... sekecil2 perkara yg kita tak akan sangka... membuat kan ibu kita terasa hati...

a kl citizen said...

semoga kejadian ini dijauhkan dari kita.. amin

maiyah said...

Maha Suci Allah.. saya menangis dengan entri ni, kebenaran yang hakiki

zai said...

Buat Razak..
Mmg benar, bnyk ayat2 alQuran dan hadis yg menekankan betapa pentingnya anak2 menghormati ibu-bapa dan diperintahkan utk memuliakan ibubapa dan menjaga hati kedua-duanya sbgmana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Reda Tuhan (Allah) ada dalam reda kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan-Nya ada dalam kemurkaan kedua-duanya." (Hadis riwayat al-Tabrani)..

zai said...

Buat Jinggo..
Saya pun rasa mcm nak teriak jugak nie..sedih sbb sy pun seorang anak dan ibu...

zai said...

Buat Arianni,
Terima kasih krn sudi bertandang dan beri komen..Mmg benar sgt besar dosanya malah kita dilarang utk membantah perintah ibu bapa selagi tidak menyalahi hukum dan tidak dibenarkan menyebut "ah" sekalipun..

zai said...

Buat En Ariff Budiman,
sbnrnya mmg banyak bukti kisah penderhakaan terhadap ibubapa yg terjadi tetapi kurang mendapat perhatian media elektronik..spttnya kisah mcm nilah patut disiarkan agar menjadi pengajaran buat anak2 yg semakin kurang menghormati ibu bapa sekarang ni..

zai said...

Buat Zaidi Ali,
Betul tu saya sokong dan saya sependapat..mmg sepatutnya kisah2 macam ni mendapat siaran langsung dan disiarkan dimana2 rancangan TV dan radio agar mendapat hebahan lebih luas tentang kekuasaan Allah dari hanya membicarakan isu politik semata-mata..tetapi walaupun disudut positif boleh dijadikan iktibar secara langsung tetapi mgkin ramai juga yg tdk bersetuju dan berkata tidak elok kerana membuka aib seseorang itu dan ahli keluarganya..wallahualam..

zai said...

Buat Zool&Tod,
Mmg benar, saya sendiri pernah terbaca kisah Al-Qamah yg derhaka terhadap ibunya dan tidak dapat mengucap kalimah syahadah disaat kematiaannya..mmg dari zaman nabi lagi sudah terjadi perkara2 spt ini tetapi masih ramai yg tiada kesedaran dan disebabkan itu bala seperti ini diturunkan oleh Allah stp masa utk mengingatkan kita bahawa Allah sentiasa melihat apa yg kita lakukan.

zai said...

Buat Ummumishkah,
Memang perkara spt ini boleh berlaku kepada sesiapa saja yg tidak sedar akan kesan perbuatan mereka thdp ibu bapa. Nabi meminta kita memuliakan ibubapa sekalipun mereka bukan beragama Islam krn kedudukan ibu yg sememangnya sgt tinggi disisi Allah diatas jasanya melahirkan dan membesarkan anak2..kini kita dah menjadi ibu, pasti terasakan betapa besarnya jasa seorang ibu..

zai said...

Buat Dida,
Mmg bagus saranan utk memohon ampun stp hari kerana kita tidak tahu bila masa kita mengecilkan hati ibu...dan peranan bapa tetap penting..kedua-duanya juga insan yg perlu dimuliakan oleh anak2, walau seburuk manapun ibubapa kita, Allah tidak membenarkan kita utk menderhaka selagi perkara yg disuruh tidak salah disisi hukum agama..

zai said...

Buat a kl citizen,
InsyaAllah..semoga ibubapa kita sentiasa redha terhadap kita anak2nya dan Allah menerima taubat kita stp hari..Amin

zai said...

Buat Maiyah,
Saya sendiri menangis bila membaca entri ini dulu dan terasa spt berada ditempat kejadian pula krn dapat membayangkan betapa azab yg ditanggung oleh gadis itu yg akhirnya meninggal dipusara ibunya tanpa sempat memohon ampun dari ibunya...entah bagaimana nasibnya disana nanti...Wallahualam..mmg sgt menyedihkan krn kita sbgmana manusia sering lupa bahawa Allah sentiasa memerhati setiap tingkahlaku dan perbuatan dan adakalanya dosa kita itu dibayar secara tunai oleh Allah..

Tisyabeequeen said...

Maha suci Allah....
Cerita ni, baru je sy dengar dari officer kat opis sy minggu lepas...tp tak dpt habis dengar sbb kesibukan kerja masa tu. Skrg sy berpeluang membaca citernya...terima kasih kak zai...tkasih sbb sudi berkongsi dgn kami. Sesungguhnya citer ni menginsafkan kami semua...sayangggg mak ayah...sayangggg mak bapak mentua.....huhuhu

mamawana said...

Rasa nak teroyak gak.. Rindu kat arwah emak....

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA