Monday, July 20, 2009

PERLUKAH AMALAN BERPANTANG ?


Salam...

Entri kali ini khas buat kaum wanita dan juga para suami yg prihatin terhadap kesihatan dan kecantikan isterinya..berkenaan amalan berpantang...


Kini penjagaan semasa pantang bersalin semakin dipandang ringan. Ada beranggapan tidak perlu, kerana badan boleh sembuh dengan sendirinya. Tambahan pula terdapat pandangan-pandangan dari pengamal perubatan moden mengatakan tidak perlu berpantang, makan apa sahaja dan badan akan baik dengan sendiri selepas tempoh tertentu. Berbeza dengan pandangan perubatan tradisional. Banyak pantang larangnya.

Pandangan saya semasa berpantang anak pertama juga mempercayai 100% pandangan tradisonal tetapi dalam pada masa yang sama turut mengambil sedikit dari petua moden dari ibu saya yg begitu menitikberatkan soal kesihatan dalaman wanita, walaupun pada mulanya saya agak ‘liat’ ;) untuk mengikutnya untuk berbengkung, bertungku, minum air akar kayu, berurut dan bertangas.

Kemudian secara perlahan-perlahan baru saya mendapat pendedahan yang terbaik mengapa perlu dijaga dengan sebaik mungkin waktu pantang. Dan selepas itu barulah saya mendapati banyak info dan pengetahun kesan akibat tidak menjaga kesihatan tubuh badan sewaktu berpantang dan kini banya terdapat kawan-kawan saya yang tidak menjaga pantang mengalami pelbagai masalah. Ada yang pergi ‘shopping’ selepas 2 minggu bersalin, luka tempat sulit jadi bernanah. Ada juga 'lebih hebat' telah pergi ‘shopping’ selepas sehari bersalin. Kesannya memang agak teruk, tumpah darah, muka menjadi biru kehitaman hingga terpaksa ditahan ICU di hospital.


Ibu saya juga memberitahu kesannya bukannya pada masa sekarang tetapi akan mula terasa ketika tua. Kaum wanita yang kurang menjaga pantang mula merasainya apabila usia mulai menjejak 30an dan keatas. Kesan yang paling ketara adalah perubahan bentuk badan yang mula memualkan walaupun untuk diri sendiri yang melihatnya dicermin. Badan yang dulunya ramping bagai kerengga tidak lagi berbentuk kerengga sebaliknya mungkin akan berbentuk buat tomato, buah cempedak dan selepas itu akan ternampaklah isi yang menggeleber disana - sini...Sudah tentu akan menjadikan kita mula hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan masyarakat dan apatah lagi suami yang menjadi teman sebantal setiap hari...dan jangan ambil mudah..ini mungkin antara faktor kenapa cinta suami boleh beralih arah kepada wanita lain..Mesti diingat kaum lelaki dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu ..jadi tidaklah boleh menyalahkan kaum suami kalau sesekali mata mereka terlirik ke arah kecantikan wanita lain kerana sememangnya fitrah naluri mereka yg semulajadi...

Jangan pula menyalahkan suami kalau matanya mula terlirik pada kecantikan wanita lain sedangkan kita sebagai isteri tidak berusaha untuk mengekalkan lirikan mata suami kearah kita.. suami mana yang tidak jemu apabila pulang ke rumah sering melihat keadaan isterinya yang tidak terurus dengan rambut yang tidak bersisir rapi, baju yang terkadang sudah terlalu lusuh dan kotor dan membiarkan pula keadaan rumah seperti baru selepas dibom...Kalau ada suami yang bersikap terus terang dan berani menegur isterinya secara terus dan isteri pula boleh menerima teguran suami tersebut ...pastinya rumahtangga akan selamat.. tapi bagaimana pula kalau mendapat seorang suami yang lebih banyak berdiam diri dari memberi komen dan dalam diam-diam membuat hubungan rahsia dengan wanita lain..tidakkah ini akan meninggalkan kesan jangka panjang didalam hubungan suami isteri ?


Alhamdulilah, berkat tunjuk ajar ibu saya yang begitu kuat menjaga saya ketika dalam pantang dengan mengamalkan amalan meminum jamu, memakai barut yang diikat bersama ramuan herba dan bertungku dengan tungku besi yang dibuat khas oleh nenek saya dan telahpun dipakai turun temurun oleh keluarga kami dan diajar oleh ibu saya untuk bertungku seawal jam 5 pagi dan diulang sebanyak 5 kali sehingga pukul 11 malam sangat berkesan dan hasilnya berat badan saya tidak pernah naik melebihi sepatutnya dan saya tidak mengalami sebarang penyakit yang sering dialami oleh kaum wanita seperti lenguh-lenguh sendi, kebas kaki tangan dan anggota badan maupun sejuk disebahagian badan seperti yang kerap berlaku dikalangan ramai kaum wanita.

Namun penjagaan secara tradisional juga mempunyai pelbagai cara. Ada antaranya kurang sesuai dan tidak patut di amalkan. Seperti amalan minum mengikut sukatan 2 ruas jari sekali minum, amalan makan ikan kering dan ikan bilis sahaja semasa berpantang. Jika mengamalkan pemakanan begini bagaimana badan akan sembuh. Amalan minum mengikut sukatan ruas jari boleh menyebabkan masalah pada buah pinggang akibat kekurangan air. Dan tentu sekali susu juga akan kurang.

Kesan ketika semakin berumur, jika tidak menjaga pantang adalah seperti lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Kebanyakannya akan menjadi dingin dan lemah tenaga batin. Jangan sangka hanya lelaki sahaja ‘mati pucuk’. Perempuan juga mengalaminya. Keinginan untuk bersama suami menjadi kurang. Rahim juga akan turun akibat proses peneranan yang kuat ketika bersalin. Jika tidak dijaga, boleh menjadi penyebab kepada kerap buang air kecil atau terkencing ketika batuk, ketawa atau bersin.

Mengikut amalan tradisional Melayu pantang 44 hari. Namun digalakkan berpantang sehingga 60 hari atau sehingga 100 hari untuk memastikan rahim pulih sepenuhnya dan melambatkan proses penuaan.

Tiada bukti secara saintifik tetapi buktinya ini boleh dilihat melalui mereka yang telah mengamalkannya!...Jadi untuk mereka yang bakal menjadi Ibu...saya ucapkan Tahniah dan jangan lupa pesanan saya jangan lupa untuk meneruskan amalan berpantang demi untuk sebuah rumahtangga yang harmoni...


Share/Bookmark

39 comments:

Dida... said...

Salam...

Belum ada pengalaman la.. teringin rasa mcm mana org berpantang...

ZOOL@TOD said...

Isteri saya mengamalkan berpantang secara agak "ketat" (amalan orang jawa). Jamu, pilis, bedak hangat, manjakani, cekur, jerangau, lempuyang, sirih, bonglai, kunyit antara ramuan-ramuan yang menjadi minuman harian ketika berpantang. Makanan juga terlalu banyak yang tidak boleh dimakan.

Hasilnya, walaupun telah berusia 35 tahun (beranak 3), masih ramai menyangka isteri saya berusia kurang dari 25 tahun.

hai said...

Salam ziarah..
saya sangat bersetuju..bahawa kesan mengamalkan pantang ni akan nampak bila dah semakin berusia...
ramai orang yang tidak mengamalkan pantang ketika bersalin,mempunyai berbagai masalah kemudiannya...di bandingkan yang berpantang, malah akan nampak 'awet' biarpun mempunyai anak yang ramai.saya lihat budak2 sekarang ni,baru beranak sorang,badan cam orang dah beranak 6.

Leenoh said...

Salam Zai.
Bagus entri ini, memang betul kita kena ambil jalan tengah dalam menjalankan rawatan ini iaitu antara tradisi dan moden, makan ikan kering sahaja dan minum sedikit air tentulah tidak sesuai dengan orang yang baru bersalin kerana telah berlaku tumpah darah yang banyak dan ianya perlu dipulihkan.penyambilan makanan begitu tentulah tidak berdaya hendak dipulihkan dengan segera.
Dalam menjalankan pantang juga perlulah merujuk kepada ajaran Islam jangan melanggarnya, pantang dalam Islam ialah sehingga kering nifas, selepas itu perlulah mandi wajib dan menunaikan solat, sekiranya ingin meneruskan pantang untuk kebaikan kesihatan tidak salah diteruskan dan sebaik-baiknya kenalah berunding dengan suami.
Kesihatan selepas bersalin amat penting dijaga, kalau tidak kaum wanita akan bersara lebih awal dan akan menjadi masalah pula kepada suaminya, sebab itu orang dahulu rata-rata isterinya lebih muda beberapa tahun daripada suaminya kerana perkara ini dipertimbangkan, setelah berlaku perubahan hidup cara demikian agak sukar hendak dilaksanakan pada zaman ini.
Oleh itu gunalah kebijaksanaan masing-masing untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga asalkan jangan melanggar perintah Allah.

memoribilia said...

Petua pada masa kini tidak diamalkan lagi..Saya sebagai penuntut jurusan Akademi Pengajian Melayu menyokong amalam mengamalkan petua kerana ia merupakan ikthiar kita disamping doa kepada Allah dan petua ini juga merupakan satu warisan bangsa yang tinggi nilainya. Mengapa bangsa asing begitu berminatnya mengkajinya sedangkan kita melupakannya....

BUJANG SUSAH said...

Kak Zai.. saya selalu x boleh nak melawat blog kak zai.. selalu jer sy masuk blog kak zai pc saya mesti hang punya.. dulu ok jerr.. la ni dah x bleh.. sejak kak zai buat siapa yg masuk dalam blog kak zai kena dok berputar2 mcm panjat tangga berpusing.. harap kak zai adjust jadi standard semula.. ni pun setelah 18 kali mencuba baru leh masuk ni..

Pengasas said...

Salam Zai,
Isteri saya berpantang secara berpilih. Pantang tradisional pun ada yang saintifik. Tapi, berurut mesti. Saya sendiri mengurut isteri lepas bersalin.

Pengasas said...

Salam Zai,
Maaf datang lagi.
Saya juga mengalami masalah yang serupa dengan Bujang Susah. Masuk saja ke sini pc jadi bermasalah. Ada tangga berpusing, melingkari tepi skrin, lepas tu penuh, kemudian hilang. Baru keluar blog ni.
Entah-entah Zai ada pakai-pakai kut!!!

moy said...

setuju2 saya pun masih mengamalkan petua berbengkung, ubat periuk dan bertungku selepas bersalin.... kak zai moy pun kene macam dieorg la tp x la sampai komputer hang...

Razak said...

Salam kak zai,

Saya juga mengalami masalah yang serupa dgn Bujang Susah dan Pengasas, namun ianya tak jadi masalah sgt sebab sistem pc saya agak canggih boleh nampak keindahan dan kesan efek yang kak zai gunakan dalam setting website kak zai....

Nuffnang tu pun sering melambatkan upload website kak zai...saya pernah letak nuffnang tu kat website memang problem...bila di'removed' terus ok (making money on nuffnang ya kak erk)

jemarisepi said...

salam kak zai..
sy cukup setuju dgn amalan mengamal berpantang selepas besalin..
sy ingin berkongsi pengalaman...sy dulu pun mengambil masa 60 hari berpantang bersalin..bertungku selama 100 ari..peranas badan..sauna..minum air kunyit..kurang kan minum air..berbengkung..dan paling sy x lupa makan anak ikan haruan hidup...huhhhhhh
kebetulan sy dijaga oleh nenek suami sy yg mmg bidan diraja sultan kedah...jadi sy tidak terlepas melakukan semua tu...
bagi sy dgn nekad ia bukan mslh..bertungku sekarang sy tgk jarang yg nak amalkan...berbengkung apa tah lagi...betul,ia bukan nak untuk skrg sj tp di masa tua..masa tu kita kan nampak infect nya..
selain tu sy berpantang makan nenas,mangga,cuka,dan menda2 tajam selama 2thn manakala ais sy x amik selama hampir 3 tahun...
alahamdulillah..sy nampak hasil nya..cth perut tidak buncit & jarang kepenatan..halia & gula batu teman sy...

tp sekarang dah jarang org amalkan berpantang..menyusahkan katanya

a kl citizen said...

zai, saya setuju ngan bujang susah...
sekarang nak masuk blog zai...memang ada tangga berpusing tu.. pikir 2/3 kali gak nak masuk...

ntri yang ini memang best.. patut ikut macam zai.. maintain je kan

maiyah said...

ye lah Zai.. adik saya tak pantang.. baby tu pun dia bawa keluar jalan2. Dia kata doktor kata tak yah pantang, tak jadi masalah.

zai said...

Buat Dida..
Akak beri petua utk senang hamil..nak tak ??? kurangkan makan makanan dan buah2an yg sejuk utk kesihatan rahim dan boleh pergi mengurut perut secara bidan tradisional dan juga refleksologi (urutan kaki) utk membetulkan perjalanan darah dan kesihatan rahim disamping banyak2 berdoa pada
Allah..

apapun kita hanya berikhtiar tetapi hanya Allah yg menentukan..semoga cepat hamil..insyaALLAH akan adalah tu nanti..

zai said...

Buat Zool&Tod,
Isteri saudara Zool mmg hebat krn berjaya mengikut pantang larang tapi yg bestnye suami pula yg bagi pandangan dan pujian tntg keberkesanan tu..Tahniah..isteri saudara mmg hebat. Zai pun nak ambil petua dari camna boleh nampak muda 10 tahun tu hehehe.

zai said...

Buat Hai..
Terima kasih krn sudi singgah dan memberi komen utk pertama kali diblog saya..

Mmg benar ada sesetengah wanita yg nampak lebih tua dari usia sebenar disebabkan bentuk badan yg tidak seimbang...ada juga komen dari kawan2 yg menyalahkan gen keturunan yg mmg kesemuanya telah sedia besar2 belaka dan tak boleh berbuat apa2..

Mgkin juga ada benarnya faktor keturunan turut menyumbang kearah itu tapi saya tetap percaya dimana ada kemahuan, disitu ada jalan penyelesaiannya dan hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih betul tak..? :)

zai said...

Buat Sdr Leenoh,
Suka saya bila terima pandangan dari kaum lelaki nie tambah2 kaum bapa yg berpengalaman mcm sdr..
Mmg benar wanita harus berpantang lbh kurang dalam 40 hari..tetapi tempoh berpantang berkenaan darah nifas tergantung pada individu itu sendiri, ada yg darahnya sudah kering selepas 40 hari dan disambung dgn darah haid dan ada pula yg bersambung sehingga 60 hari tergantung kpd kebiasaan yg dialami oleh seseorang wanita itu tapi sebaik2nya perkara wajib spt solat haruslah disegerakan selepas tempoh berpantang 44 hari sekiranya tiada lagi darah yg mengalir kecuali darah haid..

Selain itu wanita dibolehkan bersama suami sekiranya tiada masalah slps berpantang..tiada had masa yg terbaik..tepuk dada tanya selera..

Terima kasih atas perkongsian komen yg panjang dan membina..

zai said...

Buat Memoribilia..
Terima kasih diatas komen adik..syukur kak zai generasi muda spt adik memoribilia masih menghargai amalan tradisional spt ini...selagi tidak melanggar syarak..kita bolehlah meneruskan amalan berpantang spt yang diajar oleh orang2 tua terdahulu..spt kata pepatah..orang tua2 ibarat kelapa tua..lebih tua lebih berilmu jadi setiap pantang larang yg diamalkan pasti ada bersebabnya.

zai said...

Buat Bujang Susah...
Hai Adik aku nie..apsal g namakan diri sendiri Bujang Susah,..haa..kan semuanya SUSAH jadinya...hahaha kak zai rasa nak gelakla sbb akak ni mmg mcm nie..ibarat spt cerita Luncai dgn labu2nya...pandai buat sesuatu lepas tu dah tak pandai nak mengubahnya semula sbb tak hafal..hahaha..sbb tula akak tak leh jadi menteri kat kabinet lain kecuali kat kabinet dapur dirumah jer..

zai said...

Buat Pengasas,
terima kasih diatas komen, lagi satu..wow..Prof sendiri yg jadi bidan mengurut erk ?? eei..bestla wife Prof camtu dah jimat banyak tak yah upah sesapa dah...saya plak tak tahan kena urut dgn suami sbb dia mcm nak buli jer..tapi dgn bidan boleh plak..mmg suami saya sengaja tu..hahaha

lagi satu komen tntg windows roaming yg berpusing2 tu...
aduhai..rasa nak gelak sampai tergolek-golek atas komen yg saya ada pakai2 tu...saya cuma testing cara pakai windows roaming aritu pastu terus tak pandai ubah semula..tapi setakat ni tak derlah masalah sangat dgn PC saya sbb ram dan kelajuan yg tinggi..

zai said...

Buat Moy bagus tu..jgn lupa utk mengamalkannya sampai bila2..moy pun dah tak lama lagi nak bersalin kan ? tahniah...gembira akak mendengarnya semoga melahirkan bayi yg comel dan montel dan gebu mcm emaknya..

zai said...

Buat Razak..
Terima kasih krn masih sudi singgah dan beri komen wlupun kak zai tau razak mesti sentiasa sibuk..

komen kak zai tntg windows roaming tu mcm razak juga...PC kak zai pun advance sikit so takderlah masalah sangat..

tentang Nuffnang tu..saja jer suka2 sbb akak suka tgk bentuk2nya yg mcm2.tentang buat duit tu ? rasa2nya mustahil kot utk akak dapat sbb langsung tak terpikir cara camna boleh dapat duit..biarlah camtu..

zai said...

buat jemarisepi..salam kembali
terima kasih kerana sudi singgah dan beri komen,
mmg benar amalan berpantang jika diikuti pantang larang orang2 tua dahulu mmg banyak khasiatnya..

cuma orang2 muda sekarang lebih malas dan suka berpantang cara moden dan ambil jalan pintas kerana percaya pada mitos bahawa tiada apa yg berlaku sedangkan kesannya bukan utk jangka pendek tapi utk jangka masa panjang..

sbb itulah ramai yg hanya berpantang...pantang nampak..semua bedal..pastu dimasa tua mulalah mengadu pelbagai macam rasa tak sedap badan..petua orang2 tua ini sbnrnya berdasarkan dari pengalaman bukan semata2 pesanan dan gembar-gembur utk menakutkan..

zai said...

buat aklcitizen..
hehehe..teacher pun pening gak ke..tak pelah hentam sajalah labu...zai masih dok belajar lagi nie cara nak upgrade my blog..tak pandai tapi nak mencuba inilah jadinya..

zai ni klu selepas berpantang mmg makan banyak tapi selalu amalkan minum air selepas 1/2 jam slps makan dan makan nasi tak bertambah kecuali sesekali..lain2 tu mcm biasa jer..alhamdulillah rasa2nya teacher lagi maintain dari saya..

zai said...

salam maiyah..
hmm..baik nasihatkan adik maiyah tu agar berhati2 sikit yer sbb orang tua2 ni selalunya lbh berpengalaman dari kita dan tahu sebab knp harus berpantang...mgkin kesannya bukan sekarang tapi pada masa umur telah meningkat nanti...apapun terpulanglah pada pandangan masing2..janji buat yg terbaik utk diri sendiri..

LotsOfLove-Pearls said...

salam...
first of all..
tersengih bac akomen utk bujang susah..
hehe..
a'ah ar....
ader 'sesuatu' round2 screen pc baru tembus blog..
chanteQ juga corak2 itu.
hehe..

zai said...

buat Pearls..
Thank you so much..sbb sudi komen, tntg bujang susah tu..hehehe..mmg dia tu kelakar orangnya dan namapun kelakar sbb tu akak nak suggest suruh dia tukar jadi bujang sepi ke, bujang terlajak ke, bujang kaya ke atau bujang trang tang tang..hehehe sbb akak tau dia tak suka jadi bujang senang...

LotsOfLove-Pearls said...

Wahaha...
Lagi senang Bujang Trang Tang Tang..
Ngeee...

Naper eh Kak.. Kalau masuk blog kak ni ader 'benda2' round2 screen pc then baru ble masuk blog. Mcm magic pun ada. Hehe...

Razak said...

Salam kak zai,

Memang boleh buat duit dgn nuffnang, cuba akak search dlm google "Make Money Online with Nuffnang Malaysia". Di situ ada cara2 dan garis panduannya.

ummi humaira said...

رَبِّي لاَ تَذَرْ نِي فَرْدًا وًاًنْتَ خَيْرَ الْوَارِثِين
maknanya: tuhan ku jgn le jadikan aku kesorangan sesungguhnya Engkau le sebaik2 pberi waris

doa sebagai penambahan buat Dida

Muhd Suhaily said...

Memang pantang kalau boleh, lakukan sebab ini bertujuan untuk kesihatan selepas bersalin. Banyak yang perlu dilakukan oleh kaum wanita malahan kaum lelaki juga kena perihatin terhadap isteri masing-masing yang baru bersalin,banyak yang perlu dijaga dan diambil tahu terutama dari segi pemakanan,kesihatan dan penjagaan bayi tersebut. Kalau yang sudah berpengalaman tak pelah,selok belok berpantang mungkin sudah menjadi kebiasaan apalagi kalau anak-anak 1 team bola. Bagi yang baru harus belajar,info sentiasa ada dari kawan-kawan,ibubapa,bahan bacaan termasuk maklumat dihujung jari anda.

nurazeeda said...

i luv this blog..... byk info

Anonymous said...

Hi colleagues, its impressive piece of writing concerning tutoringand fully
explained, keep it up all the time.

My web-site make money online in india

Anonymous said...

We are a bunch of volunteers and starting a brand new scheme in our community.
Your site provided us with valuable info to work on.
You've performed an impressive activity and our whole group will probably be thankful to you.

Also visit my web page: password unlocker

Anonymous said...

Yesterday, while I was at work, my cousin stole my iphone and tested to see if it can survive a 40 foot drop, just so
she can be a youtube sensation. My apple ipad is now broken and she has 83 views.

I know this is completely off topic but I had to share it with
someone!

Here is my web site ... $50 psn code

Anonymous said...

I have been surfing online more than three hours today, yet I never found any interesting article
like yours. It is pretty worth enough for me.
Personally, if all website owners and bloggers made good content as you did, the web
will be a lot more useful than ever before.

my web-site; cheats for dragonvale without jailbreaking

Anonymous said...

Simply want to say your article is as astonishing.
The clearness in your submit is simply nice and i can assume you're an expert on this subject. Fine with your permission let me to grasp your feed to stay up to date with coming near near post. Thanks 1,000,000 and please carry on the gratifying work.

Feel free to visit my website - Earn money simply for your opinions

Anonymous said...

ecigarette, e cigarette, e cigarette health, electronic cigarettes, electronic cigarettes, electronic cigarette

tips berpantang said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kelebihan Berpantang

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA