Monday, July 27, 2009

SUAMIKU..KUPOHON REDHAMU..



Salam...


Entri kali ini lebih kepada memberi peringatan kepada diriku dan juga kaum wanita yang lain agar sentiasa menjaga lidah ketika berkata-kata terutama ucapan kepada suami yang menjadi penyebab kaum wanita yang paling ramai menghuni neraka...Cuba pejamkan mata anda membayangkan selama ini betapa banyak dosa-dosa atas perkataan yang telah dikeluarkan hanya kerana satu anggota yang tak bertulang iaitu LIDAH dan kesannya yang sangat mengerikan..AZAB NERAKA yang dijanjikan oleh Allah untuk para Kaum Wanita yang berdosa dan yang akan kekal menghuni didalamnya untuk selamanya...


"Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah; dan keduanya
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1 :-


Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun'] Rasulullah SAW menyambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga,
Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi : "Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"


Share/Bookmark

33 comments:

relevan said...

Salam zai..syurga isteri di bwh tapak kaki suami..itu pun kalu isteri2 yang dapat suami yag baik dan bukan kaki terajang isteri..

kakcikseroja said...

dalam dunia sekarang, ada juga isteri yang melakukan segala-galanya. Adakalanya seolah-olah isteri lah ketua keluarga, sedangkan suami bersenang lenang dengan titik peluh isteri......
Saat isteri di tempat kerja, suami senang2 mencari cinta lain....

zai said...

Salam Relevan..
suami yang suka sepak terajang isteri tu tak layak dipanggil suami kerana Rasulullah SAW sendiri telah memberi peringatan kepada kaum lelaki utk sentiasa berbuat baik kepada ahli keluarganya dan akhlak baginda adalah sebaik2 contoh tauladan ditinggalkan sunnah baginda utk menjadi ikutan tapi sayangnya kita lebih memilih utk mengikut syaitan dan inilah yang banyak terjadi diakhir zaman ini...

abu muaz said...

Apa pun saling memahami antara pasangan perlu.Suami tahu haknya dan isteri tahu batas-batasnya mengikut syariat.

zai said...

Buat Kak Cik,
Diakhir Zaman ini..mmg tidak banyak lagi lelaki yang baik menghuni didunia ini kerana yang baik2 selalunya akan dipanggil lebih awal oleh Allah kembali kpdNYA dan tinggallah hanya beberapa kerat lelaki yang masih beriman..justeru itu anggaplah satu ujian yang diberi oleh Allah dan bersabarlah dan redhalah diatas ujian itu..Sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran yg berlipat ganda kepada isteri2 yang sabar diatas keburukan sifat suami..

Banyak contoh2 wanita tabah dizaman jahiliyah yg masih redha dan sabar walaupun mendapat suami yang jahat sptmana Asiah isteri Firaun yg beriman dalam diam..sedangkan Firaun adalah sejahat2 Manusia dimuka bumi yang mana jasadnya masih kekal sehingga kehari ini utk menjadi peringatan bagi mereka yg zalim..

Biarlah Allah yg membalasnya yang penting kita harus sentiasa sujud dan berdoa padaNYA memohon diberi kekuatan utk terus menempuhi ujianNYA..

Syaitan akan sentiasa cuba menggoda anak cucu adam sehingga hari kiamat agar kita menjadi pengikutnya..

Banyakkan bersabar kerana Sabar itu adalah separuh daripada Iman...

ZOOL@TOD said...

Lisan wanita (terutamanya ibu) merupakan doa yang mungkin dimakbulkan Allah.

Di kampung saya (diceritakan oleh ibu saudara saya) seorang ibu menyumpah kerana anak perempuan kesayangannya mengahwini orang yang bukan pilihannya. "Aku tak hingin zuriat engkau dengan XXXX" Setiap kali hamil 2-3 bulan, kandungannya hilang. Hingga sekarang wanita tersebut tidak mempunyai zuriat. (Wanita tersebut telah berumur lebih 45 tahun)

Saya gemar makanan yang agak manis sebaliknya masakan Mak saya lebih kepada pedas dan masin (masakan orang Perak). Mak saya kata," Esok kahwin je dengan orang Jawa, semua masakannya manis" Dan ternyata isteri saya berketurunan Jawa.

Wallahhua'lam.

a kl citizen said...

tazkirah yang sangat berguna

Razak said...

Salam kak zai...

Mudah bagi seorang isteri utk masuk syurga - taat pada Allah, taat pada Rasul dan taat pada suami selagi mana suami tak suruh buat maksiat, insya Allah selamatlah di dunia dan bahagialah di akhirat...

Dida... said...

Salam Kak Zai..

Terima kasih di atas peringatan ini... sebelum tidur kena buat rutin minta maaf dgn suami takut2 sepanjang hari kita bersamanya ada kata2 yg telah menyinggung perasaannya... manusiakan tak boleh lari dr mmbuat kesilapan... saya sbg manusia biasa yg lemah ini juga byk mbuat kesilapan.. terkadang tanpa kita sedari....

Tersepit di antara kehendak ibu & suami... mcmana nak selesaikan? takut digelar derhaka tp inilah yg mmbuat kita dlm dilemma...

anak laut said...

Ku pohon Keredhan-Mu

Lambaian Syurgawi
Tersentak…
Terganggu lena pagi
Tergapai tangan seakan mencapai
Membuat aku terfikir kembali…

Dalam lena itu
Ku lihat….
Sebuah taman indah
Bercahaya penuh damai

Leka di dalamnya
Sedang hati tertanya
Tempat apakah ini
Inikah namanya syurga???
Seperti yang kudengar
seperti yang ku baca
Seperti yang ku fahami
Tak inginku lepaskan syurga itu
Andai telah dalam pelukanku
Tak inginku keluar darinya
Andai telah disinari cahayanya
Ya Allah…
Izinkan aku terus di sini…

p/s: semoga Puan kekal bahagia sehingga di syurga bersama suami dan anak-anak,,:- anaklaut

hai said...

Di satu pagi,sepasang suami isteri bertengkar,kerana terlalu marah,dia kata "pergila tak yah balik2"lalu suaminya keluar terus kesawah untuk bekerja.Sehingga ke maghrib suaminya memang tak balik,sehinggalah orang menemui mayat si suami tadi di tengah sawah(sakit jantung).Kerana berasa berdosa yang teramat sangat terhadap suaminya ,akhirnya isteri tadi mengalami gangguan jiwa yang sangat kritikal...

maiyah said...

mmg skrg dah takde rasa hormat pada suami.. tapi bukan semualah, kalau suami baik isteri lak cam antu, kalau irteri baik.. suami lak cam setan hehe

atie said...

Salam Kak Zai,

Terima kasih atas peringatan ini, biasalah kita manusia nie ada mulut selalunya trlepas2... moga selalu ingat memperingati nie dapat memberi kita lebih peringatan terhadap perlakuan kita.

zai said...

Buat Abu Muaz,
Mmg benar..kalau suami dan isteri mengambil peranan masing2 didalam rumahtangga dengan sebaiknya..pasti rumahtangga akan aman damai tapi masalahnya kadang2 masing2 tak nak beralah dan berakhir dengan persengketaan.

s@yangh@sni said...

insaf sungguh yus hari nie...
yus salah seorang yang suka menyumpah2 tu..

terima kasih kak...
kena banyak bersabar lepas nie

zai said...

Buat Zool&Tod,
Mmg benar kata2 seorang ibu boleh menjadi satu Doa..oleh yang demikian setiap dari wanita yang bergelar ibu haruslah berhati2 ketika mengeluarkan kata2 terutamanya kepada anak2nya kerana dikhuatirkan terkeluar perkataan2 spt menyumpah anaknya..

Sesungguhnya Allah meletakkan kedudukan ibubapa didalam darjat yang tinggi selaras dengan susah payah mereka didalam membesarkan anak2 terutama ibu yang banyak menanggung derita dan beban ketika mengandung, melahirkan dan membesarkan..

Semoga kita tidak tergolong diantara anak2 yang menderhaka kepada kedua ibu bapa dan laksanakanlah tanggungjawap sebagai Suami selaras dengan sunnah Rasulullah SAW nescaya keluarga pastikan bahagia.

zai said...

Buat a kl citizen..
Sama2lah kita mempraktikkan sunnah Rasulullah SAW dan semoga kita mendapat keredhaan dari pasangan masing2..

zai said...

Buat Razak,
Terima kasih diatas nasihat yang diberikan..
Mmg benar cukup mudah untuk seorang isteri memasuki Syurga tetapi amatlah payah untuk kaum Wanita mengawal nafsu dan keinginan yang pelbagai lantaran kaum wanita yang dikurniakan dengan 9 nafsu dan 1 akal..pastinya Syaitan juga akan menjadikan wanita sebagai Perisai Utama didalam melaksanakan agendanya..

Apapun seandainya setiap pasangan suami isteri peranan mengambil peranan masing2 dan berpegang pada ajaran AlQuran dan mengikut sunnah Rasulullah SAW insyaAllah rumahtangga yang dibina akan kekal bahagia..

zai said...

Salam Kembali Dida...

Semoga Allah melimpahi Rahmat diatas kebahagiaan Rumahtangga yang dikecapi dan juga semoga Allah memperkenankan segala Doa2 Dida utk sebuah rumahtangga yang bahagia..

Sebaik2nya begitulah yang perlu dilakukan oleh setiap isteri, memohon Maaf dari suami pada setiap hari sebaik2nya ketika masing2 melangkah utk keluar bekerja dan sebelum tidur diwaktu malam kerana kita tidak pernah tahu bila ajal akan menjemput.

Berkenaan persoalan Dida, diantara Ibu dan Suami yang mana perlu didahulukan...

Tersebut didalam satu Hadis sahih riwayat Abu Daud, Nabi SAW pernah bersabda "Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang bersujud kepada seseorang yang lain, pastinya aku akan menyuruh si isteri supaya sujud kepada suaminya"

Hadis diatas jelas menunjukkan betapa Islam meletakkan hak suami didalam satu kedudukan yang tertinggi bagi seseorang isteri mengatasi kedua ibu bapanya.

Walaubagaimanapun srg isteri tetap dibolehkan utk melaksanakan tanggungjawapnya kepada kedua ibubapa selagi mana ia tidak mengabaikan tanggungjawap kepada suaminya.

Apabila berlaku pertembungan diantara hak dan kewajipan kepada suami dan hak terhadap kedua ibu bapa, maka si isteri diwajibkan terlebih dahulu mendahulukan tanggungjawap kepada Suami selagimana Suami tidak memerintahkan isteri melakukan perkara2 yang dilarang oleh agama spt membuka aurat dan melarang bersembahyang, berpuasa wajib dll yg diperintahkan oleh Allah.

Walaubagaimanapun isteri hendaklah menggunakan pendekatan yang berhemah dgn berlemah lembut dan memohon maaf kpd ibu-bapa jgn sampai terputus hubungan silaturrahim..

Selalulah berbincang dengan suami dan memberi penerangan dengan sebaik mungkin. Mudah2an Suami dapat bertolak ansur dan bersabar melayani kerenah kedua IbuBapa kita yg sememangnya menyayangi anak2 mereka..

zai said...

Buat anaklaut,
Terima kasih diatas sebuah puisi nan indah..

Terima kasih juga diatas doa anaklaut ukt kebahagiaan rumahtangga kak zai...Itulah yang diharapkan oleh setiap isteri, agar suami sentiasa menyayangi dan menghargai peranan srg isteri dan rumahtangga yang dibina kekal bahagia sehingga kehujung nyawa..

Semoga anaklaut juga cepat2 bertemu jodoh dan dikurniakan seorang isteri yang solehah..

zai said...

Buat Hai...
Sedihya mendengar kisah yang diceritakan oleh Hai tu...Nau'zubillah...Moga2 kita dijauhkan dari perkara2 seperti itu...

Setiap isteri wajib menghormati dan mentaati suami selagimana tidak menjurumuskan kearah Maksiat krn Syurga Isteri adalah tergantung diatas Redha suami..

zai said...

Buat Maiyah...
Nasib seseorang itu tidak sama, dan tidaklah Allah menurunkan ujian semata2 utk menguji keimanan dan ketakwaan kita...Sedangkan Nabi SAW sendiri tidak pernah terlepas dari ujian oleh Allah walaupun baginda adalah sebaik2 Makhluk dan menjadi kekasih Allah..

Setiap isteri atau suami yg mendapat pasangan yg buruk tingkahlaku harus bersabar dan berdoa berterusan mudah2an pasangan kita akan berubah laku dan insaf kerana tiada yang mustahil utk berlaku dengan izinnya..dan seandainya masih gagal penceraian adalah jalan terakhir utk dilakukan namun ia tetap menjadi perkara Halal yg dibenci oleh Allah..

zai said...

Buat atie..
Mmg benar tu..namapun Manusia Biasa..pastinya setiap dari kita tidak akan terlepas dari dosa yang dilakukan saban waktu..

Apa yang penting apabila tersedar, haruslah kita cepat2 bertaubat kepadanya dan memohon Maaf kepada sesiapa jua yang kita lukakan hatinya...

zai said...

Buat S@yangH@sni,

Mmg diantara kita tiada yang terhebat..jadi sebagai isteri yang juga insan biasa dan tidak terlepas dari segala dosa..marilah kita saling ingat mengingati antara satu sama lain..

Terima kasih kerana sudi bertandang dan memberi komen.

AzMas said...

saya juga mungkin bukan isteri terbaik buat sang suami.. tapi dah mencuba untuk buat yang terbaik. saya manusia biasa, terbaik tahap manalah dapat saya persembahkan. tapi takkanlah setakat ada sikit2 kekurangan tu saya harus berundur dari hidupnya??? Oh itu sungguh keeejam namanya. Aduhai sang suami terimalah diri ini seadanya.. sebagaimana yang dikenali dari mula. Itulah diriku yang tak pernah berubah. Yang tak pernah menyembunyikan walau secebis pun sikap dan perilaku. Semua dah ditunjukkan dari mula..

Pengasas said...

Salam Zai,
Rasulullah menyebut ramai wanita dalam neraka itu mungkin neraka kelas tertentu sahaja. Namun, lelaki juga ramai dalam neraka, tapi neraka kelas yang lain. Takkanlah lelaki yang menganggap isterinya kuli dalam rumah tidak masuk neraka? Bukankah ramai para suami yang menganggap isteri sebagai tukang masak, tukang kemas rumah, tukang cuci pakaian, tukang buat air, etc. Sebenarnya itu semua bukan kewajipan para isteri.

BUJANG SUSAH said...

Alhamdulillah.. maaf kak.. susah sgt nak dpt masuk blog akak ni.. ni pun setelah 1,400 kali mencuba.. letihnya...

zai said...

Salam AzMas,

Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang dan kita adalah umat yg bertuah krn dilahirkan sebagai umat nabi Muhammad SAW dimana Nabi Muhammad SAW telah memohon dari Allah SWT utk menangguhkan Bala keatas umatnya sehingga hari kiamat. Tidak seperti umat2 yang terdahulu yg mana kesan perbuatan mungkar mereka akan dibayar Tunai oleh Allah SWT..

Nabi Muhammad SAW adalah sebaik2 Tauladan utk menjadi Pemimpin Ummah dan juga seorang Datuk, Suami dan Bapa yang terbaik kpd ahli keluarganya..Malah ditinggalkan sunnah beliau untuk menjadi ikutan tetapi sayangnya telah ramai yang terleka dibuai nikmat dunia sehingga lebih memilih utk mengikut hawa nafsu dari menggunakan akal...

Kak Zai bukanlah seorang alim ulama yg pandai memberikan nasihat tetapi percaya persefahaman didalam rumahtangga adalah sangat perlu dan suami isteri perlu memberi peluang dan ruang kpd pasangan masing2 utk duduk berbincang dan mencari penyelesaian keatas segala masalah yang timbul kerana perkahwinan adalah merupakan satu perkongsian dari segala sudut dan bukanlah hanya menjadikan isteri sbg tempat utk melampiaskan nafsu semata2..Jika nawaitu Suami dari permulaan perkahwinan sudah tidak betul pastinya agak susah utk Suami itu sendiri mengemudi pelayaran rumahtangga yg pastinya sesekali akan dipukul gelombang..

Disebabkan itulah Islam menetapkan supaya memilih pasangan yg beragama agar selamat di dunia dan akhirat...

Semoga Rumahtangga AzMas berbahagia dan kekal hingga ke hujung Nyawa...

zai said...

Salam Pengasas,

Terima kasih byk diatas komen, Maaf jua dipohon seandainya komen yg diberi..Zai percaya isteri Pengasas adalah antara Wanita yang bertuah kerana memiliki suami yg sangat prihatin dan bertanggungjawap terhadap keluarga. Sebenarnya ciri2 inilah yg dicari oleh kebanyakan wanita tetapi mungkin Lelaki yang Beriman dan baik didunia ini semakin kurang dan dunia semakin dipenuhi oleh lelaki2 yg berhidung belang dan tidak beragama..justeru itu lahirlah sebuah rumahtangga yg kucar kacir hanya setelah beberapa bulan dibina..terlalu banyak penceraian diakhir2 ini yg mana zai percaya kedua2 pihak turut menyumbang kearah keruntuhan sesebuah perkahwinan tersebut.

Yg penting Suami-Isteri harus ada sifat tolak ansur dan saling memahami tugas dan peranan masing2 demi utk membina sebuah rumahtangga yg bahagia. Kalau tidak sia2lah perbelanjaan perkahwinan yg dikeluarkan utk sebuah perkahwinan yg tak mampu bertahan lama.., bukankah itu membuang masa namanya.

Tentang isi neraka pula..menurut pembacaan hadis Anas Bin Malik ra..Rasulullah SAW pernah bertanya Jibrail tentang keadaan neraka dan Jibrail telah memaklumkan bahawa Neraka terbahagi kepada 7 bahagian iaitu :

Neraka itu mmpunyai 7 pintu dan tiap2 Pintu, ada bahagiannya yg tertentu bagi lelaki dan perempuan dan setiap pintu ke pintu perjalanannya memakan masa selama 70 ribu tahun lamanya dan tiap2 pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda (yakni yang terkebawah lebih panas)dan dibahagikan spt berikut :-

Pintu terbawah khas kepada orang2 munafik dan orang2 kafir setelah diturunkan mukjizat nabi Isa as serta keluarga firaun namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang2 musyrikin bernama Jahim;

Pintu Ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar

Pintu Keempat tempat iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama ladha;

Pintu kelima tempat org yahudi bernama Huthomah;

Pintu keenam tempat orang nasara bernama Sa'eir
dan

Pintu ketujuh adalah utk umat Nabi Muhammad yg sehingga mati tidak sempat bertaubat...

Jadi.. mungkin 2/3 isi neraka adalah perempuan itu adalah mungkin datangnya dari Pintu Neraka yang ke 7 sptmana disebutkan diatas tadi...

Wallahualam...seandainya terdapat percanggahan lebih baik bertanya yg lebih afdal kerana zai bukanlah seorang yg arif didlm bidang ini..

Sesungguhnya yg baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu semuanya dari kelemahan saya sendiri.

zai said...

Buat Bujang Susah..

Nape yer erk...akak pun tak tau nak merawatnya sbb orang lain ramai yg boleh masuk dan komen takder plak masalahnya...agaknya sbb nama komersial adik tu Bujang Susah tu yg menjadikan segala2nya bertukar menjadi Susah...

Sorila erk..jangan marah yer.gurau2 jer tu...

LotsOfLove-Pearls said...

Salam Kak..
betul ar kak..
pempuan memang mudah menyumpah..

kekadang sendiri pun terlepas cakap bila dh luar kawalan..
insaf..
insaf..

zai said...

Buat Pearls..
Terima kasih Pearls kerana sudi beri komen, Kak Zai very proud sbb walaupun sbg non muslim. Kak Zai percaya Pearls telah banyak belajar mengenai kehidupan kami sebagai orang islam.

Semoga Pearls juga akan lebih belajar mengenai Islam yg sememangnya agama yg Indah tetapi ramai penganutnya masih gagal mengikuti suruhan Tuhan kerana dorongan Syaitan yg ingin melihat umat Islam menjadi temannya didalam neraka..But InsyaAllah..Manusia yg Beriman tetap akan beroleh kemenangan akhirnya..

Anonymous said...

salam kak, saya share ye...

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA