Saturday, July 4, 2009

HIDAYAH - ANAK PADERI MASUK ISLAM

Nama saya Farhan Bin Abdullah.
Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya di dalam program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan (betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A -3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.

Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya kerumah cikgu. Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya-

Mengapa orang Islam sembah kaabah- Sebenarnya semua agama sama sahaja.Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.

Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya. Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain ?

Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3- konsep ketuhanan Jesus

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa orang malaya' datang
kerumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz itu, saya mengagumi cara hidupnya. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu. Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah.

Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluargasaya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum sayadibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah, Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu.

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwahpun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat. Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku- buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku- buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita. Ayah saya menganut Agama Islam Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah... saya terus menangis...saya pejamkan mata. saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu.... Peristiwa yang saya alami sewaktu
memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaannya.? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"You apa tahu... Islam pun baru setahun jagung....."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam. Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam. Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al- Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan
selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.

Semoga, dari cerita yang kita dengar ini dapat menjadi iktibar dalam diri kita dan dapat kita sampaikan kepada insan - insan lain yang berada di sekeliling kita.

Share/Bookmark

17 comments:

a kl citizen said...

salam zai... semoga kita beringat selalu

maiyah said...

Kekuasaan Allah tiada batasannya, Allah membuka pintu hati orang2 yang di kehendakiNya

Dida... said...

memang sekarang kita nampak.. org Islam sendiri yg menyulitkan org Islam utk berdakwah dgn pelbagai sekatan..... entah ler.. memang menyedihkan...

Wallahua'alam...

insan marhaen said...

Allah tidak akan bertanya apakah kita telah berjaya. Allah akan bertanya apakah kita telah usahakan. Matlamat tidak boleh menghalalkan cara. Ia mesti diringi dengan dengan niat dan cara yang betul.

Ada 73 jalan menuju akhirat. Akan tetapi hanya ada satu sahaja jalan yang benar. Jalan itu adalah Sunnah wal jamaah. Ikuti jalan itu...

- jinggo - said...

saya pernah beberapa kali bersama ustaz farhan ( jemputan disurau tempat saya - dirawang )- memang apa yg puan tulis seakan mendengar ceramah ustaz farhan.
semuga perkongsian ini kita semua dapat menzahirkan keinsafan.......

ARIFF BUDIMAN said...

Salam zai..Kadang-kadang pagi kita islam. Petang kita kafir. Ada pula pagi kita kafir dan petang kita islam. Semoga Allah berikan kita kekuatan untuk terus berbakti kepada umat islam. Kita merupakan islam warisan

DaliaLiyana said...

alhamdulllilah...makin ramai yg beragama Islam...semoga zaman kegemilagn Islam satu ketika dahulu yg berjaya menakluk 2/3 dunia akan dapat dikecapi semula...aminn

DEPU-DEPU said...

Salam...

Subhannallah!..Beruntunglah mereka yg diberikan oleh Allah hidayah dan petunjukknya...
banyak lagi kisah sebegini...dan kisah ini hanya sekelumit...semoga kita mendapat rahmat dari yg maha esa..

zai said...

Buat Teacher,
Betul tu cikgu..kita kena selalu beringat..

zai said...

Buat Maiyah,
Betul kata maiyah, tak semua orang mendapat Hidayah, beruntunglah orang yg mendapat hidayah dariNYA

zai said...

Buat Dida,
Setuju sangat2 dgn pandangan Dida tu..kadang2 orang Islam sendiri yg menghalang usaha dakwah ini dan mempertikaikan pula undang2 yg Allah cipta..org mcm ni kena dakwahkan semula, mmg dah sah jauh menyimpang dari landasan

zai said...

Buat Insan Marhaen,
terima kasih atas nasihat yg berguna..mmg benar selagi kita berpegang pada tali Allah insyaAllah kita tidak akan mudah tergelincir..

zai said...

Buat Jinggo,
Saudara Jinggo bertuah kerana dapat mendengar dan melihat sendiri tuan tubuh yg mengalami peristiwa hijrah ini...keimanannya mmg mengagumkan sdgkan orang melayu yg lahir sbg islam pun masih tiada kesedaran betapa indahnya ISLAM..

zai said...

Buat En Ariff Budiman,
Itu yg menakutkan..sbb itu kita digalakkan beristigfar pada setiap masa dan ketika, tidak tahu disaat mana kita tergelincir dan terkeluar dari akidah..

zai said...

Buat DaliaLiyana,
Amin...moga2 Islam terus berkembang dibumi Malaysia selamanya dan lebih ramai org islam mengimarahkan rumah Allah yg semakin kesepian dari pengunjung

zai said...

Buat Sdr Depu-Depu,
Mmg benar sbnrnya ini hanyalah sebahagian daripada kisah yg tersembunyi..masih byk kisah2 penghijrahan saudara baru kedalam Islam dan cabaran yg menguji keimanan mereka yg tidak kita ketahui..semoga semakin ramai yg mendapat hidayah dari NYA..

mia said...

maaf.. saya ingin bertanya soalan kepada Encik Farhan.
Encik, Mungkin Encik pernah mengalami peristiwa ayah Encik dan orang lain di sabah mengislam kan orang. Encik. Maaf disini kalau saya bangkang.
Saya ni kristian. Dan untuk pengetahuan Encik, Saya berminat dengan Islam dan sedang mendalami ilmu tentang Islam. Ye Islam adalah baik. Sebab tu saya memilih Islam sebagai agama dalam hidup saya. Masalah nya di sini.
Encik tak berhak semata2 dosa orang kristian yang Encik kenal. Encik libat kan kaum kristian yang lain. Encik. Kristian yang sebenar juga tak memaksa orang lain untuk masuk kristian. Ini bukan paksa rela. Sama macam Islam.
Dan Holy Water juga. Holy water dibuat oleh Gereja Sendiri. Takkan semua Holy Water di dunia ni, Pope yang jampi. Yang tu kategori Psiko.Sama seperti air bacaan Yasin. Xde dijampi semua. Encik. Di sini saya mohon sangat2 Encik. Encik Nak islam kan orang lain. Tapi dalam Islam, xbaik mengutuk agama orang lain. Jangan hanya setitik NILA, ROSAK SUSU SEBELANGA. Harap encik Tayang kan comment saya ini. Saya ingin perbaiki pembohongan ni. Terima kasih

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA