Makam Imam Al-Bukhari di [[Samarkand]] terletak 12 kilometer di utara Samarkand.
Cendekiawan Islam Zaman Kegemilangan Islam | |
---|---|
Nama: | Muhammad al-Bukhari |
Gelaran: | Imam Bukhari |
Lahir: | 194 H |
Wafat: | 256 H |
Mazhab: | Syafie |
Etnik: | Parsi |
Rantau: | Empayar Parsi |
Bidang: | Hadis |
Karya: | Sahih Bukhari |
Pengaruh: | Imam Muslim |
Diilhami: | Imam Ahmad |
Salam para sahabat... kita sering mendengar tentang hadis-hadis sahih karangan Imam Al-Bukhari dan Muslim, tapi siapakah cendiakawan islam yang tersohor ini..?? jom berkenalan dengan salah seorang dari mereka..mudah2an akan menambah kecintaan kita kepada keindahan Islam dan mengimbau kembali kehebatan ilmuan Islam yang begitu sabar dan tabah menegakkan syiar Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW ...
Imam al-Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur negeri [[Turkestan]]. Bapanya meninggal dunia semasa ia masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban apa sahaja untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau.
Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah. Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadis [[Nabi Muhammad s.a.w.Rasulullah s.a.w.]]

Pengajian Hadis
Ketika berumur 16 tahun, Imam Bukhari pergi ke [[Makkah]] bersama ibunya untuk menunaikan [[Haji]]. Imam Bukhari terlalu seronok berada di Makkah sehinggakan dia memanjangkan tempoh lawatan di [[Makkah]] untuk membolehkan beliau berguru dengan cendekiawan di Makkah. Pada umur 18 tahun, Imam Bukhari menerbitkan bukunya yang pertama mengenai sahabat-sahabat [[Nabi Muhammad s.a.w.Rasulullah s.a.w.]], dan selepas itu buku sejarah bertajuk "Al-Tarikh-al-Kabir".
Imam Bukhari amat meminati sejarah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan menumpukan banyak tenaga bertemu dan belajar dengan cendekiawan yang terulung untuk mempelajari dan membahaskan hadis Rasulullah. Imam Bukhari melawat [[Damsyik]], [[Kaherah]], [[Baghdad]], [[Basra]], [[Madinah]] dan lain-lain tempat untuk belajar dan membincangkan hadis-hadis yang dipelajari. Semasa di Baghdad, Imam Bukhari selalu berbincang dengan [[Imam AhmadImam Ahmed Hanbal]], pengasas fahaman (mazhab) Hambali.

Semasa pengembaraannya, Imam Bukhari hanya mempunyai satu matlamat – mengumpulkan seberapa banyak ilmu yang mungkin boleh dikumpul untuk membolehkan beliau membuat pengumpulan yang terbesar sunnah hadis [[Nabi Muhammad s.a.w.Rasulullah s.a.w.]]. Beliau begitu giat menulis, dan pada satu ketika berkata "Saya sudah menulis mengenai 1800 orang, setiap satunya meriwayatkan hadis [[Nabi Muhammad s.a.w.Rasulullah s.a.w.]], dan saya hanya menulis mengenai mereka yang lulus ujian yang ditetapkan."
Imam Bukhari mempunyai ingatan yang mengkagumkan, dan sumbangannya terhadap sains pengumpulan hadis tidak dapat ditandingi. Dia merakamkan hadis [[Nabi Muhammad s.a.w.Rasulullah s.a.w.]] dalam buku "Al-Jami-al-Sahih”. Dia membuat penyelidikan selama 16 tahun dan meneliti 600,000 buah hadis sebelum memilih 7,525 buah hadis yang beliau berpuas hati menepati takrif kesahihan yang beliau tetapkan.
Kepopularan Imam Bukhari menimbulkan perasaan iri hati di kalangan beberapa orang ulama yang akhirnya mengakibatkan beliau diusir dari bumi [[Bokhara]] oleh Gabenornya. Dia mati dalam buangan pada malam [[Aidilfitri]] dalam tahun 256 [[Hijrah]] di Khartank dekat [[Samarkand]].

10 comments:
Salam kak Zai,
Alhamdulillah kakak mengingatkan kembali kenangan saya ziarah makam Imam Bukhari tu dan dapat masuk ke dalam.
tahniah kerana ada lagi orang yg sering2 mengingatkan...
kita lupa..
kita alpa kadang2.
terima kasih.
Salam kak.. thanks for sharing this info.. saya pun ada baca juga.. tp ringkas je.. yg ni agak detail skit...
nice entri...
Salam Zai.
Seorang yang ulamak hadis yang tersohor dan paling hampir dengan generasi terdekat Rasulullah (s.a.w.) ialah al-Bukhari. Hanya 1% yang disohihkannya dari jumlah 600,000 hadis riwayat yang diteliti. 99% lagi hadis dhoif.
Sekarang kita berada 1200 tahun selepas zaman al-Bukhari dan 1430 tahun selepas zaman Rasulullah (s.a.w). Kita harus memartabatkan 100% dari koleksi sohih al-Bukhari dan menolak 100% dari 99% yang dhoif. Musuh-musuh Islam (illuminati dan dajjal) akan cuba 100% mengorek dari 99% yang dhoif dan sebarkan di internet. Musuh juga akan cuba 100% memanipulasi 1% yang sohih dan disebar lagi di internet. 100% cubaan lagi akan mengadakan hadis-hadis palsu ciptaan sendiri. Cuba kira berapa banyak hadis dhoif dan palsu yang tersebar di internet? Musuh cuba memanipulasi kalimah-kalimah dalam al-Quran sepertimana mereka berjaya memanipulasi kandungan Injil dan Taurat. 100% mereka gagal melawan janji Tuhan sebagai memelihara al-Quran. Beringatlah ketika memetik hadis...silap pilih kita pun bersubahat sama. Iblis telah bersumpah akan cuba bersungguh-sungguh menyesatkan anak Adam sehingga Kiamat.
Semoga kita sentiasa di bawah lindungan Tuhan.
Salam Razak,
Subhanallah..Razak mmg bertuah kerana telahpun banyak mengembara dan berkunjung ketempat2 bersejarah yg menghimpunkan kenangan para anbia dan para syuhada..pasti banyak kebesaran Allah yang telah ditemui..anda mmg insan yang bertuah..akak bangga punya shbt maya spt anda..
Buat Jinggo,
Sekadar menghimpunkan sejarah para anbia dan para syuhada buat renungan bersama...
Buat Dida,
Akak bukanlah seorang cendiakawan cumalah insan biasa yg banyak kelemahan cuma berkongsi ilmu sekadar yg termampu...Terima kasih Dida kerana kerap menziarahi blog yg tak seberapa ini..
Buat a kl citizen,
Mmg indah kisah perjuangan para anbia dan para syuhada yg telah lama meninggalkan kita ttp masih menjadi sebutan sehingga kini..walau beribu tahun telah berlalu tetapi kesannya tetap ada menjadi bukti kekuasaan Allah yg Maha Kaya dan Bijaksana..
Buat Zaidi Ali,
Terima kasih atas sebuah nasihat yg amat bernas tersebut, mmg benar terlalu banyak hadis2 palsu dan hadis2 sohih yg bercampur aduk diterima pakai oleh kebanyakan kita..sesungguhnya kita semua manusia biasa sudah pastinya terlalu banyak kekurangan..dan saya memang memerlukan shbt2 maya yg arif spt anda dan rakan2 blogger yang lain utk membantu meluruskan jalanku yang masih bengkang bengkok...
Semoga akan lahir lebih ramai ilmuan islam yg bijaksana diakhir zaman ini berjuang dlm satu landasan..
Post a Comment