Sunday, July 5, 2009

PETUA RUMAHTANGGA BUAT KAUM IBU

Kisah Puteri Rasulullah s.a.w. yang bernama Siti Fatimah r.a. Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s.a.w.Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r.ha., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s.a.w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain. Namun jauh di sanubari Rasulullah s.a.w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadanya, "Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia." (Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan.

Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata-kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak,memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s.a.w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.

Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."

Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti,sehinggalah Rasulullah s.a.w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s.a.w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.
Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"
Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, 'Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."
Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.

Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya.

Saya dah amalkan. Insyaallah semua perkara beres setiap hari dan mudah.

Share/Bookmark

10 comments:

Unknown said...

semuga hari ini kita lebih baik dari semalam - dan dipermudahkanNya dalam segala urusan kehidupan...

N3 yg amat2 menarik

Guru said...

petua yang sangat sangat sangat baik.. tq

Ummu Mishkah said...

alhamdulillah, saya pun dah amalkan dan merasakan perbezaan sebelum dan selepas.. :)

Anonymous said...

Salam Zai.
Walaupun saya bukan dari "kaum ibu", saya juga boleh amalkan petua ni kan? Semoga dipermudahkan kerja saya memotong batu. Amin.

Maiyah said...

Saya selalu bayangkan kehidupan Rasulullah SAW dan membayangkan macamana wajahnya

DEPU-DEPU said...

Salam ziarah sekali lagi...

Kisah ini menjadi teladan kepada isteri-isteri di luar sana..Insyallah petua itu akan diamalkan.

Abd Razak said...

Salam...

Setiap amalan atau sunnah yg Nabi tunjukkan semuanya baik & menjadi petunjuk utk kita amalkan dlm kehidupan seharian

Pengasas said...

Salam Zai,
Kalimah-kalimah yang membawa 1,001 rahmat.

Dida... said...

InsyaAllah akan diamalkan... terima kasih.. kadang2 terlupa jugak bila dah terlalu mengantuk.. smpat baca doa tidur je.. pastu dah padam... heheh..

zai said...

Buat Jinggo,
Amin...semoga kita semua dipermudahkan dlm segala urusan seharian sebagaimana amalan Rasulullah..

Buat aklcitizen,
betul tu..mari kita sama2 jadikan amalan seharian..

Buat Ummumishkah,
Alhamdulillah...klu selalu diamalkan pasti kita sendiri akan sendiri mengakui kebenarannya.

Buat Zaidi Ali,
Hehehe bunyi mcm merajuk jer...terlupa pula nak tambah kat entri buat kaum ibu dan bapa.., sbnrnya pesanan Rasulullah adalah utk sekalian umatnya..moga2 ia dapat menjadi amalan kita seharian..

Buat Maiyah,
Tentu bestkan kalaulah semua akhlak lelaki kat dunia ni mcm Rasulullah penuh kelembutan dan kasih sayang kpd keluarganya...

Buat Depu-Depu,
Betul tu..marilah kita dan pasangan amalkan moga2 bertambah kasih sayang..

Buat Razak,
Betul tu ustaz, Rasulullah telah meninggalkan alquran dan Sunnahnya utk diikuti..mmg sungguh indah akhlak baginda...

Buat Pengasas,
Memang sekiranya diamalkan segala yg berat akan menjadi ringan dgn zikrullah..

Buat Dida,
Mmg sllunya mcm tula..bila dah mula membaca matapun jadi smkin berat...hehehe

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA