Sunday, June 21, 2009

(AYAH) BETAPA AKU MENDAMBAKAN KASIHMU..

Walaupun aku tidak berpeluang untuk merasai kasih sebenar seorang bergelar ayah..aku tetap bersyukur kerana aku masih mempunyai seorang bapa..bukan kerana ayahku telah meninggal dunia, tidak ayahku masih hidup sehingga kini dan telahpun berusia 60 tahun tetapi kerana jurang yg dicipta olehnya semenjak anak2nya lahir kedunia sehinggalah ke harini..aku masih belum mengerti kenapa dia sukar untuk menyesuaikan dirinya sebagai seorang bapa..tidak pernah ada peluk cium dan kata2 nasihat untuk kami 8 orang zuriatnya..segala beban tanggungjawap utk membesarkan anak2 dan memberi pendidikan dunia dan akhirat dilepaskan diatas beban bahu ibuku untuk dipikul berseorangan. Pada kami, ibulah menjadi ayah dan ibu tempat kami bermanja...sedangkan abah menghabiskan hari2 yang berlalu dengan dunianya yg tersendiri..apa yg kekal diingatan adalah hanya pukulan, tengking, herdik dan renungan tajam sehingga timbul urat2 mata kemerahan apabila ada yg tidak kena dimatanya..kata nenekku ayahku mewarisi sifat datukku yang juga seorang yg bengis dan ayahku walaupun anak lelaki tunggal tidak pernah sempat merasa kasih sayang ayahnya..dan sifat itu kini diwarisi oleh ayahku...Aku memang sangat bersimpati pada ayahku tentang masa silamnya tapi entah kenapa dia tidak mengambil iktibar peristiwa hitam bersama ayahnya utk mengubah kehidupannya menjadi lebih baik...
Pun begitu aku sangat bersyukur krn memiliki ibu yg sgt tabah dan penuh kasih sayang terhadap anak2nya...Dan Doa Ibu utk kebahagiaan hidup rumahtangga anak2nya dan agar nasib kami tidak sepertinya mmg telah dimakbulkan oleh Allah....kesemua 4 org menantu ibu sangat baik akhlak didalam melayani keluarga sebagai seorang suami dan ayah..
Buat suamiku, ZULKIFLI AHMAD, SELAMAT HARI BAPA kuucapkan padamu..sesungguhnya aku sangat bahagia melayari rumahtangga yg telah kita bina selama 15 tahun ini, setiap hari yang kita lalui bersama sentiasa menjadi kenangan terindah utk kusematkan kedalam hatiku selamanya, segala budi dan jasamu menjaga ku bagai menatang minyak yg penuh setiap kali aku didalam pantang melahirkan zuriat kita dan apatah lagi semasa aku melahirkan anak kembar kita akan terus kukenang. Betapa aku sangat menghargai jasamu membantuku menjaga anak2 dan menolongku didalam hal rumahtangga malah kau tidak malu utk membuat kerja2 rumah, memasak dan membasuh dan sebagainya walaupun disaat kau pulang bekerja dan keletihan dan tidak pernah aku mendengar rungutanmu tentang betapa penatnya kau utk menolongku dan aku sangat bersyukur kerana sehingga kini lenganmu masih menjadi bantalku setiap malam dan ketahuilah suamiku walaupun sebagai manusia biasa kau tidak terlepas dari segala kekurangan, ia tidak pernah berbekas dihatiku kerana cukuplah kau dan aku kita saling menerima seadanya...
Buat Abah, kami sebagai anak2mu akan terus berdoa moga2 Allah akan membuka hatimu utk mengasihi ibu sebagai selayaknya seorang isteri dan menerima kehadiran kami sebagai zuriatmu dunia dan akhirat...kerana sehingga kini aku masih terus berharap agar dapat merasai kasih sayang sebenar seorang ayah suatu hari nanti sebelum matamu dan mataku terpejam rapat..
Buat Rakan2ku yg telah berumahtangga yg telah bergelar ayah dan bakal bergelar seorang ayah...Jadilah Anak, Suami dan Bapa yang terbaik terhadap keluargamu agar Memori Kenangan Terindah akan Kekal Terpahat dihati Isteri, Keluarga dan Anak2mu...Jadikanlah ceritaku ini sebagai satu iktibar...
************************************************
Sesungguhnya segala yg buruk itu datangnya dari kelemahanku sendiri dan segala kebaikan itu adalah dari Allah jua..

Share/Bookmark

7 comments:

Precious said...

Adussss ... peringatan begini lah yang perlu disampaikan selalu. Sama2 lah kita pesan memesan semoga hidup kita di dunia dilimpahi hidayahNYa. Amin!

ummumishkah said...

Mungkin kita tiada sesuatu, tapi Allah gantikan dengan yang lebih baik...

a kl citizen said...

alhamdulillah... pernah saya terbaca berkait dengan entri ini, tentang ibu atau bapa yang kurang menunjukkan kasihnya... kita (anak) tidak wajib menyayangi, tetapi kita wajib mentaati dan mendoakan mereka . wallahualam.

zai said...

Buat Precious,
Terima kerana sudi singgah dan memberi komen anda..

Buat ummumishkah,
Mmg benar spt kata2 saudari, mungkin kita tiada sesuatu tetapi Allah menggantikannya dengan sesuatu yg lebih baik..

Buat aklcitizen,
mmg betul kata2 teacher, Peredaran Masa akan tetap berlaku, masing-masing akan tua dan bergelar org tua, sememangnya kita wajib mentaati kedua ibu-bapa walau seburuk manapun akhlak mereka ttp mereka ttp ibubapa kita dunia dan akhirat..terima kasih diatas komen

ZOOL@TOD said...

Moga Allah melembutkan hati ayah puan. Amin

kakyong said...

salam kenal, salam membalas ziarah..

intipati cerita kita hampir sama... semoga Allah bukaka pintu hati ayahnde kita....

kakyong said...

link blog kak zai, kakyong masukkan di sini ya...

http://kakyong72-bloggerlist.blogspot.com/

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA