Monday, June 29, 2009

CARI CALON MADU


MOHD. NOR membetulkan tudung isterinya, Wook Kundur ..


HULU TERENGGANU - Wanita berusia 106 tahun, Wook Kundur sedia membenarkan suaminya, Mohd. Nor Musa, 37, berkahwin dengan gadis yang lebih muda.

Bagaimanapun, dia mengenakan syarat yang suami dan madunya itu perlu menjaga dirinya dengan baik dan tidak mengabaikannya.

"Saya izinkan kalau dia nak kahwin lagi. Saya tak kisah bermadu walaupun dengan perempuan yang muda.

"Saya faham Mohd. Nor tentu ada keinginan untuk hidup dan ada isteri yang muda dan cantik. Cuma janganlah bila dah dapat yang baru yang lama ni dilupakan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Tok Bat, sini, semalam.

Kosmo! baru-baru ini menyiarkan kisah Wook dan Mohd. Nor yang hidup bahagia sebagai suami isteri walaupun dipisahkan dengan jarak usia 69 tahun.

Pasangan itu berkahwin kira-kira tiga tahun lalu selepas Wook mencadangkan perkara itu selepas Mohd. Nor yang menyewa di rumahnya banyak membantu kehidupan seharian wanita itu.

Mengulas mengenai 'lampu hijau' yang diberikan isterinya, Mohd. Nor mengakui dia memang mempunyai keinginan untuk berkahwin lagi.

@@@@@@@@@@@@@@@

Kesimpulannya...aku awal-awal lagi dah TABIK SPRING kat nenek Wook ni.. sebab berjaya menawan hati lelaki muda yang jarak usianya sampai 69 tahun DAN penangan nenek Wook memang hebat sebab berjaya mengenepikan ramai calon dari kalangan anak2 dara dan janda2 yang cantik menawan kat luar sana tu.. dah 3 tahun diaorang kawin, hidup aman damai dan berbahagia pula tu...

SO...kawan-kawan kat luar sana camne ada sesiapa yang teringin nak menjadi CALON MADU nenek wook nie, cepat-cepat buat booking online sebab takut nanti melepas hehehe..



Share/Bookmark

7 comments:

a kl citizen said...

ish... tak kuasala zai...kalaupun saya nijanda ke, anak dara ke....

~PakKaramu~ said...

Salam,

Pak Karamu menziarahi anda

maiyah said...

suaminya tu dapat pahala memperisterikan nenek tu, tujuannya mungkin baik kot.

Webmaster said...

Errrkkk..... untung suami dia tu...

Pengasas said...

Salam Zai,
Saya berpendapat si suamilah yang hebat. Dia mampu mengenepikan ego biasa seorang lelaki.

PG said...

Salam Kak Zai.
Semoga dirahmati Allah.
Saya rasa memang perlu si suami itu mencari isteri yang lagi satu.Sebab nafsu lelaki muda sentiasa `bergelora`

zai said...

Buat Teacher,
PakKara,
Maiyah,
Webmaster,
Pengasas n
Pg,

Terima kasih kerana sudi berziarah, sy sebenarnya kagum kepada kedua2nya kerana dpt menerima antara satu sama lain seadanya..Tapi yang jelas dan pasti perkahwinan ini dulu bukanlah berlandaskan harta atau nafsu tapi atas dasar tanggungjawap antara sesama insan dan untuk menghalalkan sentuhan antara bukan muhrim lantaran nenek wook yg terlalu tua, kudratnya yg semakin lemah dan sering kesepian dan terpaksa melakukan kerja2 rumah segalanya bersendirian..

Saya sependapat dengan pengasas sebenarnya suaminyalah yang hebat krn mengenepikan ego srg lelaki yg kebiasaannya mempunyai nilai citarasa yg tinggi ke atas wanita..

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA