Tuesday, June 9, 2009

~DUNIA DAH NAK KIAMAT~

MasyaAllah..apa dah nak jadi pada dunia ni, semalam aku terima mesej dari salah seorang kawan sekolah aku. Aku memang kenal dia dan suaminya kerana kami sama-sama satu sekolah dulu. Dulu suaminya bercinta dengan orang lain, tapi selepas zaman persekolahan dan bekerja hubungan tersebut telah terputus. yg bestnya kawan aku akhirnya berkahwin dengan bekas kekasih kawan karibnya...akupun x pasti mcmmn ia berlaku, yg aku tahu tiba2 aku mendapat jemputan dari diaorang jer..Masalahnya sekarang, pertemuan antara kekasih lama terjadi semula selepas suaminya melanjutkan pelajaran jarak jauh disebuah universiti dan kebetulan terserempak pula bekas kekasih suaminya yg juga mengambil pengajian jarak jauh disitu, apalagi mulalah cinta lama kembali bersemi sampaikan terlupa status masing2 yg dah berkahwin dan beranak pinak. Tapi yang mengejutkan aku adalah aku kenal sgt suaminya ni yg juga merupakan kawan baik aku juga dulu. Suaminya dulu mmg seorang yg beriman dan bertanggungjawap terhadap keluarga tapi kini tiba2 berubah sikap dan laku selepas bertemu kembali kekasih lamanya tersebut, Menurut kawanku, mereka telah menjalinkan hubungan secara diam2 tanpa pengetahuan pasangan masing2 sehinggalah pada suatu hari kawan aku tersebut terbaca mesej2 berbaur cinta yg dihantar oleh perempuan itu kepada suaminya dan juga balasan mesej2 cinta suaminya kpd perempuan itu dan menurut kawanku juga mereka kerap mengatur pertemuan secara sulit tanpa pengetahuan kawanku jua. Apalagi terjadilah kes serang menyerang melalui sms dan telefon tapi yg menghairankan lagi perempuan itu juga seperti lupa tntg statusnya yg juga merupakan isteri orang dan sanggup menghina kawanku dengan kata2 suaminya lebih menyayangi perempuan itu dan konon2nya kawanku mmg x pandai menjaga suaminya dan lain-lain lagi. Aku memang sukar untk mempercayai seme cerita yg aku dengar ini, PERTAMANYA kerana suaminya adalah IMAM masjid dikariah beliau dan adalah seorang yg sangat arif tntg hukum hakam agama, KEDUAnya krn mereka adalah orang2 yg terpelajar, bermakna mempunyai akal yg sangat waras, KETIGA masing2 dah berkahwin, bukan orang bujang...KEEMPAT...xkanlah suami perempuan tu x boleh kesan perubahan sikap isterinya...BODO NIIEEE !!!! Apapun aku sendiri buntu utk menasihatkan beliau, korang tolonglah aku camne aku nak tolong dia ni sbb dgr cite dia dah nak bawa kesnya ke Mahkamah...Sedih plak aku teringatkan nasib anak2 diaorang yg dah berderet2 tu....Apa jalan penyelesaian yg terbaik utk aku tolong dia nie...

Share/Bookmark

6 comments:

Tirana said...

macam-macam masalah masyarakat sekarang ni...remaja dengan problem remaja..yang dah dewasa pun ada masalah juga.. Yang dikatakan alim pun kadang2 terjebak juga.. Adakah ini ujian dan dugaan Allah kepada kita?

Bila seseorang tu dah jatuh cinta, memang payah nak makan nasihat..berkarong2 kita bagi nasihat belum tentu satu pun yang dia akan terima... Minta isterinya buat solat hajat, buat solat tahajjud dan berdo'a banyak2 dengan ikhlas moga2 suaminya lembut hati dan kembali ke pangkal jalan.

a kl citizen said...

elok je gi mahkamah...bila x boleh settle sesama sendiri, sbb masing2 emosional. bila keputusan mahkamah semua org kena akur dan mesti faham.

cuma masalah mahkamah ni prosesnya renyah dan lama.

cakap tirana betul tu, solat n dlm masa sama mahkamah, buat serentak...

Nizam.Ariff said...

Salam ziarah.

Mid-life crisis biasanya dikaitkan dengan kerjaya dan gaya hidup. Mungkin yang ni krisis kenangan cinta lama kut.. hehehe.


Thanx 4 coming to my blog.

zai said...

buat tirana, mmg bagus nasihat tu.. sy rasa solat dan berdoa tu adalah senjata yg plg kuat. thnks for the advice sy akan cuba nasihatkan kawan sy mcm tirana cadangkan

zai said...

buat a kl citizen, betul jgk nasihat cikgu, klu dh x leh selesai, Mahkamah je lah jalan terbaik kan ? Whatever i suami dia kembali sedar tntg kesilapan tersebut

zai said...

buat nizam ariff, midlife crisis ? ada kebenarannya juga tu ??? ape pun kita sama2 doakan agar kasih syg diaorg kembali bertaut, kesian kat anak2...

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA