Tuesday, June 23, 2009

RAHSIA HARI MEMOTONG KUKU

RASULULLAH SAW bersabda, barangsiapa yang mengerat kukunya pada hari-hari berikut;

HARI SABTU : Nescaya keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit;
HARI AHAD : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan;
HARI ISNIN : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat;
HARI SELASA : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit;
HARI RABU : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan;
HARI KHAMIS : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit;
HARI JUMAAT : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari yang dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala..

Share/Bookmark

13 comments:

PeNaRi LaUt said...

Teguran bersama....apa maksud pic di atas??
iklan kuku kah?
iklan inai kah?
potong kuku kah?
iklan cincin kah?
atau iklan di belakng kuku??
pic tu nampaknya macam peha...jer??
klu salah mohon diampun..

zaidi ali said...

Salam Zai.
Terima kasih kerana mengingatkan perkara sunnah Nabi yang semakin dilupakan oleh generasi muda.

zai said...

Buat Penari Laut,
Terima kasih diatas teguran anda yg begitu prihatin, sy sendiri tak perasan tangan tu diletak atas peha sbnrnya...apapun terima kasih kerana saling ingat mengingati dan telahpun saya gantikan dengan gambar yg lebih sempurna..

zaidi ali said...

iye ke? patutlah terangkat sedikit kopiah putih saya tadi. Tengok sekali tak mengapa. Tengok 2X dose.

zai said...

Buat Zaidi Ali,
Sbnrnya ramai kita yg ambil mudah ketika memotong kuku tidak pernah kira hari dan waktu, termasuk saya sendiri sblm ini dan selepas terjumpa keratan hadis ini barulah sy sedar bahawa betapa Islam itu terlalu sempurna dan cukup indah krn segalanya ada nasihat dan sebab2nya..Subhanallah

zaidi ali said...

Salam Zai.
Jangankan bab memotong kuku, aktiviti harian yang lebih 'basic' seperti adab makan, keluar rumah, siang ikan, cara tidur, cara membaca dll pun ada doa dan tatacara sunnah Nabi.

"Islam is The Way of Life"

a kl citizen said...

tq for reminding...

DEPU-DEPU said...

TQ..satu peringatan yang sepatutnya diambil perhatian oleh umat islam

ummumishkah said...

Terima kasih berkongsi...
memang disunatkan potong kuku hari isnin, khamis dan Jumaat dan pasal keburukan hari2 lain tu kena selidik dulu status hadith ni... :)

abaabil said...

Setuju dengan ummumishkah.. Saya pernah belajar mengenai hadith, termasuk mengenai hadith palsu. Antara ciri-ciri hadith palsu ini ialah apabila disebut di dalam hadith tersebut ganjaran yang besar disebabkan perkara kecil yang dilakukan, atau azab/balasan yang dahsyat ke atas dosa kecil yang dilakukan (Sila rujuk kitab 'Ulum al-Hadith karangan Dr. Mohd Abul Laith al-Khair Abaadi). Malah kalau diukur dengan akal yang sihat, kita dapat menilai sendiri mengenai hadith ini.

Antara ciri lain hadith palsu ini yang boleh saya kongsikan bersama ialah apabila hadith tersebut menyebut bilangan-bilangan tertentu yang agak melampau. Sebagai contoh, apabila seseorang membaca ayat kursi, maka akan dianugerahkan kepadanya syurga ketujuh, di mana dia akan mendapat 10,000 istana, di dalamnya ada 10,000 bilik, dan pada setiap bilik ada 10,000 bidadari etc.

Setuju juga dengan ummumishkah supaya sumber sesuatu hadith dapat dirujuk terlebih dahulu... :)

Wallahu a'lam

Abang Terrer said...

Hadis ini tidak sahih...

Daud Mili said...

Carilah sunnah2 yang sahih...

kk said...

tq, Artikel ini sgt bermanfaat. Ia boleh diamalkan tanpa rasa was2 lagi. pahala jika kita melakukan perkara sunat.InsyaAllah.

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA