Sunday, June 28, 2009

HUDUD PENYELESAIAN TERBAIK UTK MENGEKANG ZINA ?


Dizaman moden ini pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sudah menjadi perkara biasa dan dimana-mana saja boleh dilihat muda-mudi tanpa segan silu bergaul bebas tanpa rasa malu dan perlakuan zina sudah menjadi satu perkara biasa dan hukum Islam juga dipandang sepi, jadi adakah memadai pesalah zina didenda dengan wang ringgit ? sedangkan ada beberapa kes individu tersebut masih lagi tidak serik melakukan maksiat walaupun beberapa kali telah ditangkap dan didenda dan bagaimana pula jika wang ringgit itu tidak menjadi perkara besar bagi golongan berada yang melakukan zina...jadi apakah kita hanya perlu berdiam diri sekadar melihat perkara ini terus menjadi bagai barah yang menular tanpa ada penyelesaiannya... justeru itu ...

Dalil dari Al-Qur’an adalah: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al-Israa’: 32)

Ketika disebut bahwa hukuman zina adalah 100 kali dera bagi yang belum menikah dan rejam bagi yang berkeluarga, banyak orang yang belum beriman merasa bahwa hukuman Islam itu kejam.

Padahal jika difikir, Allah telah memberi banyak kelonggaran. Allah telah memperingatkan untuk tidak mendekati zina. Allah menghalalkan pernikahan. Jika tak sepadan, Allah juga mengizinkan penceraian (meskipun penceraian adalah merupakan perkara yang dibenci oleh Allah) supaya orang yang bercerai kemudian dapat pula menikahi orang yang dia inginkan. Allah bahkan mengizinkan seorang Lelaki untuk beristeri sampai dengan 4 asal dia adil dan memberi nafkah seluruh isterinya zahir dan batin.

Jadi kenapa harus berzina? Kalau tidak berzina, maka hukuman yang keras itu tidak akan diterapkan bukan?

Tapi kalau hukuman zina sangat ringan, maka perzinaan merajalela. Berbagai penyakit kelamin bahkan AIDS yang mematikan bukan saja menimpa penzina, tapi juga pasangan dan bayi mereka yang tidak berdosa dan sekiranya tidak dibendung terjadi pula pembuangan bayi-bayi yang tidak berdosa.

Betapa banyak pembunuhan atau pertengkaran yang terjadi kerana zina atau cemburu buta. Seorang wanita yang hamil 6 bulan dibunuh oleh “kekasihnya” setelah dia minta bertanggung agar dinikahi. Berapa banyak lelaki yang memperkosa perempuan yang masih dibawah umur 5 tahun, bahkan memperkosa anak kandungnya sendiri.

Itulah keruntuhan moral yang terjadi kerana manusia enggan melaksanakan hukum Allah kerana lemahnya iman mereka.

“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.” [An Nuur:2]

“Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Seorang lelaki dari kalangan orang Islam datang kepada Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang berada dimasjid. Lelaki itu memanggil baginda s.a.w, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah melakukan zina, Rasulullah s.a.w berpaling darinya dan menghadapkan wajahnya ke arah lain. Lelaki itu berkata lagi kepada baginda, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah melakukan zina, sekali lagi Rasulullah s.a.w berpaling daripadanya. Perkara itu berlaku sebanyak empat kali. Apabila dia mengaku ke atas dirinya sampai empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w memanggilnya dan bersabda: Adakah kamu gila? Lelaki itu menjawab: Tidak, Rasulullah s.a.w bertanya lagi: Apakah kamu sudah berkahwin atau berumahtangga? Lelaki itu menjawab: Ya. Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepada para sahabatnya: Bawalah dia pergi dan laksanakanlah hukuman rejam ke atas dirinya” [Bukhori-Muslim]

“Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a katanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w bertanya kepada Maiz bin Malik. Apakah benar berita yang sampai kepadaku mengenai dirimu itu? Beliau bertanya pula kepada Rasulullah s.a.w, berita apakah itu? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Aku mendengar bahawa kamu telah melakukan zina dengan seorang hamba perempuan sianu. Ma’iz bin Malik menjawab: Memang benar. Bahkan dia sendiri mengaku sampai empat kali, bahawa dia memang melakukan zina. Akhirnya Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dilaksanakan hukuman rejam ke atasnya” [Bukhori-Muslim]

MENJALANKAN HUKUM REJAM

(1) Hukuman rejam bagi lelaki yang salah hendaklah dijalankan hukuman itu dalam keadaan berdiri tanpa diikat dan tidak ditanam, sambil berdiri tanpa diikat dan tidak ditanam, adanya laporan saksi atau dengan iqrar (pengakuan), kerana Rasulullah saw tidak menanam Ma’iz bin Malik, dan dua orang Yahudi ketika dijalakan hukuman rajam ke atas mereka itu.

(2) Penzina-penzina perempuan yang dijatuhkan hukuman rejam hendaklah ditanam sebahagian badannya, jika kesalahan itu disabitkan dengan saksi. Cara menjalankan hukuman rejam ke atas Penzina-penzina perempuan sebagaimana tersebut adalah merujuk hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Abi Bakrah daripada Bapanya katanya:-Bahawasanya Nabi saw telah merejam seorang perempuan, lalu digalikan lubang hingga ke paras dada perempuan itu untuk merejamnya. – Riwayat Abu Daud

(3) Penzina-penzina perempuan yang dijatuhkan hukuman rejam yang disabitkan kesalahan dengan iqrar (pengakuan perempuan itu) tidak perlu ditanam ketika dijalankan hukuman rejam, tetapi hendaklah diikat pakaian perempuan itu supaya tidak terbuka auratnya.

(4) Mereka yang mati disebabkan rejam, mayat mereka itu hendaklah dimandikan, dikapankan, disembahyangkan dan dikebumikan di perkuburan orang Islam sebagaimana Hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Buraidah mengenai mayat Ma”iz b Malik yang mati direjam sabdanya:

Laksanakanlah mayat Ma’iz itu sebagimana kamu laksanakan mayat-mayat kamu. – Riwayat Ibnu Abi Syaibah...




Share/Bookmark

13 comments:

zaidi ali said...

Contoh "fitnah dajjal" yang telah menerap masuk ke dalam sistem perundangan Islam telah terbukti. Golongan dajjal telah menyelitkan unsur "memperolokkan hukum Tuhan" dan "memperolokkan ajaran rasul" dengan menghukum pesalah zina dengan denda wang ringgit.

Rugilah kalau kita tertipu oleh "fitnah dajjal"!

ZHARIF BADRUL said...

hukuman sekarang tidak menakutkan mereka yang berkhalwat mahupun berzina.Hanya bayar denda dan penjara beberapa bulan.perlu ada pelarasan dan penguatkuasaan yang lebih untuk menangani gejala zina ini

Faisol Hamdi said...

Salam kak Zai,
Sebenarnya tanggugjawab utk laksanakan hukum hudud terbeban pd pemerintah, pd pemikiran mereka hma udud ni zalim,akal manusia tdk dpt mengatasi kebijaksanaan dan ilmu Allah,cuma org yg benar2 beriman shj yh yakin dgn hukum Allah,Allah Maha Pengasih lagi Penyayang,Dia tdk akan menzalimi hamba2Nya, pikir2kanlah,Wassalam

OMARA said...

Allahhuakhbar! Memang benar sekarang ini, pergaulan antara lelaki dan perempuan menjadi semakin bebas. Di hadapan sesiapa pun mereka tak malu atau segan silu. Bukan lelaki saja yang bersalah, kalau perempuan tidak beri muka rasanya sukar sedikit perkara ini akan terjadi. Di internet, lelaki dan perempuan boleh berkenalan tanpa batasan. Mereka akan mainkan kata-kata yang merangsangkan nafsu. Kemudian janji berjumpa. Dah jumpa... faham-faham sajalah. Tv dan media-media hiburan menyiarkan filem dan drama-drama yang menunjukkan lelaki dan perempuan bergaul bebas. Bukan muhrim boleh berpegangan tangan dan digambarkan tidak salah. Boleh bercinta dan berjumpa di tempat sunyi, tidak salah. Artis-artis juga begitu. Di rancangan-rancangan realiti tv, mereka kelihatan terlalu bebas bergaul tanpa segan silu. Seolah-olah perkara ini dihalalkan. Hukum Hudud yang diperintahkan oleh Allah entah di mana. Marilah kita berdoa semoga gejala ini dapat dikurangkan. Mintalah Rahmat dari Allah dan petunjuk kepada mereka yang mungkar. Allahhuakhbar!

Pengasas said...

Assalamu 'Alaikum!
Benar. Hanya hukum Allah yang maha adil, maha sempurna dan maha menyelesaikan.
Sekadar ringkasan syarat-syarat hukuman ini ada dalam:
http://siyasahsyariyah.blogspot.com/2008/12/mengenali-hudud-dan-qisas-siri-2.html

zai said...

Buat
Zaidi Ali,
Zharif Badrul,
Faisol Hamdi dan
Omara..

Terima kasih kerana memberi komen, mmg benar pihak pemerintah perlu mengambil pendekatan yang lebih berkesan bukan hanya sekadar mendenda dan memenjara pesalah zina kerana mereka kurang mengambil pengajaran...Hukuman sebat sekurang2nya boleh mendatangkan keinsafan..pun begitu peranan setiap individu islam juga adalah penting demi membasmi gejala maksiat yang berleluasa..

zai said...

Buat Pengasas...
Terima kasih diatas komen yang membina..saya juga bersetuju bahawa kita harus kembali kepada tuntutan Al-Quran dan Sunnah demi menegakkan kembali syariat Islam krn betapa banyak pemerintah zaman ini yg mengambil ringan soal akidah dan hukum hakam..

PeNaRi LaUt said...

Salam...kak...gambar kat atas dari mana??
ngerinya...

zai said...

Salam Penari Laut,
Gambar ambil kat mana lagi..kat alam cyber gak ler..kesian baby tu kan, kejam betul manusia ni sbb tu kena laksanakan hukum hudud biar diaorang rasa mcmmn baby tu rasa...

PeNaRi LaUt said...

owh...ye ke...saya ingat kak ada amik dari source akak yg xclusive ker...anway...masalahnya HUDUD disalah tafsirkan oleh pihak tertentu...doktrin rakyat telah dimanipulasi...menakut-nakutkan...mereka2 yang tak tahu trus menerus jahil...

p/s:Doa untuk Malaysiaku Indah

zai said...

Buat Penari Laut..
Moga2 Malaysia kita tidak akan dilanda Tsunami lagi...Amin3 ya rabbal alamin...

Razak said...

Salam...memang benar hukum hudud itu perlu diambil kira oleh pihak pemerintah, dan kita sebagai rakyat wajib memilih mereka sebagai pemimpin yg benar-benar dpt menjalankan hukum hakam yang Allah tetapkan dlm al-Quran, jika kita gagal kita akan sama-sama dipertanggungjawab kelak di akhirat

zaidi ali said...

Salam.

Setuju benar dgn semua komen di atas.
Umat Islam cuma ada 2 pilihan.
1) Ikuti Jalan yg Lurus, jalan al-Quran & Sunnah.
ATAU
2) Ikuti Jalan yg Bengkok, jalan iblis & syaitan.

Tiada jalan pertengahan.

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA