Wednesday, July 22, 2009

BENARKAH APA YANG KULIHAT INI ?

Baru-baru ini pada 19.7.2009 aku pulang kekampung menziarahi kedua ibubapa mertuaku diBaling kedah bersama-sama suami dan anak-anak..Sudah hampir 2 bulan kami tidak berkesempatan pulang kekampung kerana keadaan tugas suamiku yang tidak tentu masa...

Sewaktu pulang kekampung, aku bertembung dengan kakak iparku iaitu kakak suamiku yang turut pulang kekampung bersama suami barunya dan .....turut kelihatan hadir bersama adalah bekas suami kakak iparku yang turut datang bersama mereka...Walaupun mereka datang dengan kereta yang berasingan tetapi keakraban bekas suaminya dan suami barunya itu sangat mengujakanku..betapa kedua-duanya boleh duduk sebelah menyebelah mengadap hidangan dan berbual mesra seperti tiada apa yang berlaku... Aku terpana seketika.. terdetik dihatiku.. Subhanallah ! betapa hebatnya jiwa kedua-dua mereka ini.. Tetapi bagaimana agaknya perasaan bekas abang iparku yang pernah menjadi suaminya selama 17 tahun tiba-tiba redha melepaskan isterinya dan kemudiannya sanggup pula melihat isterinya berkahwin dengan lelaki lain dan kemudian sanggup lagi pula melihat kemesraan bekas isterinya dengan suami dan anak yang baru..

Bagiku ini adalah sesuatu perkara baru bagiku dan aneh kerana kedua-duanya seolah-olah tiada perasaan cemburu dan dendam diantara satu sama lain dan jiwa bekas abg iparku mmg sangat hebat kerana mampu menerima kehadiran orang lain dengan bekas isterinya itu dan bersahabat baik pula..

Selepas waktu makan tengahari, Aku keluar sambil mengendong bayi anak kakak iparku dengan suami barunya dan bertemu abang iparku yang sedang merokok diluar rumah dan bertanya bekas abang iparku.."Abg Li..macammna boleh datang sekali nie ? Dia merenung lemah kearahku dan berkata "Abang pulang menjenguk anak2... tiba2 kakak kau ada bagitau abang keadaan ayah yang sedang sakit kuat..teringat pula abang nak menziarahinya.., Aku yang tidak berpuas hati bertanya lagi "tapi..Abg li tiada perasaankah, boleh pula berbaik-baik dengan suami barunya? Jawapan yang kuterima dari bekas abang iparku sangat menyentuh hatiku...katanya "Zai, benda dah lepas tapi iklas abang cakap kakak kau adalah cinta pertama abang dan abang berjanji pada diri abang biarlah dia juga merupakan cinta terakhir abang dan mana mungkin abang boleh membenci perempuan yang telah melahirkan 5 orang cahayamata pada abang sebelum ini..tetapi abang redha jodoh kami hanya setakat itu dan abang tidak pernah berdendam dan berharap kakak kau bahagia dengan suaminya yang baru..".

.Hampir menitis airmataku mendengar pengakuannya itu, aku terkedu seketika.. tak dapat kubayangkan betapa besarnya jiwa lelaki ini yang berlapang dada menerima takdir hidupnya. aku melihat abang iparku mengesat-ngesat airmatanya yang menitis dengan kedua-dua jarinya..Mungkin dia terkenang kenangan lampau bersama kakak iparku dulu.. Malu melihat aku merenungnya dia terus mengambil anak kakak iparku yang berusia 6 bulan yang berada dipangkuanku dan mencium bayi itu dengan penuh kasih sayang....dia meneruskan kata-katanya "kesian baby nie..walaupun dia bukan darah daging abang..tapi abang tetap sayang dia macam anak abang juga" katanya sambil mencium baby itu dan membelai rambut bayi yang sangat lebat. Bayi itu juga turut tersenyum apabila diagah.. alangkah terharunya aku disaat itu, terasa kesal benar diatas penceraian mereka dulu.. tapi apalah dayaku..ini adalah sesuatu yang telahpun ditakdirkan utk dia melaluinya..

Sewaktu mendengar berita penceraian mereka dulu aku sendiri kurang mengerti kenapa dan mengapa ianya berlaku kerana kedua-duanya tidak pernah bergaduh dan apa yang aku ketahui kedua-duanya adalah insan yang sangat istimewa bertakhta dihatiku kerana aku dan suami sentiasa mendapat layanan istimewa ketika bertandang ke rumah mereka di Grik disaat mereka masih bahagia dulu..Aku sangat menghargai jasa kedua-duanya yang sangat memuliakan tetamu. Setiap kali kami bertandang bermakna aku dan suami pasti akan mendapat hidangan khas yang dimasak semata2 diatas kedatangan kami...tapi semua itu telahpun berlalu...betapa berita penceraian mereka 4 tahun yang lalu sangat melukakan hatiku...Disaat abang iparku menefonku dan memaklumkan berita penceraiannya hatiku turut hancur berkecai dan menangis bersama-samanya...

Aku ada terdengar bahawa antara punca penceraian mereka adalah kerana kakak iparku sering kesepian ditinggalkan suaminya yang bekerja dilombong emas di Pahang dan hanya akan pulang ke rumah sebulan sekali utk bersama keluarga dan itulah antara punca yang merenggangkan kasih sayang mereka tetapi aku kagum kerana walaupun selepas bercerai abang iparku tetap seorang suami yang bertanggungjawap dan tetap mengirimkan belanja sebanyak 2 ribu sebulan kepada kakak iparku utk anak2nya yang seramai 5 orang yang tinggal bersama dengan kakak iparku...

Dan petang itu sekali lagi aku melihat keajaipan apabila mereka tetap pulang beriringan selepas menziarahi kedua ibu bapa mertua ku... Aku sempat bergurau dengan suamiku bertanya keadaan kami seandainya ditakdirkan begitu..adakah dia masih sudi bersahabat denganku..Suamiku dengan sinis menjawap..."Lebih baik mati terus senang tak payah nak sakit hati..." hmmm...tak pasti apa maksud sebenarnya...menyesal pulak aku tanya...

Share/Bookmark

26 comments:

Maiyah said...

mmg hatinya mulia.. dan akan banyak lagi perkara yang akan kita lihat saban waktu.. semoga kita sentiasa dalam keimanan

Dearie Pearls said...

jawapan suami tu yg xtahan..
haha

Abd Razak said...

Salam Kak Zai...

Takdir Allah pada mereka kak, kena terima ketentuan yang Allah telah tetapkan walaupun kita tak suka tapi itulah dia perancanganNya utk menguji manusia

Tirana said...

hehehe...gelihati dengan jawapan suami Zai..tak ramai orang yang mampu bersikap seperti bekas abang ipar Zai tu...mungkin 1 dalam 100 kot.

shan said...

peh x terkata aku bace crite kak zai ni....

hai said...

zai selalu bawak citer2 yang menyentuh perasaan gini..tak tahan akak!!

AzMaslenda said...

Salam kak Zai... Jodoh setakat itu aje, walaupun suaminya terlalu baik.. walhal susah nak cari suami yg betul2 hatinya hanya pada isteri sorang.

Tersentuh ke kalbu ni..

ZOOL@TOD said...

Ini merupakan kisah kedua perceraian suami-isteri yang rukun damai yang saya dengar. Rakan saya mengalami nasib yang sama bercerai dengan isterinya setelah 14 tahun berumahtangga. Mereka dilihat bagaikan "belangkas" walaupun telah lama berkahwin.

Pada bulan Jun 2006 mereka bercerai. Sukar untuk saya percaya tetapi itulah hakikatnya. Ironinya, rakan saya itu seorang motivator sambilan dan sering menerapkan nilai kekeluargaan dalam motivasinya.

Semuanya kuasa Allah. Semoga kita semua terhindar dari perkara/ peristiwa seumpamanya.

wardah said...

Salam,
K Zai ...syahdunya saya baca entri ni.Mmmm...tabahnya hati bekas suami kakak ipar k zai tu.

Ada la ganjaran di sebalik ketabahan dan kesabarannya itu. MasyaAllah.

adol said...

tersentuh pilu hatiku membaca post ini.. huhuhu

Unknown said...

Salam kak,tersentuh betul saya bila dengar cerita ini..moga Allah beri ganjaran kepadanya..Amin

Guru said...

suami lama dan suami baru sangat2 berlapang dada...

tidak menjadi kalau sebelah sahaja yang begitu.
moral of the story, anak2 dara yg belum kawin tu kena menuntut ngan kakak ipar zai ni, camana dia jumpa 2 lelaki yang berjiwa besar...

zai said...

> Salam Maiyah..,
Mmg sepanjang zai kenal dia, pada pendapat zai dia adalah abg ipar yg cukup baik dan rapat sekali dengan keluarga kami..sebak mengenangkan nasibnya..sampai harini masih tak percaya mereka dah bercerai..

zai said...

>Salam LoL...
Hehehe..akak dan suami mmg suka bergurau..tapi yg bestnya suami akak cemburu tapi tak pernah nak mengaku tapi kadang2 jawapan yg diberi dah cukup menggelikan hati..

zai said...

>Salam Razak,
Mmg benar..pasti ada hikmah disebalik setiap perpisahan yg berlaku...

Perasaan akak masih sebak sampai kehari ini bila tengok abg ipar masih bersendiri sampai kini, suruh kahwin lain pun dia tak nak..dia cakap cukuplah sekali dia melalui semua tu..

Mmg jiwanya sangat besar kerana dapat menelan semua kepahitan itu secara berhemah..

zai said...

> Salam Tirana..
Mmg benar..kisah macam dia ni payah nak dapat..mungkin 1 dalam 1000 agaknya. Selalunya selepas bercerai masing2 berdendam..tapi lain pula jadinya pada kakak dan bekas abg ipar tu boleh bersahabat baik dan berkawan pula dengan suaminya..dan boleh duduk makan semeja pula tu..Sedih sangat tengok keadaan abg ipar yg memendam perasaan macam tu..

zai said...

>Salam Moy,
Agak2 kalau perkara sebegitu terjadi kat Moy..boleh ke jadi macam tu ? :)

zai said...

>Salam Hai..
Yeke semenya cite2 sedih.??.agaknya mmg perasaan kita kot yg sensitif dan mudah tersentuh bila baca N3 camni..tapi zai mmg suka mengabdikan kisah2 yg boleh djadikan teladan bersama bukan hanya utk oranglain tapi lebih kepada diri sendiri sebenarnya.

Sekadar nak memberi peringatan utk diri sendiri bila baca N3 teladan macam ni agar tak jadi macam tu.

zai said...

>Salam AzMas,
Mmg benar, ajal, jodoh pertemuan, rezeki kita semenya telahpun tertulis sejak dari azali..pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik setiap musibah yang berlaku...

zai said...

>Salam Zool&Tod..
Mmg benar..kadang2 macam tak percaya jer bila tengok pasangan yg nampak mcm belangkas tiba bercerai.. hanya mereka yg mengetahui sbb yang lebih jelas knp harus berakhir macam tu..

Tapi apapun mmg sukar nak berjumpa lelaki sehebat jiwanya mcm abg ipar zai tu pada zaman sekarang nie..dia masih menyayangi isterinya dan juga dpt menerima perubahan yg terjadi dalam hidupnya dengan tenang dan redha..

zai said...

>Salam Wardah..
Masih teringat sewaktu dia menelefon kak zai masa baru2 bercerai dulu..dia tak dapat nak bercerita kerana terlalu sebak..sampai boleh dengar dia terisak2 ditelefon..kalau wardah dengar pun boleh menangis..betapa dia terpaksa melepaskan insan yg disangkanya akan dapat hidup bersamanya sehingga keakhir hayat utk pergi kepada lelaki lain..

zai said...

>Salam Adol..
Kalau semua lelaki kat dunia ni boleh setabah tu..rasa2nya ramai perempuan yg akan insaf dan tak mudah utk meminta cerai..

zai said...

>Salam Zawal...
Bak kata pepatah..Berat Mata yang Memandang...Berat Lagi Bahu yang Memikulnya..

Sebak sungguh..dah bergenang airmata ni bila teringatkan kisah hidup dia tu..

zai said...

>Salam a kl citizen..
Hehehe..Teacher ni kelakarla..janganla suruh seme anak2 dara datang jumpa zai sbb calonnya dah tarik diri awal2 lagi..

Pn Kartini said...

Salam..
Inilah yang dikatakan kesepian mengatasi kasih sayang dan kesepian itu terus menguasai tanpa cuba utk diketepikan...Maka permata yang telah dimiliki walau di depan mata dikaburi menjadi kaca...erm..

Sedih dan rasa terharu bila membacanya..namun inilah jua yg dikatakan suratan takdir..
Hebat kasih sayang dan jiwanya..semoga abg ipar k zai akan menemui kebahagiannya nanti..

Dearie Pearls said...

Salam Kak,
Jawapan suami Kak penuh makna tue..
Huhu..
Laki biasa ar Kak.
Pendam rasa. Tak nak terus terang. Gurau2 tapi bermakna.
Huhu...

Semoga berbahagia selamanya!

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA