Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit angin ahmar
Selepas kematian isterinya, Pak Mat yang berusia dalam lingkungan empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya begitu rajin menziarahi kubur arwah isterinya itu sebanyak tiga kali sehari. Semua penduduk kampung merasa cukup tersentuh dengan kasih sayang Pak Mat terhadap arwah isterinya itu. Malahan ramai dikalangan para isteri dikampung tersebut turut memuji-muji kesetiaan Pak Mat pada arwah isterinya dan sentiasa berharap suami mereka juga akan berbuat demikian sekiranya mereka tiada lagi didunia.
Sudah hampir 2 minggu semenjak kematian isterinya, tetapi Pak Mat masih tidak jemu-jemu berkunjung ke kubur isterinya itu. Ramai orang kampung yang sudah hafal waktu-waktu Pak Mat berkunjung kekubur arwah isterinya itu, beliau dilihat begitu rajin menziarahi tidak kira waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya secara berterusan.
Kerana terlalu kagum dengan sikapnya itu seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Mat, aku kagum benar dengan kau ni, terlalu sangat cintakan arwah isteri sehingga sanggup berbuat demikian, mana ada orang lain dikampung ini yang sanggup buat begitu."
Pak Mat merenung lemah ke arah saudaranya dan menggeleng-gelengkan kepalanya. Beliau kemudian menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada aku, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu..
"Oleh yang demikian aku terpaksa siram kuburnya setiap hari supaya rumput cepat tumbuh......"
Hmm...Kurang Asam punya Pak Mat...
Moralnya :-
1) Jangan Mudah Percaya Kepada Sesuatu Perkara yang Kita Dengar Dan Lihat.. Mungkin Ada Muslihat Disebaliknya;
2) Kalau nak buat kebajikan biarlah ianya iklas dari hati...jangan mengharapkan balasan.
33 comments:
Salam kenal zai...blog yang bagus. Teruskan berkarya.
hehehe...adda udang di sebalik batu...
dasar lelaki....hehehe
Wah seronok dengar citer nak kawen lagi ni..
bertuah punya pak mat.. tapi wat saya ketawa lak!
he he he... baik bertempat namanya. Tapi Pak Mat lupa nak tabur baja.. hari2 siram ngan air + racun rondap, tu yang rumput tak tumbuh2.
Salam Kak..
Hahaha..
Pernah terbaca kisah ni kat blog Kak Sakura.
Mula2 ingatkan nak puji2 ar suami dier tapi rupanya ada udang di sebalik Mee..
Huhu..
Boleh plak cenggitu..
and Kak,
Thanks for the words (comment kat blog LoL tadi). Appreciate it much kak. LoL hampir2 nak nangis bila baca komen Kak. Thanks Kak.. Thanks sokong adik. God bless you! :)
Salam Zai.
Pak Mat ni seorang lelaki yang "naive" atau "betul bendul" dan tidak penyabar orangnya!
pak mat tak sabar2 nak makan mee udang baru
hahahaaaa...salam kak zai..iye-iyelah saya feel...rupanya ada cerita lain..
Salam Kak Zai...hihihi pak mat lupa nak tanam rumput...apa pun kalau nak kahwin baru takyah tunggu rumput tumbuh, Islam dah letak syarat yg cukup sempurna agar penganutnya tidak terjerumus dlm kancah maksiat (zina)
haha..kak zai. Sungguh tak ikhlas pak Mat ek? hehe.. tapi seperti kata Razak, kalau nak kawin pun tak yah tggu rumput tumbuh..asal sempurna syarat, kawin je lah... gitulah lelaki. tak menyempat2.huhu
hahaha.. pernah jugak dgr cerita ni dari seorg ustaz yg buat kuliah kat masjid tempat saya... oklah tu, dia nak cepatkan tunaikan amanah isteri dia kann.. hahahah..
oh ya, ni saje je nak bagitau, atas sebab2 teknikal yg menyusahkan, url blog saya ada pertukaran sikit...i-chimera tukar jadi el-chimera.blogspot.com (mcmlah ada org kesah...) errrr, saje je nak bagi tau. yg lama tu ntah apa masalah takleh nak view pulak... saje je bagi semangat suruh tutup blog...
Salam Zai,
Kalau begitu, kenapa dia tak tabur baja atau hormon tumbuhan atas pusara?
Kak Zai, kalo kak zai kenai pak mat tu kak zai pesan suruh ja dia p nurseri tempat juai rumput. pastu beli selori.... hihihiih
Memang lah Pak Mat ni!
Buat Asyiq,
Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan komen..terima kasih juga atas sokongan atas Blog ini..
Datanglah lagi yer..
Buat Tirana...
Tula..lelaki nie mmg kadang2 buat sesuatu berniat mcm udang disebalik mee...hehehe
Buat a kl citizen..
Hehehe..tau tak per...mmg tak disangka2 Pak Mat nie ziarah kubur dengan bersebab lain..
Buat Imanshah..
Dah Kawin ke belum..kalau blom kawin dulu k...pastu baru boleh bagi komen..nak kawin satu lagi ke tak..hahaha..
Buat Maiyah..
Hehehe..Zai dulupun terkena ingat suami yang betul2 sayangkan isterinya...tauh2 ..hampeh !!!
Buat AzMas,
Tula Pak Mat silap p siram air dengan racun agaknya..tak taruk baja plak tu..kak zai tak pernah jumpa kalau tak dah lama kak zai tolong bagi idea.
Buat LoL..
I Love U too sis..it's so nice to know someone sweet like u, eventhough you r non muslim but sometimes your comment really touching..better than a muslim...keep in touch at blog always k..
Buat Zaidi Ali,
Sesekali tu..kena ada jua N3 bodoh2 cerdik mcm niekan..Pak Mat tu bukan naive lagi dah tapi kategori LURUS BENDUL dan tepat juga kata2 zaidi tu..mmg tak penyabar jugak nie...
Buat Idyavie..
Hehehe...tu pun kalau dapat mee udang fresh lagi..kalau dapat mee udang tapi udang dah busuk camne ? hahaha baru tau
Buat Zawal..
Akak dah agak dah..mesti zawal akan terkena mcm akak baca N3 ni mula2 dulu gak..apapun enjoylah yer..serius sangat pun tak seronok juga kan ?
Buat Razak..
Wah bagi idea yang bagus nampak..hehehe apappun mmg benar...nak kawin lain tak yah tunggu lesen dari bini pun sebenarnya asal cukup syarat dan boleh berlaku adil dan tidak menzalimi pasangan dari segi hukum..Jalaann...
Buat Cik Skaf..
Hehehe..alahai kesian Pak Mat yer..mmg tak nyempat2 sungguh..nasib tak jadi isteri Pak Mat tu...
Buat Chimera..
Patutla kak zai nak view tak leh..ok thanks for updating..nanti kak zai jengok blog VIP nie k...
Jangan jadi macam Pak Mat tau...
Buat Pengasas..
Amboi Prof...tambah idea utk Pak Mat lagi nampaknya hehehe
Buat Webmaster...
Amboi3..banyaknyer idea kaum lelaki ni yer nak tolong kaum sendiri..
Buat Ummumishkah..
Pak Mat nie nak kena cepuk nie..sbb bagi suspen N3 ni jer kan...hehehe..kalau seme lelaki kat dunia nie camtu..mesti isteri suke sbb kena tunggu kubur isteri tumbuh rumput dulukan..hehehe
wakakaka tu motif e,..adeh lawak2
Post a Comment