"Apakah yang menyebabkan Rasulullah tersenyum gembira?"
"Yang menyebabkan aku tersenyum kerana ada dua orang dikalangan umatku di akhirat,keduanya merangkak di hadapan Allah SWT kerana minta diselesaikan kes yang melibatkan antara keduanya.
Seorang darinya merayu kepada Allah SWT: Wahai Tuhan, tolong balaslah terhadap orang ini,sesungguhnya dia sangat zalim dan telah menzalimi aku semasa didunia dahulu,dengan berbagai perbuatan zalim.
Lalu Allah SWT memerintahkan orang yang zalim itu membayar gantirugi,sebagai jalan penyelesaian untuk kes mereka berdua.Tetapi orang yang zalim itu tidak dapat berbuat demikian,kerana tiada suatu pun yang boleh untuk membayar kepada orang yang menuntut itu.
Orang yang berbuat zalim itu berkata: Dengan apakah aku hendak membayarnya,sedangkan tiada suatu pun kebaikan yang tinggal padaku,kesemuanya telah habis dituntut oleh orang lain.
Ketika itu orang yang kena zalim itu minta agar orang yang zalim itu mengambil kejahatan dan dosa yang ada pada dirinya.
Pada ketika itu Rasulullah menitiskan air mata,Nabi menangis mengingati peristiwa mahkamah Allah yang sedang mendengar kes pengaduan kedua-dua umatnya yang sangat menyayat hati.
Lelaki yang melakukan kezaliman itu ingin membayar tuntutan tersebut, tetapi tidak terdaya kerana sudah tidak ada apa-apa yang tinggal untuk dirinya.Jelas Nabi kepada Anas.
Lalu Rasulullah pun bersabda : "Sesungguhnya itulah suatu hari yang sangat dahsyat,sehingga sampai ke suatu peringkat manusia mencari orang lain untuk memikul dosanya."
Didunia manusia dengan sombong sanggup memikul dosa orang lain,meskipun sebenarnya manusia tidak akan mampu memikul walaupun hanya dosa mereka sendiri.
Ketika seorang dari dua orang yang berbalah di Mahsyar menuntut agar dosa mereka dipikul oleh orang yang menzaliminya,maka ketika itu Allah SWT memperlihatkan sebuah mahligai tersergam indah didalam jannah.
"Tidakkah kamu melihat mahligai itu?" Ujar Tuhan kepada manusia yang sedang menuntut keadilan dari Tuhan terhadap taulannya.
" Ya,saya nampak sebuah mahligai yang diperbuat dari emas dalam sebuah taman dari perak,untuk siapakah itu wahai Tuhan? Mungkinkah untuk nabi-nabi atau syuhada atau mungkin juga untuk golongan siddiqin?" ujar orang itu.
"Mahligai itu untuk siapa saja asalkan mereka sanggup membayar harganya."
Jelas Tuhan.
"Jika demikian adalah mustahil saya dapat memilikinya kerana saya tidak punya apa-apa di sini untuk membayar harga mahligai emas itu."ujar manusia itu.
" Justeru kamu masih berpeluang memilikinya,kerana kamu masih memiliki barang bernilai yang dapat membayar harga mahligai itu."
"Bagaimana caranya?" tanya orang itu kepada Tuhan penuh kehairanan.
"Iaitu sekiranya kamu sedia memafkan rakan kamu dan tidak menuntutnya agar dia memikul dosamu."Tuhan menjelaskannya.
Dengan melompat kegembiraan orang itu berkata:
"Wahai Tuhanku, kalau begitu aku segera memaafkan dia,terhadap apa-apa jua kezaliman yang telah dilakukan terhadap saya."ujar manusia itu dengan perasaan penuh gembira yang tidak terhingga.
Lalu Allah SWT memerintahkan malaikat agar membawa orang itu kedalam mahligai yang terbina disebuah jannah yang terbina dari perak, kemudian Tuhan mengizinkan orang itu membawa bersama taulannya memasuki syurga itu.
-------------------------------------------------------------------------------------
Demikianlah sebuah kisah yang diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada Anas bin Malik suatu peristiwa diakhirat melibatkan dua orang umatnya yang berusaha untuk menyelamatkan diri dihari tiada pertolongan kecuali pertolongan Allah SWT.Suatu kemaafan dapat menyelamatkan dirinya juga rakannya dari sengsara Mahsyar.
Oleh itu,kita haruslah bersifat pemaaf terhadap sesama manusia kerana sifat pemaaf itu akan mendatangkan kebajikan kepada diri sendiri dan orang yang dimaafkan. Memaafkan orang lain dari kesalahan yang dilakukan terhadapnya dirinya bererti menolong saudaranya dari beban dosa, sifat itu menjadi saluran rahmat Allah terhadap dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak menyayangi kecuali kepada hamba-Nya yang penyayang, tidak mengampun kecuali terhadap hamba-Nya yang pengampun dan tidak menerima taubat kecuali terhadap hamba-Nya yang sanggup memaafkan kesalahan saudaranya."
22 comments:
wah...dah tukar kulit blog...
cantik sekali
memang impian di hati ingin sekali menjadi insan pemaaf... sedang berusaha
sebelum Ramadhon menjelma , elok le kita sesama kite bermaaf-maafan w/pun x pernah bersua muka , agar amalan kita tak mjadi sia-sia .
Amalan mulia..
Salam kak zai,
Menghulur kemaafan itu lebih baik dari menerima kemaafan.....
Salam Kak Zai...
Dalam Islam, mampu memaafkan kesalahan orang lain merupakan salah satu ciri orang yang bertaqwa (muttaqin).
Allah SWT berfirman: "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu, Allah menyediakan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik diwaktu lapang atau sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan." (QS. Al-Imran: 133-134).
Assalamualaikum wbrt :)
Sesungguhnya terpukul hati saya dengan membaca bahan ilmiah dalam blog akak nie... Teruskan usaha ya kak...
Salam perkenalan,
Sofia :)
Benar kak zai. "kemaafan itu dendam yang terindah" :). Bagi sy kak, memberi maaf - atau memaafkan kesalahan orang ini, bukan sahaja dapat membahagiakan hati org lain tetapi sebenarnya memberi bahagia kepada hati sendiri, melapangkankn dada kita, menenangkan fikiran dan jiwa tak tersesak dengan memikirkan dosa2 yg org buat pada kita. Serahkan segala2nya pada Allah. Jika org itu berdosa dan ada membuat salah pd kita, biarlah Allah sahaja yg membalasnya.
Selalu berkongsi cerita ni dgn anak murid. Kita pn kena selalu beringat...memberi kemaafan adalah jalan terbaik utk melapangkn dada, melegakan perasaan....
Usaha yg baik zai...teruskan usaha!
Salam Teacher aklcitizen..
Mmg pun kita ni hari2 buat dosa..kena selalu minta maaf kat orang lain..takut ada yg terasa hati tanpa disedari
Buat ummi humaira..
Sebut pasal Ramadhan..terasa sat sangat masa ni berlalu..macam baru abis sambut raya tahun lepas jer..apapun semoga ikatan ukhwah kita bertambah rapat lagi..
Salam Relevan..
Minta maaf mmg sesuatu yang relevan kan ? :)
Salam Atie,..
Betul tu..seeloknnya jgn tunggu orang lain minta maaf..biarlah kita yg sentiasa memohon maaf dari oranglain..bak kata pepatah..nak orang sayangkan kite..kita kena belajar mengasihi orang lain dulukan..
Salam Razak..
Terima kasih atas tazkirah..Mmg benar..Sebaik2 Mukmin adalah mereka yang mengasihi saudaranya sptmana mengasihi diri sendiri dan sentiasa bersifat lapang dada dan sentiasa memaafkan orang lain..
Salam Sofia..
Terima kasih krn sudi bertandang dan atas pujian..tapi rasa terpukul tu camne erk...??? Terkesan ke..sori erk...akak mmg suka bergurau..
Apapun yg baik tu tetap datang dariNYA..dan yg buruk2 tu tetap dari kelemahan akak sendiri..
Salam Cik Skaf..
Mmg benar tu..kita sentiasa harus berlapang dada dan sentiasa memaafkan oranglain tanpa menunggu mereka meminta maaf dari kita..Hidup didunia hanya sementara..kalau sombong dan bongkak pun tidak kemana...akhirnya kembali padanya hanya dengan sekeping kain putih yg membaluti tubuh..
Kak Zai..
Yang paling di takuti.. kita menzalimi orang yang paling hampir dgn diri kita tanpa kita sedari.. iaitu pasangan kita sendiri. Rupa2nya melalui kata2 atau perbuatan telah mengguris hatinya. Begitu juga sebaliknya. Semoga kita saling memaafi atas sedikit kesilapan yang tak disedari itu.
Bermaaf-mafan lah sesama kita,,sebelum dijemput Tuhan pencipta
sedangkan Allah mengampunkan dosa hambanya.. kenapa manusia masih berat menerima yang berbuat dosa.
Salam Azmas..
Benar tu..orang yng paling rapat dengan kitalah kadang2 merupakan orang yang paling banyak kita terlepas cakap dengannya..
Sebaik-baiknya kita sentiasa memohon maaf dari pasangan kita setiap hari sewaktu keluar bekerja dan sewaktu hendak tidur sbb tidak tahu bila nyawa akan diambil..
Buat imanshah..
Betul tu..jangan tunggu hari raya jer tau...
Buat Maiyah..
Kadang2 sifat berdendam itulah yang menjadi penghalang kepada seseorang utk memaafkan insan yang lain..tetapi sedangkan Allah sendiri sentiasa memberi kemaafan sekiranya kita bertaubat kenapa pula kita manusia insan yang kerdil ini yang selalu lupa dan menjadi terlalu angkuh..Kemaafanlah merupakan penyelesaian terbaik untuk sebuah kehidupan yang lebih baik.
saya pun sedang berusaha jugak utk memaafkan walaupun saya bukanlah pendendam...
memaafkan mungkin tak susah sgt... tapi nak melupakan tuu... MasyaAllah susahnya...
Post a Comment