Tuesday, July 7, 2009

AZAB KUBUR

salam..

Suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. bercerita tentang alam kubur. Kubur boleh menjadi permulaan azab sebelum azab yang kekal abadi di dalam neraka. Dan kubur juga boleh menjadi permulaan nikmat sebelum nikmat yang kekal abadi di dalam syurga di akhirat kelak. Semuanya bergantung kepada amal yang dibawa oleh seseorang.

"Setiap hari kubur berkata: 'Aku rumah yang asing. Dan aku rumah seorang diri. Dan aku rumah tanah. Dan aku rumah ulat'," kata Nabi s.a.w.' menyampaikan ilmunya.

Baginda menyambung lagi, "Apabila ditanam mayat seorang hamba yang mukmin, yang berbuat baik dan beramal soleh semasa hidup di dunia, kubur berkata kepada mayat itu: 'Silakan. Silakan. Selamat datang. Selamat datang. Sesungguhnya engkau adalah orang yang sangat aku kasihi di kalangan orang-orang yang berjalan di atas belakangku. Tiba sudah aku pula memelihara kamu dan menguasai kamu. Segala perbuatan yang baik dan menyukakanmu.

Apakah yang diperbuat oleh kubur terhadap mayat orang mukminin yang berbuat baik dan beramal soleh itu? Tiba-tiba kubur menjadi luas sejauh mata memandang. Dan dibuka satu pintu syurga. Demikian itu ialah petanda yang amat membahagiakan bagi roh orang mukminin. Dia boleh berehat dengan selesa sampai ke Hari Kiamat.

"Apabila ditanam mayat seorang hamba yang jahat atau yang kafir..." kata Nabi s.a.w., meneruskan lagi kuliah ilmunya, "...kubur berkata kepadanya: 'Tidak ada selamat dan tidak ada kebaikkan. Engkau adalah orang yang paling aku benci yang berjalan di atas belakangku. Tiba sudah aku pula menjadi pemerintah ke atasmu. Pada hari ini engkau datang kepadaku. Lihatlah apa yang akan aku perbuat kepadamu'."

Apakah yang diperbuat oleh kubur terhadap mayat orang jahat atau orang kafir itu? Tentu sekali tidak sama seperti yang diperbuat kepada mayat orang mukmin yang melakukan kebaikan dan beramal soleh. Kubur berbuat sebaliknya, iaitu satu tindakan yang cukup menakutkan dan mengerikan. Malah tidak sanggup hendak membayang-bayangkannya. Tetapi demikianlah yang berlaku.

Sambil menunjukkan contoh dengan jari-jari tangan yang ditemukan secara berselat-selat, Nabi s.a.w. berkata: "Kubur menjadi rapat dan menghimpit mayat hingga bertemu berselisih tulang-tulang rusuk. Dan Allah datangkan 70 ekor ular yang tersangat besar. Kalaulah seekor daripadanya menghembuskan nafas ke bumi, tidak akan tumbuh sesuatu apa pun di situ selama-lamanya."

Dengan nada yang perlahan Nabi bersabda, "Sesungguhnya kubur itu ialah satu daripada kebun syurga dan satu lubang daripada lubang neraka.

Justeru, berbuat baiklah kepada ibu bapa, jangan tinggal solat dan beramal ibadahlah, insya-Allah kita akan selamat daripada azab kubur.















Na'uzubillah..

Share/Bookmark

29 comments:

Hanisham Ab Halim said...

Na'uzubillah.... azabnyerrrr...

BUJANG SUSAH said...

alaa.. lama dah simpan dambar ni..baru nak kluarkan gambar ni.. akak dah kluarkan dulu plak.. hehehee... apa pun akak best... hehehe

Guru said...

tu gambar kena azab ke tu...zai?

IMANSHAH said...

Takut..tapi masih juga melakukan maksiat..Nauzubillah, moga dijauhkan Allah dari seksa azab kubur..Doakan saya dan seluruh muslimun muslimat agar menjadi Muslim sejati

Ariff Budiman said...

Amat menginsafkan jiwa. Semoga Allah jauhkan kita dari melakukan perkara-perkara maksiat

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam Zai.
Rakan saya di kampung (seorang penggali kubur) pernah terjumpa mayat 'terpelihara' yang kafan dan tubuhnya tak mereput. Usianya mungkin ratusan tahun memandangkan akar pokok yang membungkusnya seperti spring dan kukunya masih hidup bersimpul.

Leenoh said...

Salam .
Satu peringatan yang baik, semoga terbatal rancangan yang buruk.

Pengasas said...

Salam Zai,
Kubur adalah alamat tetap manusia di dunia.

Maiyah said...

Inilah yang selau terbayang di fikiran saya.. azab kubur, Ya Allah lindungilah aku dari siksaan kuburMu

Dida... said...

Salam Kak Zai...

Ya Allah seramnya tgk gmbar mayat tu.. smpai ternganga2 menahan sakit nyawa direntap oleh malaikat maut...

Emm.. betulke kalau kita hafal surah Al-Mulk akan terpelihara dari azab kubur? Janji amalan lain pun tip top la kan...wallahu'alam harap2 pengakhiran hidup kita akan berakhir dgn khusnul khotimah..

Siti Zaharah said...

Askm Zai,bila di ingat2kan memangla kita takut, tapi manusiani cepat lupa sebab itulah KITA DI MINTA INGAT MATI SELALU sebab kita x kan tahu bilalah giliran kita pula.Allah panjangkan usia kita untuk di beri peluang utk beramal sebaik2nya.Amin.

Abd Razak said...

Salam...moga ianya menjadi ikhtibar dan keinsafan buat semua

Unknown said...

tersentak sekejap.
tengok muka mayat tu - azab agaknya.
masyallah puan.
terfikir itu nasib orang macamana nasib diri sendiri.......

zai said...

Buat Webmaster,
Itula dik, azab kubur bukan cite dongeng diperlihatkan kpd kita utk dijadikan iktibar agar kita kembali taat kpd perintahNYA..

zai said...

Buat Bujang Susah,
Yeke...Itula dah ada lama buat per simpan2kan, baik kita tunjukkan kat orglain agar sama2 mendapat manfaat..hehehe, jgn maree erk, nanti akak doakan adik jadi bujang senang k

zai said...

Buat aklcitizen,
Saya rasa2 mcm tula...gambar nipun terjumpa sbb kisah azab kubur juga..ngeri kan..semoga kita semua sempat bertaubat sblm mati

zai said...

Buat Imanshah,
Itula...iman tak boleh dijual beli..kalau yg tidak beriman tu, kalau tgk benda2 mcm ni tak memberi kesan pun pada jiwa diaorang..semoga kita ditetapkan iman dan berpegang teguh pada jalanNYA..Amin !!!

zai said...

Buat Ariff Budiman,
Mmg amat menginsafkan..semoga kita semua ditetapkan iman utk terus berpegang pada jalanNYA..

zai said...

Buat Zaidi Ali,
Mmg byk kisah2 yg kita dengar tentang mayat yg dijumpai tidak reput dan masih elok berbungkus dgn kain kapan tak dimakan ulat pun..sy pernah terdengar kisah itu kat internet dan majalah memang banyak..

zai said...

Buat sdr Leenoh,
Mmg benar..semoga ia menjadi peringatan utk setiap dari kita dan takut dan malu utk melakukan dosa..

zai said...

Buat Pengasas,
Mmg benar kata Prof, lubang kubur adalah merupakan rumah tetap sebelum hari pembalasan..spt mana sabda Rasulullah SAW, kubur adalah salah satu daripada kebun2 syurga atau lubang neraka tergantung pada amalan masing2 sewaktu didunia

zai said...

Buat Maiyah,
Berdoalah dan jgn lupa terus beribadat dan tetap berada pada jalanNYA walaupun disaat sukar atau senang...insyaAllah selamat

zai said...

Buat Dida,
Mmg benar sekiranya kita kerap membaca surah Al Mulk akan dijauhkan dari azab kubur tetapi bergantung juga pada amalan2 sampingan yg lainnya sekiranya sempurna amalan maka selamatlah kita..wallahualam...

zai said...

Buat Kak Ct Redtulip,
Terima kasih kerana sudi berziarah dan meninggalkan jejak dan menjadi followers.., mmg benar kata2 Kak Ct, orang yg paling bijak adalah orang yg paling banyak mengingati mati dan mengamalkan ajaranNYA dan meninggalkan segala yg dilarang...semoga kita ditempatkan disana bersama mereka yg beriman...Amin !!!

zai said...

Buat Razak,
Mmg sgt menginsafkan apabila dapat melihat dgn mata kepala sendiri bukti2 kekuasaan Allah dan terasa betapa kerdilnya kita disisiNYA...

zai said...

Buat Jinggo,
Semoga kita semua sempat bertaubat sebelum pergi mengadapNYA..yang penting buatlah apa yg disuruh dan tinggalkan apa yg dilarang dan moga2 diberi kekuatan utk terus menempuh ujianNYA dan dijauhi dari godaan syaitan.

Ummu Mishkah said...

memang menakutkan! tapi selalunya benda yang tak nampak ni kita ambil mudah jer... :(

Unknown said...

ngerinya...kalaulah azab kubur itu boleh dielakkan dgn wang,pasti setiap org sanggup memberi segala harta benda mereka utk menyelamatkan diri.Namun,apakah daya...sudah ketetapan janji Allah...org yg hidup,ambillah ikhtibar...

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA