Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Di-ambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati; "Hmm. Hari nak hujan."
"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat", kata Professor itu.
Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.
"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.
"Hampir semur hidup saya", Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.
"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya".
"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.
Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?"
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."
Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?"
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
"Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya.
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.
"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.
Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya;
"Kamu tahu berenang?"
Professor itu menggelengkan kepala.
"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.
Moral of the Story:
Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kalau kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi 'MASTER' dalam bidang yang diceburi. Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan?
Hikmat Inspirasi:
Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan.
19 comments:
Kebijaksanaan merangkumi banyak aspek bukan hanya bergantung pada IQ sahaja..
betul tu tinggi IQ ni pun tak akan terlepas dari musibah
huhu...xtau berenang gak :D...baru pandai terapungkan diri jer..heheh
bagus cerita ni kak zai..thanks :D...
kenapala sume pandai buat citer...tgk sy tulis..hadoi...skema ayat..hehe
Cerita yg bagus utk peringatan kita bersama bahawa IQ yg tinggi tak semestinya mmbawa kejayaan kpd hidup.. ada org yg kelulusan setakat SPM berjaya menjadi Milionnaire... kerana pandai mencari peluang & asah bakat yg terpendam....
Yg penting usaha & doa serta percaya bahawa rezeki Allah ada tersedia di mana2 muka bumi ini....
Saya pun x pandai berenang.. huhu...
Jangan memperkecilkan orang yang mempunyai ilmu yang sedikit, boleh jadi dia berhati khusyuk, mahir dalam perkara yang kita tak tahu...
Moral cerita ini juga ialah jangan memandang rendah akan orang sedangkan kita tidak tahu akannya. Baguih kisah ni.
Salam Zai.
Begitulah ilmu Tuhan yang takkan ada penghujung dan noktahnya. Sesuatu ilmu yang tidak berguna untuk diri sendiri mungkin amat berguna untuk orang lain.
salam kak zai,
menarik cerita ni..walaupun pd awal nampak lucu,tp sebalik kelucuan itu ada maknanya.
Semua mak bapak akan tersenyum lebar bila anak-anak dapat 8A 10A dalam exam.IQ tinggi la tu katakan.Tapi.... bila balik bercuti mintak tolong buang sampah ke, sapu halaman rumah ke......langsung tak layan.Terus tenggelam dalam lautan sebab tak sempat belajar berenang.
Buat Tirana,
Betul tu..ramai orang bijak tapi tidak pandai menggunakan kepandaiannya dan terkadang dimanipulasi oleh orang lain utk mengaut keuntungan.
Buat Maiyah..
Betul..tiada sesiapa yang dapat lari musibah walau sebijak manapun ia..
Buat NorulLisza,
Akak bukan bijak cuma try praktiskan work smart rather than work hard...hehehe yg sebenarnya akak pun tak tahu berenang...pakai pelampung bolehla..
Buat Dida..
Betul tu..tak semestinya utk jadi kaya kena ada sijil..yg penting bijak gunakan kemahiran dan kesempatan yg ada..sebab itu ramai juga yg pandai dari segi teori tapi gagal bila praktikal..
Buat Razak,
Betul tu..don't judge the book by its cover..ramai yg suka beranggapan serong terhadap orang lain sebelum mengenali seseorang itu..
Buat En Ariff Budiman,
Betul tu...kita tidak boleh memandang rendah kepada keupayaan oranglain sbb stp orang diberi akal dan kelebihan yg berbeza..
Buat Zaidi Ali,
Betul tu..yg penting sifat memandang rendah terhadap kebolehan oranglain perlu dijauhkan krn taraf kita disisi Allah tetap sama yg berbeza hanyalah amalan..
Buat Zawal..
Mmg kadang2 cerita yg lucu pun banyak pengajarannya bagi mereka yg ingin berfikir..
Buat Abu Muaz,
Mmg agak sukar utk mendidik anak2 dizaman yg serba mencabar ini, hanya kekuatan doa dari ibubapa yg mampu mengiringi setiap langkah yg diaturkan oleh anak2 kita..yg penting berusahalah melakukan yg terbaik utk mereka dan jgn mudah putus asa..
isk3... sikit kredit pon xde? hurm...
BTW, mcm knl je ngn yg dayung sampan tu.. haha...
Post a Comment