Tuesday, July 21, 2009

KITA NEGARA ISLAM ATAU SEKADAR PADA NAMA



















Hari Kiamat merupakan hari terakhir untuk umat manusia di muka bumi ini. Menjelang ketibaan Hari Kiamat, akan wujud beberapa tanda-tanda tertentu sebagai peringatan buat umat manusia. Berikut adalah beberapa hadis berkaitan dengan tanda-tanda Hari Kiamat sudah semakin dekat atau hampir:

HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.” (Abu Hurairah r.a)

Contoh sedia ada: Wanita-wanita berpakaian seksi boleh dilihat dengan mudahnya di sekitar kawasan bandar raya, pusat membeli belah dan sebagainya.

HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” (Riwayat Ahmad)

Contoh sedia ada: Ramai orang pada masa kini jarang bertegur sapa apabila bertemu sesama muslimin dan muslimat. Malah ada yang langsung tidak mengukir senyuman apabila bertemu. Muka masam dan fokus terhadap tekanan hidup semata-mata.

HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar” (Riwayat Ahmad)

Contoh sedia ada: Terdapat beberapa orang tertentu sanggup mengaibkan diri sendiri untuk menjadi saksi palsu bagi memenangkan pemimpin-pemimpin tertentu. Hanya Tuhan yang tahu. Hanya Tuhan yang mampu memutuskan.

HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” (Riwayat Ahmad dan Hakim)

Contoh sedia ada: Ada orang yang langsung tidak bertegur sapa dengan jiran di sebelahnya. Malah berasa cemburu dan dengki terhadap kelebihan atau keistimewaan yang dimiliki oleh jiran di sebelah rumah. Ada pula yang langsung tidak menghormati jiran tetangga.

HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” (Sahih Bukhari)

Situasi yang mungkin ada: Israel semakin giat menyerang Palestin sejak akhir-akhir ini. Malah langsung tidak menghormati negara-negara lain dan sanggup mengebom pusat-pusat bantuan untuk mangsa peperangan yang dianjurkan oleh PBB.

HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” ) Ibnu Majah)

Contoh sedia ada: Program realiti berunsurkan muzik dan rancangan-rancangan hiburan bertemakan muzik yang tumbuh melata sejak akhir-akhir ini merupakan satu petanda yang jelas.


HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” (Sahih Muslim)

Contoh sedia ada: Penganjuran pesta seks di beberapa tempat di negara ini. Internet dijadikan medan untuk mencari pasangan seks secara bebas.

HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” (Sahih Muslim)

Contoh sedia ada: Wujudnya berita-berita berunsur fitnah, gosip dan spekulasi berkaitan dengan sesuatu isu atau individu di dalam media massa dan media elektronik.

HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Menghias masjid dan membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” (Riwayat Nasai.)

Situasi sedia ada: Wujudnya replika masjid yang bernilai jutaan ringgit.

HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah duniaakan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” (Riwayat Thabrani)

Situasi sedia ada: Terdapat beberapa keputusan dan idea bodoh telah dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin di negara tertentu sehingga menyusahkan rakyat jelata. Malah lebih teruk, apabila pandangan dan nasihat pakar-pakar yang terhormat dan diiktiraf dalam bidang-bidang yang berkenaan telah dipinggirkan.

HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran.” (Riwayat Ahmad)

Contoh yang sedia ada: Tidak pasti.

HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” (Riwayat Thabrani)

Contoh sedia ada: Tidak pasti.

HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai.” (Sahih Muslim)

Contoh sedia ada: Tidak pasti.

AYAT AL QURAN BERKENAAN HARI KIAMAT: Manusia Tetap Melakukan Kemungkaran Biar Pun Mereka Telah Nampak Tanda-Tanda Kiamat
Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu, melainkan hari kiamat (iaitu) yang datang kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari Kiamat sudah datang? (Ayat Al Quran Surah Muhammad: 18).

Contoh sedia ada: Ramai antara kita telah melihat tanda-tanda nyata Hari Kiamat, tetapi masih ramai antara kita yang masih terus melakukan dosa-dosa seperti memfitnah manusia, menyakiti hati manusia, melakukan kemungkaran, kemaksiatan dan sebagainya.

HADIS BERKENAAN HARI KIAMAT: Setelah satu tanda hari kiamat, tanda-tanda kiamat yang lain akan segera dapat dilihat.
Tanda-tanda yang terjadi setelah tanda yang lain seperti butiran manik-manik sebuah kalung yang jatuh satu per satu ketika talinya putus. (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Contoh sedia ada: Kita melihat terlalu banyak tanda yang menunjukkan kiamat sudah semakin dekat.


Lain-lain hadis dan ayat Al Quran yang menerangkan tentang Hari Kiamat adalah seperti berikut:


Peperangan, Pembunuhan dan Huru-hara

Rasulullah SAW bersabda, “Al Harj (akan meningkat)”’ Mereka bertanya, “Apakah Al Harj itu?” Beliau menjawab, “(Iaitu) pembunuhan (saling membunuh), (iaitu) saling membunuh (pembunuhan).” (HR Bukhari)

Hari Kiamat (As Sa’ah) akan tiba ketika kekerasan, pertumpahan darah, dan kekacauan akan menjadi suatu yang lazim (HR Al-Muttaqi al-Hindi, Muntakhab Kanzul Ummaal)

Dunia ini tidak akan menemui akhirnya, hingga suatu hari akan datang pada manusia, pada hari itu akan ada pembunuhan massal dan pertumpahan darah. (Muslim)

Hari Akhir itu tidak akan datang hingga angka pembunuhan meningkat. (HR Bukhari)

Contoh sedia ada: Peperangan yang melanda di beberapa tempat di dunia.


Kemusnahan Kota-kota Besar

Berbagai kota besar akan dihancurkan dan hal ini akan terjadi seolah-olah kota-kota itu tidak pernah ada sebelumnya. (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-Zaman)

Contoh sedia ada: Peperangan melibatkan bahan letupan berkuasa seperti bom nuklear telah berlaku di Hiroshima dan Nagasaki.

Gempa Bumi

As Sa’ah (Hari Akhir) tidak akan terjadi hingga ... gempa bumi akan sangat sering terjadi (HR Bukhari).

Ada dua hadis besar sebelum hari hisab ... dan kemudian tahun-tahun penuh gempa bumi (Diriwayatkan oleh Ummu Salamah RA.)

Contoh sedia ada: Gempa bumi kini boleh dirasai berhampiran negara kita, Malaysia. Malah ada pakar geologi yang mengatakan bahawa dalam beberapa puluh tahun lagi, pusat gempa bumi akan beralih ke Malaysia.

Kemiskinan

Orang-orang miskin akan meningkat jumlahnya. (Amal Al-Din Al-Qazwini, Mufid Al-'ulum Wa-mubid Al-humum)

Kekayaan beredar hanya di antara orang-orang kaya, tanpa manfaat bagi orang-orang miskin. (HR Tirmidzi).


Contoh sedia ada: Demi mematikan persaingan, beberapa pemimpin di beberapa buah negara tertentu sanggup memberikan hak perdagangan, tender dan seumpamanya kepada kroni-kroni sendiri. Malah ada juga beberapa orang pemimpin tertentu yang menggunakan wang rakyat untuk kepentingan sendiri.


Runtuhnya nilai-nilai akhlak

Hari Kiamat (As Sa’ah) akan datang ketika perzinaan tersebar luas (Al-Haythami, Kitab al-Fitan).

Hari Akhir tidak akan datang hingga mereka (orang-orang jahat) melakukan perzinaan di jalan-jalan (jalan-jalan umum). (Ibn Hibban and Bazzar)

Lelaki akan meniru perilaku wanita; dan wanita akan meniru perilaku lelaki. (Allama Jalaluddin Suyuti, Durre-Mansoor)

Orang-orang akan menyenangi perbuatan homoseksual dan lesbian. (Al-Muttaqi al-Hindi, Muntakhab Kanzul Ummaal)

Hubungan seksual tidak sah secara terbuka akan marak. (Hadis Riwayat Bukhari)

Contoh sedia ada: Bilangan golongan gay dan lesbian dilaporkan meningkat. Malah di kaca-kaca televisyen pula dapat dilihat kemunculan golongan lelaki yang asalnya keras tetapi kini lebih cenderung bergaya ala-ala wanita sama ada dari segi tingkah laku atau pun percakapan dan sebaliknya.

Hadis tentang penolakan agama yang benar dan nilai-nilai moral dalam Al Quran

Menjelang datangnya Hari Akhir akan ada hari-hari ketika pengetahuan (agama) akan dicabut (lenyap) dan kejahiliahan secara umum akan meluas.... (Hadis Riwayat Bukhari).

Akan ada suatu ujian kegelapan yang menakutkan bried dark yang akan menimpa setiap orang dalam suatu masyarakat, dan kemudian ketika orang menganggap ujian itu telah berakhir, ujian itu akan terjadi terus-menerus. Selama itu seorang manusia boleh menjadi adalah seorang mukmin pada pagi hari dan menjadi seorang kafir pada malam hari. (Hadis Riwayat Abu Daud).

Akan datang suatu waktu pada umat ketika orang akan membaca Al Quran, tetapi tidak akan lebih jauh dari tenggorokan (tidak masuk ke dalam hati mereka) (Hadis Riwayat Bukhari).

Sebelum Hari Akhir akan ada kekisruhan seperti potongan malam yang gelap, ketika seorang manusia akan menjadi seorang beriman di pagi hari dan seorang kafir di sore hari, atau seorang beriman di sore hari dan kafir di pagi hari (Hadis Riwayat Abu Daud).

Suatu waktu akan datang, ketika seorang manusia tidak akan peduli bagaimana mereka mendapatkan sesuatu, halal atau haram. (Hadis Riwayat Bukhari).

Akan muncul pada hari akhir seseorang yang akan memperoleh keuntungan dunia dengan menjual agama. (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Hari Akhir tidak akan datang hingga tersisa orang-orang yang tidak mengetahui kebajikan dan tidak pernah mencegah kejahatan (Hadis Riwayat Ahmad).

Hari Akhir tidak akan datang sebelum Allah mengambil agama-Nya dari manusia di bumi, tidak meninggalkan seorang pun di atas bumi ini selain orang-orang kafir yang tidak mengenal perbuatan yang benar atau menolak perbuatan yang salah. (Diriwayatkan oleh Abdullah ibn 'Amr bin ‘Ash)

Contoh sedia ada: Terdapat beberapa cerdik pandai yang sanggup mempersendakan hadis dan ayat Al Quran secara terbuka, malah memandang rendah terhadap isi kandungan hadis dan ayat Al Quran tersebut.

Munculnya nabi-nabi palsu

Hari akhir tidak akan datang sebelum datangnya tiga puluh Dajjal, masing-masing mengaku dirinya sebagai seorang utusan Allah. (HR Abu Daud)

Al Quran menjelaskan turunnya Isa AS ke bumi

Tidak ada seorang pun dari Ahli Kitab, kecuali akan beriman kepadanya (Isa) sebelum kematiannya. Dan di hari kiamat nanti Isa itu akan menjadi saksi terhadap mereka. (QS An Nisaa’: 159).

Demi Allah Yang jiwaku ada di tangan-Nya, putera Maryam, Isa, akan turun dalam waktu singkat di antara kamu orang-orang beriman (Muslimin) sebagai seorang penguasa yang adil (HR Bukhari)

Hari Akhir tidak akan datang hingga putera Maryam (iaitu Isa AS) turun di antara kamu sebagai seorang penguasa yang adil. (HR Bukhari)

’Isa as, putera Maryam as, akan turun, berkuasa selama 40 tahun dengan Kitabullah dan sunnahku, lalu meninggal. (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-Zaman)

Isa AS, putera Maryam AS, akan menjadi seorang hakim yang adil dan penguasa yang adil (dalam umatku), mematahkan dan meremukkan kayu salib dan membunuh babi... Bumi ini akan dipenuhi dengan kedamaian seperti sebuah bejana diisi dengan air. Seluruh dunia akan mengumandangkan dan mengikuti satu kata yang sama dan tidak satu pun akan disembah selain Allah. (Ibnu Majah)

Contoh sedia ada: Kemunculan beberapa individu tertentu sejak akhir-akhir ini, tidak kira lelaki atau perempuan yang mengaku diri mereka sebagai Rasul, Rasul Melayu, Rasul Perempuan dan sebagainya. Mereka ini memiliki pengikut-pengikut yang tersendiri, dan mereka menyampaikan ajaran-ajaran dan amalan-amalan sesat.

Kemunculan Imam Mahdi

Beberapa penjelasan penting mengenai Hari Akhir adalah sebagai berikut: Selama kekacauan mengerikan di hari akhir, Allah akan memerintahkan seorang hamba yang mempunyai akhlak yang mulia, yang dikenal sebagai Al Mahdi (pemberi petunjuk ke arah kebenaran), untuk mengajak umat manusia kembali ke jalan yang benar. Tugas pertama Al Mahdi akan berupa dikobarkannya perang pemikiran di dalam dunia Islam dan mengembalikan umat Muslin yang telah jauh dari intisari Islam sejati, menuju iman dan akhlak sesungguhnya

Al Mahdi, salah satu kaumku, muncul sebagai manusia dengan keredaan Allah, saat Hari Pembalasan sudah dekat dan melemahnya hati orang-orang beriman kerana kematian, kelaparan, dan hilangnya sunnah, dan munculnya kemajuan teknologi dan hilangnya makna memerintahkan kebenaran dan melarang kemungkaran. Kemakmuran dan keadilannya akan memudahkan hati orang-orang yang beriman, dan persahabatan serta saling mencintai akan menyelesaikan perselisihan di antara bangsa-bangsa non-Arab dan Arab. (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-burhan fi ’Alamat al-Mahdi Akhir al-Zaman, halaman. 66)

Kekacauan, penyimpangan, dan ketakutan akan muncul di Barat .... Penyimpangan akan meningkat pesat. (Mukhtasar Tazkirah Qurtubi)

Sejenis penyimpangan akan muncul ke permukaan. Tidak satu pun pihak mampu melindungi dirinya dari penyimpangan itu, dan penyimpangan itu menyebar segera ke setiap penjuru. Situasi ini akan bertahan hingga seseorang datang dan berkata, “Hai umat manusia, mulai saat ini pemimpinmu adalah Al Mahdi.” (Ibnu Hajar Haytahami, Al-Qawl al-Mukhtasar fi’alamat al-Mahdi al-Muntazar, hal. 23)


Nabi Isa turun ke bumi

Tidak ada seorang pun dari Ahli Kitab, kecuali akan beriman kepadanya (Isa) sebelum kematiannya. Dan di hari kiamat nanti Isa itu akan menjadi saksi terhadap mereka. (QS An Nisaa’: 159).

Demi Allah Yang jiwaku ada di tangan-Nya, putera Maryam, Isa, akan turun dalam waktu singkat di antara kamu orang-orang beriman (Muslimin) sebagai seorang penguasa yang adil (Hadis Riwayat Bukhari)

Hari Akhir tidak akan datang hingga putera Maryam (iaitu Isa AS) turun di antara kamu sebagai seorang penguasa yang adil. (Hadis Riwayat Bukhari)

’Isa as, putera Maryam as, akan turun, berkuasa selama 40 tahun dengan Kitabullah dan sunnahku, lalu meninggal. (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-Zaman)

Isa AS, putera Maryam AS, akan menjadi seorang hakim yang adil dan penguasa yang adil (dalam umatku), mematahkan dan meremukkan kayu salib dan membunuh babi... Bumi ini akan dipenuhi dengan kedamaian seperti sebuah bejana diisi dengan air. Seluruh dunia akan mengumandangkan dan mengikuti satu kata yang sama dan tidak satu pun akan disembah selain Allah. (Ibnu Majah)

Share/Bookmark

19 comments:

Anonymous said...

Salam Zai.

Kiamat sudah dekat. Berbaliklah kita kepada ajaran asal melalui al-Quran dan sunnah Rasul.

Pengikut kaum Ad, Tsamud, Madyan, Lut dan firaun yang pernah dibinasakan Tuhan telah kembali muncul di tengah masyarakat Melayu Islam di negara ini. Semoga PM mengambil tindakan sebelum Tuhan membinasakan seluruh kaum Melayu sebelum menjelangnya kiamat.

Abd Razak said...

Salam kak zai...

Hakikat sebenarnya ialah kita dilahirkan di akhir zaman. Di waktu hampir keseluruhan petanda kiamat kecil itu sudah terzahir dan hanya menunggu saat petanda besar itu muncul. Yang penting di sini peluang yang Allah peruntukkan gunakan sepenuhnya utk memperbanyakkan amalan utk dibawa bekal sebagai penyelamat dalam sidang mahkamah Allah SWT kelak.

Disertakan juga nasihat menasihat di antara satu sama lain agar kita sama-sama dpt meraih kemenangan di ahirat kelak.

Kakcik Seroja said...

Subhanallah.. Janganlah sampai bala menimpa kita semua!

abu muaz said...

Orang sekarang pandang sebelah mata je nasihat-nasihat agama ni.... yg lebih malang bila ajakan kepada taat pada perintah Allah diketawakan saja.

Solat nantiiii kut....
Puasa bila hah nak buat....
Haji..... duit ada tapi.....

Keluar berdua-duan......bestnya
Pegang-pegang tangan ...biasa la tuu.

Zina tak mainlah...... hubungan jenis boleh boleh.

Anonymous said...

salam....
tanda2 akhir zaman....akan berlakunya fitnah yang besar...dan ini adalah salah satunya....
na'uzubillah....

buat kakcik seroja....
sepatutnya kena ucap astaghfirullah....bukan subhanallah....
saya minta maaf....

Guru said...

meluat betul tengok gambar2 tu... tengok satu terus skip pada ntri...

buang je yang lain gambar2 tu zai... mencemar duli blog ni je...

Dida... said...

Salam Kak Zai..

Saya setuju dgn KL citizen... saya geleman tgk gmbar2 tu.. mencemar blog ni je..

apa2 pun mengingati hari Kiamat adalah salah satu rukun Iman yg wajib kita percayai.. untuk mengukuhkan iman kita.. haruslah kita bersiap sedia dari sekarang.. dan jgn sangka kita punya banyak masa utk beramal & bertaubat..

Leenoh said...

Salam sdri.Zai.
Astaghfirullahal azim. nauzubillahi min zalik,kita minta Allah jauhkan perkara tersebut daripada menghampiri keluarga kita. apapun dipohonkan semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada mereka supaya dunia menjadi lebih aman dan terselamat daripada rasukan syaitan.

zai said...

Buat Zaidi..
Terima kasih..
Mmg sudah terang lagi bersuluh..tapi itulah kenyataannya senario kini pemimpin kita lebih sibuk untuk memikirkan tentang kekuasaan dan wang ringgit sehingga terlupa bahawa masyarakat kita telahpun hancur...dan gambar2 ini cukup menjadi buktinya bahawa zaman kaum luth telahpun kembali ke Malaysia...

Semoga kita dijauhkan dari bala Allah SWT sepertimana yg menimpa kaum2 yg terdahulu.

zai said...

Buat Razak..
Tiada kata untuk diluahkan betapa hati seorang wanita dan seorang ibu cukup tersayat melihat kehancuran anak2 muda generasi kini..

Entah kemana nilai harga diri dan akhlak yg terpuji yang dimiliki oleh anak2 muda islam kini..apakah salah ibubapa yang melahirkan atau masyarakat yg semakin alpa atau pemimpin yg semakin terleka dibuai nikmat dunia..

Hanya doa seorang ibu yg mampu diiringi moga2 anak2ku sentiasa dilindungi Allah dunia dan akhirat...

zai said...

Buat kakcikseroja...
Berdoalah setiap ketika untuk anak2 kita..kerana doa seorang ibu sangatlah mustajab..moga2 generasi keturunan kita dijauhkan dari perbuatan keji ini..

zai said...

Buat Anonymous,
Terima kasih atas kunjungan dan teguran..Salam Ukhwah..semoga anda dirahmati Allah..

Keri AlHaj said...

gambar tu kat malaysia ke???.. serius saya terkejut. dah makin hebat dah perkembangan gay kat negara kita sampai boleh parti-parti mcm tu... ngerinya... takde tindakan dri org2 berkenaan ke....

Bila baca tanda-tanda akhie akan berlaku kiamat, ngeri je rasanya. tapi nak tak nak, perkara2 tu akan berlaku juga, sebab memang itulah ketetapannya... moga kita sentiasa dilindungi Allah dari gejala-gejala fitnah akhir zaman ni...

zai said...

Buat aklcitizen dan Dida..
Mmg benar gambar2 diatas cukup memualkan, zai sendiri benci utk menatapkanya tetapi..bukan dipamer utk berseronok dan bermegah2 tapi sebagai bukti untuk membuka mata masyarakat bahawa gejala ini adalah sesungguhnya benar dan semakin serius dan tidak boleh dipandang ringan oleh pemimpin dinegara ini..

zai said...

Buat Leenoh,
Ameen...moga2 doa saudara dimakbulkan Allah..Mmg kita diakhir zaman..zaman yang penuh pancaroba dan mencabar keimanan..Hanya ALLAH SWT tempat kita memohon pertolongan dan perlindungan. Moga2 Allah memberi hidayah kepada mereka2 yg telah jauh terpesong..

zai said...

Buat Chimera..
Mmg seme gambar2 tu adalah kat Malaysia khabarnya dekat sebuah kelab Gay di Jalan Yap Kwan Seng...Wallahualam..

Semoga pihak2 yang berwajib mengambil tindakan yang sewajarnya..mereka2 ini sewajarnya dihukum sebat 100 kali atau direjam sptmana hukuman yg dijalankan dizaman Rasulullah...sekadar denda penjara dan wang ringgit tidak akan sesekali memberi kesan kepada mereka yang sudah jauh terpesong..

Berdoalah sentiasa moga2 kita dijauhkan dari kesemua bala kemurkaan Allah..kesan dari perbuatan kaum itu sendiri.

Werdah said...

Salam Zai,

Bagi mereka yang berbuat maksiat seperti dalam gambar tu memang benar2 dah dirasuk syaitan..

Memang sejak kak mula2 hijrah ke KL pun dah dgr ada kelab gay ni ada yg di bawah tanah dan macam2..

Belum tiba mereka merasa sakit bolehlah, tapi dah dapat sakit baru nak sedar..

Bilalah nak berakhir masalah ni kan!

Unknown said...

wah!!gelinya!!!tu pasal kot dorang sayang sgt ngn Malaysia,sbb Malaysia ni 'bebas'...SATU-satu nya negara yg seperti ini di dunia.

mieza said...

subbahanallah.... kiamat semakin hampir dengan kita..

TUAN RUMAH MENYAPA

TEMAN TAPI MESRA

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..

Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan xdak, yang disengajakan dan xdak, yang disedari dan xdak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

AWARD DARI ANA SOLEHAH

AWARD DARI ANA SOLEHAH

award dari NURA

award dari NURA

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI A KL CITIZEN

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI KAK WERDAH

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI MAIYAH - THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI DIDA-THANKS

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI SYAHIDAH & UMMI HUMAIRA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI IENA

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI SAIFUN NIZAM

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI IDA MOY

AWARD DARI TIRANA

AWARD DARI TIRANA